Friday, December 7, 2012

Ada Apa Dengan Pulau Lagenda?

“Sambil lagu Unintended-Muse berkumandang memenuhi ruang peribadi sunyi..aku menyiapkan post yang agak panjang ini.. pregnant mother atau pesakit Parkinson dinasihatkan mendapatkan nasihat bidan terlebih dahulu sebelum membacanya”

Okaylah, hari ni aku nak update sesuatu yang sempoi..yang ada kena mengena dengan masa sekarang ni, masa cuti sekolah atau orang kampung selalu cakap, holiday..! Haha.. Klisenya di mana-manapun jua, bila cuti sekolah, mesti merancang nak bercuti kan..kan.. Di Malaysia ni macam-macam tempat kita boleh pi untuk buang duit bercuti.. Antaranya yang terkenal di seantero dunia dan bertaraf antarabangsa ialah homeland aku, pulau lagenda atau LANGKAWI..

Bestkah Langkawi? Ada apa dengan pulau lagenda ini?? Hinggakan beberapa minggu lepas, betapa tergezootnya aku bila melihat “longgokan” kereta-kereta yang memenuhi kawasan jeti Kuala Perlis menunjukkan betapa ramainya umat yang nak ke Langkawi itu. Aku katakan longgokan kereta kerana selama aku duduk di Perlis, aku tak pernah melihat pemandangan yang sebegitu..(terpegun sampai tak terfikir nak capture gambarlah kiranya) Hinggakan tempat yang tak disangka pun disitu boleh parking kereta..Ya, orang sudah tak peduli apa nak jadi pada kereta mereka( kereta kat malaysia mahal wehh), janji boleh sampai ke pulau lagenda..! begitulah hebatnya penangan Langkawi ini wahai saudaraku sekalian..hahaha..rugi sangat2 weyy kalau tak pernah pii..!
Dah sampaii..! Rumah peninggalan arwah tok..sungguh luas dan selesa serta privasi..siap ada astro lagi tuu..! 
Sebenarnya, aku pun tak tau apabendalah yang orang dok cari sangat di Langkawi ni. Aku dah sampai naik jemu daa~ Namun, pada bulan Mac yang lalu, kejati dirian aku sebagai penduduk Langkawi teruji apabila rakan-rakanku dari kampus mengidam nak ber-SBE (School Based Experience) di Langkawi.. berkali mereka katakan teringin sangat nak tengok Langkawi tu ada apa. So, meh sini aku nak tunjuk kat hampa ada apa pada Pulau Lagenda...

Taman Lagenda (Sabtu)

Hari pertama sampai..petang Sabtu tu, aku membawa mereka ke Taman Lagenda. Taman ni dulunya memang awesome, siap boleh sewa beskat untuk ronda2 dalam tu sebab luas sangat. Tapi kini, aku sedih bila melihatnya seperti taman berhantu ja. Maintenance zero..! Dalam taman ni, ada replica tempat-tempat bersejarah kat Langkawi.. so, sebagai view awal la sebelum kita pergi tempat yang sebenar tuh. Sesiapa yang cintakan sejarah dan nak tahu asal usul Langkawi ni, memang wajibla mai sini.


3D Map pada pintu masuk Taman Lagenda
Langkawi Cable Car (Ahad)

Hari kedua di Langkawi..sebaik sahaja pulang dari SK Ewa, belum hilang letih menghadap anak murid (cehh..buat terukkk..!) kami terus bergegas ke destinasi wajib lawat jika berkunjung ke Langkawi-Langkawi Cable Car. (jangan ada yang gatal tanya mai mana nas kewajipan mengunjungi kereta kabel nih..kang aku bagi penumbuk tanpa bicara..!) Sesampainya di kaunter tiket, ouh, agak ketar lutut bila melihat harganya yang tertera- RM30.. ye lahh, kami ni student jerr..bercuti pun sambil “bertugas” mestilah nak kena bajet serba serbi.. Namun akhirnya, harga sebenar ialah RM 15 sahaja bagi warganegara (perlu tunjuk mykad, 1 Mykad = 1 tiket).. Selepas mendapat kad yang digunakan untuk menaiki cable car tersebut, kami pon dalam berani-berani takut, melangkah ke gerbang pelepasan..dalam hati entah berapa kali dah mengucap..hehehe..
Kereta kabel bergayutan pada ketinggian beberapa ratus meter dari aras laut...ada bran?!
Sesampainya di atas sana ada beberapa pelantar pada ketinggian berbeza. Juga adanya “skybridge” iaitu jambatan melengkung yang sangat unik dan menggayatkan. (boleh google image) Untuk sampai ke skybridge, anda perlu turun di pelantar pertama, dan ada laluan meniti ratusan anak-anak tangga untuk sampai ke tapak skybridge itu.. rugi woo kalau naik cable car tapi tak merasa skybridge nih..! Hati-hati kerana anak tangga ke skybridge itu tidaklah seindah escalator di The Store..! Di atas sana juga, bayangkan anda berada di penghujung pelantar dan depakan tangan...pejam mata..hirup udara sedalamnya dan hembuskan..Ahhh, betapa segarnya..nyaman dan dingin sekali..!
Inilah dia Skybridge yer anak-anak bertuah sekalian...! 
Jika anda menaiki cable car ini pada jam sekitar 6:30 petang, sesampainya di atas sana, anda akan dapat menyaksikan pemandangan mengujakan, yang dipanggil “sunset”.. buat yang obsess dengan bidang fotografi, rugi kalau tak mencuba skill di lokasi kereta kabel yang memegang rekod dunia ini (tak pasti kategori apa, tapi adalah..)
Tudiaa..tourist guide bergambar berlatarbelakangkang pemandangan pada ketinggian 700m dari aras laut..! 
Pesisiran Pantai (Isnin)

Ya..ianya destinasi yang menjimatkan..best tapi menjimatkan..best buat orang-orang yang kampung halaman mereka tidak ada pesisiran pantai yang indah dan awesome macam pantai-pantai kat Langkawi. Selain bersiar-siar, kami ke Pantai Tanjung Rhu pada petang itu atas tujuan penggambaran suatu dokumentari pendek untuk dimuatkan ke dalam tugasan projek (assignment).. (chewahhh..penggambaran tuh..padahal guna compact kamera ja..bahasa baku lah katakan..ahahaha) Melewati jalanraya uzur yang ditimbuni dedaun pokok rhu yang kering di kiri dan kanan jalan membuatkan aku terbayang scene filem-filem luar negara yang suasana jalanrayanya begitu. 
Pantai Tanjung Rhu pasti menambat hati pengunjungnya...
Wahh, pantai Rhu masih seperti dulu.. masih indah dan bersih dengan pepasir putih yang halus suci.. Macam nak baring ja atas pasir tu tapi tak senonoh la pulak kalau orang tua buat macam tu..hehe.. Pantai Rhu adalah antara pantai terbaik yang ada di Langkawi. Tapi apa yang membuatkan aku terkilan dan terkejut setelah sekian lama tidak ke situ, adanya had-had masa iaitu orang luar hanya dibenarkan berada di pantai sehingga jam tujuh petang sahaja, atau pagar yang merintangi jalanraya uzur akan ditutup kepada lalulintas selepas jam tujuh petang..ohh, mujurlah Allah tak tutup lubang hidung kamu selepas pukul tujuh, kalau tak tentu dah mati terkojol sebab tak boleh bernafas..!

Island Hopping (Selasa)

Hari Selasa..hari keempat di Pulau Lagenda. Ada-ada sahaja aktiviti yang dirancang untuk memenuhi petang yang terluang apabila pulang dari sekolah nanti.. Tika di dalam library sekolah, saat guru lain sibuk ke sana ke sini untuk menyambut kehadiran PPD dan seumpamanya, kami sibuk berbincang mengenai program hari ni. Terfikir la pulak nak meng-island hopping kan diri.. Apa tu? Awat pelik sangat bunyi ?
Island Hopping ialah aktiviti santai menaiki bot tambang dan mengunjungi pulau-pulau kecil, gua-gua, fish farm dan melakukan aktiviti “eagle feeding”. Terdapat satu lagi aktiviti yang hampir sama, yang dipanggil Mangrove Tour..(anda boleh google). Pada kadar biasa, sebuah bot disewa dengan harga RM250, dan dinaiki antara 4-6 orang, tetapi kami mendapat harga istimewa RM 190 atas dasar “kawan atas kawan”. 

Santai petang di Pulau Beras Basah 
Menarik juga Island Hopping ni. Anda dibawa menaiki bot kecil ke pulau-pulau seperti Pulau Beras Basah, Tasik Dayang Bunting, Pulau Singa dan beberapa pulau lain yang aku tak ingat namanya. Sambil itu, anda boleh melakukan aktiviti “Eagle Feeding”, dan “Fish Feeding” apabila singgah di suatu sangkar ikan di tengah laut (duit semuaaa tuuu...) Kalau bernasib baik, anda berpeluang untuk melakukan snorkeling di Pulau Beras Basah (ikut keadaan air). Kami juga dibawa melawat gua-gua semulajadi yang terbentuk di dinding-dinding pulau kecil itu (aku tak pasti gua batu kapur ke batu apa, tapi banyak sungguh binatang kelawar yang bergayut di atasnya..mujurlah aku tidak memakai baju kelawar, jika tidak boleh tumpang bergayut sama).
Eagle feeding...nampak tak kawanan helang di belakang kami...
Pada saat petang kian menganjur tua, kami berlabuh di pinggiran sebuah pulau yang kelihatannya sangat angker, dengan jeti yang mereput dan semak samun yang mencecah gigi air di pinggiran pantai. Di situ, kami berpeluang menyaksikan puluhan ekor helang yang terbang mengitari bot kecil yang kami naiki, sambil menyambar perut ayam yang dilempar oleh drebar bot ke dalam laut. Ketika keluar dari bawah bumbung kanvas bot untuk bergambar dengan kawanan helang yang rakus itu, terdetik juga di hati takut-takut helang itu tersilap sambar kepala kami..oh, tentu tragis dan menyayat hati..tapi syukur, tiada malapetaka yang menimpa..!
Inilah dia gamat hidup...eeeiii..geli ngat aihh..
Saat kaki langit berwarna keemasan, kami bertolak pulang ke jeti berdekatan Awana Porto Malai.. Indahnya pemandangan saat itu.. Rasa syahdu dan sunyi sangat (aku memang suka pemandangan sunset2 nih)..Sambil melihat kapal mewah Star Cruise yang berlabuh, kami abadikan kenangan-kenangan terakhir hari ni ke dalam kamera. Ianya hari yang sangat meletihkan, tetapi sungguh puas..!
Kaki langit keemasan dan star cruise menyambut kepulangan kami ke Awana PortoMalai
Shopping Time...! (Rabu)

Hari Rabu, kami pulang agak lewat hari ni dan tak sempat mengatur rancangan untuk melancong ke mana-mana. Alhamdulillah, sempat menabur bakti membantu guru-guru Pendidikan Islam menjayakan Kem Bestari Solat (KBS) buat kali pertama bagi tahun 2012. Balik ke rumah hampir waktu Asar dan letih membuatkan kami “ter-rehat” sampai jam 6 Petang. 
Membantu menjayakan KBS 1 2012 di SK Ewa
Di sebabkan member-member ada beberapa lagi barangan yang dihajati tapi belum ketemu, maka kami pun bergerak ke pusat bandar, iaitu tak lain tak bukan Kuah Uptown dan mengitari dari satu shopping complex ke satu shopping complex yang lain.. habis segala ceruk kedai kami redah sampai puas. Bukan senang kan nak mai Langkawi..so hampa cari siap-siap..beli la apa nak beli sampai puaih.. Macam biasa, pukul 10 malam ke atas baru la sampai rumah..! 
Tudiaaa...borong jangan tak borong...! 
It’s Hard to Say Goodye (Khamis)

Khamis...hari terakhir ber-SBE di SK Ewa. Hari terakhir jugaklah dok di Pulau Langkawi ni. Awalnya, aku menyuruh mereka untuk balik pada Hari Jumaat atau Sabtu sahaja, tetapi masing-masing ada hal, so terpaksa bergegas pulang hari Khamis tu jugak.. 
Sekalung penghargaan buat krew kantin SK Ewa yang memberikan layanan istimewa buat kami
Sedih jugakla bila nak berpisah dengan cikgu-cikgu di situ, anak-anak muridnya yang manja dan periang, dan tentu sekali makcik-makcik kantin yang “happy go lucky”... memang sporting habislah. Siap tanya kami nak makan apa hari last tu dan kami pon mengambil kesempatan menimbun nasi dan lauk pauknya yang lazat dengan bayaran yang sangat murah..! 
satu penuh barang, satu barang+penumpang
Selesai berkemas barang dan simpan rumah, kami pun bertolak ke jeti.. oleh sebab barangan yang terlampau banyak, dua buah kereta terpaksa digunakan untuk mengangkutnya. (Aishhh...mai satu kereta, balik dua kereta..sakan depa ni shopping) Singgah sebentar di kedai Shaari Gamat dan kedai ikan bilis di pekan Kuah dan kami terus ke Jeti. Senja itu, kami selamat menjejak kaki ke bumi kami menuntut ilmu, Perlis. Letih tetapi sungguh puas dan gembira, berulang kali mereka ucapkan..!
Time for atke-off..bye bye Langkawi
Sebenarnya, banyak lagi tempat yang menarik untuk dilawati di Langkawi. Tapi oleh sebab kekangan masa (kerana kami hanya melancong apabila pulang dari sekolah jerr..takkan nak memonteng pulak), tidak sempat untuk kami melawat kesemuanya. Apatah lagi dengan bajet yang terhad kerana masing-masing belum punya pendapatan..
Ohh. Tentu ramai yang tertanya-tanya ke mana kami pergi pada setiap malam (ahh..perasan) kerana apa yang diceritakan di sini hanyalah aktiviti sebelah siang.. Bermula malam yang pertama dan seterusnya, kami melakukan aktiviti S&S (Survey & Shopping).. hehehe.. itulah sebabnya sampai tak muat satu but kereta dibuatnya..! Last Night tu plan nak overnite kat tepi pantai, tapi masing-masing dah layu so balik rumah dan booomm..!

TM : Orang luar negara sanggup berhabis ribuan dollar untuk menjejak kaki ke Langkawi, anda warganegara yang belum pernah ke sini alangkah ruginyaa.. Langkawi, sensational sun, sand, and beaches..its not just about the rocks, its about the people..! 
Untuk melihat lebih banyak gambar, bolehlah ke facebook aku : Yon Amz .. Malas nak upload kat sini sebab kena arrange cun-cun.. Thanks for reading..! 

No comments:

Post a Comment