Kita selalu update status kita sedang makan apa, makan di
mana, makanan pula nampak sedap belaka. Murah atau mahal, kita terlupa yang
mungkin ada kawan kita yang sedang mengikat perut, dan hanya mampu tengok saja
gambar makanan kita tu.
Macam tu juga, kita selalu upload status kita bercuti ke mana,
berjalan ke mana, beli apa, dan upload pula gambar2nya. Kita terlupa, mungkin
ada kawan2 kita yang tidak mampu pergi bercuti atau membeli apa yang mereka
mahu kerana tanggungjawab dan desakan hidup yang hanya Allah dan mereka saja
yang tahu...
TM : Bukan tak boleh kita nak kongsi kegembiraan dan nikmat
yang kita kecapi dengan orang lain...boleh..tapi berpada-padalah..kalau dah
sangat-sangat jadi menunjuk-nunjuk la pulak kan..lama-lama orang pun naik
menyampah..!
*dikutip dari fb
No comments:
Post a Comment