Tuesday, December 11, 2012

Fakta dan Auta Mengenai Perkara yang Sering Dilakukan Kepada Bayi


Walaupun sekarang kita berada di zaman moden yang canggih serba serbi, namun kepercayaan silam masih menebal dalam masyarakat. Adakalanya ianya hanya kepercayaan semata-mata tanpa kebenaran yang hakiki. Ini termasuklah kepercayaan untuk melakukan sesuatu pada bayi bagi mendapatkan bentuk fizikal yang tertentu pada bayi tersebut..

Cabai melaka untuk membentuk lesung pipit

Auta: Letak cabai melaka di pipi bayi dengan sekerap mungkin, jika ingin dia berlesung pipit.

Fakta: Lesung pipit terjadi kerana adanya gerakan susunan otot-otot di bahagian wajah terutama pipi. Pada orang-orang tertentu susunan otot-otot tersebut membentuk lekukan sehingga terjadilah lesung pipit ketika otot bergerak.


Bulu mata lentik jika dipotong

Auta: Anak akan memiliki bulu mata yang lentik jika bulu mata sering dipotong ketika masih bayi.

Fakta: Lentik atau tidaknya bulu mata ditentukan oleh faktor genetik. Bulu mata yang dipotong akan menjadi lebih kaku. Perlu diketahui, memotong bulu mata akan dapat mengurangkan fungsi bulu mata untuk melindungi matanya terhadap benda asing seperti habuk dan debu yang mengarah ke mata si kecil.

Urut jari agar menjadi lentik




Auta: Jemari bayi yang sering diurut akan menjadi panjang.

Fakta: Mengurut jari tak akan mengubah bentuk jari anak. Panjang jari anak ditentukan oleh faktor genetik.





Syiling atasi pusat menonjol (tersembul)

Auta: Setelah tali pusat gugur, pusat bayi harus diletak syiling agar tidak menonjol.

Fakta: Pusat menonjol pada bayi adalah keadaan yang wajar. Sebabnya, otot dinding perut pada bayi masih lemah dan mempengaruhi bentuk pusat. Namun, apabila dinding perutnya makin kuat, bentuk pusat akan berubah dan tidak menonjol lagi.


Menarik hidung agar mancung




Auta: Tarik hidung bayi pada waktu pagi, agar hidung bertambah mancung.

Fakta: Hidung seseorang ditentukan oleh bentuk tulang hidung dan bersifat genetik. Jadi, meskipun ditarik-tarik setiap pagi bentuk hidung tak akan berubah.






TM : Baiklah..sekarang kita dah tahu fakta dan auta berkenaan bayi..sedar tak sedar, mesti kita pernah terdengar atau mengetahui satu atau dua perbuatan di atas yang seringkali disebut sebagai petua..Hmm, patutlah tak mujarab.. petua auta rupanya.. So, lepas ni, buat ibu bapa atau bakal ibu bapa, jangan buat lagi yea..buang masa dan buat sakit baby tu jerr…! 

No comments:

Post a Comment