Tengah-tengah malam hujung minggu ni, aku tak sabar-sabar nak
menconteng kat Tinta Malam tentang kejadian bersejarah yang menimpa aku dan
Panamera malam semalam. Masih ingat Panamera? Itulah nama yang aku berikan
kepada Desktop kesayanganku yang di-custom pada bulan Mac 2010. Kisah
mencemaskan ini membuatkan aku tak tidur semalaman kerana berhempas pulas
memulihkan sang panamera yang dijangkiti virus “hi” melalui chat kat
FB...biarlah aku terangkan rentetan kejadian ini dan cara aku
menanganinya... mungkin boleh jadi rujukan atau panduan di masa depan kepadaku
seandainya perkara sebegini berulang lagi.. J
Pada awalnya, tengah sedap aku bermain Cityville di fb,
tiba-tiba “plup!” (bunyi orang hantar msg melalui chat”.. Seorang rakan dari
SMKAK menghantar “hi” kepada aku... aku pun reply la sebab ingatkan member tu
nak berchatting dgn aku.. lepas aku tulis 2-3 patah, aku tunggu... agak lama
dia nak reply, then, “plup!” dia menghantar satu link dan dihujungnya terdapat
smiley.. yang tu ja, tanpa ada apape description bawah link tu.. aku pun
excited la.. so, aku click link tu... terus dia bawa aku kepada satu page
(maaf, x sempat capture screen). Page ni sebijik macam laman youtube dan satu
video terdapat pada page tersebut. Di sinilah kebijaksanaan virus yang berjaya
memperdaya aku. Video yang dipaparkan tersebut mempunyai tajuk berkaitan nama
kita seperti “Ustaz Amirul leading the....” dan di bawahnya terdapat beberapa
komen dari orang yang kita kenali iaitu rakan dari fb kita. Tapi malangnya,
video tersebut tak boleh dimainkan dan di tengah-tengah video tersebut,
terdapat satu link yang minta di-klik untuk download latest flash player (macam
yang ada kat youtube)... aku sedikit konfius sebenarnya apabila page virus itu
mengatakan flash player aku x update sedangkan tiap2 hari aku main internet dan
flash game kat fb.. tapi, disebabkan keinginan nak menonton video tersebut yang
punya kaitan dengan diri kita, aku pun terus meng-klik link yang diberikan
untuk mendownload latest flash player yang sebenarnya adalah VIRUSSSSS!!!! Di
sinilah bermulanya cerita tak tidur malam....
Sehabis sahaja mendownload file yang kononnya flash player
installer, virus pun mula bertindak tanpa menunggu aku yang leka bermain
facebook. [salah aku di sini ialah tidah meneliti sebetul-betulnya
vendors/publisher] sebelum mendownload file tersebut dan ternyata, publishernya
bukanlah Adobe Inc. yang memang trusted publisher, tetapi nama sesuatu yang
aneh, kukira berbahasa rusia. Tengah aku melayan game kat FB, tiba-tiba Kaspersky
Internet Security Full Version aku, [maksudnya bli mahal la tu, bukan free
punya], terus popup amaran berwarna merah mengesan kehadiran Trojan dalam
system32. Ada dua pilihan, samada nak restart now untuk completely remove atau
restart later. [virus ni x boleh dis-infect] belum sempat aku mengklik salah
satunya, komputer terus padam. Apalagi, aku pun menggelabah dan menyesal dengan
apa yang aku lakukan.. baru terkenang cerita2 virus fb dan kini aku sudah “terkena”.
Komp terus restart sendiri dan masuk ke safe mode. Sekejap ja, kemudian,
restart balik dan masuk ke laman desktop seperti biasa. Aku pun rasa sedikit
lega tanpa mengetahui bahawa virus itu sedang pesat membiak ke dalam segenap
saraf Panamera..! Tiba-tiba aku menyedari bahawa “Kaspersky Desktop Gadget”
yang sebelum ni akan memaparkan tanda “betul/right” tiba-tiba jadi kosong...
yang ada hanya warna hijau. Aku pun klik kat notification area desktop and
then... there are no more Kaspersky...! Aduhh, pening jadinya. Virus tu dah
telan Kaspersky aku...!
Satu lagi effect semasa komp aku diserang virus Trojan ni
ialah waktu aku online facebook, dalam seminit kemudian, kalau di-refresh, akan
mintak log in semula. Bila dua tiga kali macam ni, aku mula naik rimas. Dalam
masa yang sama, akan masuk notification mengatakan “an unrecognized device try
to attempt your fb” lbey kurang macam tu la.. setiap kali ada notification ni,
aku perlu log in semula [masa bila dia log out sendiri pun tak tau] dah la kena
log in, pastu naik amaran mengatakan seperti ada orang cuba menceroboh fb kita
dan diminta memilih antara dua samada “I don’t recognize” atau “ this is okay” .
Kalau memilih I don’t recognize, password fb akan di-reset dan perlu memasukkan
password baru.. kiranya pada malam kejadian, dua tiga kali jugakla aku tukar
password fb sampai naik migraine..! Last2 aku klik “this is okay” dan masuk ke
home facebook. Tapi tak lama, minta log-in semula.. sah, ini kerja virus. Kali
ni apabila log in, terus dibawa ke page amaran berwarna merah yang mengatakan
server fb dihalakan ke satu dangerous server yang sangat aneh namanya..
apalagi, aku pun, back to safety la..! Virus ni dah bermain gila dengan PC
aku.. Apa yang terlintas di kepala otak aku waktu tu ialah mengembalikan semula
Kaspersky aku yang dah ditelan sang virus dan menggunakannya untuk memusnahkan
virus-virus tersebut. And the games begin... pertarungan yang aku jangkakan
semudah ABC rupanya membawa kepada sebuah episode yang lebih rumit dan thrill..
semuanya bermula selepas sahaja aku siap mendownload installer KIS yang saiznya
lebih kurang 72mb.. aku sambung part 2 yang mengisahkan pertarungan seorang aku
yang tak punya apa2 kemahiran khusus dalam bidang IT, menentang sang Trojan yang
bermaharajalela...!
No comments:
Post a Comment