Thursday, October 27, 2011

De’ SMKAK : Halloween Di SMKAK


Salam ‘Alaik buat semua.. Harini Alhamdulillah aku dapat semangat baru untuk menconteng kat Tinta Malam nih. So, malam ni nak buka cerita seram sikit.. kenapa? Sekarang ni kat tempat omputih tengah musim Halloween.. aku pun bukan tau sangat sal benda ni.. tapi, disebabkan aku ni player tegar game2 kat Facebook seperti Cityville, so, aku pun tau la melalui mission2 game tu yang bertemakan Halloween. Sebut sal Halloween, aku teringat kat SMKAK. Actually, takda kaitan dengan Halloween pun. Cuma Halloween itu sesuatu yang SERAM dan SERAM itu ada di SMKAK...Hahhaa.. Sebelum aku mendaftar di SMKAK, mak awal2 lagi mewajibkan aku menghafal Ayat Kursiy.. Almaklumlah, aku nak belajar kat tempat orang..jauh dari rumah pulak tu..dan tempat tu pulak asrama.. Mak pun pernah masuk asrama dulu dan sedia maklumlah tentang benda-benda aneh yang sememangnya sinonim dengan asrama.. Betul atau tidak, Wallahu’alam.. Tak perlu tunggu lama, sejak dari tingkatan satu lagi, saban hari aku dimomokkan oleh cerita-cerita hantu yang kadangkala kecut perut juga dibuatnya. Senior punya kerja lah tu. Orang kata cerita turun-temurun. Macam-macam cerita ada. Mungkin kalau dibukukan akan jadi setebal Kamus Dewan Edisi Keempat. Antara yang paling masyhur ialah hantu tangki air, hantu loker, hantu kepala putus kena kipas, hantu pokok buluh dan macam-macam lagi. Aku pula orang jauh, jarang-jarang balik. Bila hujung minggu, bertambah sadislah suasananya. Masihku ingat, setiap hujung minggu, terutamanya hari Jumaat malam Sabtu, selepas solat isyak yang tak sampai pun satu saf, aku dengan rakan-rakan sedaerah pun bergerak pulang ke asrama yang sunyinya mampu menaikkan bulu roma. Itu belum minggu yang kawan2 aku tadi terlibat dengan nasyid sana sini, atau bermain bola sepak di tempat lain. Tinggallah aku, seorang penunggu asrama yang setia mengharungi detik-detik cemas hujung minggu di SMKAK. Kadang-kadang, bila nak ke bilik basuhan yang menghadap kawasan perkuburan itu pun aku terfikir dua tiga kali. Basuh esok pagi jelahhh..! Tandas kalau lebih dari jam 12 malam memang tak pi dah! Kuat sungguh pengaruh cerita lisan kurun-berkurun itu..!  Mujurlah selama lima tahun di sana dan saban minggu menempuh detik-detik sebegini, aku belum pernah dipertontonkan sesuatu yang bisa membuat jantung ini berdegup pada kelajuan luar biasa..! 
Antara venue yang sering dikaitkan dengan missssteriiii...!!!
Kadang-kadang, senior akan buat program pada hujung minggu kepada kami, junior yang baru masuk ni. Salah satu acara yang selalu dimomokkan, yang konon-kononnya seram, ialah aktiviti “Burung Hantu”. Dalam aktiviti ini, pelajar akan diletakkan di tempat-tempat tertentu dan terpisah dari rakan-rakan serta matanya ditutup dengan kain. Mereka akan duduk di situ pada tengah malam dan melihat sejauh mana kecekalan dan keberanian pelajar tersebut untuk menghadapi ujian yang mendatang... hantu lerr tu.. Dan si senior akan menjadi hantu yang macam2 rupanya, dimake-up bagai hantu sebenar kononnya dan tugas mereka adalah untuk menakut-nakutkan pelajar tadi. Tapi pada tahun aku, aktiviti ini khabarnya dibatalkan. Kenapa?! Dengar khabarnya, ada “sesuatu” yang tak kena pada malam persiapan untuk mengadakan aktiviti tersebut. Ceritanya begini, sekumpulan senior sedang melakukan persiapan termasuklah me-“make-up” hantu2 ciptaan mereka dan salah satunya ialah dari jenis pocong. Persiapan ini dilakukan di sebuah kelas terpencil berdekatan bangsal KH dan reban ternakan ayam. Kononnya si pocong yang siap awal ni hendak berlatih lompat di kaki lima kelas dan di hujung kaki lima kelas tu, dia ternampak seekor lagi pocong yang disangka kawannya. Dia pun memanggil untuk berlatih sama, tetapi malangnya, pocong di hujung kaki lima it uterus melompat, tinggi dan jauh sekali lompatannya ke arah reban ayam yang gelap gelita. Jaraknya lebih kurang 50 meter dari kaki lima kelas, tetapi pocong itu hanya membuat 5 atau 6 lompatan saja. Bila dipanggil, tidak menyahut dan si pocong buatan ni pun bercerita kepada rakan-rakannya yang lain yang masih berada di dalam kelas. Apalagi, bertempiaranlah lari kesemuanya apabila mengetahui bahawa tidak ada pocong lain selain yang mahu berlatih tadi..! Lantas, aktiviti burung hantu yang dijadualkan pun terbatal secara automatiknya. Entah betul atau tidak cerita ni, aku pun tak pasti. Biasalah, cerita-cerita hantu ni, susah nak dipercaya oleh orang-orang yang tidak mengalaminya sendiri..  Tapi, inilah antara cerita paling epic yang membuatkan aku was-was untuk ke kelas pada malam hari cuti untuk mengambil buku.. Terpaksa pula melintasi kawasan kejadian sebelum sampai ke kelas yang senyap sunyi pada hujung minggu kerana tiada kelas prep. Fuh, sedar tak sedar, dah panjang aku bercerita. Ingat nak sambung part 2 lepas ni. Aku dah kata dah, cerita hantu asrama ni kalau tak berjela tak sah. Lepas ungkit satu, timbul satu lagi.. tak habis-habis. Kini, bila aku baca dan ingat kembali kisah2 sebegini, membuatkan aku tersenyum dan ketawa kerana lucu pula rasanya. Tapi itulah kemanisan merasai kehidupan sebagai budak hostel..! 


No comments:

Post a Comment