cikaro baru gue...jgan jelezzz..! heheh.. |
Dalam penuh
ke-malas-an, aku tuliskan juga secebis review tentang “buah hati” baru aku,
iaitu sebuah Xperia Pro yang baru berusia sebulan =) Aku pecahkan review nih
kepada beberapa part dan Part 1 memfokuskan tentang rekabentuk luaran sebuah
Sony Ericsson Xperia Pro, yang juga merupakan antara buah tangan terakhir dari
Sony Ericsson sebelum Sony “bercerai” dengan Ericsson 17 Februari lepas. Pasni
takda dah Sony Ericsson bersama lambang comelnya yang bulat hijau putih tu..
yang ada hanya tulisan Sony pada handset2 terbaru keluaran Sony Mobile. Ok lah,
taknak mukadimah panjang2.. Biarlah gambar yang menceritakan segalanya..
Antara sebab utama
aku memilih Xperia Pro adalah kerana dilengkapi dengan “physical qwerty
keyboard” yang tersembunyi di bawah skrin LED 3.7 incinya yang sungguh
responsive. Jika anda seorang yang setia mengikuti perkembangan teknologi
smartphone, anda akan dapati bahawa kebanyakan smartphone (android) hari ni
jarang dilengkapi dengan keyboard sebenar, dan hanya menggunakan qwerty
keyboard sentuh pada skrin. Serius, bagi aku, ianya tak “cukup feel”, apatah
lagi jika anda seorang yang suka menaip seperti sms, chatting dan seumpamanya.
Kelahiran Xperia Pro adalah bertepatan dengan “selera” seorang peminat tegar
Sony Ericsson yang mahukan sebuah smartphone yang dilengkapi dengan qwerty
keyboard sebenar. Aku setuju jika dikatakan keyboard ni adalah “selling point”
kepada Xperia Pro nih. Keyboard yang sangat awesome, sama warna dengan housing
dan lengkap dengap background light yang sungguh membantu proses menaip di
dalam gelap. Seperkara lagi, keyboard ni tak terlalu “crowded” atau buttonnya
rapat2 macam Xperia Mini Pro. Ruang antara button menjadikan ianya selesa
digunakan dan tader masalah tersalah tekan button yang melecehkan.
Sebab kedua yang tak
kurang penting ialah Xperia Pro mempunyai skrin yang boleh tahan besarnya,
iaitu bersaiz 3.7inch. Ciri2 penting pada skrin ni ialah mempunyai 16 juta
warna dengan resolusi setinggi 854 X 480 pixel lengkap dengan Reality Display
dan dibantu dengan Sony Bravia Mobile Engine yang membuatkan skrin ni dapat
menayangkan video HD dengan begitu awesome sekali..! Skrin ni daripada jenis
LCD LED backlit membuatkannya kelihatan sangat cerah walaupun brightnest hanya
berada pada tahap 50% sahaja. Walaupun tidaklah secemerlang Super AmoLED milik
gajet2 Samsung yang harganya menjangkau RM 1500 dan ke atas, tapi bagi aku,
kualiti paparan pada Xperia Pro sudah cukup terbaik bagi gajet2 yang dalam
lingkungan harganya.
Xperia Pro adalah
kacukan dua model Xperia iaitu Xperia Neo dan Xperia Arc. Punya spesifikasi
yang hampir sama, tapi Xperia Pro adalah satu2nya yang berbentuk slide kerana
mempunya qwerty keyboard tersebut. Walaupun mempunyai “physical qwerty
keyboard”, Xperia Pro hanyalah seberat 142gram dan saiz dan ketebalannya adalah
normal seperti kebanyakan smartphone android yang lain. Tersedia dalam 3 warna
berbeza, iaitu hitam, silver, dan merah. Aku memilih merah kerana ianya
kelihatan lebih “seksi”. Hahaha..
Body atau
“housing” Xperia Pro yang diperbuat dari plastic berkualiti tinggi dan
dilingkungi oleh “chrome ring” yang lebar di hujung dan tirus di tengah,
membuatkan Xperia Pro kelihatan elegan..! Tapi, material plastic yang terlalu
glossy ni menyebabkan masalah cap jari mudah terlekat apabila menyentuhnya, menyebabkan
phone ni cepat kelihatan comot. Letih juga kalau nak lap selalu.. Last2 aku
biaq je la. Comot pun comotlah, janji boleh guna..!
Tentang kamera
pula, boleh tahanlaa. Lensa utama di belakang ialah jenis Exmor R 8megapixel
beserta flashlight dan kamera hadapan yang aku tak pasti berapa mp, tapi not
bad la. Kalau tak main video calling, boleh guna buat “cermin” waktu sesak2.
Heheh.. Aku bukanlah pandai sangat tentang kualiti kamera atau gambar, tapi apa
yang nak dikatakan di sini, walaupun kameranya 8megapixel, saiz gambar yang
dihasilkan taklah besar sampai ber-megabait, dan gambar yang di-capture boleh
terus diupload atau share di fb tanpa was2 akan saiznya. Sepertinya handset ni
yelah dilengkapi dengan “picture compressor”. Gambar yang dicapture boleh tahan
cantik dan resolusinya tinggi, sesuai dengan 8megapixel, tapi saiz gambarnya
jarang mencecah 2mb..!
Tentang button2
yang berada di bahagian tepi handset ni, iaitu button kamera, volume button,
dan shutdown button, ianya agak kecil dan kurang berfungsi, menyebabkan aku
jarang menggunakannya terutama button kamera. Di sudut atas iaitu berdekatan
dengan volume button, terdapat HDMI port dan LED status yang kadang2 berwarna
biru, hijau, atau merah. Disebabkan kamera Xperia Pro boleh digunakan untuk capture
3D panorama, HDMI port digunakan untuk menyambung handset pada Plasma TV atau
3D TV bagi melihat hasil capture tersebut dalam bentuk 3D. Sayangnya, Sony
Ericsson agak “kedekut” untuk menyertakan kabel penyambung dari handset ke tv
dan anda perlu membelinya sendiri.
Satu lagi “usaha”
murni Sony Ericsson yang wajar diberi pujian ialah menukar trend “all in one”
portnya yang sekian lama menjadi identity handset2 Sony Ericsson. Hasilnya,
pada model2 baru SE, kita dapat melihat wujudnya 3.5mm female jackport untuk
“mencucuk” earphone dan port charger yang juga berfungsi sebagai connector ke
PC anda. Seriously, 3.5mm jackport ni sangat penting untuk orang yang selalu
mendengar muzik pada phone mereka dan adanya port ni memberi lebih kebebasan
kepada pengguna untuk memilih jenis “earphone” yang disukai walaupun earphone
yang didatangkan sebagai pakej dah cukup awesome..! Sony memang expert dalam
hal2 bunyi dan muzik..!
Tentang speaker
yang yang terletak di bahagian belakang phone, aku katakan ianya berkualiti sederhana
dari segi kelantangan bunyi. Kekuatan bunyi masih belum dapat menandingi
handset lama aku iaitu SE G900 tapi sudah cukup kuat untuk mengejutkan aku
bangun pagi setiap hari. Ohh, sebelum terlupa, berdekatan dengan kamera
hadapan, terdapatnya smartsensor. Pentingkah sensor ni? Tentu saja penting bagi
sebuah phone touchscreen dan smartphone. Antara fungsinya ialah skrin sentuh
akan dimatikan apabila anda meletakkan phone rapat ke telinga ketika menjawab
telefon bagi mengelakkan ter-touch apaper kat screen, dan skrin automatik akan
menyala sebaik saja phone dijauhkan dari telinga, membolehkan anda menyentuh
skrin bagi menamatkan perbualan. Satu lagi fungsi penting sensor ni ialah
melaras tahap kecerahan skrin secara automatik bergantung kepada keadaan cahaya
di sekeliling. Skrin akan “diterangkan” ke tahap maksimum apabila berada di
bawah panas matahari dan akan dimmer dengan sendiri di tempat yang agak gelap.
Dikuasakan oleh
bateri jenis BA700 1500mAh, dapat bertahan selama 3 hari bagi penggunaan normal.
Tapi bagi seorang “kaki game” macam aku, bateri ni hanya dapat bertahan
beberapa jam sahaja akibat terlalu banyak digunakan untuk bermain game..!
Berdekatakan dengan battery compartment ialah slot memori kad dan sim kad.
Sedikit leceh kerana slot memori kad agak “tradisional” iaitu tak menyokong
hot-swap atau cabut terus tanpa perlu tanggalkan bateri. Mujurlah memori kad
sangat jarang ditanggalkan dan ianya menyokong sehingga memori bersaiz 32gb..!
Kelemahan yang
dapat diperkatakan tentang rekabentuk luaran Xperia Pro ialah housingnya yang
terlalu glossy menyebabkan kesan cap jari yang mudah melekap pada segenap inci
tubuh Xperia Pro, dan yang kedua ialah rekaan penutup belakang yang tidak ada
tempat khusus untuk membukanya. Satu-satunya cara termudah ialah membuka
penutup HDMI port dan tanggalkan penutup belakang dari situ. Perlu juga
berhati-hati kerana ianya plastic dan umum tahu bahawa housing Sony Ericsson
adalah sesuatu yang “rare” di pasaran dan harganya sangat mahal..!
TM : Hurmm.. Nak
bagi nama apa yea untuk Xperia Pro nih....
# Untuk review yang lebih lengkap dan gambar yang lebih banyak& detail, bacalah di GSMArena.
No comments:
Post a Comment