Friday, March 16, 2012

BMW K1600GT/K1600GTL


Bercerita tentang angan dan impian adalah sesuatu yang menyeronokkan bagi semua orang. Tak kiralah mampu atau tidak untuk mencapainya, tapi setiap manusia yang normal pasti mempunyai keinginan terhadap sesuatu. Setelah lama tak berangan kat sini, aku bawakan lagi satu impian indah untuk dikongsi bersama. BMW..ada orang cakap ianya akronim kepada “Banyak Makan Wang”.. ada juga yang kata “Best Man Win” dan macam2 lagi. Bila sebut BMW, pasti ramai yang terbayangkan kereta2 mewah yang berwajah sombong dan angkuh, dengan postur tubuh yang seksi dan mampu menarik pandangan siapa saja di atas jalanraya. Tapi kali ni sedikit berbeza, kerana BMW yang ingin dibicarakan di sini bukanlah sebuah kereta, tapi motosikal berkuasa tinggi, lebih tepat lagi, touring bike terbaru BMW, iaitu K1600GT dan K1600GTL.
Serius aku katakan, sebelum ni aku tak minat sangat dengan motor2 BMW sebab bentuknya yang agak bizarre dan terlalu naked. Tapi kelahiran K1600GT dan K1600GTL nih telah berjaya menambahkan satu lagi model superbike impian dalam kepala hotak ni. BMW adalah suatu jenama yang gah dan kelahiran dua model touring “kembar” ni membuktikan kredibiliti BMW dalam merekacipta kenderaan bermotor, samada kereta ataupun motor. Lihat saja barisan model kereta BMW, bagi aku, semuanya sempurna dari segi bentuk luaran..dari model zaman dahulu kala hinggalah model2 terbaru keluaran BMW, semuanya cun habess dan tak ada yang hodoh..!
Mengapa aku jatuh hati pada BMW K1600GT ni? Ohh, sebelum tu aku nak bagitau yang minat aku lebih cenderung kepada touring bike berbanding superbike asli seperti R1 dan seumpamanya. Entahlah, tapi aku memang rasakan touring bike yang tubuhnya lebih tough, besar gedabak dan ada “tong2” di kiri dan kanan tu semacam coooooll ja berbanding superbike..hehe.. K1600GT memang sporty dan “handsome” lebih2 lagi dari pandangan depan. Lampu utama yang berbentuk sebegitu menyerlahkan kegarangan si touring bike nih. Deretan lampu LED pada bahagian bawah daripada lampu utama menambahkan kekacakan dan nilai ekslusif pada touring bike nih. 
Sesiapa yg meminati dan mengikuti perkembangan dunia motosikal pastinya mengetahui ciri2 special yang ada pada touring bike seperti K1600gt ni. Ciri2 yang tidak ada pada motosikal harian biasa. Antaranya ialah pemanas tempat duduk, cermin pengadang angin boleh laras, system ABS, immobilizer yang sama dengan apa yang ada pada kereta mewah BMW, mod tuggangan yang pelbagai dan boleh disesuaikan mengikut permukaan jalan yang dilalui, system itu dan ini seperti pelaras absorber elektronik serta system pelaras angin tayar automatik.. banyak lagi sebenarnya.. fuhh, kalau tak canggih bukan BMW la der..
Soal enjin dan kuasa tak perlulah dipertikaikan untuk motosikal2 sebegini. Mempunyai enjin berisipadu 1649cc (kalau kereta tu 1.6 la) Enjin 6 silinder sebaris ni merupakan enjin paling ringan pernah dicipta bagi motor BMW.. itupun seberat 102.6kg.. fuhh, enjinnya saja dah sama berat dengan sebijik kapcai biasa..! Enjin ini mampu menghamburkan kuasa sebanyak 160.5 bhp/118kW dan meluncurkan mesin BMW yang seberat 319kg ke kelajuan maksimum iaitu 250km/j ..! Ada bran?! Haha.. aku pasti, kalau menunggang pada kelajuan 120km/j pon dah cukup laju bagi motor camni. Harus diingat, enjinnya ialah 1600cc, tentu saja 120km/j nya tak sama dengan 120km/j kapcai 150cc.. Itu baru “berjalan”, kalau ianya “berlari” sehingga mencecah 250km/j, silap2 RX8 pun takleh potong..!

TM : Melihatkan harganya di Malaysia iaitu RM 158,000 bagi K1600GT dan RM 168,000 bagi K1600GTL, hanya mampu menelan liur bagi orang kebanyakan macam aku. Kalau anda mampu, BMW Motorrad Malaysia sedia menanti anda dengan senyum lebar dan pintu yang terbuka luas..!

Rujukan : Internet dan Majalah RR
  

No comments:

Post a Comment