Dengan sokongan dan kekuatan dari British dan Zionis, Mustafa
Kamal Atarturk telah mengumumkan penghapusan Khilafah dan pemisahan agama Islam
daripada negara tepat pada pagi 3 Mac 1924. Secara rasminya sudah 88 tahun
peristiwa ini berlaku. Kamal telah memerintah supaya Khalifah terakhir, Sultan
Abdul Majid II supaya meninggalkan Turki sebelum subuh pada hari yang sama.
Polis dan tentera dikerah berhimpun di istana Khalifah dan memaksa Khalifah
memasuki kereta dan seterusnya membawanya ke Switzerland.
Gambar ini merupakan Khalifah terakhir Sultan Abdul Hamed II meninggalkan istana atas arahan Presiden Turki pertama Mustafa Kamal Atartuk pada 3 Mac 1922. |
Atartuk kemudiannya
telah mengumpulkan semua waris Khalifah dan mengusir mereka keluar daripada
Turki. Kesemua aktiviti keagamaan dimansuhkan, semua sekolah agama ditukar
kepada sekolah sekular, mahkamah Islam dimansuhkan, azan diluangkan dalam
bahasa Turki dan undang-undang sekular dilaksanakan sepenuhnya.Akhirnya impian
British dan Zionis untuk meruntuhkan Khilafah Uthmaniyah sebagai Daulah Islam
yang terakhir telah tercapai, melalui tangan anak didik mereka iaitu Mustafa
Kamal laknatullah.
Lihatlah, betapa angkuhnya mereka.Setelah jatuhnya khilafah,
maka satu demi satu wilayah umat Islam jatuh ke tangan musuh termasuklah bumi
Palestin yang diidam-idamkan oleh Zionis dan pihak barat. Kini, umat Islam
kehilangan tempat berpaut untuk naungan dan pimpinan khalifah.
Mustafa Kamal Atartuk di saat kematiannya. Saat2 sakaratulmautnya penuh dengan azab luarbiasa sebagai balasan ke atas kekejamannya. |
Bagaimana keadaan umat Islam kini di Palestin, Iraq, Libya,
Syria, Kashmir, Pattani, Selatan Filipina dan negara-negara yang lain di
seluruh dunia termasuk di negara tercinta Malaysia?? Rata-rata umat Islam hidup
terkontang-kanting tanpa pimpinan dan hala-tuju perjuangan walau pun jumlah
meraka kini telah melebihi seperempat daripada penduduk dunia (1.7 bilion
daripada total 7 bilion).
TM : Apakah sumbangan kita ke arah mengembalikan kedaulatan
dan kepimpinan Islam yang sangat diperlukan oleh umat dan dunia pada ketika
ini?
# Bagi yang ingin mengenali Atartuk ni, boleh baca cerita panjang lebar tentang manusia kejam ni di SINI.
Diambil dari blog sahabatku : Syukran Ya Allah
No comments:
Post a Comment