Sunday, February 12, 2012

Beberapa Fakta Tentang Handphone (Part 1)


*Artikel menarik yang dialih bahasa oleh aku sendiri..mungkin ada yang pernah baca. Tapi sebab artikel ni best, aku nak masukkan jugak sebagai entri TintaMalam..! Anggaplah ini sebagai Warm-up sebelum aku me-review Sony Ericsson Xperia Pro lepas ni..macam la canggih sangat.. eeeuwww.. menyampah..!

Tentang IMEI
IMEI ialah ( International Mobile Equipment Identity). Setiap yang bernama telefon bimbit a.k.a handset, tak kira murah atau mahal, canggih atau lokoih, baru atau klasik, semuanya mempunyai IMEI masing2 yang berbeza-beza. Ohh, sangat unik..!  Apa gunanya IMEI ni? Adakah pengeluar handset takda kerja, then boring2 diorang pun rekacipta IMEI untuk setiap handset yang diorang keluarkan?! Tentu sahaja tidak..! Bayangkan berapa billion handset yang wujud di dunia ni dan mempunyai IMEI masing2..! Salah satu fungsi IMEI ialah untuk mengetahui di mana sesebuah handset dikeluarkan dan dari situ kita boleh mengetahui tahap kualaiti handset yang kita miliki. Jom cuba..!

# Tekan *#06# untuk mengetahui IMEI bagi kebanyakan handset
# Bagi Handset Android, IMEI boleh diakses melalui : Phone Settings > About Phone > Status > IMEI

Ok, sekarang aku bagi contoh IMEI handset aku :

Fokuskan pada digit 7 dan 8 = 00
Apa maknanya digit 7 dan 8 ni?

# Jika digit ketujuh dan kelapan ialah 02 atau 20, maknanya handphone tersebut dipasang di CHINA dan kualitinya RENDAH.
# Jika digit ketujuh dan kelapan ialah 08 atau 80, maknanya handphone tersebut dipasang di GERMAN dan kualitinya SEDERHANA.
# Jika digit ketujuh dan kelapan ialah 00, maknanya handphone tersebut dipasang di KILANGNYA YANG SEBENAR dan kualitinya TERBAIK.
# Jika digit ketujuh dan kelapan ialah 13, maknanya handphone tersebut dipasang di AZERBAIJAN dan kualitinya SANGAT RENDAH, malah boleh mengancam keselamatan anda jika menggunakannya...!

#Jika digit ketujuh dan kelapan Dalam IMEI anda tiada dalam senarai di atas, mungkin ianya masih dalam eksperimen. Eksperimen telah dilakukan ke atas pelbagai model seperti iphone,Nokia,Sony Ericsson, dan Motorola. (dipetik dari laporan asal)

#note : anda juga boleh menguji validity IMEI handset anda di website Imei Lookup bagi memastikan IMEI handset anda adalah tulen dan bukan rekaan pihak tertentu..! Caranya mudah, masukkan IMEI handset anda ke dalam ruangan yang disediakan dan isikan “captcha” yang betul. Jika IMEI yang diberi itu tulen, akan terpapar spec basic handset anda beserta gambar contoh.. 

No comments:

Post a Comment