Sunday, February 12, 2012

Beberapa Fakta Tentang Handphone (Part 3)



Tips Menjimatkan Bateri
Semua orang tahu, tanpa bateri, sesebuah handset seumpama besi buruk yang tidak berguna..! Semakin canggih sesebuah handset, semakin tinggilah kuasa baterinya, dan semakin kuatlah handset tersebut melahap kuasa baterinya..! Aduuhh, lagi kerap main, lagi kerap kena cas...penat woo..! Justeru, jom tengok bagaimana nak jimat kuasa bateri tu dari cepat sangat habis..

# Kurangkan Kadar Kecerahan Skrin
Trend handset moden, iaitu berskrin besar dengan pixel yang tinggi serta jutaan warna, dan tentu saja skrin sentuh. Inilah punca utama bateri cepat habis. Jika dilihat pada status penggunaan bateri, skrin mencatatkan penggunaan bateri tertinggi. So, untuk menjimatkan bateri, rendahkan tahap kecerahan skrin (brightness) dan rendahkan juga masa untuk skrin malap dengan sendirinya (screen time-out).

# Off WiFi bila tak Digunakan
Bila WiFi berada dalam keadaan “ON”, phone akan bekerja keras mencari dan “menghubung” (connect) pada talian WiFi yang seadanya. Ianya berlaku secara automatik tanpa pengetahuan anda dan hal ini tentu akan melahap kuasa bateri handset anda. Semakin jauh punca WiFi, semakin banyak kuasa yang diperlukan untuk mencari dan menghubung kepada talian tersebut. So, dengan sekali touch, tutupkan wifi pada handset anda..!

 # Off Vibrate (Getaran)
Aksesori wajib pada sesebuah handset ialah vibrator dan tidak ramai yang tahu bahawa vibrate menggunakan lebih banyak bateri berbanding bunyi..! So, dalam keadaan terdesak kerana kekurangan bateri, offkan saja fungsi vibrate tersebut untuk terus survive...!

# Gunakan Mode “AirPlane” bila tiada liputan
Katakanlah anda sedang berkhemah jauh di belantara dan tiada liputan di situ. Pada masa yang sama, anda teringin untuk mendengar mp3 dari handset anda. So, tak perlu buka handset anda sepenuhnya. Gunakan Mode Airplane / Flight Mode yang membenarkan fungsi2 asas tanpa talian sahaja berfungsi seperti music player dan alarm. Sama seperti WiFi, kuasa bateri lebih banyak digunakan apabila handphone cuba mencari-cari liputan di kawasan yang tiada liputan atau kurang liputan..!

# Tutup aplikasi yang tak diperlukan
Handset akhir zaman ni seperti semua sedia maklum, penuh dengan aplikasi2 yang setanding dengan komputer..! Tentu sahaja aplikasi2 sebegini menuntut penggunaan bateri yang rakus..! So, tutup sahaja aplikasi tersebut selepas menggunakannya. Bagi handset Android, caranya ialah menggunakan task manager yang tersedia dalam setting. Harus diingat, walaupun anda telah “quit” dari application tersebut, tapi sebenarnya ia masih “running in background” pada handset anda tu dan inilah sebenarnya “parasit” yang menghakis kuasa bateri anda tanpa sedar..!

### Sumber Asal Beberapa Fakta Tentang Handphone Part 1,2,3 :

No comments:

Post a Comment