Sembahyang sunat
ini dilakukan selepas azan Subuh, sebelum dilakukan sembahyang fardhu Subuh.
Antara hadis yang menerangkan kelebihan dan keutamaan solat sunat dua rakaat
sebelum fajar ini ialah :
Dari Aisyah dari
Nabi s.a.w sabdanya “ Dua rakaat sebelum subuh lebih baik daripada dunia dan
seisinya .” (HR Muslim ) Dan pada suatu lafaz “ Kedua rakaat tersebut lebih aku
cintai daripada dunia ini seluruhnya .”
Dan pada riwayat
lain disebutkan : Nabi tidak pernah begitu kuat ketekunannya dalam mengerjakan
solat-solat sunat rawatib melebihi dua rakaat sebelum subuh .(HR Muslim &
Bukhari)
Betapa hebatnya solat sunat dua rakaat sebelum fajar ini kerana ia merupakan satu-satunya solat sunat yang boleh di-qadha :
Qadha (ganti)
Sembahyang Sunat Subuh
Bagi orang yang
tidak sempat mengerjakan solah rawatib dua rakaat sebelum Subuh, mereka boleh
mengerjakannya samada sejurus selepas selesai solah Subuh (mazhab Syafie) atau
setelah matahari terbit (3 mazhab yang lain).
Dari Abu Hurairah
r.a.: Rasulullah s.a.w. bersabda:“Sesiapa yang tidak sempat mengerjakan solat
rawatib dua rakaat sebelum Subuh, maka hendaklah dia mengerjakannya setelah
matahari terbit.” (Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi)
Dari Qais bin Qahd
r.a., bahawasanya dia pernah mengerjakan solat Subuh bersama Rasulullah s.a.w.,
sedangkan dia belum mengerjakan solat rawatib dua rakaat sebelumnya. Setelah
beliau mengucapkan salam, dia pun mengucapkan salam bersama beliau s.a.w..
Selanjutnya, dia mengerjakan solat rawatib Subuh dua rakaat, sedang Rasulullah
s.a.w. melihatnya, tetapi beliau s.a.w. tidak melarang-nya dari melakukan hal
tersebut.” (Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan Ibnu Hibban)
TM : Pertama kali
menulis entri seusai solat fardhu subuh. Cubalah biasakan diri menunaikan solat
sunat sebelum subuh ni.. lama-kelamaan akan hadir suatu rasa dalam diri yang
menyebabkan anda rasa sayang untuk missed solat sunat sebelum subuh ini
walaupun sekali..! Ya..suatu rasa kenikmatan yang tak terungkap dengan
kata-kata..
Sumber asal
artikel : Nasbun Nurain
No comments:
Post a Comment