Salam Rejab buat
semua visitor. Harini admin terpanggil untuk mengarang artikel bernada serius
mengenai panduan membeli on-line. Bukan apa, baru-baru ni ada seorang member
berlawanan gender call aku, dengan nada yang kadangkala sedih dan kadangkala
berpitching tinggi seperti geram menceritakan barangan yang dibelinya secara online tak
sampai-sampai ke rumahnya. Mengapa aku yang ditelefon? Apa yang aku boleh buat?
Terdetik juga di hati kehairanan itu..tapi sebagai kawan, aku pinjamkan juga telinga
ini mendengar luahannya..
Beberapa tahun
kebelakangan ni, trend membeli barang secara online semakin berkembang pesat.
Baguslah. Ini perkembangan yang sihat lagi baik...! Tapi, yang tidak baiknya,
wujudnya golongan2 yang mengambil kesempatan dengan melakukan kerja-kerja
terkutuk seiring dengan perkembangan yang berlaku. Aku sendiri telah berpuluh
kali membeli barangan secara online dan Alhamdulillah, belum pernah ditipu lagi
setakat ni. Antara barang2 yang pernah dibeli ialah LCD Monitor 23”, Kamera Digital,
Telefon Bimbit, Earphone dan barangan-barangan biasa yang lain berharga kurang dari RM
100. So, melalui pengalaman tersebut, di sini aku tuliskan panduan-panduan
untuk membeli secara online :
1.) Kenali
Seller/Peniaga :
Ini adalah sangat
penting. Selepas menemui barangan yang hendak dibeli, “berkenalanlah” dengan
seller tersebut. Baca profil lengkapnya dan teliti rating/respon/testimony dari
pelanggan yang pernah berurusan dengan seller terbabit. Untuk website
Lelong.my, anda boleh melihat rating dan komen pelanggan bagi seseorang seller.
Pilihlah seller yang mempunyai reputasi yang bagus serta banyak komen positif
dari pelanggannya. Seller yang baik akan memaparkan no telefon/emel, alamat
kedai/rumah, gambar, no. syarikat dan lain2 data yang meyakinkan. Cuba sms/email
seseorang seller dan nyatakan hasrat untuk membeli barangannya dan lihat samada
respon seller cepat/ lambat. Seorang seller yang baik akan cepat respon
walaupun disoal berkali-kali oleh buyer.
2.) Simpan bukti
sebanyak mungkin :
Setelah bersetuju
untuk membeli barang dari seller,
sebelum memasukkan (transfer) wang, kumpulkan segala bukti urusniaga
seperti sms/email anda dengan seller, capture screen barangan yang hendak
dibeli dan data-data seller, “link” barangan yang dibeli dan data-data lain
yang dirasakan wajar. Selepas memasukkan wang, segera update kepada seller
melalui sms atau email. Nyatakan tarikh, masa, jumlah,cara transfer, dan akaun
seller yang dimasukkan wang itu (jika seller ada lebih dari satu akaun). Simpan
juga sebarang resit atau penyata sebagai bukti pembayaran. Anda juga boleh scan
dan attach resit ni ke email seller bagi mengukuhkan bukti jika membeli
barangan yang agak mahal. Jika
menggunakan online banking, pastikan anda membuat capture screen dan
hantarkannya ke email seller.
3.) Jadilah
Pembeli yang tegas
Setelah membuat
bayaran dan update bukti2 pembayaran kepada seller, pastikan anda meminta
tracking number dari seller sebaik saja barang diposkan. Anda juga berhak
meminta resit yang sah bagi seller serta kad waranti jika membeli barangan
elektronik. Harus diingat, sebaik saja memasukkan wang, bermakna barang
tersebut telah menjadi milik anda walaupun belom dipos. So, jadilah pembeli
yang “demand” dan tegas seperti meminta disertakan resit dan berpesan agar
barangan dibungkus dengan baik. Seller
yang baik akan menghubungi anda sebaik saja barangan telah dipos dan memberikan
tracking number bagi memudahkan anda mengetahui perkembangan semasa barang
tersebut samada sampai atau belum di tempat anda. Apabila barang telah disahkan
berada dalam rekod kurier, anda sudah boleh menarik nafas lega kerana sedikit
sebanyak seller itu tidak menipu anda. Jika seller berdolak dalih atau “banyak
cakap” apabila anda meminta tracking number, waspadalah, kemungkinan seller
hendak menipu kerana dia sudahpun menerima wang dari anda. Di sinilah bukti2
urusniaga memainkan peranan penting.
4.) Apabila barang
telah diterima/selamat sampai
Jangan terlalu
gembira apabila barang telah selamat sampai. Dengan segera buka bungkusan/pakej
untuk memeriksa kondisinya. Semak betul-betul adakah barangan tersebut yang
anda beli, keadaan fizikalnyanya, fungsinya, adakah sama dengan apa yang
dikatakan seller, barangan lain yang dinyatakan dalam pakej yang dibeli, cth :
handsfree (jika beli barang seperti handset), resit dan sebagainya. Jika
berlaku kecacatan atau kekurangan, segera hubungi seller dan maklumkannya.
Kukuhkan dengan mengambil gambar dan segera emailkan kepada seller berkenaan.
Jangan rasa segan2/malu2 untuk minta penggantian jika barangan yang diterima rosak
dan seumpamanya. Anda patut dapat apa yang anda bayar..! Jika berpuashati
dengan barangan yang diterima, hubungilah seller dan jangan kedekut untuk beri
rating/like kepada seller tersebut. Apabila wujud kepercayaan antara seseorang
seller/buyer, urusan akan menjadi mudah di masa hadapan..
TM : Apa yang
perlu dibuat jika berlaku penipuan dalam jual beli online? Tunggu sambungannya
dalam Part 2 nanti.
penah jadi sekali dlu..gerammm..bukan masalah seller..tapi masalah posmen yang cuai! huh..geram balik..huhuhu
ReplyDeleteaipp..tetiba ja mucul..hehe..sabiaqq byk2 noh..jgn serik utk ber-shopping online =)
ReplyDelete