Monday, June 16, 2014

Earphone… Tiruan vs Genuine

Entri pada kali ini agak serius dan berilmiah bunyinya… gitteww..! Earphone adalah aksesori wajib bagi penggemar muzik macam aku. Kalau sehari tak boleh sumbat dalam lubang telinga tu, rasa macam gatal jaa telinga nii..hahaa.. Dari zaman pakai Walkman jenama aiwa yang kaset tu lagi, memang aku sangatlaa cerewet sal earphone ni. Nak yang sedap jaa..! Penting kee earphone ori nii? Ada beza kaa dengan yang palsu/OEM? Elehhh, tengok macam sama jaa.. Sama ke?! Jom kita tengok..!


1. Material kabel / wayar

Salah satu cara mengenalpasti ketulenan earphone atau handsfree ialah melalui material yang digunakan pada kabel atau wayarnya. Kebanyakan kabel earphone yang original biasanya diperbuat daripada getah tulen yang memberikan rasa lembut dan kesat apabila disentuh. Kabel ini memang terasa getahnya dan mudah berpintal.

Berlainan pula dengan kabel earphone OEM, tiruan, dan seumpamanya. Rasanya lebih licin bila dipegang. Rasa plastiknya lebih berbanding rasa kesat getah pada kabel ini. Kabelnya juga kelihatan lebih berkilat apabila terkena cahaya lampu berbanding kabel original yang agak malap warna kabelnya.

 

2. Tanda/Cop Jenama

Cop jenama pada earphone original adalah lebih kemas dan tidak mudah luntur tulisannya. Cetakan jenama kelihatan lebih cantik dan asli warnanya serta kedudukannya adalah bertepatan dengan spesifikasi rasmi earphone tersebut. Ini agak susah untuk dipastikan kerana ketika kita baru membeli earphone, semuanya kelihatan baru dan asli, namun setelah menggunakannya, barulah akan kelihatan kesannya. 



3. Spesifikasi

Seelok-eloknya, jika anda mahu membeli sebuah earphone original yang agak mahal harganya, semaklah dulu spesifikasi rasmi yang dikeluarkan oleh laman web rasmi jenama earphone tersebut. Biasanya, ciri-ciri atau spesifikasi earphone akan diterangkan secara detail. Dari sini, anda akan mendapat maklumat berkenaan rekabentuk earphone dan spesifikasi teknikal. Ketika hendak membeli, pastikan spesifikasi rekabentuk earphone original yang hendak dibeli, adalah sama dengan apa yang yang diterangkan dalam website tersebut. 


4.  Volume Button

Rekabentuk volume button pada earphone juga adalah penting untuk diperhatikan. Rekabentuk volume button pada earphone original adalah lebih kemas dan paling penting, ia dapat berfungsi dengan cemerlang.

Contoh perbandingan yang aku boleh berikan kat sini, antara earphone Ori Samsung dengan earphone OEM Samsung (warna hitam), controller pada earphone Ori tak pernah berlaku malfunction dan akan mengikut setting yang anda tetapkan pada fon. Sebaliknya, untuk earphone OEM pula, sering berlaku malfunction pada button controller. Contohnya button “+” yang sepatutnya berfungsi untuk meningkatkan volume, tetapi tertukar fungsi dengan button “-“ yang sepatutnya digunakan sebagai memperlahankan volume.

controller atau volume rocker
5. 3.5mm male jack

Jack iaitu penghujung earphone yang dicucuk masuk ke dalam lubang “3.5 mm” pada smartphone juga tidak kurang pentingnya. Jack pada earphone original adalah berwarna keemasan yang berkilau dan terdapat 3 gegelang (biasanya mengikut warna cable) pada jack tersebut. Rekabentuk jack juga adalah kemas dan rapi serta licin. Satu lagi ciri penting ialah, jack earphone yang original tidak akan mudak luntur warna keemasannya walaupun telah beratus-ratus kali digunakan/dicucuk pada smartphone..! 

3.5mm male jack
Bagi jack yang jenis OEM atau tiruan, hampir sama sahaja bentuknya dengan jack earphone original, melainkan jika anda memerhatikannya secara detail. Antaranya ialah tentang warna keemasan jack tersebut. Warnanya tidaklah sekilau keemasan pada jack original dan warnanya mudah pudar dan kusam setelah beberapa kali penggunaan (luntur).

6. Kualiti bunyi

Kita lari sebentar dari aspek fizikal earphone. Memfokuskan pada kualiti bunyi, memang adalah antara teknik termudah untuk mengenalpasti samada earphone tersebut ori atau palsu. Maksudnya di sini, mudah jika anda kerapkali menggunakan earphone yang original. Jika anda mendengar bunyi yang dihasilkan oleh earphone palsu, belum cukup seminit pun, anda akan tahu bahawa itu adalah earphone yang palsu. 


Biasanya, hal ini dapat dikesan melalui penghasilan bunyi “bass”. Bunyi “bass” yang dihasilkan oleh earphone original adalah lebih berkualiti dan sedap didengar. Kata orang lebih “deep”. Manakala earphone palsu pula, bunyi bassnya tidaklah setebal earphone original dan adakalanya tidak ada langsung kedengaran bunyi bass.
Penting tau kalau anda jenis yang sukakan muzik yang berkualiti…!!

7. Sesedap rasa

Sesedap rasa..mungkin itulah faktor yang membezakan antara earphone ori atau palsu. Sesedap rasa ialah rasa ketika anda menyumbat earphone tu ke dalam lubang telinga anda..especially earphone yang jenis “in-ear” tu..yang hujungnya bulat-bulat tuu…! 


Jika earphone original, tak ada masalah. Jenama apa pun, pasti anda rasa selesa..muat-muat jaa dalam lubang telinga. Malah jika earphone original disumbat ke dalam telinga, walaupun muzik belum dimainkan, anda takkan dapat lagi mendengar bunyi-bunyi luar..lubang telinga anda telah di-seal seketatnya..!

Jika dibandingkan dengan earphone jenis OEM atau tiruan, ada-ada sahaja yang tidak kena apabila memakainya. Mungkin lubang telinga akan terasa gatal atau sakit kerana terdapat segi-segi plastik kecil pada earphone yang tidak dirapikan. Gatal mungkin sebab earbuds kat hujung tu dibuat dengan material tak berkualiti dan murah. Ni adalah pengalaman aku sendiri. Wahh.., sampai macam tu sekali..!

packaging yang simple dan tak menarik langsung..!
8. Pembungkusan

Pembungkusan/packaging…mungkin bagi anda aspek ni tak penting. Tapi dari sini jugalah kita mendapat klu adakah earphone yang kita beli tu ori atau tiruan. Jangan terkejut kalau dikatakan packaging untuk earphone tiruan/OEM adalah lebih cantik/vogue berbanding packaging untuk earphone yang original. Ni pengalaman aku sendiri membeli earphone Samsung yang original dan OEM type. Bungkusan original sangatlah simple dan tak ada kotak pon, tapi yang OEM tuu, siap kotak2 bagai..cantik pulak tuu kotak dia…! Tapi itulah orang kampung aku kata, don’t judge a book by its cover..! 


TM : Aku tulis ni bukanlah bertujuan nak menghasut orang supaya membenci earphone palsu atau OEM yang berlambak kat kedai tu. Belilah…duit korang, ikut suka korang..! Lagipun, tak semua orang mampu nak beli earphone yang original, yang kebanyakannya berharga RM 70 ke atas hinggalah yang berharga ribuan ringgit macam Dr Beats tuu.. Aada jugak orang yang menganggap earphone ni tak penting sangat..ada pun ok, takda pon ok..its up to you..! Cumanya, aku tulis ni supaya korang tak tertipu, jangan pulak nanti bayar harga earphone ORIGINAL untuk earphone tiruan atau OEM..! Peace yaww..



No comments:

Post a Comment