Heh, apa kes aku nak kongsi resepi pulak.. hehew..! Actually, one of my hobby is buat kerja-kerja dapur.. Come on, pelikkah laki-laki buat kerja dapur? Sekali imbas memang kedengaran janggal.. tapi cuba fikir betul-betul dan bersetujulah dengan kenyataan bahawa kaum lelaki adalah penakluk dapur yang sebenarnya...! Buktinya, kebanyakan chef yang ternama dan terhandal serta terfamous di dunia terdiri dari orang lelaki ka pompuan? Hurm...jawabla sendiri.. Ok la, buat segmen kongsi resepi yang pertama, terimalah minuman yang hebat dan famous nih, Home Made “Tropicana Twister” a.k.a jus oren.. Kalau di restoran, harganya paling murah RM 3 untuk satu gelas kurus yang tak mengenyangkan kat tempat aku, tapi menggunakan resepi ni, percaya atu tidak, anda akan dapat sejag pada harga yang lebih kurang sama..Macam GT128, bayar kurang, dapat lebih... hohoho..!
Bahan-bahan :
· Dua biji oren mandarin tanpa biji (RM 0.80 – RM 1 setiap 1)
· 1 L air bio aura atau air sejuk dalam peti ais
· Dua senduk nasi gula putih (jangan penuh senduk sangat, kang kencing manis pulak..!)
· Dua sudu besar pati oren sunquick
· Ais kiub
· Blender basah dan pisau kecil
Cara-caranya :
· Buang kulit buah oren dan potong isinya kecil-kecil supaya senang diblender nanti. Corak potongan? Terpulang...dadu boleh, pyramid boleh dan kalu terer sangat, potonglah macam bentuk diamond... :D
· Masukkan isi oren yang dipotong ke dalam balang blender.
· Masukkan dua senduk gula bersama dua sudu pati oren ke dalam balang blender tadi.
· Masukkan air hampir memenuhi balang blender
· Apalagi, kisarlah campuran tadi. Jika mahukan jus yang halus dan lembut, blend lebih lama dan jika mahukan lebih “pulp” oren macam Tropicana twister tu, jangan blend lama sangat
· Sambil blend, masukkan ais kiub kira-kira separuh jag berkapasiti 1L atau besar sedikit
· Tuang jus dalam blender ke dalam jag yang ada ais tadi..dan selamat menjamu tekak yang kehausan..!
Uhhh, nikmatnya minum fresh oren nih smbil layan facebook di saat-saat matahari terpacak kat atas kepala.. Lebih sihat dan neutral dari jus-jus yang dalam kotak tu...Ingat, kalau minum kat restoran, anda akan dapat satu gelas kurus slim yang sekali slurrrp terus kering, tapi bila buat sendiri kat umah, dengan harga yang hampir sama dengan restoran, anda akan dapat lebih dua tiga kali ganda... berbaloi-baloi...!
wowowow.. nak cubalahhh nanti!!!!! tp kt ghumah xde ais pulak
ReplyDelete