Sunday, May 22, 2011

My Experience : Motor vs Kereta...Apa yang bestnya motor?

Hurm.. berbicara tentang dua jenis kenderaan darat yang utama kat Malaysia nih memang menyeronokkan. Walaupun aku bukanlah dalam bidang khusus yang berkaitan dengan dua benda ni, tapi aku memang minat dengan kedua-dua benda ni. Dulu, sejak dari sekolah rendah lagi, aku sudah meminati kereta. Pantang nampak paper yang ada gambar kereta yang cantik, aku akan gunting dan simpan gambar tu sebagai koleksi. Sampai hari ni masih ada lagi. Minat ni terbawa-bawa sampai sekolah menengah. Astro yang dipasang kat rumah tak dipersiakan. Di sinilah aku mula mengenal rancangan automotif hebat seperti Top Gear,Fift Gear, dan Pimp my Ride. Minat mengumpul gambar kereta masih melekat dan semakin hebat. Aku mula tertarik dengan majalah kereta yang mahal dan pasti akan membelinya kalau terserempak sewaktu outing ke Popular bookstore kat City Plaza, Aloq Staq. Tidak ketinggalan aku mengumpul komik tentang perlumbaan kereta Jepun yang sangat awesome lukisan keretanya. Dalam komik tu pulak ada poster kereta. Apalagi, memang kenalah..! Melalui komik ni lah aku berjinak-jinak untuk cuba-cuba melembutkan jari melukis gambar-gambar kereta pula. Tak sangka berbakat juga aku rupanya..heheh..(nnti aku scan gambar yang pernah dilukis dgn jayanya tu). Masuk saja ke alam IPT, aku minat pada kereta masih ada tetapi semakin suam kerana kini aku mula meminati jentera beroda dua pula iaitu motosikal. Hendak dikatakan aku takda lesen kereta, tertera huruf D kat atas lesen tu.. Kalau kata takda kereta, rasanya dah penuh garaj (Langkawi kereta murah, biasalaaa).. Tapi entah kenapa, aku merasakan,lebih seronok mengendalikan jentera dua roda ni...Kenapa yea?!

Wah, aku bercakap seolah-olah macam punya superbike pula. Ah, itu hanya impianku di masa depan,berhajat memiliki “motosikal mewah” itu sebijik..! Moto dalam hidup aku hanyalah sebuah skuter comel 150, ex5, wave100, LC dan terbaru, Enamorata iaitu my GT128... Semuanya adalah cubcai atau motor kecik dan takda satupun SBK. Tapi, serius cakap, motor2 nilah yang menumbuhkan jiwa seorang rider dalam diri aku..chewahhh..! Ok la, mengapa aku suka naik motor? Naik kereta kan best..nampak kaya bergaya, siap aircond ngan radio lagi... Bagi aku, menunggang motosikal adalah suatu keseronokan, apatah lagi dalam kelajuan yang tinggi (atas highway la).. sebab tu aku menyimpan angan nak sambaq SBK satu ari nanti. Lagipun, motor ni adalah mesin yang sangat mudah, simple dan x lah sekompleks kereta. Faktor fuel consumption juga penting. Satu full tank dah cukup untuk bawa aku lebih dari 100km...! Naik motor x da istilah “jam” dan kadang-kadang, lebih cepat untuk sampai ke suatu destinasi apabila menaiki motor. Dalam hidup seorang student macam aku, memang aku rasakan motor lebih penting dan berguna. Nak ke surau, ke kuliah atau ke kafe, tak perlu panas enjin lama2 kalau naik motor. Tak perlu teruk2 nak gostan dengan cari parking. Sungguh mudah,praktikal,dan berguna sangat2...! Ada jugak aku dengar pandangan sinis seorang rakan yang mengatakan pompuan tak pandang orang naik motor. Heh, peduli apa orang pandang tak pandang, janji aku senang. Lagipun beli motor bukan guna duit dia. Orang kalau ikhlas beriman, bukan pandang motor atau kereta, tapi pandang hati la weh.. haha.. ni mula dah la ni.

Satu lagi best bila naik motor dalam kelajuan tinggi (full throttle) la org cakap, ialah aku dapat merasa tamparan angin yang sangat kuat dan kadang-kadang memerlukan kemahiran mengawal yang tinggi untuk melawan tamparan angin tersebut. Nasib baik Enamorata sangat stabil dan mantap..! Bila naik motor nih, then terserempak dengan “gergasi” atas jalanraya macam lori kontena tayar18 atau bas ekspres yang besar gedabak dok “makan angin” kat lorong kiri, bila berjaya memotongnya dengan kenderaan kecil seperti motor, fuhhh, best sekali dan bangga juga rasanya. Hahaha. Kalau naik kereta laju, takkan dapat merasa keseronokan macam naik motor laju-laju. Yang nampak hanyalah meter kereta yang naik turun. Lainlah jika memandu sebuah Bentley atau Cobra Super Snake...! satu lagi yang masyuknya naik motor ni ialah bila time nak ambil selekoh.. Fuhh, nikmat tu kalau ambik selekoh pada kelajuan 80kmh ke atas. Lagi tajam selekoh, lagi rendah kena baring.. haha.. meleper orang kata. Best w0ooo..! Kena pulak motor yang handling best macam LC ngan GT, memang menjilat jari laa.. huhu.. Sukar untuk diterima apabila ada orang cuba membandingkan motor dengan kereta. Heh, kalau diberi kancil 660 sekolah memandu tu pun, dan pedal minyaknya ditekan rapat, bukan sembarangan kapcai yang boleh hambat. Bolehlah dikatakan, selekeh-lekeh kereta, sehebat-hebat kapcai...!

Ok sekarang nak cakap tentang benda apa yang tak best pulak motor nih. Hmm, tentu sahaja banyak kekurangannya dari sang roda empat tu. Tengok harga pun tau dah. Ok la, pertamanya ancaman cuaca. Kalau hujan, kuyuplah sang rider di tengah jalan. Lagi satu bila menunggang dalam hujan, memang memerlukan fokus yang tinggi, mana tidaknya, pakailah helmet semahal mana pun, tatkala disimbah air hujan dari langit kelam, pasti kabur juga pandangan sebalik visornya. Sebab apa? Kerana visor helmet takda wiper cam cermin kereta. Satu lagi perkara yang harus dipertimbangkan apabila hendak menunggang motosikal ke tempat yang jauh ialah ruang barangan yang sangat terhad. Lebih parah lagi kalau motor tu bakul kecik then takda compartment pulak bawah seat, sepertimana LC dan GT. Kalau touring bike macam Goldwing dan BMW K1600 GTL tak pa la jugak..! Hmm, satu lagi yang dibimbangi ialah masalah tayar. Yelah, motor mana ada tayar spare cam kereta. Kalau vespa lama-lama lainlah. Tapi syukur sepanjang memiliki motor yang guna tubeless tayar ni, memang sangat jarang nak pancit, malah tidak pernah..! Apa yang perlu dijaga ialah tekanan angin yang mencukupi dan keraplah memeriksa bunga tayar bimbang kalau ada benda tajam tersangkut di situ. Lagi satu, selalu pastikan nat pada tempat pam angin masuk ke tayar ketat selalu sebab kalau guna tubeless then nat tu longgar, angin akan keluar dari situ. Ok la, sekian saja cerita aku kali ni. Memetik kata2 dalam filem Fast and Furious “ It’s not the ride, It’s the rider...!”









No comments:

Post a Comment