Tuesday, May 31, 2011

Tentang Tinta : Apa Sebenarnya Tinta Malam ????

Wahhh, dah setahun umur namun masih kabur tentang blog sendiri. Apalah aku nih.. Ok la, bersempena dengan genapnya setahun umur Tinta Malam ni, aku nak buat la penambahbaikan sikit. So, aku pun wujudkan Kategori Post di bawah senarai entry yang pernah aku post. Bagi aku, kategori ni merupakan tema sesuatu post yang aku buat. Apapun, secara umumnya, Tinta Malam ni adalah suatu blog berbentuk perkongsian pengalaman,pendapat,cerita,ilmu, dan sebagainya yang aku rasa nak kongsi atau tulis kat sini. Pertamanya, untuk bacaan sendiri (macam diari pulak..!) dan keduanya, untuk sesiapa saja kat luaq sana yang tersinggah dan terbaca apa yang aku tulis kat sini. Ni semua adalah pandangan, pendapat atau cerita peribadi sahaja dan tiada kena mengena dengan sesapa ponnn. Tulisan aku bukanlah ilmiah sangat pun. Bahasa biasa-biasa saja dan yang penting santai..! Ok la, ni nak cer sket tentang kategori post nih :

· My Experience : Post paling banyak di bawah kategori ni lah. Kat sini aku himpunkan post tentang pengalaman yang pernah aku rasai dan lalui sendiri. Di sini jugak ada cerita-cerita yang tiba-tiba terbit dari otak aku then aku pun “contiang” la kat sini...Original beb...!

· My Review : Aku pun tak pasti yang mana betol, review ka preview. Aku ni dahla tak pandai omputih, pemalas buka kamus pulak. Apepun, kat sini aku menulis tentang sesuatu benda atau perkara yang pernah aku try, main, guna, beli, dan sebagainya. Selalunya, benda kat sini adalah milik sendiri, cuma aku nak cerita pasal benda tu jerr.. Sebab tu la aku panggil sebagai My Review...!

· Seni dan Sastera : Kat sini aku himpunkan segala yang berseni dan menarik pada pandangan aku lerr.. mungkin berbentuk gambar, mungkin juga karya sastera. Jangan tak tahu, aku juga letak sesuatu hasil seni aku kat sini, termasuklah lukisan budak2 aku tu then sastera macam sajak dan cerpen aku sendiri.. ahakz.. kan aku kata dah aku suka mengarang...!

· Tutorial : Kat sini aku nak cerita tentang kaedah atau cara melakukan sesuatu terutamanya berkaitan dengan IT. Aku tulis tutorial yang uncommon dan menarik ja, dan mungkin juga sesuatu cara menyetelkan sesuatu masalah yang pernah aku hadapi...Mana tahu, kat luaq sana ada orang yang menghadapi problem yang sama kan...

· Fakta Best : Kat sini aku nak himpun fakta2 ringkas yang padat dan menarik untuk di share. Sumbernya pelbagai, dari buku ada, dari internet pun ada...!

· Video Best : Kat sini aku nak share video terutamanya lagu2 yang best bagi aku lerrr....

· Jom Muhasabah : Pengisiannya berbentuk kerohanian yang agak panjang dan padu..tapi boleh difahami dan dihayati sebagai pedoman bersama..InsyaAllah

· Tazkirah Ringkas : Sesuai dengan namanya, post2 kat sini adalah seringkas mungkin tapi penuh ilmiah dan islamik. Menarik untuk dibaca, mendalam jika dihayati...!

· Jom Santai : Post2 kat sini adalah berbentuk santai atau lawak jenaka sebagai rehat minda. Sumbernya mungkin dari buku, mungkin dari internet... izin copypaste yea..!

· Kongsi Resepi : Ni jugak hobi aku iaitu buat kerja dapur. Kat sini aku nak kongsi masakan atau minuman best yang pernah aku buat sendiri..!

· Tentang Tinta : Kategori yang masih baru, kat sini dihimpunkan post tentang blog ni sendiri.

· My Wishlist : Baru plan nak buat kategori nih. Biasalah, setiap orang punya impian. Begitu juga aku dan kat sinilah aku nak tulis tentang sesuatu yang aku idamkan kat dunia nih. Tercapai atau tidak, itu tidak penting. Hanya impian semata yang lahir dari minat dan nafsu seorang manusia..!

· De’ SMKAK : Ni pun dalam planning g. Nak himpun segala kesah waktu 5 tahun menuntut kat SMKAK dulu. A thousand of memories..!

Ok laa..yang ni ja yang aku nak cerita tentang apa sebenarnya blog aku nih. Tentang kategori tuh, aku masih berpuas ati setakat ni. Mungkin boleh ditambah atau dikurangkan lagi pada masa akan datang. Semoga blogku ini akan terus maju... ameeen~ J


No comments:

Post a Comment