Pada hari Rabu, 4 Mei 2011, akhirnya setelah menunggu dengan penuh kesabaran...aku dipanggil untuk mengambil “kuda baru” yang ditempah iaitu sebuah Modenas GT128 FL merah hitam yang didaftarkan dengan plat KCX 8796..saja amek plat kedah pulak..huhu..wktu seller yang uruskan moto aku iaitu En Amir call, aku sedang dalam kelas Falsafah..sebaik diberitahu moto siap dan boleh ambik dah kat kedai, aku rasa semacam best sangat...hehew..rasa saspens dan berdebar pun ada..! Petang tu, pukul 3 aku pergi ke Chin Hin Arau bersama seorang sahabat (Musafir Taqwa)...selepas sedikit urusan dokumentasi yang sedikit terganggu kerana karenah seorang pelanggan cina siam yang “mengacau” En Amir menguruskan moto aku sebelum dibawa kluaq dari kedai tu...huhu..masih aku ingat cina yang sengaja menguji kesabaran en. Amir dengan bermati-matian menuntut minyak full tank untuk motor yang baru dibelinya...alasan cina pompuan tu memang tak masuk akal...katanya dia tak bawa duit untuk isi minyak motor kerana dia menyangka kedai akan bagi minyak full tank walaupun awal-awal lagi sudah diberitahu oleh seller bahawa free gift hanyalah sekeping kupon berharga RM 150 yang boleh ditukar dengan helmet, baju hujan atau beberapa barang lain dalam katalog...minyak full tank tak disebutkan pula...! Haha..aku yang duduk semeja dengan Musafir Taqwa dan Amir hanya mampu menggeleng dan geli hati melihat cina siam perempuan itu memperjuangkan minyak full tanknya bermati-matian...! Kesudahannya, sebaik mendapat kupon berharga RM150, aku terus menukarkannya dengan helmet jenama X-Dot model G626 yang mempunyai corak grafik seakan airbrush yang sangat awesome...rupa-rupanya helmet ni diinspirasikan dari brand terkenal jepun, Arai Crank..hmm...not bad...! sambil itu, aku diberikan fail yang mengandungi geran, slip insuran, borang inspection serta kain lembut untuk lap motor la kot...kami ke belakang kedai dan jeng..jeng..jeng...KCX 8796 sudah terparking di situ menunggu tuannnya..! Amir menghidupkan enjin dan meminta seorang foreman meng-adjust setting karburator kerana idle timing terlalu rendah dan enjin senang mati...sementara menunggu enjin panas, Amir menerangkan serba sedikit tentang motor GT128 nih dan menunjukkan kotak spanar serta benda-benda lain yang begitu strategic dan kemas kedudukannya...Setelah bersalaman dengan Amir, aku pun “melompat naik” ke atas GT ni buat kali pertama (test ride pun x pernah) dan apalagi....Lets Ride to Kuala Perlis lerrr...!
Thursday, May 12, 2011
My Experience : My GT was arrived...!
Labels:
My Experience
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment