Tuesday, May 17, 2011

My Experience : Pesona Enamorata...!


Hingga ke saat ini aku perasan, jika aku membawa Enamorata iaitu my GT128 ke mana-mana, pasti akan ada mata-mata yang ushar semacam. Kadang-kadang, mereka kelihatan semacam tak puas hati, kadang-kadang mereka kelihatan macam kebingungan atau pelik. Ah, manusia ini, terlalu sangat macam-macamnya. Satu lagi yang aku perasan, bila stop kat traffic light, then orang yang duduk dalam kereta kat tepi suka perhati, sama juga dengan mat atau minah motor yang berhenti sekali tepi Enamorata aku. Huh, kadang-kadang, rimas juga dibuatnya. Macam kita ada hutang dengan depa pulak..! Tapi itulah pesona Enamorata. Kalau belah utara ni, memang GT128 ni masih kategori rare bike atas jalan. Motor2 dari negara matahari terbit lebih mendominasi jalan-jalan di sini. Pada pandangan peribadi seorang marhaen seperti akulah, memang aku rasa promosi tentang motor ni masih kurang atau tidak “segempak” motor-motor Jepun tuh. Buktinya, buka saja TV di rumah, then tunggu waktu iklan, kalau nak jumpa iklan motor Modenas tuh, memang letih la nak menunggu...! Lagipun, motor-motor macam LC memang ramai sangat orang pakai, so, secara tak langsung, itu pun dan kira macam promosi juga. Satu-satunya cara nak bagi ramai orang pakai GT ni ialah buat la promosi gila-gila sikit... huhu. Apapun, best jugak kadang-kadang buat benda yang jarang orang buat ni (macam naik GT128) sebab ia macam suatu kelainan dan membuatkan kita jadi tumpuan. Of course rasa cam selebriti la pulak. Ok la, apapun aku menganggap ni semua adalah kerana pesona sang GT, mungkin sangat lawa, sebab tu orang dok perhati. Hahaha.. J

No comments:

Post a Comment