Sempena tibanya
Hari Jumaat yang mulia ni, aku nak share sikit tentang beberapa perkara sunat
dan kesilapan yang sering dilakukan kala tibanya hari Jumaat. Semua tahu Hari
Jumaat adalah penghulu segala hari, dan ramai tahu ada amalan-amalan khas untuk
dibuat pada hari Jumaat. Namun berapa ramaikan antara kita yang melakukannya?
Artikel dari iluvislam.com, sebagai perkongsian ilmu bersama dan rujukan aku di
masa depan.
Sabda Nabi SAW:
“Hari terbaik yang memancarkan sinar mataharinya ialah hari Jumaat. Padanya
diciptakan Adam AS, padanya dimasukkan dia ke dalam syurga dan padanya
dikeluarkan dia darinya. Dan tidak akan berlaku hari Kiamat kecuali pada hari
Jumaat.” (Sahih Muslim: 854 )
Sunnah-sunnah di
hari Jumaat :
1)-Mandi dan
berwangi-wangian (lelaki sahaja). Rasulullah SAW berkata: “Mandi pada hari
Jumaat itu wajib bagi setiap orang yang sudah baligh. Hendaklah dia menggosok
gigi dan memakai wangian jika mempunyainya.” (Sahih, al-Bukhari:880,
Muslim:846)
2)-Membanyakkan
selawat kepada Rasulullah SAW. Kata Nabi SAW: “Sesungguhnya sebaik-baik hari
ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah selawat keatas ku pada hari tersebut.
Sesungguhnya selawat kalian akan diperlihatkan kepadaku.” (Sahih, Abu
Daud:1047, disahihkan oleh al-Arnaouth)
3)-Membanyakkan
berdoa terutama diakhir waktu asar. “Pada hari Jumaat terdapat dua belas jam,
pada waktu itu tidaklah seorang hamba Muslim memohon sesuatu kepada Allah
melainkan Dia akan mengabulkannya. Oleh itu, carilah ia diakhir waktu setelah asar.” (Sahih, Abu Daud: 1048, di sahihkan oleh al-Hakim, adz-Dzahabi,
an-Nawawi dan al-Albani)
4)-Membaca surah
al-Kahfi. Rasulullah SAW berkata: “Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada
hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.” (Sahih,
al-Hakim:3392, disahihkan oleh al-Albani)
5)-Berjalan kaki
dan bersegera ke masjid. Kata Nabi SAW: “Sesiapa yang memandikan atau mandi
pada hari Jumaat, kemudian bersegera dengan berjalan kaki, tidak menaiki
kenderaan, dan mendatangi imam lalu mendengar (khutbah) dan tidak bermain-main,
maka adalah baginya setiap langkah (bersamaan) amalan puasa dan solat selama
setahun.” (Sahih:Sunan Abi Daud: 345, al-Albani mensahihkannya)
Kesilapan-Kesilapan
di hari Jumaat.
1)-Datang lewat ke
masjid. Kata Rasulullah SAW: “Pada hari Jumaat para malaikat duduk di
pintu-pintu masjid, bersama mereka lembaran-lembaran catatan. Mereka mencatat
(orang-orang yang datang shalat), apabila imam telah keluar (untuk memberi
khutbah), maka lembaran-lembaran itu ditutup.” (Hasan, Ahmad:21756, dinilai Hasan
oleh al-Albani)
2)-Membaca
al-Quran atau memasang rakaman bacaan al-Quran dengan kuat. Kata Nabi SAW:
“Ketahuilah sesungguhnya kalian semua bermunajat kepada Tuhan. Oleh itu,
janganlah sebahagian kalian mengganggu sebahagian yang lainnya, dan janganlah
sebahagian mengangkat suara atas yang lainnya dalam membaca al-Quran”, atau
baginda berkata “di dalam solat.” (Sahih, Abu Daud:1332, disahihkah oleh Ibn
Abdil Barr dan al-Albani)
3)-Tidak
memenuhkan saf hadapan. Kata Nabi SAW: “Jika kalian atau mereka mengetahui apa
yang terdapat dihadapan saf paling hadapan, nescaya akan dilakukan undian.
[bagi mendapatkan saf hadapan]” (Sahih, Muslim:439)
4)-Bermain tasbih,
bersiwak dan lain-lain ketika mendengar khutbah. “Barangsiapa memegang batu
kerikil [ketika khutbah], maka dia telah berbuat hal yang sia-sia.” (Sahih,
Muslim:857)
5)-Tidak melakukan
solat tahiyatul masjid apabila tiba ketika imam berkhutbah. Kata Nabi SAW: “
Jika salah seorang daripada kalian tiba (di masjid) pada hari Jumaat dan imam
sedang berkhutbah, maka solatlah dua rakaat dan ringkaskanlah solat tersebut.”
(Sahih, Muslim:875)
6)-Masih melakukan
urusan keduniaan apabila azan telah berkumandang. Firman Allah: “Wahai
orang-orang Yang beriman! apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang
pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah
dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); Yang demikian adalah baik bagi
kamu, jika kamu mengetahui ” (Surah al-Jumuah:9)
7)-Bercakap ketika
khutbah. Rasulullah SAW berkata: “Jika engkau berkata kepada teman engkau
“Diam” pada hari Jumaat dan imam sedang berkhutbah, maka engkau telah membuat
sesuatu yang sia-sia.” (Sahih,al-Bukhari:934, Muslim:851)
8)- Bersandar ke
dinding dan tidak menghadap khatib. Kata Ibn Mas’ud r.a: “Jika Rasulullah SAW
sudah berdiri tegak di atas mimbar, maka kami menghadapkan wajah kami ke arah
beliau.” (Hasan, at-Tirmizi:509, disahihkan oleh al-Albani)