Sunday, December 16, 2012

Need For Speed : The Run

Salam and very good morning kepada semua visitor TM..

"Entri khas untuk player Need For Speed tegar di luar sana.. Seorang racer harus mencintai budaya membaca.. Budaya membaca budaya kita.. "

Seperti yang pernah dijanjikan suatu ketika dulu, aku akan membuat ulasan/review tentang permainan video (ehh..apehal tetiba skema pulakkk..!) PC Games iaitu Need For Speed : The Run. Jika sebelum ni beberapa keping screen capture awal telah dilampirkan dalam post Appetizer, malam ni kita melihat pula secara ringkas review games ni.. Best kerr??

Disebabkan post Appetizer dari NFS The Run sebelum ni mendapat view yang not bad, so malam ni aku terdorong menulis review tentangnya. Need For Speed : The Run adalah spesies Need For Speed yang terbaru, maksudnya jalan permainannya adalah percubaan baru dari EA Games dan berlainan dengan jalan permainan siri Need For Speed sebelum ini. Apa yang baru? Nanti kita cerita... NFS The Run dikeluarkan pada penghujung 2012 membabitkan kerjasama EA dan BlackBox, jenama yang tidak asing lagi dalam dunia gaming.

Perbezaan paling ketara yang terdapat dalam The Run ialah EA cuba untuk mengadakan sesuatu yang baru, iaitu memberikan anda suatu watak, iaitu Jack, seorang pelumba kereta haram dan watak ini boleh dikawal..! Berlainan dengan siri NFS sebelum ni yang anda hanya boleh mengawal kereta semata-mata. Sedikit berbeza dalam The Run kerana anda akan mengawal manusia pula dalam situasi-situasi tertentu (menggunakan key2 tertentu pada keyboard). Kedengarannya agak menarik, tapi aku amat menyampah dengan ini kerana ia sungguh mendebarkan dan ia sedikit sebanyak menghilangkan identity asal NFS sebagai game perlumbaan kereta semata-mata.

Paparan utama The Run
KEPERMAINAN
NFS The Run bagi aku adalah siri Need For Speed yang sangat pendek..! Maksudnya di sini, kalau anda bermain dengan bersungguh-sungguh, dalam masa sehari saja sudah boleh habiskan “mode career”nya yang disebut sebagai mode “The Run”. Ada dua kategori utama dalam single player (aku tak main online/multiplayer) iaitu The Run dan Challenge Series. Semestinya anda perlu menyelesaikan mode utama iaitu The Run terlebih dahulu kerana mode sampingan iaitu Challenge Series hanya boleh di-unlock apabila anda berjaya mengharungi The Run dari semasa ke semasa. Challenge Series ialah seakan mode Quick Race dalam siri NFS yang sebelum2 ini. 

"Teman setia" racer dalam The Run
Apabila memulakan The Run (boleh pilih tahap difficulty), anda akan bermula dari Coastel Rush, sebuah kota yang agak aman dengan jalanraya yang luas dan lebar serta opponent yang biasa2 sahaja. Anda bermula dengan kedudukan 205 (ranking) kalau tak silap, dan akan merentas dari satu tempat ke satu tempat yang lain hinggalah sampai ke metropolis New York dan akan merebut kedudukan nombor satu atau johan. Ya, dari ranking ke 205 anda akan menjadi Johan, dan tamatlah epidod The Run.

Stage yang terdapat dalam The Run.. 10 Stage kesemuanya..
Kedengarannya begitu mudah, simple, dan ringkas.. tapi macam biasa, ada cabaran yang terselindung dan hanya mereka yang dah merasa akan mengetahuinya. Untuk makluman, dalam mode The Run, anda akan merentas 10 tempat yang berbeza, dan setiap tempat ada 3-4 jenis perlumbaan berbeza, seperti pecut (sprint) bagi merebut kedudukan teratas, quick time (rush), elimination dan di sesetengah tempat adanya “abang long / kak long kawasan” dan anda perlu menewaskannya, sebagai ganjaran, jentera mereka adalah hakmilik anda selepas itu.

Evo X beraksi di dalam gua.. ala-ala Fast and Furious 4 gituu..
Untuk mode Challenge Series, ianya seakan mode quick race, cumanya agak “terikat” dalam soal kebebasan menentukan dan memilih seperti mode quick race. Track dalam challenge mode adalah laluan dari tempat-tempat yang pernah “dikunjungi” dalam mode The Run sebelum ini. Ianya akan di-unlock berdasarkan progress anda dalam mode The Run. Contohnya jika berjaya menyelesaikan/ melepasi halangan di tempat bernama Winter Blast dalam mode The Run, maka dalam mode Challenge Series, tempat itu akan di-unlock untuk anda.

Menu pemilihan Stage dalam Mode Challenge Series
Tentang bagaimana untuk unlock kereta pula untuk digunakan dalam perlumbaan, The Run menggunakan sistem leveling. Pada hari pertama anda mula bermain pada level 1, bar level di bahagian kiri bawah skrin akan sentiasa terpampang dan apabila bar penuh, maka level akan meningkat sehinggalah anda mencapai level tertinggi iaitu Level 30. Level akan meningkat dengan mengumpulkan experience (XP) yang diperoleh semasa perlumbaan, samada mode The Run atau Challenge Series. Lebih tinggi level, lebih banyak kereta yang akan di-unlock dan lebih tinggilah spec kereta itu dan tentunya lebih eksotik.
Mengejar kedudukan...dari 205 ke no. 1..
APA YANG BEST?
Perkara menarik dalam Need For Speed tentunya berkenaan jentera yang ditawarkan. Buat peminat bidang automotif seperti aku, tentu ternanti-nanti apakah jentera terbaru yang ada dalam setiap kemunculan siri baru Need For Speed ini. Begitu juga dengan The Run, jentera yang ditawarkan adalah sangat pelbagai dan mengujakan sesiapa sahaja. Dari kategori retro, hinggalah yang terlatest seperti Lamborghini Sesto Elemento dan Pagani Huayra. 

Pagani Huayra, alternatif kepada Bugatti Veyron buat yang berani mencuba
Menarik juga kerana kereta retro berprestasi tinggi yang terkenal seperti Nissan Skyline GTR 32, Toyota Supra, dan Volkswagen Golf lama turut terhidang buat anda. Teringat kembali zaman bermain NFS Underground 2 dulu pada zaman monitornya besar macam oven dan berwarna putih itu. Apa yang bagusnya, semua kereta yang ditawarkan telah dilabelkan aras kesukaran pengendaliannya (handling) seperti easy, challenging, difficult, dan expert. Ini banyak membantu kita untuk memilih jentera yang sesuai dengan tahap skill pemanduan player. Tapi tak salah kalau nak test semua pun dan player yang bagus sememangnya akan buat macam tu..! 

Antara kereta retro pujaan ramai : Nissan Skyline GTR 32
Seperkara lagi yang menarik perhatian, yang tidak ada pada pada NFS Hot Pursuit sebelum ini ialah anda boleh melakukan modifikasi pada kereta yang akan digunakan untuk perlumbaan, iaitu menambah bodykit set dan menukar warnanya. Well, option yang agak bagus walaupun agak ketat dan terhad, tidak seperti modifikasi zaman NFS Underground 2 walaupun keduanya datang dari EA Black Box juga. Namun, rekabentuk kereta harus dipuji kerana sangat awesome..!
Lamborghini Sesto Elemento setelah ditambah bodykit dan tukar warna
Tempat-tempat yang anda lewati sebagai gelanggang perlumbaan juga tak kurang menariknya dan perlu diberikan perhatian. Dengan 10 bentuk muka bumi dan suasana yang berbeza-beza, berlumba dalam The Run adalah sesuatu yang sangat mengujakan dan mendatangkan pengalaman yang luar biasa. Antara track yang menarik ialah permukaan bersalji yang sungguh extreme di mana terdapatnya runtuhan-runtuhan gunung yang berlaku secara tiba-tiba dan anda perlu mengelaknya dengan agresif atau... crashed..! (sori tak capture sebab malas nak repeat game). Track menarik yang lain ialah seperti di kawasan perbukitan dan hutan, kawasan kampung yang jalannya berlopak, kawasan ladang, dan kawasan kilang yang selekohnya kebanyakan 90 degree..! 

Perlumbaan di kawasan pergunungan salji (Winter Blast)
Oh ya, sebelum terlupa, perkara baru yang lain, yang tidak ada dalam dalam NFS sebelum2 ini, ialah terdapatnya Petrol Station Shell, bukan untuk refill minyak, tapi fungsinya seakan safe house bagi siri NFS sebelum ni. Dalam perlumbaan yang panjang, jika anda rasa tidak boleh cope dengan jentera yang sedang digunakan, anda boleh singgah di Shell untuk menukar jentera dari jenis lain. Tapi, shell ini tidak selalu muncul dan boleh diakses sesuka hati.. sekali terlepas, terpaksa menanti dengan sabar atau replay saja dari awal...!

Race di lereng bukit
GRAFIK DAN SOUND
Ya.. semestinya apabila mengulas mengenai PC Video Game pada akhir zaman ini, perkara yang wajib disentuh ialah berkenaan grafik dan sound. Game Engineer atau publisher yang baik dapat dilihat pada mutu karya seninya dalam game, iaitu pada kedua aspek ini. Begitu juga dengan EA Black Box ini. Bak kata orang “no doubt”...! Memang sejak zaman berzaman siri NFS sudah mendapat tempat di hati peminatnya dari seantero dunia. Dari semasa ke semasa, mutu grafik dan sound pada NFS ini semakin baik dan mencapai taraf “awesome” sepertimana dalam NFS The Run ini. Lihat saja pada screen capture yang dilampirkan. Betapa detailnya grafik sesebuah kereta sehinggakan sudah nampak seperti kereta sebenar di kaca TV.  

Kesan grafik yang terrrrbaaaekkkk
Bukan itu saja, grafik pada alam sekeliling juga sangat hebat dan menakjubkan buat orang yang tahu menilainya. Ya, anda tidak akan sempat untuk berhenti sejenak di tepi jalan dan melihat pemandangannya, kerana NFS adalah sebuah game bergenre perlumbaan, segalanya harus pantas dan tangkas, dan apa yang penting hanyalah kereta..kereta..dan kereta...! Yang lain tak ada pun takpa. Tapi aku bukan jenis tu, apabila habis saja mode career, aku akan bersiar-siar untuk melihat pemandangan yang begitu berseni itu.. Ohh, betapa bangganya kalau akulah yang menjadi jururekanya..! Betapa realnya grafik ini sehinggakan anda boleh rasa “gayat” dan berdebar malah adakalanya badan mengikut pergerakan kereta tanpa sedar..! 

Grafik yang detail bukan pada jentera semata-mata, tapi environment juga
Tentang sound atau bunyi, masih lagi awesome walaupun aku rasakan ianya tidak setanding dan se-detail NFS Hot Pursuit yang di-review sebelum ni. Setiap jentera punya ngauman enjin yang berbeza-beza, dan bunyi yang berbeza pula pada kelajuan yang berlainan..! Bunyi efek hentaman pelanggaran (crash), tayar berdecit nyaring saat melakukan drift yang tak berapa menjadi dan bunyi kaca pecah berselerakan juga sangat real..! Kalau tak percaya, anda boleh melayan video-video The Run yang di-upload oleh gamers di luar sana.

Lamborghini Sesto Elemento, antara jentera terbaik yang beraksi dalam The Run
KONTRA
Setiap sesuatu pasti ada kekurangan dan kelemahannya. Pada pandangan peribadi sebagai gamers NFS tegar, ada beberapa perkara yang kurang disukai dalam NFS The Run ini. Antaranya ialah pengawalan kereta yang tidak semudah Hot Pursuit, contohnya ketika melakukan aksi drift yang agak sukar untuk menjadi. Adalah malu bagi orang Asia kalau tak tahu drift at least dalam game seperti Need For Speed...! Perkara lain yang terasa kekurangan ialah berkenaan kebebasan. Ya, ianya agak terikat terutama dalam Challenge Mode iaitu aspek penentuan criteria perlumbaan dan jenis jentera. 
Drift from Asia tapi sayangnya terkunci dalam garaj
Seperkara laagi ialah masih banyak jentera yang tersadai dan terkunci kerana hanya boleh unlock apabila bermain multiplayer sahaja. Ohh, nafsu siapa yang tidak tergoda melihat supercar yang hanya jadi pameran dan tak boleh digunakan..! Efek kecacatan jentera akibat kemalangan (crashed) juga agak kureng sedikit jika dibanding dengan edisi sebelum ini, iaitu NFS Hot Pursuit. Namun overall, NFS The Run masih suatu game perlumbaan yang sangat baik dan mengujakan, dan tentunya bagi aku, yang terbaik dalam kelasnya..! 

Ohh ya, sebelum berpisah, buat yang berhajat nak "pasang" The Run pada komputer anda, sila teliti requirement kat bawah ni. At least kena matching dengan minimum requirement tu.. Kang tak pasal-pasal PC korang kena senggugut pulak nanti..! Kalau dapat taraf recommended lagi bagus la.. Bley setting grafik paling tinggi..baru ada ummmphh..!



TM : Awalnya ingat nak tulis simple ja..tapi itulah, kerana minat, sampai tak sedar dah melalut sampai sini...ciao...  Selamat berlumba..tapi dalam Need For Speed saja tau..! Buat racers dan gamers di luar sana nantikan Appetizer Need For Speed terbaru dari TM, iaitu NFS Most Wanted 2012 yang masih panas-panas lagi.. In The Making..! Promises ^___^ 

Tuesday, December 11, 2012

Fakta dan Auta Mengenai Perkara yang Sering Dilakukan Kepada Bayi


Walaupun sekarang kita berada di zaman moden yang canggih serba serbi, namun kepercayaan silam masih menebal dalam masyarakat. Adakalanya ianya hanya kepercayaan semata-mata tanpa kebenaran yang hakiki. Ini termasuklah kepercayaan untuk melakukan sesuatu pada bayi bagi mendapatkan bentuk fizikal yang tertentu pada bayi tersebut..

Cabai melaka untuk membentuk lesung pipit

Auta: Letak cabai melaka di pipi bayi dengan sekerap mungkin, jika ingin dia berlesung pipit.

Fakta: Lesung pipit terjadi kerana adanya gerakan susunan otot-otot di bahagian wajah terutama pipi. Pada orang-orang tertentu susunan otot-otot tersebut membentuk lekukan sehingga terjadilah lesung pipit ketika otot bergerak.


Bulu mata lentik jika dipotong

Auta: Anak akan memiliki bulu mata yang lentik jika bulu mata sering dipotong ketika masih bayi.

Fakta: Lentik atau tidaknya bulu mata ditentukan oleh faktor genetik. Bulu mata yang dipotong akan menjadi lebih kaku. Perlu diketahui, memotong bulu mata akan dapat mengurangkan fungsi bulu mata untuk melindungi matanya terhadap benda asing seperti habuk dan debu yang mengarah ke mata si kecil.

Urut jari agar menjadi lentik




Auta: Jemari bayi yang sering diurut akan menjadi panjang.

Fakta: Mengurut jari tak akan mengubah bentuk jari anak. Panjang jari anak ditentukan oleh faktor genetik.





Syiling atasi pusat menonjol (tersembul)

Auta: Setelah tali pusat gugur, pusat bayi harus diletak syiling agar tidak menonjol.

Fakta: Pusat menonjol pada bayi adalah keadaan yang wajar. Sebabnya, otot dinding perut pada bayi masih lemah dan mempengaruhi bentuk pusat. Namun, apabila dinding perutnya makin kuat, bentuk pusat akan berubah dan tidak menonjol lagi.


Menarik hidung agar mancung




Auta: Tarik hidung bayi pada waktu pagi, agar hidung bertambah mancung.

Fakta: Hidung seseorang ditentukan oleh bentuk tulang hidung dan bersifat genetik. Jadi, meskipun ditarik-tarik setiap pagi bentuk hidung tak akan berubah.






TM : Baiklah..sekarang kita dah tahu fakta dan auta berkenaan bayi..sedar tak sedar, mesti kita pernah terdengar atau mengetahui satu atau dua perbuatan di atas yang seringkali disebut sebagai petua..Hmm, patutlah tak mujarab.. petua auta rupanya.. So, lepas ni, buat ibu bapa atau bakal ibu bapa, jangan buat lagi yea..buang masa dan buat sakit baby tu jerr…! 

Friday, December 7, 2012

Berpada-padalah Wahai Saudaraku



Kita selalu update status kita sedang makan apa, makan di mana, makanan pula nampak sedap belaka. Murah atau mahal, kita terlupa yang mungkin ada kawan kita yang sedang mengikat perut, dan hanya mampu tengok saja gambar makanan kita tu.

Macam tu juga, kita selalu upload status kita bercuti ke mana, berjalan ke mana, beli apa, dan upload pula gambar2nya. Kita terlupa, mungkin ada kawan2 kita yang tidak mampu pergi bercuti atau membeli apa yang mereka mahu kerana tanggungjawab dan desakan hidup yang hanya Allah dan mereka saja yang tahu...

TM : Bukan tak boleh kita nak kongsi kegembiraan dan nikmat yang kita kecapi dengan orang lain...boleh..tapi berpada-padalah..kalau dah sangat-sangat jadi menunjuk-nunjuk la pulak kan..lama-lama orang pun naik menyampah..! 

*dikutip dari fb

Ada Apa Dengan Pulau Lagenda?

“Sambil lagu Unintended-Muse berkumandang memenuhi ruang peribadi sunyi..aku menyiapkan post yang agak panjang ini.. pregnant mother atau pesakit Parkinson dinasihatkan mendapatkan nasihat bidan terlebih dahulu sebelum membacanya”

Okaylah, hari ni aku nak update sesuatu yang sempoi..yang ada kena mengena dengan masa sekarang ni, masa cuti sekolah atau orang kampung selalu cakap, holiday..! Haha.. Klisenya di mana-manapun jua, bila cuti sekolah, mesti merancang nak bercuti kan..kan.. Di Malaysia ni macam-macam tempat kita boleh pi untuk buang duit bercuti.. Antaranya yang terkenal di seantero dunia dan bertaraf antarabangsa ialah homeland aku, pulau lagenda atau LANGKAWI..

Bestkah Langkawi? Ada apa dengan pulau lagenda ini?? Hinggakan beberapa minggu lepas, betapa tergezootnya aku bila melihat “longgokan” kereta-kereta yang memenuhi kawasan jeti Kuala Perlis menunjukkan betapa ramainya umat yang nak ke Langkawi itu. Aku katakan longgokan kereta kerana selama aku duduk di Perlis, aku tak pernah melihat pemandangan yang sebegitu..(terpegun sampai tak terfikir nak capture gambarlah kiranya) Hinggakan tempat yang tak disangka pun disitu boleh parking kereta..Ya, orang sudah tak peduli apa nak jadi pada kereta mereka( kereta kat malaysia mahal wehh), janji boleh sampai ke pulau lagenda..! begitulah hebatnya penangan Langkawi ini wahai saudaraku sekalian..hahaha..rugi sangat2 weyy kalau tak pernah pii..!
Dah sampaii..! Rumah peninggalan arwah tok..sungguh luas dan selesa serta privasi..siap ada astro lagi tuu..! 
Sebenarnya, aku pun tak tau apabendalah yang orang dok cari sangat di Langkawi ni. Aku dah sampai naik jemu daa~ Namun, pada bulan Mac yang lalu, kejati dirian aku sebagai penduduk Langkawi teruji apabila rakan-rakanku dari kampus mengidam nak ber-SBE (School Based Experience) di Langkawi.. berkali mereka katakan teringin sangat nak tengok Langkawi tu ada apa. So, meh sini aku nak tunjuk kat hampa ada apa pada Pulau Lagenda...

Taman Lagenda (Sabtu)

Hari pertama sampai..petang Sabtu tu, aku membawa mereka ke Taman Lagenda. Taman ni dulunya memang awesome, siap boleh sewa beskat untuk ronda2 dalam tu sebab luas sangat. Tapi kini, aku sedih bila melihatnya seperti taman berhantu ja. Maintenance zero..! Dalam taman ni, ada replica tempat-tempat bersejarah kat Langkawi.. so, sebagai view awal la sebelum kita pergi tempat yang sebenar tuh. Sesiapa yang cintakan sejarah dan nak tahu asal usul Langkawi ni, memang wajibla mai sini.


3D Map pada pintu masuk Taman Lagenda
Langkawi Cable Car (Ahad)

Hari kedua di Langkawi..sebaik sahaja pulang dari SK Ewa, belum hilang letih menghadap anak murid (cehh..buat terukkk..!) kami terus bergegas ke destinasi wajib lawat jika berkunjung ke Langkawi-Langkawi Cable Car. (jangan ada yang gatal tanya mai mana nas kewajipan mengunjungi kereta kabel nih..kang aku bagi penumbuk tanpa bicara..!) Sesampainya di kaunter tiket, ouh, agak ketar lutut bila melihat harganya yang tertera- RM30.. ye lahh, kami ni student jerr..bercuti pun sambil “bertugas” mestilah nak kena bajet serba serbi.. Namun akhirnya, harga sebenar ialah RM 15 sahaja bagi warganegara (perlu tunjuk mykad, 1 Mykad = 1 tiket).. Selepas mendapat kad yang digunakan untuk menaiki cable car tersebut, kami pon dalam berani-berani takut, melangkah ke gerbang pelepasan..dalam hati entah berapa kali dah mengucap..hehehe..
Kereta kabel bergayutan pada ketinggian beberapa ratus meter dari aras laut...ada bran?!
Sesampainya di atas sana ada beberapa pelantar pada ketinggian berbeza. Juga adanya “skybridge” iaitu jambatan melengkung yang sangat unik dan menggayatkan. (boleh google image) Untuk sampai ke skybridge, anda perlu turun di pelantar pertama, dan ada laluan meniti ratusan anak-anak tangga untuk sampai ke tapak skybridge itu.. rugi woo kalau naik cable car tapi tak merasa skybridge nih..! Hati-hati kerana anak tangga ke skybridge itu tidaklah seindah escalator di The Store..! Di atas sana juga, bayangkan anda berada di penghujung pelantar dan depakan tangan...pejam mata..hirup udara sedalamnya dan hembuskan..Ahhh, betapa segarnya..nyaman dan dingin sekali..!
Inilah dia Skybridge yer anak-anak bertuah sekalian...! 
Jika anda menaiki cable car ini pada jam sekitar 6:30 petang, sesampainya di atas sana, anda akan dapat menyaksikan pemandangan mengujakan, yang dipanggil “sunset”.. buat yang obsess dengan bidang fotografi, rugi kalau tak mencuba skill di lokasi kereta kabel yang memegang rekod dunia ini (tak pasti kategori apa, tapi adalah..)
Tudiaa..tourist guide bergambar berlatarbelakangkang pemandangan pada ketinggian 700m dari aras laut..! 
Pesisiran Pantai (Isnin)

Ya..ianya destinasi yang menjimatkan..best tapi menjimatkan..best buat orang-orang yang kampung halaman mereka tidak ada pesisiran pantai yang indah dan awesome macam pantai-pantai kat Langkawi. Selain bersiar-siar, kami ke Pantai Tanjung Rhu pada petang itu atas tujuan penggambaran suatu dokumentari pendek untuk dimuatkan ke dalam tugasan projek (assignment).. (chewahhh..penggambaran tuh..padahal guna compact kamera ja..bahasa baku lah katakan..ahahaha) Melewati jalanraya uzur yang ditimbuni dedaun pokok rhu yang kering di kiri dan kanan jalan membuatkan aku terbayang scene filem-filem luar negara yang suasana jalanrayanya begitu. 
Pantai Tanjung Rhu pasti menambat hati pengunjungnya...
Wahh, pantai Rhu masih seperti dulu.. masih indah dan bersih dengan pepasir putih yang halus suci.. Macam nak baring ja atas pasir tu tapi tak senonoh la pulak kalau orang tua buat macam tu..hehe.. Pantai Rhu adalah antara pantai terbaik yang ada di Langkawi. Tapi apa yang membuatkan aku terkilan dan terkejut setelah sekian lama tidak ke situ, adanya had-had masa iaitu orang luar hanya dibenarkan berada di pantai sehingga jam tujuh petang sahaja, atau pagar yang merintangi jalanraya uzur akan ditutup kepada lalulintas selepas jam tujuh petang..ohh, mujurlah Allah tak tutup lubang hidung kamu selepas pukul tujuh, kalau tak tentu dah mati terkojol sebab tak boleh bernafas..!

Island Hopping (Selasa)

Hari Selasa..hari keempat di Pulau Lagenda. Ada-ada sahaja aktiviti yang dirancang untuk memenuhi petang yang terluang apabila pulang dari sekolah nanti.. Tika di dalam library sekolah, saat guru lain sibuk ke sana ke sini untuk menyambut kehadiran PPD dan seumpamanya, kami sibuk berbincang mengenai program hari ni. Terfikir la pulak nak meng-island hopping kan diri.. Apa tu? Awat pelik sangat bunyi ?
Island Hopping ialah aktiviti santai menaiki bot tambang dan mengunjungi pulau-pulau kecil, gua-gua, fish farm dan melakukan aktiviti “eagle feeding”. Terdapat satu lagi aktiviti yang hampir sama, yang dipanggil Mangrove Tour..(anda boleh google). Pada kadar biasa, sebuah bot disewa dengan harga RM250, dan dinaiki antara 4-6 orang, tetapi kami mendapat harga istimewa RM 190 atas dasar “kawan atas kawan”. 

Santai petang di Pulau Beras Basah 
Menarik juga Island Hopping ni. Anda dibawa menaiki bot kecil ke pulau-pulau seperti Pulau Beras Basah, Tasik Dayang Bunting, Pulau Singa dan beberapa pulau lain yang aku tak ingat namanya. Sambil itu, anda boleh melakukan aktiviti “Eagle Feeding”, dan “Fish Feeding” apabila singgah di suatu sangkar ikan di tengah laut (duit semuaaa tuuu...) Kalau bernasib baik, anda berpeluang untuk melakukan snorkeling di Pulau Beras Basah (ikut keadaan air). Kami juga dibawa melawat gua-gua semulajadi yang terbentuk di dinding-dinding pulau kecil itu (aku tak pasti gua batu kapur ke batu apa, tapi banyak sungguh binatang kelawar yang bergayut di atasnya..mujurlah aku tidak memakai baju kelawar, jika tidak boleh tumpang bergayut sama).
Eagle feeding...nampak tak kawanan helang di belakang kami...
Pada saat petang kian menganjur tua, kami berlabuh di pinggiran sebuah pulau yang kelihatannya sangat angker, dengan jeti yang mereput dan semak samun yang mencecah gigi air di pinggiran pantai. Di situ, kami berpeluang menyaksikan puluhan ekor helang yang terbang mengitari bot kecil yang kami naiki, sambil menyambar perut ayam yang dilempar oleh drebar bot ke dalam laut. Ketika keluar dari bawah bumbung kanvas bot untuk bergambar dengan kawanan helang yang rakus itu, terdetik juga di hati takut-takut helang itu tersilap sambar kepala kami..oh, tentu tragis dan menyayat hati..tapi syukur, tiada malapetaka yang menimpa..!
Inilah dia gamat hidup...eeeiii..geli ngat aihh..
Saat kaki langit berwarna keemasan, kami bertolak pulang ke jeti berdekatan Awana Porto Malai.. Indahnya pemandangan saat itu.. Rasa syahdu dan sunyi sangat (aku memang suka pemandangan sunset2 nih)..Sambil melihat kapal mewah Star Cruise yang berlabuh, kami abadikan kenangan-kenangan terakhir hari ni ke dalam kamera. Ianya hari yang sangat meletihkan, tetapi sungguh puas..!
Kaki langit keemasan dan star cruise menyambut kepulangan kami ke Awana PortoMalai
Shopping Time...! (Rabu)

Hari Rabu, kami pulang agak lewat hari ni dan tak sempat mengatur rancangan untuk melancong ke mana-mana. Alhamdulillah, sempat menabur bakti membantu guru-guru Pendidikan Islam menjayakan Kem Bestari Solat (KBS) buat kali pertama bagi tahun 2012. Balik ke rumah hampir waktu Asar dan letih membuatkan kami “ter-rehat” sampai jam 6 Petang. 
Membantu menjayakan KBS 1 2012 di SK Ewa
Di sebabkan member-member ada beberapa lagi barangan yang dihajati tapi belum ketemu, maka kami pun bergerak ke pusat bandar, iaitu tak lain tak bukan Kuah Uptown dan mengitari dari satu shopping complex ke satu shopping complex yang lain.. habis segala ceruk kedai kami redah sampai puas. Bukan senang kan nak mai Langkawi..so hampa cari siap-siap..beli la apa nak beli sampai puaih.. Macam biasa, pukul 10 malam ke atas baru la sampai rumah..! 
Tudiaaa...borong jangan tak borong...! 
It’s Hard to Say Goodye (Khamis)

Khamis...hari terakhir ber-SBE di SK Ewa. Hari terakhir jugaklah dok di Pulau Langkawi ni. Awalnya, aku menyuruh mereka untuk balik pada Hari Jumaat atau Sabtu sahaja, tetapi masing-masing ada hal, so terpaksa bergegas pulang hari Khamis tu jugak.. 
Sekalung penghargaan buat krew kantin SK Ewa yang memberikan layanan istimewa buat kami
Sedih jugakla bila nak berpisah dengan cikgu-cikgu di situ, anak-anak muridnya yang manja dan periang, dan tentu sekali makcik-makcik kantin yang “happy go lucky”... memang sporting habislah. Siap tanya kami nak makan apa hari last tu dan kami pon mengambil kesempatan menimbun nasi dan lauk pauknya yang lazat dengan bayaran yang sangat murah..! 
satu penuh barang, satu barang+penumpang
Selesai berkemas barang dan simpan rumah, kami pun bertolak ke jeti.. oleh sebab barangan yang terlampau banyak, dua buah kereta terpaksa digunakan untuk mengangkutnya. (Aishhh...mai satu kereta, balik dua kereta..sakan depa ni shopping) Singgah sebentar di kedai Shaari Gamat dan kedai ikan bilis di pekan Kuah dan kami terus ke Jeti. Senja itu, kami selamat menjejak kaki ke bumi kami menuntut ilmu, Perlis. Letih tetapi sungguh puas dan gembira, berulang kali mereka ucapkan..!
Time for atke-off..bye bye Langkawi
Sebenarnya, banyak lagi tempat yang menarik untuk dilawati di Langkawi. Tapi oleh sebab kekangan masa (kerana kami hanya melancong apabila pulang dari sekolah jerr..takkan nak memonteng pulak), tidak sempat untuk kami melawat kesemuanya. Apatah lagi dengan bajet yang terhad kerana masing-masing belum punya pendapatan..
Ohh. Tentu ramai yang tertanya-tanya ke mana kami pergi pada setiap malam (ahh..perasan) kerana apa yang diceritakan di sini hanyalah aktiviti sebelah siang.. Bermula malam yang pertama dan seterusnya, kami melakukan aktiviti S&S (Survey & Shopping).. hehehe.. itulah sebabnya sampai tak muat satu but kereta dibuatnya..! Last Night tu plan nak overnite kat tepi pantai, tapi masing-masing dah layu so balik rumah dan booomm..!

TM : Orang luar negara sanggup berhabis ribuan dollar untuk menjejak kaki ke Langkawi, anda warganegara yang belum pernah ke sini alangkah ruginyaa.. Langkawi, sensational sun, sand, and beaches..its not just about the rocks, its about the people..! 
Untuk melihat lebih banyak gambar, bolehlah ke facebook aku : Yon Amz .. Malas nak upload kat sini sebab kena arrange cun-cun.. Thanks for reading..! 

Monday, December 3, 2012

Teman Pengganti

Tatau nak update apa kan malam ni.. So, aku tempek kat sini salah satu lagu faveret yang memang aku dengar tiap-tiap hari.. Lagu yang punya maksud yang mendalam dalam setiap bait-bait liriknya yang puitis. Gandingan mantap rappers Malique yang penuh misteri dan Black Mentor.

Actually, aku tak la minat sangat dengan lagu rancak berentak RAP sebelum ni (selalu layan ziana zain ja..oopss), tapi lagu Teman Pengganti ni bukan sekadar lagu, ianya lagu yang penuh berisi buat yang memahami.



Mencari teman itu mudah,
Tapi nak cari teman yang boleh ketawa bersama, menangis bersama itu tak mudah beb....!

Lagu ni jugak mengisahkan seorang teman baik yang merasakan ajalnya hampir tiba..dan dia meninggalkan pesanan-pesanan buat temannya itu sebelum kematian menjelma..ya, kematian itu sesuatu yang tak dijangka kan..mana tahu esok lusa kita pula...

TM : Bila dunia seolah tak memahami, kau sudi selami, dalami, dan mengalami...terima kasih tak terhingga buat temanku yang selalu ada disisi saat aku berasa sepi sendiri...Aku kan pergi, pergiku tak akan kembali...tiba masanya kau cari teman pengganti..