Monday, October 31, 2011

Video Best : Peoples Are Awesome (1)


Manusia..adalah sebaik-baik ciptaan Yang Maha Esa..  Manusia boleh lakukan apa saja walaupun kadang-kadang nampaknya seperti mustahil pada akal. Kadang-kadang berbahaya, tapi manusia ini degil sifatnya. Nak buat jugak. Nak cuba jugak. Kerana dalam bahaya itu ada keseronokan dan kepuasan, bila berjaya menakluk yang bahaya..! Peoples are awesome..! Jom tonton video yang terrrbaeekkk nii.. 

Sunday, October 30, 2011

My Experience : Virus “hi” mengamuk di FaceBook...! [PART 1]


Tengah-tengah malam hujung minggu ni, aku tak sabar-sabar nak menconteng kat Tinta Malam tentang kejadian bersejarah yang menimpa aku dan Panamera malam semalam. Masih ingat Panamera? Itulah nama yang aku berikan kepada Desktop kesayanganku yang di-custom pada bulan Mac 2010. Kisah mencemaskan ini membuatkan aku tak tidur semalaman kerana berhempas pulas memulihkan sang panamera yang dijangkiti virus “hi” melalui chat kat FB...biarlah aku terangkan rentetan kejadian ini dan cara aku menanganinya... mungkin boleh jadi rujukan atau panduan di masa depan kepadaku seandainya perkara sebegini berulang lagi.. J
            Pada awalnya, tengah sedap aku bermain Cityville di fb, tiba-tiba “plup!” (bunyi orang hantar msg melalui chat”.. Seorang rakan dari SMKAK menghantar “hi” kepada aku... aku pun reply la sebab ingatkan member tu nak berchatting dgn aku.. lepas aku tulis 2-3 patah, aku tunggu... agak lama dia nak reply, then, “plup!” dia menghantar satu link dan dihujungnya terdapat smiley.. yang tu ja, tanpa ada apape description bawah link tu.. aku pun excited la.. so, aku click link tu... terus dia bawa aku kepada satu page (maaf, x sempat capture screen). Page ni sebijik macam laman youtube dan satu video terdapat pada page tersebut. Di sinilah kebijaksanaan virus yang berjaya memperdaya aku. Video yang dipaparkan tersebut mempunyai tajuk berkaitan nama kita seperti “Ustaz Amirul leading the....” dan di bawahnya terdapat beberapa komen dari orang yang kita kenali iaitu rakan dari fb kita. Tapi malangnya, video tersebut tak boleh dimainkan dan di tengah-tengah video tersebut, terdapat satu link yang minta di-klik untuk download latest flash player (macam yang ada kat youtube)... aku sedikit konfius sebenarnya apabila page virus itu mengatakan flash player aku x update sedangkan tiap2 hari aku main internet dan flash game kat fb.. tapi, disebabkan keinginan nak menonton video tersebut yang punya kaitan dengan diri kita, aku pun terus meng-klik link yang diberikan untuk mendownload latest flash player yang sebenarnya adalah VIRUSSSSS!!!! Di sinilah bermulanya cerita tak tidur malam....
            Sehabis sahaja mendownload file yang kononnya flash player installer, virus pun mula bertindak tanpa menunggu aku yang leka bermain facebook. [salah aku di sini ialah tidah meneliti sebetul-betulnya vendors/publisher] sebelum mendownload file tersebut dan ternyata, publishernya bukanlah Adobe Inc. yang memang trusted publisher, tetapi nama sesuatu yang aneh, kukira berbahasa rusia. Tengah aku melayan game kat FB, tiba-tiba Kaspersky Internet Security Full Version aku, [maksudnya bli mahal la tu, bukan free punya], terus popup amaran berwarna merah mengesan kehadiran Trojan dalam system32. Ada dua pilihan, samada nak restart now untuk completely remove atau restart later. [virus ni x boleh dis-infect] belum sempat aku mengklik salah satunya, komputer terus padam. Apalagi, aku pun menggelabah dan menyesal dengan apa yang aku lakukan.. baru terkenang cerita2 virus fb dan kini aku sudah “terkena”. Komp terus restart sendiri dan masuk ke safe mode. Sekejap ja, kemudian, restart balik dan masuk ke laman desktop seperti biasa. Aku pun rasa sedikit lega tanpa mengetahui bahawa virus itu sedang pesat membiak ke dalam segenap saraf Panamera..! Tiba-tiba aku menyedari bahawa “Kaspersky Desktop Gadget” yang sebelum ni akan memaparkan tanda “betul/right” tiba-tiba jadi kosong... yang ada hanya warna hijau. Aku pun klik kat notification area desktop and then... there are no more Kaspersky...! Aduhh, pening jadinya. Virus tu dah telan Kaspersky aku...!
                 Satu lagi effect semasa komp aku diserang virus Trojan ni ialah waktu aku online facebook, dalam seminit kemudian, kalau di-refresh, akan mintak log in semula. Bila dua tiga kali macam ni, aku mula naik rimas. Dalam masa yang sama, akan masuk notification mengatakan “an unrecognized device try to attempt your fb” lbey kurang macam tu la.. setiap kali ada notification ni, aku perlu log in semula [masa bila dia log out sendiri pun tak tau] dah la kena log in, pastu naik amaran mengatakan seperti ada orang cuba menceroboh fb kita dan diminta memilih antara dua samada “I don’t recognize” atau “ this is okay” . Kalau memilih I don’t recognize, password fb akan di-reset dan perlu memasukkan password baru.. kiranya pada malam kejadian, dua tiga kali jugakla aku tukar password fb sampai naik migraine..! Last2 aku klik “this is okay” dan masuk ke home facebook. Tapi tak lama, minta log-in semula.. sah, ini kerja virus. Kali ni apabila log in, terus dibawa ke page amaran berwarna merah yang mengatakan server fb dihalakan ke satu dangerous server yang sangat aneh namanya.. apalagi, aku pun, back to safety la..! Virus ni dah bermain gila dengan PC aku.. Apa yang terlintas di kepala otak aku waktu tu ialah mengembalikan semula Kaspersky aku yang dah ditelan sang virus dan menggunakannya untuk memusnahkan virus-virus tersebut. And the games begin... pertarungan yang aku jangkakan semudah ABC rupanya membawa kepada sebuah episode yang lebih rumit dan thrill.. semuanya bermula selepas sahaja aku siap mendownload installer KIS yang saiznya lebih kurang 72mb.. aku sambung part 2 yang mengisahkan pertarungan seorang aku yang tak punya apa2 kemahiran khusus dalam bidang IT, menentang sang Trojan yang bermaharajalela...!


Thursday, October 27, 2011

Jom Muhasabah : Kenapa Mak tak Menangis?





Di sini aku nak paparkan sebuah kisah benar yang begitu  meruntun perasaan. Aku peroleh kisah ni hasil perkongsian rakan-rakan di FB. Serius, aku sendiri menitiskan airmata saat menghayati kisah ini, diiringi lagu "Andaiku Tahu"... Kepada yang masih dikurniakan nikmat kesihatan, perbanyakkanlah bersyukur dan yang masih punya ibu bapa, lihatlah, betapa tingginya nilai kasih sayang ibu bapa terhadap seorang anak. Jom muhasabah..! [Al-Fatihah buat Allahyarham adik Iqbal Fahreen @ abang dalam kisah ni]


Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.
Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.


Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.

Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.

Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.

Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"

Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.

Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.

Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.

Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu? Empat tahun dua bulan mak membesarkan Abang. Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya. Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita Abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir. Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum Abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari. Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis?

Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011- Perut Abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman Abang sudah rosak, sudah 'reput'. Tidak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk Abang.

26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah! Hah Hah.. Tergelak mak. Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah, Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur , tetapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang Abang minta. Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan Abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti. Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, Abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.



7 Mac 2011- Keadaan abang semakin kritikal. Perut abang semakin membesar. Abang tidak mampu untuk bergerak dan lebih banyak terbaring serta asyik sesak nafas. Mak semakin tidak tahan melihatkan keadaan Abang sebegini rupa. Mak bawa Abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat Abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan-lahan. Mak redha dengan ketentuan ilahi. Dalam hati mak juga terdetik, masa Abang sudah tidak lama lagi. Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan keadaan Abang? Mak cuma mampu untuk jawab, "InsyaAllah, Abang akan sihat!" Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tidak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu Abang sudah tiada harapan lagi. Mereka pun sedang bertarung dengan ujian Allah apabila anak-anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri yang telan.

13 Mac 2011- Hari ini merupakan hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa Abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah Abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan disaat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan Abang. Di rumah, setiap hari mak akan tanya, "Abang nak apa harini?"

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab, "Mak, Abang nak naik kereta bomba!"

Mak termenung dengar permintaan Abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana?

Mak jawab, "Balai bomba!"

Sampai di situ, mak meminta izin daripada pegawai bomba. Mak kata padanya, Abang teringin sangat nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu cuma garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala. Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju Abang ke paras dada.

Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu, "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!" Bila lihat perut Abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tidak tunggu lama. Terus dicapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu. Lantas dia terus dukung Abang dan letakkan Abang ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembira sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Tetapi Abang tidak perasan, ketika itu mak palingkan muka selama lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi pada abang, "Abang nak apa?"

Abang pun jawab: "Abang nak naik lori sampah!" Mak dukung Abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.

"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?" Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju Abang dan beritahu perkara sama. Terus berubah mimik wajah mereka. Segera mereka angkat Abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup untuk melihat Abang lama-lama. Sedih agaknya. Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Kalau Abang nak tengok gajah, mak akan bawa Abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa.

Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung Abang. Abang pinta nak tengok burung, mak bawa Abang ke taman burung. Abang nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja Abang nak pergi dan apa sahaja yang Abang inginkan, semuanya mak tunaikan! Setiap hari juga mak tanya Abang nak makan apa. Macam-macam Abang teringin nak makan. Murtabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung , rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu Abang pinta pada pukul 3.00 pagi.

Mak tahu dan faham, masa Abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Abang sudah tidak mampu untuk berkata-kata, apatah lagi untuk bergerak seperti biasa. Mata Abang kuyu dan Abang hanya mampu terbaring sambil memeluk Aina, anak patung kesayangan Abang. Mak segera pinta abah bawa Abang ke hospital.

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!" Itulah kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.

5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama Kakak sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan Kakak pulang.

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!" Mak pinta pada cikgu dan Kakak diizinkan pulang. Kemudian, Dr. Adura, doktor yang sinonim merawat abang juga datang melawat. Ketika itu mak ceritakan yang mak terkilan sangat tidak dapat tunaikan permintaan Abang yang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat Abang lagi. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk Abang tengah hari ini. Rupa-rupanya, tengah hari itu tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura datang membawa kek lori sampah yang Abang mahukan sebelum ini. Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sangka, Dr Adura rajin menulis mengenai kisah abang didalam blognya dan ramai yang menawarkan diri untuk menyediakan kek yang abang pinta. Para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk Abang. Tetapi abang kurang ceria, wajah Abang tampak letih dan nafas abang turun naik.

8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tetapi abang sangat lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu. Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah Abang, bacaanya meningkat naik. Tetapi hati mak dapat merasakan yang Abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan Abang berada di dalam bilik. Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah Abang, mak peluk dan usap rambut Abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada Abang, "Mak tahu Abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu Abang nak pergi. Jangan tahan-tahan Abang. Pergilah menghadap Ilahi. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa sahaja hajat yang Abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan Abang dalam hidup mak walaupun seketika."

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Mak juga berjanji bahwa mak tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia.

9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa Abang dah dekat sangat. Mak lihat Abang sudah kritikal. Wajah Abang sudah tampak biru, lebam! Dada Abang berombak, tercungap-cungap menarik nafas.

Abang sudah tidak mahu makan dan minum lagi sejak malam tadi. Pukul 8.00 pagi, abah dan kakak-kakak sampai. Mak suruh Kak Long bacakan Yaasin di sebelah Abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, Abang semakin lesu. Lantas mak ajak Abang keluar berjalan-jalan.

"Abang, abang nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"

Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung Abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi Abang hanya minum seteguk. Kemudian, Abang lentukkan kepala pada bahu mak.

"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?" Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu. Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.

"Abang ngantuk!" Itu kata Abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak. Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang. "Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak-kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja.

Sampai sahaja di wad, mak terus baringkan Abang di atas katil.

Dan Abang terus merintih dalam nada yang lemah, "Makkk..sakit perut..!"

Suara Abang amat perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi Abang.

"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan Abang pergi. Mak halalkan segala makan minum Abang. Mak halalkan air susu mak untuk Abang. Pergilah Abang. Mak izinkan Abang pergi!" Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata Abang yang semakin kuyu. Saat Abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup Abang selagi Abang masih bernafas. Mereka kucup pipi Abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu Abang dengar kamu menangis! Jangan seksa Abang dengan tangisan kamu semua!" Mak marah mereka. Mak tidak mahu Abang lihat kami menangisi pemergian Abang. Mak tahu, Abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput Abang. Mak tidak mahu tambahkan lagi kesedihan Abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya. Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat Abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah Abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah.."

Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan Abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...

Pukul 3.50 petang, akhirnya Abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillahiwainnailahirajiun.

Mak kucup dahi Abang. Mak bisikkan di telinga Abang, "Tenanglah Abang di sana . Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak Abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"

Abang, sekarang mak sudah dapat jawapanya. Mengapa mak tidak menangis? Pertama, Abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti. Kedua, apa saja keinginan Abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak. Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat Abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk Abang. Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi Abang dan menggembirakan Abang setiap saat dan waktu. Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti Abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran Abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan. Mak telah beri segalan-galanya melebihi seratus peratus untuk Abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tidak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa Abang tapi... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran Abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar. Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahannya yang gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidak lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).

De’ SMKAK : Halloween Di SMKAK


Salam ‘Alaik buat semua.. Harini Alhamdulillah aku dapat semangat baru untuk menconteng kat Tinta Malam nih. So, malam ni nak buka cerita seram sikit.. kenapa? Sekarang ni kat tempat omputih tengah musim Halloween.. aku pun bukan tau sangat sal benda ni.. tapi, disebabkan aku ni player tegar game2 kat Facebook seperti Cityville, so, aku pun tau la melalui mission2 game tu yang bertemakan Halloween. Sebut sal Halloween, aku teringat kat SMKAK. Actually, takda kaitan dengan Halloween pun. Cuma Halloween itu sesuatu yang SERAM dan SERAM itu ada di SMKAK...Hahhaa.. Sebelum aku mendaftar di SMKAK, mak awal2 lagi mewajibkan aku menghafal Ayat Kursiy.. Almaklumlah, aku nak belajar kat tempat orang..jauh dari rumah pulak tu..dan tempat tu pulak asrama.. Mak pun pernah masuk asrama dulu dan sedia maklumlah tentang benda-benda aneh yang sememangnya sinonim dengan asrama.. Betul atau tidak, Wallahu’alam.. Tak perlu tunggu lama, sejak dari tingkatan satu lagi, saban hari aku dimomokkan oleh cerita-cerita hantu yang kadangkala kecut perut juga dibuatnya. Senior punya kerja lah tu. Orang kata cerita turun-temurun. Macam-macam cerita ada. Mungkin kalau dibukukan akan jadi setebal Kamus Dewan Edisi Keempat. Antara yang paling masyhur ialah hantu tangki air, hantu loker, hantu kepala putus kena kipas, hantu pokok buluh dan macam-macam lagi. Aku pula orang jauh, jarang-jarang balik. Bila hujung minggu, bertambah sadislah suasananya. Masihku ingat, setiap hujung minggu, terutamanya hari Jumaat malam Sabtu, selepas solat isyak yang tak sampai pun satu saf, aku dengan rakan-rakan sedaerah pun bergerak pulang ke asrama yang sunyinya mampu menaikkan bulu roma. Itu belum minggu yang kawan2 aku tadi terlibat dengan nasyid sana sini, atau bermain bola sepak di tempat lain. Tinggallah aku, seorang penunggu asrama yang setia mengharungi detik-detik cemas hujung minggu di SMKAK. Kadang-kadang, bila nak ke bilik basuhan yang menghadap kawasan perkuburan itu pun aku terfikir dua tiga kali. Basuh esok pagi jelahhh..! Tandas kalau lebih dari jam 12 malam memang tak pi dah! Kuat sungguh pengaruh cerita lisan kurun-berkurun itu..!  Mujurlah selama lima tahun di sana dan saban minggu menempuh detik-detik sebegini, aku belum pernah dipertontonkan sesuatu yang bisa membuat jantung ini berdegup pada kelajuan luar biasa..! 
Antara venue yang sering dikaitkan dengan missssteriiii...!!!
Kadang-kadang, senior akan buat program pada hujung minggu kepada kami, junior yang baru masuk ni. Salah satu acara yang selalu dimomokkan, yang konon-kononnya seram, ialah aktiviti “Burung Hantu”. Dalam aktiviti ini, pelajar akan diletakkan di tempat-tempat tertentu dan terpisah dari rakan-rakan serta matanya ditutup dengan kain. Mereka akan duduk di situ pada tengah malam dan melihat sejauh mana kecekalan dan keberanian pelajar tersebut untuk menghadapi ujian yang mendatang... hantu lerr tu.. Dan si senior akan menjadi hantu yang macam2 rupanya, dimake-up bagai hantu sebenar kononnya dan tugas mereka adalah untuk menakut-nakutkan pelajar tadi. Tapi pada tahun aku, aktiviti ini khabarnya dibatalkan. Kenapa?! Dengar khabarnya, ada “sesuatu” yang tak kena pada malam persiapan untuk mengadakan aktiviti tersebut. Ceritanya begini, sekumpulan senior sedang melakukan persiapan termasuklah me-“make-up” hantu2 ciptaan mereka dan salah satunya ialah dari jenis pocong. Persiapan ini dilakukan di sebuah kelas terpencil berdekatan bangsal KH dan reban ternakan ayam. Kononnya si pocong yang siap awal ni hendak berlatih lompat di kaki lima kelas dan di hujung kaki lima kelas tu, dia ternampak seekor lagi pocong yang disangka kawannya. Dia pun memanggil untuk berlatih sama, tetapi malangnya, pocong di hujung kaki lima it uterus melompat, tinggi dan jauh sekali lompatannya ke arah reban ayam yang gelap gelita. Jaraknya lebih kurang 50 meter dari kaki lima kelas, tetapi pocong itu hanya membuat 5 atau 6 lompatan saja. Bila dipanggil, tidak menyahut dan si pocong buatan ni pun bercerita kepada rakan-rakannya yang lain yang masih berada di dalam kelas. Apalagi, bertempiaranlah lari kesemuanya apabila mengetahui bahawa tidak ada pocong lain selain yang mahu berlatih tadi..! Lantas, aktiviti burung hantu yang dijadualkan pun terbatal secara automatiknya. Entah betul atau tidak cerita ni, aku pun tak pasti. Biasalah, cerita-cerita hantu ni, susah nak dipercaya oleh orang-orang yang tidak mengalaminya sendiri..  Tapi, inilah antara cerita paling epic yang membuatkan aku was-was untuk ke kelas pada malam hari cuti untuk mengambil buku.. Terpaksa pula melintasi kawasan kejadian sebelum sampai ke kelas yang senyap sunyi pada hujung minggu kerana tiada kelas prep. Fuh, sedar tak sedar, dah panjang aku bercerita. Ingat nak sambung part 2 lepas ni. Aku dah kata dah, cerita hantu asrama ni kalau tak berjela tak sah. Lepas ungkit satu, timbul satu lagi.. tak habis-habis. Kini, bila aku baca dan ingat kembali kisah2 sebegini, membuatkan aku tersenyum dan ketawa kerana lucu pula rasanya. Tapi itulah kemanisan merasai kehidupan sebagai budak hostel..! 


Tazkirah Ringkas : Ajarkanlah Kebaikan



Sabda Rasulullah S.A.W : Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya, juga para penghuni langit dan bumi, sampaikan semut yang ada di dalam liangnya, bahkan sampaikan ikan yu, nescayalah semua itu menyampaikan kerahmatan kepada orang-orang yang mengajarkan kebaikan kepada para manusia.
                                                        [riwayat Imam Tarmizi]

Wednesday, October 26, 2011

Tutorial : Facebook Emoticons


Facebook Emoticons? Apa tu?! Facebook Emoticons ialah lambang atau ikon2 yang boleh digunakan untuk melambangkan perasaan chatter ketika “berchatting” di facebook.. ala2 guna YM gitu.. kalau chat guna text ja, tentu boring kan?! So, lepas ni, pakat2 belajar chat sambil dihiasi emoticons2 cute ni... Lebih meriah dan besssttt...  Jom tengok>>>

Camner? Boley buat tak? Hahaha...senang jaa.. cari kawan sorang untuk chat, pastu bagitau kita nak try buat FB emoticons... selamat mencuba!


Seni dan Sastera : KUTATAP LAGI WAJAH RINDUMU

KUTATAP LAGI WAJAH RINDUMU
(Dedikasi Khas buat Tok dan TokWan yang jarang2 kuziarahi)



Kini rindu bertandang lagi,
Sekian lama bersarang dalam sanubari..
Ingin Kutatap wajahmu kurindu,
Ingin kukucup mesra tanganmu, 
Seperti waktu dahulu..

Takdir  yang memisahkan kita,
Pahitnya kita sama merasa,
Aku bukanlah mencari derhaka,
Aku juga manusia biasa,
Cuba mencari erti selesa..

Kini aku kembali..
Walaupun singkat dan sebentar cuma,
Puasnya kini aku merasa,
Dapat menatap wajah tua banyak berjasa,
Mengucup tangan lembut...mesra..
Maafkan aku yang tak pandai mengatur bicara,
Sepi dan suram yang wujud di antara kita,
Kesan jarak masa yang menghakis mesra..
Akulah cucu yang derhaka,
Yang mencipta sebuah jarak masa...menghakis mesra..

1/9/11 : 11.42 pm


Tutorial : Moviezzz Subtitle


Sekarang ni, musim orang menonton moviezzz.. ya lah, cuti sekolah pun dah dekat.. bagi mahasiswa macam aku, sekarang ni dipanggil tempoh “study week” iaitu beberapa minggu free tanpa kuliah sebelum “berperang besar” dalam dewan nanti... apalagi, EXAM lerr..! So, kalau dah terlampau banyak study, mesti akan rasa tension kan?! Salah satu benda yang aku buat untuk hilangkan tension ni ialah menonton movie... Movie pulak sekarang ni orang dah tak beli CD atau DVD dah... just download jaa.. belambak dalam internet...! Kadang-kadang teringin jugak nak layan movie omputih.. tapi aku ni bukannya pandai sangat English.. So, kena laa ada subtitle bila tonton movie tu... kebanyakan movie download free nih takda subtitle siap2.. nilah kelemahan dia kalau nak compare dengan CD atau DVD... ye lahhh, nama pon free kan.. tapi jangan risau, setiap masalah pasti ada penyelesaiannya..! Kepada yang kaki movie kat luaq sana dan blom tau macamana nak bagi ada subtitle waktu tengok movie omputih, meh sini aku nak ajaq...! 

Langkah pertama ialah korang mestilah dah siap download, extract apa smua movie yang korang nak tonton tu dan letakkan ke dalam satu folder... tak perlula aku xplain kat sini cara-cara nak download movie sebab bab2 macam ni korang lebih terer dari aku...hahaaa.. Ok sekarang kita dah bersedia untuk cari subtitle bagi movie terbabit.. Untuk search subtitle, ada beberapa perkara penting yang kita mesti tau tentang movie tersebut, iaitu Release Name movie tersebut dan Bitrate...  Untuk pengetahuan am, release name bukanlah sekadar tajuk, tetapi nama file bagi movie tersebut... kadang2 ada jenis PPVRip,DVDRip,BRRRip dan macam2 lagi... kalau nak cerita sal ni,jadi ensiklopedia plak satgi.. Bitrate pulak korang bleh right-click kat movie to then tengok kat properties > details > video (framerate)... Untuk lebih jelas, tengok screen capture kat bawah :


Ok, yang ni [yang aku buat kotak merah] Release Name bagi movie yang korang download.. Right Click kat movie > Properties > General > kat atas sekali tuh.. Benda ni akan kekal as long as korang tak rename movies tu.. Ingat saja2 ka orang letak nama dia panjang2.. sebab nak cari subtitle ni lah...

Yang ni pulak Bitrate / Framerate bagi sesuatu movie tu.. aku amek contoh Transformers 3. Right Click > Properties > Details > Video [framerate].. Selalunya 24 juga kadang2 ditulis 23.97 atau boleh jadi juga 25..


Ok, setelah mengenalpasti kedua-dua benda tu iaitu Release Name dan Framerate/Bitrate, jom kita google subtitle.. ada dua laman web yang selalu aku guna untuk mencari subtitle iaitu Subscene dan Opensubtitle . Macam biasa, cari kotak search dan taip basic name movie tersebut.. contohnya Transformers.. Then akan keluaq list banyak2, korang pilihlah Transformers yang mana satu.. Katakan, Transformer 3 Dark of The Moon.. masa ni lah korang kena cari subtitle yang berpadanan dengan release name movie yang korang download tu.. Kena tengok, DVDRip ke, PPVRip ke.. pilihlah yang sesuai..! Tengok contoh kat bawah : [Release Name : Transformers 3  Dark of The Moon (2011) DVDRip] [Framerate : 24] Haa..siap aku bagi contoh subtitle Malay lagi..! Korang kena pandai-pandai cari la kat Subscene ataupun OpenSub.. pastu apa lagi, click je link untuk download kat atas tu..





































Ok, dah siap download subtitle? Seterusnya, letakkan subtitle yang dah siap di-extract tu ke dalam folder movie tadi. Seterusnya, proses nak rename subtitle tadi agar selaras dan sebijik macam nama movie tu. Tak perlu penat2 taip, just copynpaste ja.. First,right-click kat movie > rename(click ja, jgn padam atau buat apa2) then, dengan berhati-hati, tekan CTRL + C (copy).. Ok, click pulak kat file subtitle, (bentuk macam kertas kosong,ada tulis “.srt” kat hujung).. Right click > Rename > CTRL+V... Tadaaa.. siap dah..! Bersedia untuk menonton.. 

Nama Movie dan Subtitle mestilah sama sbijik (cuma subtitle ada ".srt" kat hujung)
Oooppss, lupa aku nak pesan, bila dah sampai kat langkah ni, korang kna buat try and error dulu.. mana la tau, subtitle “lari” dari dialog.. Selalunya masalah timbul bila release name movie tak sama dengan release name subtitle dan framerate movie dengan framerate subtitle pun tak sama.. sebab tu kat atas aku dah katakan dua benda ni penting..! Kalau dah tak da error, cantik semua, apalagi, Selamat Menonton ...! Selalunya aku gunakan VLC Media Player untuk nonton movie yang bersubtitle camni..Boleh dapatkan percuma kat sini : FileHippo

















Tuesday, October 25, 2011

TintaMalam Comeback !!!!



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...entah kali ke berapa daa dok buat comeback... kali ni, terpaksa sekali lagi meng”comeback” kan diri setelah gagal mengemaskini Tinta Malam buat kesekian kalinya.. hampir satu sem jugaklah aku tinggalkan Tinta Malam ni.. Sibuk?! Mungkin itulah alasan terbaik di samping faktor tambahan seperti malas dan hilang minat untuk menulis... kata orang zaman sekarang “takde mood”.. Hmm, ya lah tuu.. Post terakhir kat sini bertarikh 16 Jun 2011 dan hari ini, 25 Oktober 2011 barulah aku “berkesempatan” untuk menampal post baru kat Tinta Malam ni... Hampir 5 bulan ditinggalkan.. Dari pageviews yang hanya ratus-ratus, kini hampir mencecah 1500... Alhamdulillah, ada juga yang sudi menjenguk Tinta Malam.. Tak kisahlah korang tersesat ka, atau tersinggah ka, TERIMA KASIH @ THANK YOU @ SYUKRAN JAZILAN aku ucapkan... Yang sudi tinggalkan komen , korang memang bessttt...! Terrrbaikkk..! InsyaAllah, aku akan berkunjung ke laman korang pula nanti... Memang banyak tulisan2 yang aku draftkan dalam MS Word untuk dimuatkan dalam Tinta Malam ni... Cuti sem pun dah dekat, jadi elok benarlah aku mengorak langkah perlahan-lahan...Tinta malam yang sudah lama berlabuh, kini harus menyambung pelayarannya... Sauh yang tenggelam sekian lama di dasar lautan, kini tiba masanya untuk diangkat...!