|
Pekan HatYai nampak tenang |
Beberapa hari
lepas, aku telah berkesempatan untuk meluangkan masa bersama family untuk
berjalan-jalan makan angin, kata orang zaman sekarang, “family vacation”.
Melancong dan berjalan-jalan adalah sesuatu yang menyeronokkan bagi aku, apatah
lagi jika bersama rakan sebaya. Justeru, aku pun mewujudkan kategori baru dalam
TintaMalam nih, iaitu “Jom Kembara”.. hehe..poyos..! For the first entry, aku
pilih yang ter-latest iaitu lawatan bersama keluarga ke Hat Yai, Thailand.
Bukan apa, setelah banyak kali di-recommended oleh member2 di sana sini,
akhirnya aku terpedaya juga untuk menjenguk muka ke Hat Yai tu, dan semestinya
ke HatYai Ice Dome yang famous tu.. Lama tidak mengeluarkan diri dari Malaysia
sejak ke HongKong berberapa tahun silam, kali ni walupun ke Hat Yai yang aku
rasakan lebih dekat dari Kuala Lumpur, namun berada di tempat orang tetap lain
rasa dan suasananya.
Berada di Thailand
selama 3 hari 2 malam adalah suatu pakej pelancongan sdn bhd yang sangat2 murah
dan berbaloi. Dengan Boarder Pass yang berharga RM10 dan kereta yang bergeran,
anda sudah punya “lesen sah” untuk menjelajah negara gajah putih itu. Antara
keunikan Thailand (walaupun aku hanya ke HatYai dan Saturn) ialah variasi
makanan halal yang pelbagai, murah, dan sedap serta keramahan warganya yang
bersedia untuk membantu sekiranya diperlukan..chewahhh..!
|
Phailed..!!! |
Bertolak dari
sempadan kaki bukit, Wang Klian, Perlis setelah selesai urusan birokrasi bagi
kedua-dua buah negara, MPV yang telah dipenuhkan tangkinya dengan petrol
(minyak kat Thailand mahal, so isi full dari Malaysia) terus dipecut laju
melewati jalan yang dipanggil “boarder”. Jalan ni tengah renovate. Kiri dan
kanan rumah orang2 kampung dan suasananya agak redup dan sejuk kerana jalan tu
menuruni kawasan yang berbukit. Dari situ sudah dapat identiti dilihat
kenderaan Thailand yang kebanyakannya adalah truck dan pick-up kerana mereka
menggunakannya untuk berniaga di samping kegunaan harian. Waktu kat jalan ni
jugalah aku bertembung dengan dua roadblock, satu yang dibuat oleh Polis Thai dan
satu lagi roadblock askar Thai. Aku pun tak pasti apa tujuannya, tapi
keadaannya seperti hidup segan, mati tak mahu saja.. Jalan bernama “boarder” ni membawa ke simpang
besar pekan Saturn dan dari situ, adanya jalan ke Hat Yai.
Di pekan Saturn,
kitorang singgah kat Tesco Lotus (aku dengar DJ kat Tesco tu sebut Tesco
Lo-Tas). Ianya sebuah hypermarket Tesco macam kat Malaysia, cuma warnanya Hijau
Putih, bukan biru merah macam Malaysia. Selepas bershopping sedikit bekal untuk
menempuh perjalanan ke Hat Yai, kitorang terus bergerak ke Hat Yai melalui
jalan besar semacam highway, tapi tader tol. Akulah yang menjadi “pilot” pada
tengahari rembang tu atau orang selalu cakap “waktu kritikal”. Jam di dashboard
menunjukkan 2.15 pm waktu Malaysia atau 1.15p.m waktu Thailand. MPV memecut
laju melewati jalan panjang yang membosankan ke Hat Yai. Jaraknya adalah dalam
60-70 km dari Bandar Saturn tu. Ayah berkali mengingatkan agar selalu memandang
side mirror kot2 ada Pick-Up siam yang merapati sebab pick-up diorang canggih2,
ada turbo bagai, tanpa bunyi, tiba2 ja dok rapat dah dengan kita. Tapi
sepanjang perjalanan Alhamdulillah, tidak ada yang merapati apatah lagi
memotong “si kotak kasut” yang meribut di atas highway. Baru hampa tau, ingat
pilot Malaysia lekeh sangat ka?! Haha..
|
Tut Tut BMW Tuu..! |
Lebih kurang 20km
sebelum sampai ke Bandar Hat Yai, kami singgah menunaikan kewajipan di sebuah
masjid di tepi jalan tu. Jam lebih kurang hampir ke pukul 3 petang waktu nih.
Perjalanan diteruskan ke Bandar Hat Yai dan dalam terik mentari petang tu, kami
sampai jua dengan selamatnya. Kami memutuskan untuk meninggalkan MPV di satu
tempat parking dan akan bergerak dalam pekan Hat Yai dengan menaiki “Tut Tut”,
iaitu sejenis pengangkutan tambang yang fungsinya seperti bas henti-henti.
Bukan apa, selain pilot yang kurang arif tentang bandar Hat Yai, kami juga
ingin merasa pengalaman kembara yang sebenar dan tidak keterlaluan jika
dikatakan Tut Tut ini adalah nadi pengangkutan di bandar serbaserbi sibuk ni.
Di mana-mana saja di tengah pekan ni, toleh kiri dan kanan, pasti kelibat
tut-tut akan menyapa pandangan. Kebanyakannya berwarna merah dan biru, dengan
hiasan yang pelbagai, memeriahkan lagi pemandangan kota yang sedia meriah
dengan seribu satu ragam manusia.
Dari tempat
parking, kami berjalan kaki melewati kaki lima kedai-kedai di situ untuk
mencari kedai makan Islam bagi memberi “hak” kepada perut yang mula berirama
salsa. Tidak susah sebenarnya untuk mencari sesuap nasi di sini, selang dua
tiga buah kedai pasti ada kedai makan. Akhirnya, kami singgah di sebuah kedai
makan yang tidak ramai pengunjungnya bagi memperoleh sedikit privasi. Makanan
tengahari itu ringkas saja, nasi goreng ala thai, sup tulang dan kari daging
thai beserta sedikit ulaman. Murah sangat, 5 orang makan termasuk minum tak sampai
pun RM30. Rasanya not bad, yang penting sudah ada identity makanan thai di
situ- pedas dan masam.
|
Suasana di luar Plaza |
Waktu makan tu aku
tersedar bahawa ramai juga orang Malaysia yang mai jalan-jalan kat sini.
Buktinya, deretan beberapa buah kereta plat Malaysia terparkir di hadapan
hotel2 bajet di sekitar kedai makan yang kami singgah tu. Berdekatan dengan
tempat tu juga ada shopping complex bernama Robinson, mungkin juga adik beradik
Parkson yang macam kat Malaysia tu..hehe. Kami tak masuk pun sebab kat Malaysia
pun berlambak shopping complex macam tu. Apabila kita melancong ke tempat
orang, carilah sesuatu yang takda atau lain dari tempat kita. Buat apa nak rasa
benda yang kita ada dah. Habis makan ja, kami berkira-kira untuk ke Hat Yai Ice
Dome.
Bergerak beberapa
tapak dari kedai makan, dan ingin melintas di suatu simpang tiga yang sibuk,
kami disapa oleh seorang driver tut-tut. Berbincang sebentar dan kemudian tanpa
rasa bersalah, dia melakukan u-turn di tengah-tengah jalan yang sibuk tu untuk
membawa kami ke destinasi. Aku lihat kenderaan lain pun memberi laluan padanya
seolah mereka telah faham akan karenah si tut-tut di kota itu..! Driver tu
recommended kami suruh jalan-jalan di suatu tempat membeli-belah ala bazaar
yang dipanggil plaza. Kami pun terus ke situ dan di sini entah berapa ratus
yang dibelanja bagi membeli itu ini.
Plaza ini adalah
bazaar yang menjual pelbagai pakaian, aksesori, barangan plastic dan
macam-macam lagi. Suasananya lebih kurang bazaar Padang Besar di Perlis, tapi
berkali ganda lebih besar dan barangannya juga lebih banyak dan pelbagai.
Tempat macam ni bukan untuk orang lelaki sebenarnya sebab kebanyakan kedai
menjual pakaian wanita yang sangat meriah dan ada juga yang melucukan bagi aku.
Entah bagaimanalah rupanya perempuan tu kalau memakai baju yang semacam pukat
ikan ja aku tengok. Dalam bazaar ni juga, aku lihat peniaganya dapat mengecam
bahawa kami ini orang dari Malaysia, dan bukan orang sana. Dan mereka pun cuba
menarik perhatian dengan cuba bercakap melayu dengan bunyi slanga yang aneh dan
kedengaran melucukan bagi aku..hahaha..
|
Antara barangan yang dijual di Plaza |
Di luar bazaar adalah
sesuatu yang menarik perhatian aku. Deretan stall menjual aneka makanan,
minuman, dan kuih muih pelbagai warna aman menarik pandangan mata. Di bahu
jalan yang sibuk tu dah jadi macam pasar malam daa. Tekak pun dah haus so, aku
singgah kat satu stall yang jual air kelapa fresh, iaitu minum terus dari dalam
buah kelapa muda tu. Sejuk, manis, fresh dan asli sangat rasanya..! RM 2 atau
20baht untuk sebijik. Memang refreshing lah..! Macam dok kat pantai Hawaii
pulak rasanya..! Tidak ketinggalan dalam kesibukan tu, aku sempat mencuba
burung puyuh goreng berempah yang dimakan bersama pulut yang sememangnya
menjadi identity makanan masyarakat di sana iaitu pulut yang menjadi makanan
harian seperti nasi.
Berjalan
menelurusi deretan stall tu sebelum disapa seorang driver tut-tut yang bercakap
loghat Kelantan, seperti sudah tahu2 kami ni orang Malaysia. Tanpa menunggu
lebih lama, kami pun bergerak dengan tut-tut ke destinasi yang
dinanti-nantikan, iaitu HatYai Ice Dome. Letaknya lebih kurang 10km dari plaza
dan tambang tut-tut ialah 50baht seorang termasuk upah menunggu. Bukan apa,
hari dah petang, so, kat Hat Yai Ice Dome tu susah sikit nak dapat tut-tut
kalau petang-petang macam ni. Tentang pengalaman menaiki tut-tut ni, rasanya
memang naked habiss..! Dahla kecil dan sempit, laju nak mampos..! Disebabkan
ruangan belakangnya yang terbuka, kadang-kadang apabila ada kenderaan lain yang
merapati, gayat juga rasanya. Macam nak kena langgar ja..!
|
HatYai Ice Dome |
Perjalanan singkat
lebih kurang 15 minit membawa kami melewati gerbang HatYai Ice Dorm yang aku
rasa berkembar dengan taman haiwan seperti mini zoo kerana di kiri dan kanan
jalan masuknya, penuh dengan replica haiwan seperti gajah dan zirafah. Terdapat
juga keretapi seperti zoo taiping yang sedang menunggu penumpang menaikinya.
Tapi kami tak singgah pun di zoo tu, terus masuk sampai ke HatYai Ice Dome.
Agak lengang petang tu dan terdapat dua buah kereta plat Malaysia yang
terparkir di situ. Selepas membeli tiket berharga 300baht seorang, kami
bersedia untuk mengembara dalam HatYai Ice Dorm tu. Pada pintu masuknya,
selepas mengenakan jaket biru tebal serta glove yang diperoleh dari kaunter,
kami diberikan taklimat ringkas dalam bahasa Inggeris. Katanya handphone perlu
dimatikan (takut rosak kerana suhu terlampau sejuk) dan kamera digital pula
perlu sentiasa “on” dan hanya ditutup 10 minit selepas keluar dari Ice Dome tu.
|
Antara binaan daripada bongkah ais |
Melewati tirai
plastic, sudah terasa hembusan angin dingin beku yang serta merta membuatkan
aku berasa sejuk yang amat. Kerana terlalu berani hanya mengenakan sandal dan
bukan kasut bersarung, aku merasakan kaki ini seperti kebas kerana terlampau
sejuk. Di dalamnya, terdapat pelbagai ukiran dari bongkah ais batu dan
kebanyakannya bertemakan bangunan2 terkenal dari seluruh dunia, termasuklah
masjid Putra di Putrajaya, Malaysia. Ukiran ais yang sebelum ni hanya dilihat
di kaca televisyen, kini terpampang di depan mata. Walaupun ada larangan agar
tidak menyentuhnya, namun aku sentuh juga sebab tader sapa yang tengok. Bukan
apa, bagi memastikan bahawa itu ais sebenar dan bukan plastic atau benda lain
yang menipu pandangan aku. Kalau tipu, taulah aku nak mengamuk nanti..! Haha..
Satu lagi yang best ialah disediakan gelongsor dari ais batu setinggi lebih
kurang 10kaki. Aku tak melepaskan peluang untuk mencubanya. Disebabkan
gelongsor tu diperbuat dari bongkah ais batu yang sepenuhnya, ianya memanglicin
sangat2 dan bila sampai ke bawah pun, aku still tak boleh bangun sebab licin
sangat dan aku terpaksa mengengsot ke kawasan berkarpet untuk berdiri. Mujurlah
hanya ada kami di situ, so, tader sapa2 nampak kelakuan aku yang macam
kanak-kanak tak cukup umo tu..! Haha..
|
Panda dan buluh daripada ais batu |
Antara binaan lain
yang menarik perhatian ialah ranting-ranting kayu berwarna putih tanpa daun
yang diletak di bahagian tepi seumpamanya dilitupi oleh salji. Whoaa..ini
landscape tipu yang sangat awesome..! Turut dibina ialah kolam tiruan dan swan
sedang berenang di dalamnya. Di tepi kolam adanya rumah igloo. Lebih unik lagi,
ada titi kecil melintasi kolam ni dan anda boleh berada di atas titi kecil
tersebut bagi bergambar dan menghayati binaannya.. Semuanya daripada ais..!
Malaysia pun tader beb..!
|
binaan yang paling cantik bagi aku |
|
Kolam, rusa, swan dan iglo...serta ranting2 dilitupi "salji" |
|
orang Malaysia sangat familiar dengan bangunan ni |
|
Gelongsor dari ais batu..licinnnn abess..! |
Dalam ice dome itu
juga, aku sempat mendongak ke atas. Rupanya seperti dewan dan dinding serta
bumbungnya diselaputi ais seperti keadaan dalam freezer di rumah kita. Ais
memutih dan bertompok-tompok penuh pada dinding dan bumbung tu..! Suhu dirasakan semakin sejuk dan kaki yang
kebas serasanya semakin berat untuk melangkah. Bibir dan muka sudah terasa
pedih dan aku mula berkira-kira untuk keluar. Di sinilah satu lagi trick yang
“menyiksa” pengunjung Ice Dome yang semakin tidak tahan dengan “cuaca ekstrim”
di sini. Maze dari bongkah ais membuatkan anda seperti “bodoh”, ke sana ke sini
seperti tersesat.. 5 minit juga ditahannya di situ sebelum akhirnya menemui
patung Harimau Tasmania yang taringnya panjang sejengkal dan di situlah adanya
signboard exit. Lega rasanya dan seperti memahami, terdapat stall yang menjual
minuman panas. Secawan ovaltine berharga 15baht buat menyahkan rasa sejuk dalam
diri. Ada juga dijual cenderamata tapi aku tak tertarik untuk membeli pon.
Cukuplah gambar2 sebagai kenangan dan bukti aku pernah ke sini.. Bagai tidak
serik dengan kesejukan, secawan ais krim dibeli pula di luar bangunan tu buat
bekal menaiki tut-tut pulang ke bandar Hat Yai untuk mengambil kereta yang
seharian ditinggalkan di sana.
|
Penulis bergambar di sisi binaan bongkah ais yang mengkagumkan |
Hari sudah
merangkak senja tika kami sampai di kereta. Oleh sebab tertentu, kami
memutuskan untuk pulang ke Saturn malam itu juga dan tidak tidur di Hat Yai.
Bekal makanan yang dibeli di Plaza dimakan dalam MPV dan malam itu, aku sekali
lagi bertugas sebagai pilot bagi mengharungi perjalanan pulang ke Saturn sejauh
60km. Selepas singgah untuk solat maghrib di masjid yang disinggahi siang tadi,
MPV sekali lagi dipacu selaju mungkin meredah higway yang agak gelap.
Perjalanan malam sedikit berbeza. Kali ni, bukan lagi pickup yang memenuhi
jalanraya, tetapi lori2 tanah dan kontena yang besar dan panjang ditemui
sepanjang jalan. Mereka tidak kurang lajunya dan kurang berdisiplin. Mana
taknya, ada yang stay kat lorong kanan dan ada pula yang stay di lorong kiri.
So, kena main celah mencelah kalau nak potong. Mengekori sebuah Honda Civic
pada kelajuan purata 150km/j, seakan faham, orang tu terus melajukan keretanya
sampai naik gayat waktu kona di jalan bukit tuh..thanks kakak chantek yang
drive Civic n “escort” kitorang melepasi lori2 di jalanan berliku tu.. lenguh mulut jugalah mak dan ayah berpesan
untuk aku slow... Thanks Toyota for this awesome Alphard a.k.a kotak kasut.
Malam tu, aku rasa cam dekat la pulak. Kali ni, kurang sejam kami dah sampai
Saturn.
|
Suasana du luar Ice Dome |
Perut yang lapar
minta diisi dan kami terus mengarah ke sebuah restoran yang aku kira mewah
jugakla. Letaknya di pinggir bandar dan aman serta privasi sangat. Tak ramai
yang datang situ. Aku katakan mewah sebab kat restoran tu dibuat dari kayu dan
meja serta kerusinya pun kayu, tapi jenis mahalla. Ada live band dok perform
muzik apa ntah kat tepi kaunter dan layanannya memang tip top. Entah berapa
gelen air jus yang aku telan malam tu sebab belum sempat habis air dalam gelas,
waiter akan mai tambah. Makanan malam tu memang special habes. Ikan siakap
stim, tom yum putih, sup tulang, udang dan sotong tepung, sayur campur dan
kerabu mempelam thai. Mak aaii, punya la sedap masakan orang siam ni sampai aku
tak hengat nak tangkap gambar sekeping dua..! Lapaq sama kot..!
Perut pun dah
kenyang...so, cari tempat tido la pulak. Kami menyewa 3 bilik di motel Rose Inn
yang aku sendiri tak pasti kedudukannya..tapi masih dalam pekan Saturn la.
Walaupun motel, tapi not bad la. Luas ber air-cond, siap ada peti ais, plasma
dan jakuzi. Sebilik untuk ayah dan mak, sebilik untuk dua adik pompuan dan
sebilik lagi tentulah untuk anak lelaki tunggal dalam keluarga merangkap pilot sepanjang
percutian neh, iaitu aku laa... eeeuu, poyos..! Katil tebal dan hawa sejuk
bilik tu membuatkan aku tak tunggu lama untuk terlelap.. Fuhh, nikmatnya
selepas satu hari keletihan menjadi pilot. Belum habes lagi...sambung part 2
nanti, cerita sal Saturn plak..