Sunday, June 24, 2012

Dua Rakaat Sebelum Fajar


Sembahyang sunat ini dilakukan selepas azan Subuh, sebelum dilakukan sembahyang fardhu Subuh. Antara hadis yang menerangkan kelebihan dan keutamaan solat sunat dua rakaat sebelum fajar ini ialah :


Dari Aisyah dari Nabi s.a.w sabdanya “ Dua rakaat sebelum subuh lebih baik daripada dunia dan seisinya .” (HR Muslim ) Dan pada suatu lafaz “ Kedua rakaat tersebut lebih aku cintai daripada dunia ini seluruhnya .”

Dan pada riwayat lain disebutkan : Nabi tidak pernah begitu kuat ketekunannya dalam mengerjakan solat-solat sunat rawatib melebihi dua rakaat sebelum subuh .(HR Muslim & Bukhari)

Betapa hebatnya solat sunat dua rakaat sebelum fajar ini kerana ia merupakan satu-satunya solat sunat yang boleh di-qadha :

Qadha (ganti) Sembahyang Sunat Subuh

Bagi orang yang tidak sempat mengerjakan solah rawatib dua rakaat sebelum Subuh, mereka boleh mengerjakannya samada sejurus selepas selesai solah Subuh (mazhab Syafie) atau setelah matahari terbit (3 mazhab yang lain).

Dari Abu Hurairah r.a.: Rasulullah s.a.w. bersabda:“Sesiapa yang tidak sempat mengerjakan solat rawatib dua rakaat sebelum Subuh, maka hendaklah dia mengerjakannya setelah matahari terbit.” (Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi)

Dari Qais bin Qahd r.a., bahawasanya dia pernah mengerjakan solat Subuh bersama Rasulullah s.a.w., sedangkan dia belum mengerjakan solat rawatib dua rakaat sebelumnya. Setelah beliau mengucapkan salam, dia pun mengucapkan salam bersama beliau s.a.w.. Selanjutnya, dia mengerjakan solat rawatib Subuh dua rakaat, sedang Rasulullah s.a.w. melihatnya, tetapi beliau s.a.w. tidak melarang-nya dari melakukan hal tersebut.” (Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan Ibnu Hibban)

TM : Pertama kali menulis entri seusai solat fardhu subuh. Cubalah biasakan diri menunaikan solat sunat sebelum subuh ni.. lama-kelamaan akan hadir suatu rasa dalam diri yang menyebabkan anda rasa sayang untuk missed solat sunat sebelum subuh ini walaupun sekali..! Ya..suatu rasa kenikmatan yang tak terungkap dengan kata-kata..


Sumber asal artikel : Nasbun Nurain



Saturday, June 23, 2012

Debaran itu Terlerai Jua Akhirnya...


Alhamdulillah.. syukur.. spontan, lafaz syukur itu terucap di bibir saat membaca mesej yang dihantar seorang sahabat melalui whatsapp messenger petang tadi. Aku yang terlelap selepas pulang dari solat jumaat tentu sahaja tidak mengetahui sesuatu yang penting telah berlaku di website rasmi kampus aku tu.. Sesuatu yang ditunggu-tunggu dan tentu sahaja sesuatu yang paling mendebarkan buat semua student di sini..oh,aku terlepas untuk merasa momen itu..
         Result final exam adalah sesuatu yang penting buat penuntut di IPG. Aku katakan penting kerana jika terjadi perkara yang tidak diingini iaitu failed exam, anda akan diberi peluang untuk repeat sekali lagi. Ya, sekali sahaja. Jika lulus, boleh meneruskan pengajian.. jika gagal, maka, say goodbye to IPG laa.. Kalau study di university, at least ada la jugak 2-3 pilihan sebelum anda ditendang keluar kalau tak past final exam.. tapi di IPG, itulah pilihan yang tersedia.. kata mereka, usah persoal kerana inilah sistemnya.. fuu..x dapat dibayangkan rasanya kalau dah berada di tahun-tahun akhir pengajian..
         Untuk result sem 3 yang baru keluar ni..alhamdulillah..walaupun tidaklah segempak rakan-rakan seperjuangan tapi sudah cukup untuk membuatkan bibir ini tersenyum.. serius cakap, lulus exam pun sudah sangat menggembirakan student2 IPG apatah lagi kalau memperoleh result yang cemerlang..! Lepas ni tenang la sikit untuk mengharungi liku-liku semester keempat ni..  

TM : Kali ni, tak merasa debar mencari sendiri result dari list yang dikeluarkan oleh Jabatan Penilaian & Peperiksaan tu sebab ada member tolong check-kan.. fuhh, kalau tidak, berpeluh-peluh mendownload then cari plak no ic sendiri kat list tu.. huhu.. thanks amet..
p/s : tahniah buat semua rakan sekampus..tapi jangan pernah kau dustai takdirmu..kerna itu terbaik untukmu..bersyukurlah.. 

Wednesday, June 6, 2012

Panduan Membeli Secara Online (Part 1)


Salam Rejab buat semua visitor. Harini admin terpanggil untuk mengarang artikel bernada serius mengenai panduan membeli on-line. Bukan apa, baru-baru ni ada seorang member berlawanan gender call aku, dengan nada yang kadangkala sedih dan kadangkala berpitching tinggi seperti geram menceritakan barangan yang dibelinya secara online tak sampai-sampai ke rumahnya. Mengapa aku yang ditelefon? Apa yang aku boleh buat? Terdetik juga di hati kehairanan itu..tapi sebagai kawan, aku pinjamkan juga telinga ini mendengar luahannya..
Beberapa tahun kebelakangan ni, trend membeli barang secara online semakin berkembang pesat. Baguslah. Ini perkembangan yang sihat lagi baik...! Tapi, yang tidak baiknya, wujudnya golongan2 yang mengambil kesempatan dengan melakukan kerja-kerja terkutuk seiring dengan perkembangan yang berlaku. Aku sendiri telah berpuluh kali membeli barangan secara online dan Alhamdulillah, belum pernah ditipu lagi setakat ni. Antara barang2 yang pernah dibeli ialah LCD Monitor 23”, Kamera Digital, Telefon Bimbit, Earphone dan barangan-barangan biasa yang lain berharga kurang dari RM 100. So, melalui pengalaman tersebut, di sini aku tuliskan panduan-panduan untuk membeli secara online :

1.) Kenali Seller/Peniaga :
Ini adalah sangat penting. Selepas menemui barangan yang hendak dibeli, “berkenalanlah” dengan seller tersebut. Baca profil lengkapnya dan teliti rating/respon/testimony dari pelanggan yang pernah berurusan dengan seller terbabit. Untuk website Lelong.my, anda boleh melihat rating dan komen pelanggan bagi seseorang seller. Pilihlah seller yang mempunyai reputasi yang bagus serta banyak komen positif dari pelanggannya. Seller yang baik akan memaparkan no telefon/emel, alamat kedai/rumah, gambar, no. syarikat dan lain2 data yang meyakinkan. Cuba sms/email seseorang seller dan nyatakan hasrat untuk membeli barangannya dan lihat samada respon seller cepat/ lambat. Seorang seller yang baik akan cepat respon walaupun disoal berkali-kali oleh buyer.

2.) Simpan bukti sebanyak mungkin :
Setelah bersetuju untuk membeli barang dari seller,  sebelum memasukkan (transfer) wang, kumpulkan segala bukti urusniaga seperti sms/email anda dengan seller, capture screen barangan yang hendak dibeli dan data-data seller, “link” barangan yang dibeli dan data-data lain yang dirasakan wajar. Selepas memasukkan wang, segera update kepada seller melalui sms atau email. Nyatakan tarikh, masa, jumlah,cara transfer, dan akaun seller yang dimasukkan wang itu (jika seller ada lebih dari satu akaun). Simpan juga sebarang resit atau penyata sebagai bukti pembayaran. Anda juga boleh scan dan attach resit ni ke email seller bagi mengukuhkan bukti jika membeli barangan yang agak mahal.  Jika menggunakan online banking, pastikan anda membuat capture screen dan hantarkannya ke email seller.

3.) Jadilah Pembeli yang tegas
Setelah membuat bayaran dan update bukti2 pembayaran kepada seller, pastikan anda meminta tracking number dari seller sebaik saja barang diposkan. Anda juga berhak meminta resit yang sah bagi seller serta kad waranti jika membeli barangan elektronik. Harus diingat, sebaik saja memasukkan wang, bermakna barang tersebut telah menjadi milik anda walaupun belom dipos. So, jadilah pembeli yang “demand” dan tegas seperti meminta disertakan resit dan berpesan agar barangan dibungkus dengan baik.  Seller yang baik akan menghubungi anda sebaik saja barangan telah dipos dan memberikan tracking number bagi memudahkan anda mengetahui perkembangan semasa barang tersebut samada sampai atau belum di tempat anda. Apabila barang telah disahkan berada dalam rekod kurier, anda sudah boleh menarik nafas lega kerana sedikit sebanyak seller itu tidak menipu anda. Jika seller berdolak dalih atau “banyak cakap” apabila anda meminta tracking number, waspadalah, kemungkinan seller hendak menipu kerana dia sudahpun menerima wang dari anda. Di sinilah bukti2 urusniaga memainkan peranan penting.

4.) Apabila barang telah diterima/selamat sampai
Jangan terlalu gembira apabila barang telah selamat sampai. Dengan segera buka bungkusan/pakej untuk memeriksa kondisinya. Semak betul-betul adakah barangan tersebut yang anda beli, keadaan fizikalnyanya, fungsinya, adakah sama dengan apa yang dikatakan seller, barangan lain yang dinyatakan dalam pakej yang dibeli, cth : handsfree (jika beli barang seperti handset), resit dan sebagainya. Jika berlaku kecacatan atau kekurangan, segera hubungi seller dan maklumkannya. Kukuhkan dengan mengambil gambar dan segera emailkan kepada seller berkenaan. Jangan rasa segan2/malu2 untuk minta penggantian jika barangan yang diterima rosak dan seumpamanya. Anda patut dapat apa yang anda bayar..! Jika berpuashati dengan barangan yang diterima, hubungilah seller dan jangan kedekut untuk beri rating/like kepada seller tersebut. Apabila wujud kepercayaan antara seseorang seller/buyer, urusan akan menjadi mudah di masa hadapan..

TM : Apa yang perlu dibuat jika berlaku penipuan dalam jual beli online? Tunggu sambungannya dalam Part 2 nanti. 

Monday, June 4, 2012

Breaking News..!!! ICS update untuk Xperia

Ting ! Tong ! Breaking News..!!! Tak ramai orang tahu termasuklah seller2 handset dan sesetengah blogger handset yang masyhur di luaq sana..! So, admin dengan bangganya mengumumkan bahawa update Ice Cream Sandwich Android 4.04 untuk handset2 Sony Ericsson telah bermula. Ya, mungkin tidak ada apa2 bagi yang tak minat.. tapi, bagi pencinta teknologi, ianya adalah seumpama menantikan  buah durian gugur ke tanah..! Setelah berbulan-bulan, akhirnya semalam mencatat sejarah yang indah buat SE Xperia Pro MK16i aku tuh yang telah selamatnya dibedah dan ditukar identitinya.. Mudah saja, just cucuk connect handset anda ke PC via USB, kemudian akan naik pop-up untuk update tuh..dan ikutlah arahan2 selanjutnya..  
Paparan yang muncul sebaik handset disambung pada PC

Buatlah keputusan setelah berfikir semasak-masaknya. Sekali ber-ICS, tak boleh patah balik dah..
Proses mendownload ICS yang memerlukan sedikit kesabaran. Pergilah berjalan-jalan di tepi pantai sambil menunggu  selesai download

Selesai sudah proses update. baca & buat elok2 yea

Status terbaru dari Xperia Pro yang telah selamat dimasukkan ICS
TM : Ini hanyalah breaking news. Review penuh pengalaman seminggu ber-ICS bersama Xperia akan ditulis nanti. Harap sabar yea. Thanks juga kepada yang sudi membaca artikel Manisnya Bersama Xperia.. Tak sangka beratus juga yang membacanya.. huhu.. natikan part 2 pulak yea ^__^

p/s : Kepada Xperiansss di luar sana, tunggu apa lagi, cepat update gajet anda ke ICS 4.0..tak lama pon.  Pastu yang masih ada Sony Ericsson di tangan, anda seharusnya merasa bertuah kerana menjadi antara pemilik terakhir handset2 Sony Ericsson. Simpanlah elok2 mana tau suatu hari nanti muzium minta beli.. huhu.. 

Check Kemampuan PC

Ok. Salam guys.. Lama tak update TM. Kemalasan mungkin. Malam ni bersiaran dari pulau lagenda. Glemer gituu..! Kita sekarang berada di pertengahan 2012, dalam abad ke-21. Semua sedia maklum, ini zaman teknologi dan gandingannya, canggih.. Cuti2 ni ramai yang tak tau nak buat apa walaupun sebenarnya banyak benda yang boleh dibuat.. So, salah satu aktiviti ialah meng-gaming. Tapi, pentingkah mengetahui kemampuan PC kita sebelum install game? Ya, bagi aku sangat penting sebab game2 PC sekarang dah tak macam dulu. Semuanya “overload” belaka..! PC tak sama macam PS, so, ukuran kemampuan sesebuah PC adalah penting sebelum install sesuatu game yang seriuss supaya anda tak kecewa apabila PC “buat perangai” tak senonoh di kemudian hari.. Gamers, lets do it..!

1.) Sila ke website Can You Run It. Taipkan nama game yang berkenaan atau pilih dari drop down menu yang disediakan.

2.) Selepas memilih game untuk menguji samada ia sesuai ataupun tak dengan PC anda, klik pada button “can you run it” yang berwarna biru di sebelah kanan tu. Tunggu loading..gathering information.. Then, akan terpapar animation macam meter dan penjelasan2 di bawahnya samada pass/failed untuk main game tu.. Kalau PC anda dapat recommended utk game2 yang kaw2 macam NFS Run / Crysis 2, tahniah.. PC anda memang bernaluri gaming yang sejati.. ^____^
Klik gambar untuk paparan lebih jelas


TM : Contoh di atas ialah game GTA IV yang diuji pada PC admin. Serius, memang smooth dan tak meragam selama main GTA IV nih. Apa yang menariknya ialah benda ni tak perlu di-download dan install, just online ja. Selain tu, ia juga memaparkan maklumat lengkap tentang hardware komp. Anda selepas dianalisis. So, kalau failed untuk run sesuatu game tuh, anda boleh tahu part mana yang problemnya~ selamat bergaming~

#Ohh, sebelum terlupa.. maklumat penting, pastikan brower anda dipasang java plug-in sebelum masuk ke website Can You Run It ni. Jangan risau, jika anda belum mempunyainya, browser anda yang prihatin tu akan bertanya nanti..! 

There You'll Be - Faith Hill



Lagu yang mempunyai nilai estetika buat diri ini..liriknya yang melankolik dan menggamit rindu..ohh, masa lalu itu terlalu indah untuk dikenang, terlalu jauh untuk digapai..