Thursday, May 31, 2012

Bumi Cinta - Habiburrahman el Shirazy


Karya-karya Habiburrahman el Shirazy sememangnya tak pernah mengecewakan. Setiap kali beliau mengeluarkan karya-karyanya yang terbaru, ia umpama peledak yang memberikan impak hebat kepada sekelilingnya..! Sebut saja karya-karya agung seperti Ayat-ayat Cinta, Ketika Cinta Bertasbih, dan Dalam Mihrab Cinta..pasti peminat dunia penulisan akan mudah mengecamnya. Kehebatan karya Habiburrahman el Shirazy ini terserlah apabila hampir kesemua karya penulisannya difilemkan serta dialih bahasa. Bagi aku, Habiburrahman el Shirazy merupakan tokoh dalam bidang penulisan karya-karya bernada Islamik dan berunsurkan pembangunan jiwa yang patut dibanggakan.
Novel terbaru beliau ini, Bumi Cinta (walaupun taklah baru sangat) telah dua kali aku khatamkan. Kali pertama meminjam dari seorang rakan beberapa tahun lepas, dan aku sanggup memilikinya sendiri baru-baru ini menggunakan baucar buku 1 Malaysia. Hehe.. Menceritakan seorang pemuda muslim bernama Ayyas, yang bermusafir ke Kota Moskow, Russia kerana menyelesaikan tugasan dalam bidang akademiknya di sana. Apa yang cuba ditekankan dalam Bumi Cinta ini ialah, bagaimana seorang anak muda muslim menghadapi cabaran dalam menuntut ilmu. Cabaran yang dimaksudkan di sini ialah suasana yang dihadapi apabila menuntut ilmu di sebuah tempat yang menjunjung tinggi sosial dan kebebasan iaitu Rusia.
                Awal-awal lagi Ayyas telah diuji apabila terpaksa berkongsi apartment dengan dua gadis jelita Rusia yang juga watak-watak utama novel ini iaitu Yelena dan Linor. Tinggal serumah dan berkongsi ruang seperti ruang tamu dengan wanita asing tentulah sesuatu yang bukan mudah dan menjengkelkan bagi orang yang belum pernah mengalaminya seperti Ayyas. Penceritaan tambah menarik apabila Ayyas telah dipertemukan dengan pembimbingnya iaitu Anastasia Palazzo, seorang professor muda jelita yang bagi aku cukup pakejnya.. Terfikir juga di benakku kalaulah aku di tempat Ayyas, sudah tentu aku akan bersungguh-sungguh mendekati Anastasia untuk dijadikan isteri. Apatah lagi dalam cerita ini, Anastasia digambarkan turut menaruh hati kepada Ayyas dalam diam-diam.
            Jalan cerita yang baik harus mempunyai konflik-konflik yang dapat mengheret minat pembaca untuk meneruskan pembacaan. Begitu juga dengan Bumi Cinta ini. Aku lebih berminat dengan konflik berkenaan watak Linor yang sebenarnya seorang agen Mossad yang berselindung di sebalik kerjaya pemain biola. Linor juga hampir menghumbankan Ayyas ke dalam penjara apabila merancang pengeboman di sebuah hotel dan Ayyas disasarkan sebagai pengebomnya. Namun, kuasa Allah telah menafikan hal itu dari menimpa hambanya yang dikasihi (Ayyas). Hal ini juga memberi gambaran kejahatan Yahudi yang selalu mereka-reka agenda demi menjuruskan perhatian dunia agar memendang orang Islam sebagai terrorist.
            Konflik lain yang tak kurang menariknya ialah konflik Yelena dan kumpulan Mafia Moskow di mana Yelena hampir dibunuh namun telah diselamatkan oleh Ayyas. Unsur-unsur romantic dan cinta yang tidak keterlaluan juga menjadi pelengkap novel hebat ini. Kesudahan jalan cerita juga menarik di mana kedua-dua wanita iaitu Yelena pada asalnya seorang atheist dan Linor-seorang Yahudi tegar akhirnya memeluk Islam setelah terjadi beberapa peristiwa dalam hidup mereka. Kehadiran Ayyas dalam hidup mereka dianggap membawa rahmat walaupun pada awalnya dibimbangi Ayyas yang akan hanyut dibawa arus “kebebasan” kota Moskow.

TM : Antara perkara yang boleh dipertingkatkan ialah penceritaan tentang watak Anastasia yang kelihatan hilang sama sekali di penghujung cerita, di mana watak ini mendominasi pada awal jalan cerita. Begitu juga dengan penutup yang seolah tergantung..mungkin ada sambungan lepas ni.. siapa tahu?! 

Friday, May 18, 2012

The Teacher of teachers

We once had a Teacher
The Teacher of teachers,
He changed the world for the better
And made us better creatures,
Oh Allah we’ve shamed ourselves
We’ve strayed from Al-Mu'allim,
Surely we’ve wronged ourselves
What will we say in front him?
He was MUHAMMAD salla Allahu 'alayhi wa sallam...


TM : (Sempena Hari Guru) Guru yang paling utama dan paling mulia...yang seringkali kita lupakan kerana sibuk dengan duniawi..selawat dan salam ke atas baginda, Allahumma Solli ‘Ala Saiyidina Muhammad... 


Thursday, May 17, 2012

Selamat Hari Guru

Adeyhh..ingat nak stop blogging sat.. tapi takley tahan.. kena gak buat entri khas sempena Hari Guru.  “Teaser” istimewa dari Hlovate tentang cerita sal guru.. Stylo.. baca teaser pon da sentap.. Orang macam Cikgu Nadia memang ada.. tapi hanya berapa dalam seribu?! Moga2 bakal2 guru akan menjadi seorang guru seperti Cikgu Nadia...


“Dapat kelas mana?”
Nadia mengangkat mata dari buku ringkasan pengajaran di meja.Cikgu Hanim berdiri di sebelah mejanya.
“ 4 Tekun.” Jawabnya.
“4 Tekun?!”
“Bersedia je la.”
“All the best.”
“Good luck.”
Huh?!
“Bawak minyak Cap Kapak siap-siap.”
Ek?!
“Panadol pun bawak la sekali sepapan-dua kalau ada.”
“Sedia je la dua-tiga papan untuk seminggu dua ni.”
Eh?!
“Kalau nak bawak senapang sekali pun boleh je.”
“Eloknya senapang gajah.”
Urk?
“Tisu sekali.”
Apakah....?

***

“Kalau awak tak nak tolong diri awak sendiri,macam mana cikgu nak tolong awak?” Nad renung Izwan.
“Cikgu,c’mon la.” Izwan merenungnya dengan sumbing. “Hampas kelapa kalau perah,memang dah takkan keluar apa dah.”
Nad terdiam terpempan.
Izwan geleng. “Buat apa pun dah tak guna,cikgu.” Rendah datar dia menutur sebelum bangun berlalu pergi.
Siapa yang buatkan budak boleh fikir macam tu?Yang sampai mereka sendiri anggapkan diri tu memang tak ada harapan.Yang sampai buat mereka menyerah pasrah mengalah sebelum usaha dipaksa?

***

“Cikgu Nadia,kita tak nak bazir masa dan tenaga pada budak-budak yang memang tak nak ditolong macam tu.” Encik Anuar merenung Nadia dari balik cermin matanya. “Resource kita limited.Dan budak-budak tu....” Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid itu menggeleng dengan senyum sumbing. “Memang kes yang dah tak boleh nak ditolong dah.”
Rahang bawah terasa hampir nak jatuh.Segala patah kata yang terasa nak meluncur keluar dari hujung lidah ditahan.Karang mau aku kena tindakan disiplin sebab sound PK HEM. “Encik Anuar,siapa kita untuk label mereka macam tu.” Dia menutur di celah gigi yang diketap.
“They don’t even want to help themselves,Nadia.Diorang memang dah nak self-destruct.Kita nak buat macam mana lagi?”
Tak terasa pun gaya Encik Anuar tu macam gaya ikhlas bersimpati. “Dan sekolah pun terus buat keputusan untuk biar je diorang tapa kelas tambahan?” Keningnya terangkat sebelah.Skeptik.
“Kalau kita buat pun diorang ponteng je buat apa.Kan saya dah kata mereka tu dah tak boleh nak ditolong.Dan resource kita limited.Kita tumpu je pada budak-budak yang nak.” Suara Encik Anuar dah sedikit meninggi.
“Kitorang ni hampas kelapa je,teacher.” Senyum sumbing Fikri kembali menerjah ingatan. “Mana ada orang kisah pasal kami.Kami ni kan budak-budak berhantu kan sekolah ni.Menyusahkan cikgu-cikgu dengan sekolah je.”
“Kita give-up on them macam tu je?” Kening Nadia terangkat tinggi.Biar benar nak ditinggalkan kelas aku tu macam tu je.
“Diorang tak nak tolong diri sendiri,Nadia....” Macam orang bercakap dengan budak tiga tahun Encik Anuar menutur.Susah benar la nak bagi cikgu setahun jagung ni faham.
“Sebab tak ada orang yang nak menolong dan lead diorang.” Nadia dah memotong dulu.Meter sabar terasa dah makin turun.
“Kita bukan hidup dalam dunia ideal,Nadia.”
“No ideal world does not imply that we can’t be ideal teachers....”
“Awak masih terlalu muda,Nadia.Kepala tu penuh melimpah lagi dengan idealisme.Bila dah lama nanti awak akan nampak.Kaki kita kena berpijak kat bumi nyata.”
Biar la aku jadi ideal sebelum dunia keliling ni corruptkan aku untuk jadi cynical.
***

“Hari Guru ni.Buat dedication la untuk cikgu.”
“Cikgu mana?”
“Cikgu mana yang mengaku kita ni anak murid pun?” Senyum sumbing.
“Cikgu Nadia.”
Semua terdiam.
“Kau nak buat dedication apa?Takkan nak jam lagu Nirvana kat atas pentas dewan tu kot?Mau HM terus tendang kita keluar sekolah.”
“Music of My Heart.”
“Kau gila.” Tanpa selang sesaat dia menjawab. “Kau tau tak lagu tu siapa nyanyi?Boyband,tau?Mau malu tujuh keturunan nyanyi lagu tu depan orang ramai.”
“Ada gaya aku kisah?”
Garu kepala.Satu sekolah ni tau mamat ni ganas keras.
“Music Of My Heart?” Izwan garu kepala. “Betul ni?’
Fikri tak menjawab.Dia dah capai gitar.
Izwan sengih.Faham sendiri la,dol!

Dedikasi untuk:
‘Kita-kita’ yang pernah menjadi ‘hampas kelapa’ ini.
Yang kini di sebelah orang lain,
kita mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi.
Gagal tu masih belum bertanda selagi usaha masih ada.
Serah diri itu bukan satu pilihan selagi tak mati.
&
Juga untuk pendidik yang memerah sesungguh hati
hingga ‘hampas kelapa’ itu mengeluarkan pati.

Guru yang baik bukan hanya mengajar.Mereka mendidik.
Terima kasih buat semua pendidik. [@] Hlovatesays.

*dikutip dari status official fb Hlovate (harap ada fullversion nanti)

TM : Selamat Hari Guru buat semua guru-guruku yang mulia..Moga diri ini juga mampu menjadi guru yang baik suatu hari nanti..aku tahu..itu bukan mudah~

Tuesday, May 8, 2012

Exam Comeback...!




Panas usah membakar dada                         
Suara usah menggegar sahaja            
Kalau benar membawa cita                          
Di dalam senyap kumpulkan tenaga               

Ayam  bertelur sekampung tahu        
Mengapa mesti kita begitu                         
Falsafah ubi diam berisi
Mengapa tidak kita turuti?

Sekarang singkirkan semua bicara                        
Sekarang kumpulkan tenaga raksasa
Tiba saat berbunga mesra
Serentak mara kita bersama

#Seuntai Kata Untuk Dirasa (A. Samad Said) 

TM : Salam Imtihan buat rakan seperjuangan. Tidak ada kejayaan tanpa usaha dan iringan doa.. Ayuh singkirkan bicara yang menggegar...ayuh kita mara bersama.. Moga tercapai apa yang kita citakan..ameen~ 

Exam Mode = Cuti blogging seminggu dua~  

Monday, May 7, 2012

Kisah Buku Merah


Rupa Buku Merah aku yang berlainan dari orang lain

Buku Merah. Sebuah buku kecil yang kulitnya berwarna merah adalah antara item yang wajib buat sesiapa saja yang pernah bergelar penghuni hostel ketika zaman sekolah menengah. Fungsinya bukan sekadar senaskhah "passport" sahaja, tapi buku merah ni juga digunakan untuk merekod kesalahan-kesalahan disiplin yang pernah dilakukan oleh student asrama. Walaupun begitu, tak ramai warden yang betul2 memanfaatkan sepenuhnya fungsi buku merah ni. So, tinggalla fungsi utamanya iaitu sebagai "passport" kepada student yang merekodkan kebenaran untuk balik dan outing sahaja.
            Di sebalik keseriusan buku merah nih, ada macam-macam kisah lucu yang tercetus disebabkan buku merah nih. Antara kisah nakal yang kerap berlaku ialah cubaan meniru tandatangan warden bagi membolehkan outing (keluar pekan) terutamanya pada hari-hari biasa persekolahan. Memang kreatif habislah..! Tapi kadang-kadang kalau nasib tak baik, boleh kantoi juga dengan pemilik tandatangan tersebut. HaHaHa.. Begini kisahnya, ada student yang nak keluar outing menggunakan "tiket" tandatangan tiruan ni..apabila sampai saja di pondok guard, nasibnya kurang baik di mana guard telah merajinkan diri untuk bertanya kepada warden yang memberi tandatangan tersebut. Apalagi.., kantoi..!
            Aku juga tak terlepas dari merakamkan rekod hitam peribadi dalam buku keramat ni. Kisahnya bermula pada suatu pagi waktu solat fardhu Subuh. Waktu ni aku di Tingkatan 4. Aku tak tahu ada warden baru yang bertugas pada pagi tu. So, aku pun melengah-lengahkan diri sehingga menjadi makmum yang masbuq pada solat Subuh pagi tu. Aku sampai kat surau Raudhatus Sakinah waktu imam tengah baca surah dalam rakaat yang kedua. Oh teman, tahukah anda bahawa menjadi makmum yang masbuq adalah satu kesalahan besar zaman sekolah menengah, apatah lagi jika belajar di SMKA macam aku...! Habis ja solat dan mengikut imam berwirid dan berdoa, si warden baru ni pun dengan pantas, sebelum sempat aku mengangkat punggung bagi menyerbu dewan makan, terus mencapai mikrofon dan meminta semua yang masbuq iaitu yang berada di saf paling belakang untuk tunggu. Yang lain dibenarkan bergerak ke dewan makan. Allaaamaakkk....!
Rekod Jenayah beb..!
            Aku ingat nak kena riapppp dengan rotan dah pagi tu. Tapi syukur kerana sangkaanku meleset. Dengan jelas dan tegas, warden tu berkhutbah pendek sebelum meminta aku dan member seangkatan untuk membawa buku merah masing-masing dan berjumpa dengannya di depan dewan besar sebelum waktu persekolahan haritu. Wahh, bijak juga warden ni sebab dia terlebih dahulu mencatatkan nama kami semua agar takda yang cuba meloloskan diri nanti. Kami yang masih kabur mengapa dia meminta buku merah dari kami kerana kesalahan masbuq dalam Solat Subuh, terus bergurau senda dan membuat telahan masing-masing kerana tindakan warden baru yang pelik tu. Mana taknya, belum pernah ada warden yang melakukan demikian apabila ada student yang melakukan kesalahan.
            5 minit sebelum kelas bermula, aku dan member yang terlibat sudah berada menanti warden tersebut di depan dewan besar. Pada tangan masing-masing sudah ada buku merah seperti yang diminta. Aku hairan juga di mana member yang lebih nakal dan buas daripada aku mendapatkan buku merah kerana aku tahu selama ni mereka tak da pun buku merah. Apabila warden tu sampai, dan meminta kami membuka ruangan kesalahan tatatertib, kami semua terpegun kerana ruangan tu belum disentuh sedikitpun..! Wah, canggih juga buku merah nih..! Masing-masing diminta menuliskan kesalahan "lalai solat" pada ruangan yang disediakan sebelum ditandatangani oleh warden tersebut. Pada ketika inilah aku letih menahan ketawa kerana antara ada antara member yang nakal tu telah mencuri buku merah member yang lain, yang takda kena mengena dengan upacara nih..haishh, kalaulah yang dicuri tu buku member yang jenis “malaikat”... alangkah nayaaa..!
Baaalikkk Kampongggg..! 
            Kenangan manis yang tak dapat dilupakan berkenaan buku merah ni ialah ketika tibanya minggu balik kampung, iaitu pada rabu malam khamis. Warden bertugas akan membuat pengumuman meminta sesiapa yang nak balik kampung menghantar buku merah masing-masing ke bilik warden bagi mendapatkan tandatangan. Kerana excited nak balik rumah, almaklumlah, aku dok oversea dan jarang balik, so, aku akan menjadi sukarela mengumpulkan buku rakan sebilik dan menghantarnya ke bilik warden dan mengutipnya semula pada larut malam atau selepas solat subuh keesokannya. Pada masa ini jugalah menyaksikan tragedy curi-mencuri buku merah berlaku, lebih-lebih lagi ketika minggu wajib balik kampung iaitu minggu cuti panjang dan seumpamanya. So, kerana pernah menjadi mangsa, aku mengambil iktibar dengan membalut buku merah aku dengan gaya yang amat berbeza dari buku merah orang lain hingga hilang sudah rupa asalnya dan ternyata, buku tu masih kekal di tangan aku hingga ke saat ini.

TM : Betapa estetikanya kenangan bergelar student hostel zaman sekolah menengah...hingga Buku Merah pon ada kisahnya yang tersendiri.. Huhu..I miss the moments..!

Saturday, May 5, 2012

10 Application / Game Wajib Pada Handset Android


Peranti atau gajet berorientasikan Android semestinya diketahui umum mampu menyesuaikan diri dengan beribu jenis perisian yang boleh dimuat turun secara percuma dan berbayar di laman khas untuk android iaitu Google Play. Sebuah handset Android pada asalnya adalah sesuatu yang sangat basic dan membosankan, justeru, sebagai pemiliknya, kita haruslah bijak “menghiasi” gajet android tu agar lebih “ummmphh” dan menepati citarasa. Di sini aku kongsikan 10 application/game yang wajib ada pada sebuah Android hasil pengalaman 5 bulan menggunakan SE Xperia Pro.

Paparan Equalizer Player Pro
1. Player Pro
Player Pro adalah sebuah application media player yang sangat awesome bagi pencinta muzik macam aku. Disebabkan media player asal yang terinstall dalam Xperia Pro nih amatlah basic dan membosankan, so, Player Pro adalah alternatif terbaik yang boleh digunakan bagi memainkan muzik dan video pada handset android anda. Antara ciri menarik ialah setting equalizer yang mantap, skins yang pelbagai, fungsi “sleep timer”, dan minimize widget yang memudahkan kawalan muzik. Turut datang melengkapi Player Pro ialah DSP Pack yang membolehkan lebih banyak option pada paparan equalizer dan menyediakan fungsi full bass.. Wajib try..!



2. Facebook for Android
 Siapa yang tak pernah dengar Facebook? Tak kiralah anak muda atau anak tua, masing2 sudah pandai berfacebook dan Facebook For Android adalah application wajib dan tanpanya, handset android anda yang berharga ribuan ringgit tu seakan tak lengkap...! Paparannya lebih cantik dari Facebook Blackberry, realistik dan smooth setanding dengan Facebook for iPhone...!





3. WhatsApp
WhatsApp adalah sejenis “messenger” seakan BlackBerry Massenger (BBM). Boleh digunakan untuk chat dengan senarai “contacts” dalam handset anda yang turut sama menggunakan WhatsApp nih. Mudah dan pantas, serta universal sebab boleh chat free dengan orang yang guna BlackBerry atau iPhone jika gajet mereka turut diinstall WhatsApp.







4. iQuran
Al-Quran rasm Uthmani dalam bentuk software beserta terjemahan ayat dalam bahasa Inggeris. Paparan yang sangat jelas dan tulisan ayat al-Quran yang menepati tulisan sebenar pada mushaf cetakan dengan simbol2 tajwid yang selaras dengan tulisan Rasm Uthmani. Jika suatu ketika dulu, (sebelum zaman android), Software quran mobile dibimbangi tidak selari dengan tulisan pada mushaf cetakan, namun dengan iQuran, anda tak perlu was-was. Fungsi search dan bookmark memudahkan lagi penggunaannya dan boleh dijadikan sebagai pocket quran. Muslim wajib letak dalam android phone anda..!




5. mySolat
Aplikasi khusus untuk mengetahui waktu solat fardhu di kebanyakan bandar utama di Malaysia. Juga boleh digunakan bagi mengetahui arah kiblat bagi kawasan yang telah disetkan waktu solatnya itu.








6. FlashLight
Lampu Picit..! Untuk Phone yang ada flash sahaja. Sangat berguna waktu blackout dan membantu dalam kegelapan malam..! Mudah & Simple. Fungsi utamanya adalah menyalakan flash sebagai lampu suluh, namun turut tersedia macam-macam lagi mode/jenis lampu lain untuk dicubanyalakan..!




7. Need For Speed Hot Pursuit
Game yang paling awesome bagi peminat genre racing. Walaupun saiznya bapakkk besar (lebih kurang 600mb), tapi kepuasannya memang tiada tandingan..! Realistik seumpama Need For Speed pada PC dengan dua mod pilihan, iaitu menjadi polis atau pelumba. Variasi kereta yang disediakan juga sangat pelbagai dan up to date..! Senang citer, sangat puas dan berbaloi-baloi...! Try sendiri baru tahu..!

                            




8. Big Sport Fishing
Game memancing yang real dan mampu “mengheret” anda bersamanya sampai bateri handset kong..! Yang tak minat memancing pun boleh jadi minat...! Paling best ialah part handset bergegar waktu membaling kail ke dalam air dan waktu ikan menyambar umpan dan berlakukan pertarungan sengit..! Events yang pelbagai dan suasana yang berbeza, dan sudah tentu spesies ikan yang berbagai-bagai untuk diburu..!





9. Angry Birds
Yeah..game ikonik untuk pemilik gajet android..! Tak perlu diperkenalkan lagi. Paparan yang cantik dan memuaskan. Kemarahan anda diterjemah pada burung-burung aneka warna yang ceria tapi garang..itulah Angry Birds..! Dengan pilihan mod yang pelbagai serta level yang banyak sampai tak habess main, so, jangan sia-siakan touchscreen gajet android anda yang besar tu.. Ayuh mengamuk bersama Angry Birds..!


10. Boost 2
Satu lagi game racing tapi yang ni sangat berbeza..! Ianya dipanggi “tube racing” di mana anda dibawa menelusuri terowong yang panjang dan penuh dengan halangan. Makin lama makin laju dan makin gayat. Serius..! Makin lama dan makin jauh anda bertahan dalam larian terowong, makin tinggi markah yang diperoleh..! Pandai-pandailah condongkan handset anda ke kanan atau kiri bagi mengawal dan mengelak halangan..