Adeyhh..ingat nak stop blogging sat.. tapi takley tahan.. kena gak buat entri khas sempena Hari Guru. “Teaser” istimewa dari Hlovate tentang cerita sal guru.. Stylo.. baca teaser pon da sentap.. Orang macam Cikgu Nadia memang ada.. tapi hanya berapa dalam seribu?! Moga2 bakal2 guru akan menjadi seorang guru seperti Cikgu Nadia...
“Dapat kelas
mana?”
Nadia mengangkat
mata dari buku ringkasan pengajaran di meja.Cikgu Hanim berdiri di sebelah
mejanya.
“ 4 Tekun.”
Jawabnya.
“4 Tekun?!”
“Bersedia je la.”
“All the best.”
“Good luck.”
Huh?!
“Bawak minyak Cap
Kapak siap-siap.”
Ek?!
“Panadol pun bawak
la sekali sepapan-dua kalau ada.”
“Sedia je la
dua-tiga papan untuk seminggu dua ni.”
Eh?!
“Kalau nak bawak
senapang sekali pun boleh je.”
“Eloknya senapang
gajah.”
Urk?
“Tisu sekali.”
Apakah....?
***
“Kalau awak tak
nak tolong diri awak sendiri,macam mana cikgu nak tolong awak?” Nad renung
Izwan.
“Cikgu,c’mon la.”
Izwan merenungnya dengan sumbing. “Hampas kelapa kalau perah,memang dah takkan
keluar apa dah.”
Nad terdiam
terpempan.
Izwan geleng.
“Buat apa pun dah tak guna,cikgu.” Rendah datar dia menutur sebelum bangun
berlalu pergi.
Siapa yang buatkan
budak boleh fikir macam tu?Yang sampai mereka sendiri anggapkan diri tu memang
tak ada harapan.Yang sampai buat mereka menyerah pasrah mengalah sebelum usaha
dipaksa?
***
“Cikgu Nadia,kita
tak nak bazir masa dan tenaga pada budak-budak yang memang tak nak ditolong
macam tu.” Encik Anuar merenung Nadia dari balik cermin matanya. “Resource kita
limited.Dan budak-budak tu....” Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid itu
menggeleng dengan senyum sumbing. “Memang kes yang dah tak boleh nak ditolong
dah.”
Rahang bawah
terasa hampir nak jatuh.Segala patah kata yang terasa nak meluncur keluar dari
hujung lidah ditahan.Karang mau aku kena tindakan disiplin sebab sound PK HEM.
“Encik Anuar,siapa kita untuk label mereka macam tu.” Dia menutur di celah gigi
yang diketap.
“They don’t even
want to help themselves,Nadia.Diorang memang dah nak self-destruct.Kita nak
buat macam mana lagi?”
Tak terasa pun
gaya Encik Anuar tu macam gaya ikhlas bersimpati. “Dan sekolah pun terus buat
keputusan untuk biar je diorang tapa kelas tambahan?” Keningnya terangkat
sebelah.Skeptik.
“Kalau kita buat
pun diorang ponteng je buat apa.Kan saya dah kata mereka tu dah tak boleh nak
ditolong.Dan resource kita limited.Kita tumpu je pada budak-budak yang nak.”
Suara Encik Anuar dah sedikit meninggi.
“Kitorang ni
hampas kelapa je,teacher.” Senyum sumbing Fikri kembali menerjah ingatan. “Mana
ada orang kisah pasal kami.Kami ni kan budak-budak berhantu kan sekolah ni.Menyusahkan
cikgu-cikgu dengan sekolah je.”
“Kita give-up on
them macam tu je?” Kening Nadia terangkat tinggi.Biar benar nak ditinggalkan
kelas aku tu macam tu je.
“Diorang tak nak
tolong diri sendiri,Nadia....” Macam orang bercakap dengan budak tiga tahun Encik
Anuar menutur.Susah benar la nak bagi cikgu setahun jagung ni faham.
“Sebab tak ada
orang yang nak menolong dan lead diorang.” Nadia dah memotong dulu.Meter sabar
terasa dah makin turun.
“Kita bukan hidup
dalam dunia ideal,Nadia.”
“No ideal world
does not imply that we can’t be ideal teachers....”
“Awak masih
terlalu muda,Nadia.Kepala tu penuh melimpah lagi dengan idealisme.Bila dah lama
nanti awak akan nampak.Kaki kita kena berpijak kat bumi nyata.”
Biar la aku jadi
ideal sebelum dunia keliling ni corruptkan aku untuk jadi cynical.
***
“Hari Guru ni.Buat
dedication la untuk cikgu.”
“Cikgu mana?”
“Cikgu mana yang
mengaku kita ni anak murid pun?” Senyum sumbing.
“Cikgu Nadia.”
Semua terdiam.
“Kau nak buat
dedication apa?Takkan nak jam lagu Nirvana kat atas pentas dewan tu kot?Mau HM
terus tendang kita keluar sekolah.”
“Music of My
Heart.”
“Kau gila.” Tanpa
selang sesaat dia menjawab. “Kau tau tak lagu tu siapa nyanyi?Boyband,tau?Mau
malu tujuh keturunan nyanyi lagu tu depan orang ramai.”
“Ada gaya aku kisah?”
Garu kepala.Satu
sekolah ni tau mamat ni ganas keras.
“Music Of My
Heart?” Izwan garu kepala. “Betul ni?’
Fikri tak
menjawab.Dia dah capai gitar.
Izwan sengih.Faham
sendiri la,dol!
Dedikasi untuk:
‘Kita-kita’ yang
pernah menjadi ‘hampas kelapa’ ini.
Yang kini di
sebelah orang lain,
kita mampu duduk
sama rendah dan berdiri sama tinggi.
Gagal tu masih
belum bertanda selagi usaha masih ada.
Serah diri itu
bukan satu pilihan selagi tak mati.
&
Juga untuk
pendidik yang memerah sesungguh hati
hingga ‘hampas
kelapa’ itu mengeluarkan pati.
Guru yang baik
bukan hanya mengajar.Mereka mendidik.
Terima kasih buat
semua pendidik. [@] Hlovatesays.
*dikutip dari
status official fb Hlovate (harap ada fullversion nanti)
TM : Selamat Hari
Guru buat semua guru-guruku yang mulia..Moga diri ini juga mampu menjadi guru
yang baik suatu hari nanti..aku tahu..itu bukan mudah~
No comments:
Post a Comment