Monday, May 7, 2012

Kisah Buku Merah


Rupa Buku Merah aku yang berlainan dari orang lain

Buku Merah. Sebuah buku kecil yang kulitnya berwarna merah adalah antara item yang wajib buat sesiapa saja yang pernah bergelar penghuni hostel ketika zaman sekolah menengah. Fungsinya bukan sekadar senaskhah "passport" sahaja, tapi buku merah ni juga digunakan untuk merekod kesalahan-kesalahan disiplin yang pernah dilakukan oleh student asrama. Walaupun begitu, tak ramai warden yang betul2 memanfaatkan sepenuhnya fungsi buku merah ni. So, tinggalla fungsi utamanya iaitu sebagai "passport" kepada student yang merekodkan kebenaran untuk balik dan outing sahaja.
            Di sebalik keseriusan buku merah nih, ada macam-macam kisah lucu yang tercetus disebabkan buku merah nih. Antara kisah nakal yang kerap berlaku ialah cubaan meniru tandatangan warden bagi membolehkan outing (keluar pekan) terutamanya pada hari-hari biasa persekolahan. Memang kreatif habislah..! Tapi kadang-kadang kalau nasib tak baik, boleh kantoi juga dengan pemilik tandatangan tersebut. HaHaHa.. Begini kisahnya, ada student yang nak keluar outing menggunakan "tiket" tandatangan tiruan ni..apabila sampai saja di pondok guard, nasibnya kurang baik di mana guard telah merajinkan diri untuk bertanya kepada warden yang memberi tandatangan tersebut. Apalagi.., kantoi..!
            Aku juga tak terlepas dari merakamkan rekod hitam peribadi dalam buku keramat ni. Kisahnya bermula pada suatu pagi waktu solat fardhu Subuh. Waktu ni aku di Tingkatan 4. Aku tak tahu ada warden baru yang bertugas pada pagi tu. So, aku pun melengah-lengahkan diri sehingga menjadi makmum yang masbuq pada solat Subuh pagi tu. Aku sampai kat surau Raudhatus Sakinah waktu imam tengah baca surah dalam rakaat yang kedua. Oh teman, tahukah anda bahawa menjadi makmum yang masbuq adalah satu kesalahan besar zaman sekolah menengah, apatah lagi jika belajar di SMKA macam aku...! Habis ja solat dan mengikut imam berwirid dan berdoa, si warden baru ni pun dengan pantas, sebelum sempat aku mengangkat punggung bagi menyerbu dewan makan, terus mencapai mikrofon dan meminta semua yang masbuq iaitu yang berada di saf paling belakang untuk tunggu. Yang lain dibenarkan bergerak ke dewan makan. Allaaamaakkk....!
Rekod Jenayah beb..!
            Aku ingat nak kena riapppp dengan rotan dah pagi tu. Tapi syukur kerana sangkaanku meleset. Dengan jelas dan tegas, warden tu berkhutbah pendek sebelum meminta aku dan member seangkatan untuk membawa buku merah masing-masing dan berjumpa dengannya di depan dewan besar sebelum waktu persekolahan haritu. Wahh, bijak juga warden ni sebab dia terlebih dahulu mencatatkan nama kami semua agar takda yang cuba meloloskan diri nanti. Kami yang masih kabur mengapa dia meminta buku merah dari kami kerana kesalahan masbuq dalam Solat Subuh, terus bergurau senda dan membuat telahan masing-masing kerana tindakan warden baru yang pelik tu. Mana taknya, belum pernah ada warden yang melakukan demikian apabila ada student yang melakukan kesalahan.
            5 minit sebelum kelas bermula, aku dan member yang terlibat sudah berada menanti warden tersebut di depan dewan besar. Pada tangan masing-masing sudah ada buku merah seperti yang diminta. Aku hairan juga di mana member yang lebih nakal dan buas daripada aku mendapatkan buku merah kerana aku tahu selama ni mereka tak da pun buku merah. Apabila warden tu sampai, dan meminta kami membuka ruangan kesalahan tatatertib, kami semua terpegun kerana ruangan tu belum disentuh sedikitpun..! Wah, canggih juga buku merah nih..! Masing-masing diminta menuliskan kesalahan "lalai solat" pada ruangan yang disediakan sebelum ditandatangani oleh warden tersebut. Pada ketika inilah aku letih menahan ketawa kerana antara ada antara member yang nakal tu telah mencuri buku merah member yang lain, yang takda kena mengena dengan upacara nih..haishh, kalaulah yang dicuri tu buku member yang jenis “malaikat”... alangkah nayaaa..!
Baaalikkk Kampongggg..! 
            Kenangan manis yang tak dapat dilupakan berkenaan buku merah ni ialah ketika tibanya minggu balik kampung, iaitu pada rabu malam khamis. Warden bertugas akan membuat pengumuman meminta sesiapa yang nak balik kampung menghantar buku merah masing-masing ke bilik warden bagi mendapatkan tandatangan. Kerana excited nak balik rumah, almaklumlah, aku dok oversea dan jarang balik, so, aku akan menjadi sukarela mengumpulkan buku rakan sebilik dan menghantarnya ke bilik warden dan mengutipnya semula pada larut malam atau selepas solat subuh keesokannya. Pada masa ini jugalah menyaksikan tragedy curi-mencuri buku merah berlaku, lebih-lebih lagi ketika minggu wajib balik kampung iaitu minggu cuti panjang dan seumpamanya. So, kerana pernah menjadi mangsa, aku mengambil iktibar dengan membalut buku merah aku dengan gaya yang amat berbeza dari buku merah orang lain hingga hilang sudah rupa asalnya dan ternyata, buku tu masih kekal di tangan aku hingga ke saat ini.

TM : Betapa estetikanya kenangan bergelar student hostel zaman sekolah menengah...hingga Buku Merah pon ada kisahnya yang tersendiri.. Huhu..I miss the moments..!

No comments:

Post a Comment