Peranti atau gajet
berorientasikan Android semestinya diketahui umum mampu menyesuaikan diri
dengan beribu jenis perisian yang boleh dimuat turun secara percuma dan
berbayar di laman khas untuk android iaitu Google Play. Sebuah handset Android
pada asalnya adalah sesuatu yang sangat basic dan membosankan, justeru, sebagai
pemiliknya, kita haruslah bijak “menghiasi” gajet android tu agar lebih
“ummmphh” dan menepati citarasa. Di sini aku kongsikan 10 application/game yang
wajib ada pada sebuah Android hasil pengalaman 5 bulan menggunakan SE Xperia
Pro.
Paparan Equalizer Player Pro |
1. Player Pro
Player Pro adalah
sebuah application media player yang sangat awesome bagi pencinta muzik macam
aku. Disebabkan media player asal yang terinstall dalam Xperia Pro nih amatlah
basic dan membosankan, so, Player Pro adalah alternatif terbaik yang boleh
digunakan bagi memainkan muzik dan video pada handset android anda. Antara ciri
menarik ialah setting equalizer yang mantap, skins yang pelbagai, fungsi “sleep
timer”, dan minimize widget yang memudahkan kawalan muzik. Turut datang
melengkapi Player Pro ialah DSP Pack yang membolehkan lebih banyak option pada
paparan equalizer dan menyediakan fungsi full bass.. Wajib try..!
2. Facebook for
Android
Siapa yang tak pernah dengar Facebook? Tak
kiralah anak muda atau anak tua, masing2 sudah pandai berfacebook dan Facebook
For Android adalah application wajib dan tanpanya, handset android anda yang
berharga ribuan ringgit tu seakan tak lengkap...! Paparannya lebih cantik dari
Facebook Blackberry, realistik dan smooth setanding dengan Facebook for
iPhone...!
3. WhatsApp
WhatsApp adalah
sejenis “messenger” seakan BlackBerry Massenger (BBM). Boleh digunakan untuk
chat dengan senarai “contacts” dalam handset anda yang turut sama menggunakan
WhatsApp nih. Mudah dan pantas, serta universal sebab boleh chat free dengan
orang yang guna BlackBerry atau iPhone jika gajet mereka turut diinstall
WhatsApp.
Al-Quran rasm
Uthmani dalam bentuk software beserta terjemahan ayat dalam bahasa Inggeris.
Paparan yang sangat jelas dan tulisan ayat al-Quran yang menepati tulisan
sebenar pada mushaf cetakan dengan simbol2 tajwid yang selaras dengan tulisan
Rasm Uthmani. Jika suatu ketika dulu, (sebelum zaman android), Software quran
mobile dibimbangi tidak selari dengan tulisan pada mushaf cetakan, namun dengan
iQuran, anda tak perlu was-was. Fungsi search dan bookmark memudahkan lagi
penggunaannya dan boleh dijadikan sebagai pocket quran. Muslim wajib letak
dalam android phone anda..!
5. mySolat
Aplikasi khusus
untuk mengetahui waktu solat fardhu di kebanyakan bandar utama di Malaysia.
Juga boleh digunakan bagi mengetahui arah kiblat bagi kawasan yang telah
disetkan waktu solatnya itu.
6. FlashLight
Lampu Picit..!
Untuk Phone yang ada flash sahaja. Sangat berguna waktu blackout dan membantu
dalam kegelapan malam..! Mudah & Simple. Fungsi utamanya adalah menyalakan
flash sebagai lampu suluh, namun turut tersedia macam-macam lagi mode/jenis
lampu lain untuk dicubanyalakan..!
7. Need For Speed
Hot Pursuit
Game yang paling
awesome bagi peminat genre racing. Walaupun saiznya bapakkk besar (lebih kurang
600mb), tapi kepuasannya memang tiada tandingan..! Realistik seumpama Need For
Speed pada PC dengan dua mod pilihan, iaitu menjadi polis atau pelumba. Variasi
kereta yang disediakan juga sangat pelbagai dan up to date..! Senang citer,
sangat puas dan berbaloi-baloi...! Try sendiri baru tahu..!
Game memancing
yang real dan mampu “mengheret” anda bersamanya sampai bateri handset kong..!
Yang tak minat memancing pun boleh jadi minat...! Paling best ialah part
handset bergegar waktu membaling kail ke dalam air dan waktu ikan menyambar
umpan dan berlakukan pertarungan sengit..! Events yang pelbagai dan suasana yang
berbeza, dan sudah tentu spesies ikan yang berbagai-bagai untuk diburu..!
9. Angry Birds
Yeah..game ikonik
untuk pemilik gajet android..! Tak perlu diperkenalkan lagi. Paparan yang
cantik dan memuaskan. Kemarahan anda diterjemah pada burung-burung aneka warna
yang ceria tapi garang..itulah Angry Birds..! Dengan pilihan mod yang pelbagai
serta level yang banyak sampai tak habess main, so, jangan sia-siakan
touchscreen gajet android anda yang besar tu.. Ayuh mengamuk bersama Angry
Birds..!
10. Boost 2
Satu lagi game
racing tapi yang ni sangat berbeza..! Ianya dipanggi “tube racing” di mana anda
dibawa menelusuri terowong yang panjang dan penuh dengan halangan. Makin lama
makin laju dan makin gayat. Serius..! Makin lama dan makin jauh anda bertahan
dalam larian terowong, makin tinggi markah yang diperoleh..! Pandai-pandailah
condongkan handset anda ke kanan atau kiri bagi mengawal dan mengelak
halangan..
No comments:
Post a Comment