Setiap sesuatu
yang kita lakukan tentunya punya alasan yang tersendiri. Dunia hari ini
menyediakan kita banyak pilihan dan kitalah yang menentukannya berdasarkan
alasan2 yang tersendiri. Setelah sekian lama “hilang minat” untuk berbicara
tentang handset, kebelakangan ni minat tu mekar kembali dalam diri ini,
membangkitkan kenangan2 zaman sekolah menengah beberapa tahun dulu. Hari ni,
handphone bukan lagi sekadar “handphone” yang sekadar untuk call dan sms, tapi
layak dipanggil “smartphone” berdasarkan fungsi2nya yang hampir menyamai sebuah
komputer..! Data dari pelbagai sumber menunjukkan 3 platform gergasi yang
bersaing sesama sendiri dalam arena smartphone hari ini, Apple (iPhone), Research
in Motion-RIM (BlackBerry), dan Google (Android). Ruang selebihnya diisi oleh
Windows Mobile, Symbian (mostly Nokia) dan Palm.. Dari pengalaman dan pembacaan
yang tak seberapa, di dini aku tuliskan mengapa aku pilih Android Phone untuk
dibeli...
1. Ribuan Aplikasi
dan Permainan
Yeahh..Inilah sebab
utama memilih android. Ribuan application dan games untuk dimuat turun secara
percuma dari “Market”. Walaupun android lebih muda dan murah dari iPhone, tapi
application yang tersedia bolehlah dikatakan setanding dengan iPhone. Dan
inilah tujuannya Google membangunkan Android, adalah untuk bersaing dengan
iPhone. Awalnya mungkin kelihatan mustahil, tapi telah ada kajian2 di
sesetengah tempat menunjukkan Android telah mengatasi iPhone..! Mengenai
BlackBerry pula, sukar untuk aku memperkatakan tentang application. Komen dari
seorang member yang memiliki BB sekian lama, “Android best tang application..BB
pun kalah..!”... anda tafsirlah sendiri..
2. Open Source
Umum tahu, jika
dibandingkan dengan iPhone dan BlackBerry, Android adalah satu2nya yang
bersifat open source. Senang cerita, dikatakan lebih “bersifat terbuka”.
Maksudnya, Android di bawah kawalan Google, membenarkan malah menggalakkan
pembangun2 software untuk membangunkan aplikasi dan di bawah pemantauan Google,
ertinya masih ada pengawalan (centre control) dan ini dapat menjamin kefungsian
aplikasi tu..! Hal ini juga membenarkan pihak lain membuat modifikasi ke atas
Operating System (OS) di bawah kawalan Google. Lain ceritanya dengan iPhone
yang sangat2 ekslusif tu. Hanya Apple sahaja yang punya hak untuk mengubah itu
ini pada iPhone tersebut.
3. Kepelbagaian
Pilihan
Daripada tiga
gergasi di atas,Android memenangi dari segi kepelbagaian pilihan. Maksudnya
pembeli punya banyak pilihan untuk memilih jenama smartphone yang dikehendaki.
Antara yang terkenal ialah Samsung, HTC, Sony Ericsson, Motorola, LG dan bayak
lagi. Bila banyak pilihan, tentulah lebih banyak spesifikasi yang boleh
dipilih. Anda pengguna, tak perlu rasa terkongkong untuk memilih jenama dan specs
yang sesuai dengan jiwa anda..! Pasaran Android sangat meriah dan cepat
berkembang..! Untuk iPhone dan
Blackberry, anda harus akur pada 2 jenama ni sahaja dan modelnya pun taklah
begitu banyak terutama iPhone. Agak lama untuk menunggu kelahiran mnodel2 baru
bagi 2 jenama ekslusif ni jika nak dibandingkan dengan barisan model Android
Phone yang lahir saban hari..!
4. Pelayaran
Internet
Melayari Internet
pada smartphone android pada hari ni samalah seperti melayari internet pada
komputer anda. Apa yang terpapar pada komputer, itulah yang terpapar pada
handset, cuma saiznya lebih kecil dan comel..! Tipulah kalau anda katakan anda
pernah menggunakan internet, tapi tak kenal apa itu Google. Sebagai nama besar
dan gah dalam dunia pelayaran internet, Google sedaya upaya menyediakan
pengalaman berinternet yang hebat ke atas Android Phonenya. Flash Player, suatu
komponen wajib kalau nak lebih enjoy dan menikmati fungsi penuh berinternet,
sayangnya Adobe Flash telah “dibanned” oleh Apple pada iPhone dan iPad mereka..
5. Tajdid
Tajdid, maknanya
baru atau pembaharuan. Hehe..istilah yang kontroversi bagi member2 course aku di kampus. Antara 3 nama gergasi
dalam arena smartphone ni, Android adalah yang termuda dan terbaru dilahirkan,
iaitu pada tahun 2007. Yang baru tak semestinya lemah berbanding yang lama.
Lihat sahaja dalam beberapa tahun selepas kelahirannya, Android telah
berevolusi dengan cemerlang dan mula menggugat kredibiliti dan jenama
pesaingnya yang lebih senior, iaitu iPhone dan BlackBerry yang mendominasi
pasaran SmartPhone sejak sekian lama..! Ingatkah suatu ketika dulu, jika
dikatakan smartphone, pasti terbayang di minda kita sebuah Blackberry dengan
Qwerty keyboardnya yang sekian lama menjadi identity jenama tu..! Kini kalau
sebut smartphone, mungkin imej BlackBerry sudah berganti dengan Sony Ericsson
atau Samsung..! Remaja suka mencuba yang baru, tajdid.. Itulah sebabnya aku
memilih Android..!
6. Harga
Faktor harga
adalah pertimbangan penting bagi seseorang yang belum bekerjaya seperti aku.
Sebagaimana banyaknya model2 Android Phone, begitulah banyaknya range harga yang
tersedia bersesuaian dengan bajet anda. Nak sedap pakai tak semestinya beli
Android Phone yang beribu ringgit. Yang ratus2 pun sudah cukup untuk memberi
perasaan dan pengalaman seperti menggunakan iPhone yang berharga 2 ribu ringgit
dan BlackBerry yang juga kebanyakannya berharga seribu ringgit ke atas.. Wang
anda, anda tentukan..!
7. Hak
Kepenggunaan
Hak Kepenggunaan?!
Macam masuk court ja.. Aku pun tak tau istilah apa yang sepatutnya. Apa yang
cuba disampaikan kat sini ialah pemilik Android Phone bolehlah dikatakan
memiliki autoriti (full-control) ke atas gajet Android mereka. Contohnya,
pemilik Android boleh sukahati untuk customize smartphone mereka terutamanya
dari segi display seperti menambah atau mengurangkan homescreen, peletakan
widgets dan susunan menu serta latar belakang atau theme-nya. Berlainan dengan
“kembarnya” iaitu iPhone, yang terlalu strict atas alasan ekslusif dengan
pemiliknya, yang hanya membenarkan warna hitam menjadi latar belakang menunya.
Anda yang membayar, so, your phone, your style..! Buat apa bayar kalau
“dikongkong” dan “dipaksa”?!
8. MultiMedia
Dahulu, kebanyakan
dari kita mengenali SmartPhone sebagai sebuah Serious-Phone for Serious
People.. Hari ni, persepsi tu telah berubah sama sekali. Terima kasih kepada
iPhone yang berjaya mengubah persepsi ramai terhadap smartphone. Dan kelahiran
Android terus melenyapkan tanggapan kuno ini dan kini, umum setuju jika
dikatakan Smartphone is Fun-Phone for Everybody. Dahulunya, smartPhone kurang
menitikberatkan tentang keupayaan media, tetapi lebih memfokuskan fungsi
perhubungan dan data seperti BlackBerry. Oleh sebab tu, smartPhone hanya
terkenal di kalangan businessman dan orang berada dan berkepentingan saja.
Kelahiran Android telah mengubah konsep ni dan tak dinafikan, keupayaan
MultiMedia pada Android Phone memang awesome..! Di sebalik fungsi berbentuk
perhubungan dan data seperti e-mail dan messenger dan office, ia juga mempunyai
fungsi multimedia yang hebat seperti kamera megapixel tinggi, HD video recorder
and player, music player yang lengkap dengan equalizer. Tak puas hati dengan
apa yang ada? Download saja software2 percuma dari Market yang dapat
mempertingkatkan serta memanfaatkan sepenuhnya keupayaan multimedia pada
Android Phone anda..!
9. Bersosial
Mungkin kalau
dibicarakan dari segi keupayaan bersosial, tentu BlackBerry lah juaranya. Lihat
saja pada wall FB anda. Berapa ramai yang post sesuatu via BB? Jarang sekali
kita nampak yang post via Android (atau jenama Android Phone tu) ataupun via
iPhone.. Tuan BlackBerry boleh bersosial di mana saja, itupun disebabkan mereka
melanggan internet bulanan yang jarang dilakukan oleh pemilik Android Phone.
Tapi apa yang ingin di-highlightkan kat sini ialah kualiti dan kenikmatan
bersosial itu seperti melayari FB. Seperti yang aku tuliskan kat atas, gajet
Android membenarkan penggunanya menikmati kefungsian penuh berinternet
sepertimana melayari internet pada PC. Tentu saja rasanya berbeza dari melayari
versi mini bagi sesebuah website tu. Tentu juga berbeza apabila “share” gambar
dari kamera 8 mp berbanding kamera yang 5mp ke bawah. Paparan bagi display
beresolusi tinggi tentu tak sama dengan display beresolusi rendah dan saiz
touchscreen yang besar dan luas tentu lebih memuaskan mata dan pengawalan anda..! Kebanyakan BB
tidak menggunakan touchscreen dan saiz screennya pula lebih kecil dari
kebanyakan Android Phone. Kawalannya pula menggunakan button dan umum setuju
kalau dikatakan ini agak “tradisional”. Kalau adapun, mungkin jenis BB Torch
yang harganya mampu membuatkan anda yang belum punya pendapatan menjadi
migraine sebentar.!
10. Mesra Pengguna
Ini adalah rangkuman
bagi faktor2 mengapa aku memilih Android Phone. Pasarannya yang luas tentu saja
menyediakan banyak pilihan kepada pengguna untuk memilih. Tak perlu rasa
terikat..! Di Malaysia, kebanyakan smartphone BlackBerry dan iPhone perlu
dibeli secara kontrak dengan penyedia perkhidmatan jalur lebar. Sudahlah
modelnya terhad, kena sign kontrak pulak..! Berbicara soal fungsi, tentu saja
Android phone jauh lebih mesra pengguna berbanding dengan iPhone yang terlalu
banyak menghalang pemiliknya mengubah itu ini. Dengan Android, tak perlu fikir.
Handphone anda, hak anda. Tambah yang kurang, buang yang tak perlu , ubah yang
anda tak suka..buatlah apa saja yang anda suka. Aku tak pasti sejauh mana
“mesranya” BlackBerry dan iPhone terhadap penggunanya, tapi melalui pembacaan
pada kebanyakan website, ramai bersetuju bahawa antara ketiga-tiga jenama ni,
Android adalah yang paling “mesra” dan “berlembut” dengan pemiliknya.
TM : Selain sebab mengapa aku memilih Android, artikel ni juga bolehlah dianggap sebagai comparison antara Android, iPhone dan BlackBerry. Segala yang ditulis hanyalah pandangan peribadi sahaja. Sebagai
pengguna Android, tentulah aku menyokong apa yang aku pilih untuk digunakan.
Anda mungkin mengatakan aku biased dan seumpamanya..ader aku kesahh?! Mungkin pemilik iPhone berbangga dengan
ekslusifnya jenama Apple dan pemilik BlackBerry berbangga dengan BBM mereka.
Itu hal masing2lah. Sejujurnya, 10 sebab ni aku peroleh hasil pengalaman aku
yang masih baru menggunakan Android dan pembacaan2 dari website yang
menceritakan kelebihan2 android dan pengalaman2 pengguna BlackBerry dan iPhone
yang “berhijrah” menggunakan Android Phone. Apapun, wang anda, hak anda untuk
memilih..! Thanks for reading..ciao..!