Friday, March 25, 2011

My Experience : …Dan terciptalah Panamera…



Panamera? Haha..ini bukan sebuah kereta yang sangat awesome tu..tapi nama yang sangat anggun ini aku berikan kepada “kekasih” atau “awekz” baruku..ehem2..jodoh kami tercipta selepas kira-kira dua bulan kehilangan sang kekasih lama, si Compaq yang menghidap barah motherboard lalu membawanya kealam fana..puas juga aku memikirkan bagaimana hendak mencari penggantinya. Apakah perlu dicari sebuah lagi laptop atau bina sebuah desktop?


Setelah difikir-fikirkan dan membuat pengiraan yang agak rapi, aku memutuskan untuk mencuba desktop pula. Antara sebab-sebab aku memilih untuk berubah selera dari laptop ke desktop ialah :

1.) Desktop lebih berkuasa,tetapi murah daripada laptop.

2.) Desktop lebih mudah dibaiki jika berlaku kerosakan.

3.) Desktop lebih tahan lasak dan tidaklah perlu “dimanjakan” sangat seperti laptop.

4.)Desktop lebih mudah dijaga.

5.) Desktop boleh dibina sendiri, mengikut kehendak pemiliknya.




Mungkin alasan itulah yang menyebabkan aku beralih haluan kepada desktop pula setelah beberapa tahun menggunakan laptop. Berbekalkan nasihat dan pandangan rakan-rakan terutamanya si customizer iaitu sahabat baikku ketika sama-sama menuntut di PTSS dulu, Khai. HAsil perbincangan selama berminggu-minggu, beberapa hari sebelum tahun baru Cina pada Februari 2011, aku bersama Khai menyerbu kedai PC Depot Alor Setar untuk membeli satu persatu bahagian-bahagian yang akan digunakan untuk mencipta sebuah desktop.

Aku memutuskan untuk custom sendiri desktop tersebut kerana menurut Khai, kosnya lebih murah. Awalnya, aku ragu-ragu juga dan menganggap Khai hanya main-main dan tunjuk lagak. Namun, dia membuktikan yang dia mampu untuk melakukannya walaupun berlaku sedikit insiden semasa proses mencipta sang Panamera. Terima kasih kawan kerana tidak mempersiakan kepercayaan yang aku berikan..Apa yang pasti, Panamera adalah sebuah desktop yang paling laju pernah aku gunakan..rasanya lebih laju dari mana-mana desktop di CyberCafe yang pernah aku singgah..dan lebih membanggakan dan sering membuatkan aku tersengih sorang-sorang ialah Panamera ini milikku sendiri..macam bermimpi memilikinya…namun itulah kenyataannnya….! heheh..cukuplah setakat ini. Selepas ini, aku akan menulis perjalanan mencipta Panamera dengan lebih detail…

My Experience : Hidupku tanpa dia di sisi...


Dua bulan tanpa mylappy di sisi, terasa kehilangan yang amat dalam hidup ini. Mujurlah mymini iaitu sebuah netbook HP mini milikku masih ada dan dapat berfungsi dengan baik. Jika tidak, tentulah hari-hari yang berlalu semakin suram tanpa sebuah benda bernama computer dalam hidupku. Namun, mymini bukanlah pengganti yang baik bagi mylappy. Dua bulan menggunakannya sepenuh masa(sebelum ni hanya tersadai dan sekali sekala digunakan), aku merasakan macam-macam kekurangan padanya. Antaranya, slow, dan screennya yang amat kecil menyukarkan aku untuk bermain online game di facebook. Paling ketara ialah apabila bermain café world. Cukup menyiksakan dan kadang-kadang membuatkan aku fed-up untuk meneruskan “perjuangan” di café world…heheh..namun, seorang juara takkan berputus asa dan itulah aku yang sangat degil, terus “mengganyang” netbook itu walaupun processornya hanyalah berkelajuan 1.6 gHz dan mempunyai RAM 1gb sahaja. Namun, netbook itu tetap utuh sehingga ke hari ini. Syukur, netbook itulah yang aku bawa ke kampus dan memudahkan aku untuk menyelesaikan segala macam assignment dan presentation. Dahulu, aku membawa lappy Compaq ke mana saja, kini sang HP pula menggantikan tempatnya. Dalam pada itu, aku merancang sesuatu. Compaq yang mati harus ada penggantinya dan HP mini bukanlah pengganti yang selayaknya. Arrggghh…aku sudah lama tidak beraksi di Vice City dan berlumba haram di Need For Speed. Aku mesti lakukan sesuatu. Pengganti Compaq harus dicari segera…..!

Wednesday, March 23, 2011

Jom Santai : Tok Batin vs Gear Motor


Suatu hari seorang Tok Batin bertemu dengan sahabat iaitu seorang chekgu secara tidak sengaja. Tok Batin terserempak ngan kawannya ini sewaktu dalam perjalanan pulang. Kawannya berjalan kaki.

Tok Batin dengan motosikal Honda C70 yang baru dibelinya…. masih berkilat… masih baru. Tok Batin menumpangkan kawannya yang kebetulan hendak pulang juga…

Dalam perjalanan…

Kawannya pelik…

Kawannya heran …

Tok Batin hanya guna gear satu… tak tukar-tukar…naik bukit guna gear satu… turun bukit guna gear satu, jalan rata pun guna gear satu…

Bunyi enjin motosikal Honda baru Tok Batin tu dah macam nak pecah…. mengaummm !!!!

Tok Batin tak peduli… selamba ajer !!!

Kawannya yang kehairanan, bertanya …

“Tok… kenapa tok chuma pakai gear shatu ajer ???”

Selamba.. tanpa rasa bersalah.. tok batin pun jawab..

“Alaa…. tak aper…. moto nie ade tige gear…. kalau roshak shatu.. masih ada dua gear lagi…!!!!”

My Experience : Patah Tumbuh, Rosak ?????....Hmm...


Terlalu banyak kenagan aku bersama dia. Dialah yang pertama dalam hidupku. Saat aku memilikinya, walaupun dia hanyalah biasa-biasa sahaja, namun aku tetap berbangga dan gembira kerana memilikinya.Setelah aku memilikinya, dialah teman setia, pengubat sunyi dan penghilang bosan. Kini, dia hanya tinggal kenangan. HP Compaq CQ-40, laptop pertamaku yang dibeli pada tahun 2008.


Ketika itu, aku sedang belajar di PTSS dan itulah laptop pertama yang sebenar-benarnya milikku sendiri..Aku rasa sungguh puas memilikinya. Masih teringat jari jemari ini mengetuk keyboard lembutnya untuk bermain games dan menyelesaikan assignment. Rasa bangga sukar dinafikan apabila aku diterima masuk untuk menyambung pelajaran di IPG Perlis, akulah satu-satunya pelajar dalam kelasku yang memiliki laptop sendiri dan hal itu menyebabkan aku dilantik sebagai setiausaha kelas. Namun, itu semua kini tinggal kenangan. Semuanya bermula apabila laptop itu kerap “hang” selepas dua minggu aku menghantarnya ke Compuland untuk diformat dengan bayaran RM40. Lama-kelaman, “sakitnya” semakin tenat. Masihku ingat, ketika sedang bermain cafeworld di Facebook, tiba-tiba screen menjadi gelap dan lampu biru (wifi) bertukar oren, seterusnya laptop padam sendiri. Seminggu selepas itu, aku meninggalkannya semalaman untuk download games yang saiznya agak besar. Keesokannya,laptop gagal dhidupkan. Yang menyala hanyalah button wifi, itupun warnanya oren. Aku makin tidak sedap rasa. Di situlah mulanya laptop tersebut nazak. Mulanya, aku menganggap itu hanyalah masalah biasa seperti screen rosak. Namun, sms yang kuterima dari technician kedai tempat aku menghantar laptop (ZR PC Port) itu membuatkan hati aku luluh. Mainboard terbakar katanya dan aku tahu, kalaupun menukar mainboard, samalah seperti aku membeli sebuah laptop baru. Usianya tidak sampai tiga tahun, namun, terpaksa kuterima bahawa hayatnya tidak panjang.Sejak itu, laptop tersebut terus tersadai di rak buku dalam bilikku. Biarlah ia bersemadi di situ dengan aman~

Saturday, March 19, 2011

My Experience : Angkara password...arrrggghhh...!

Hampir 4 bulan tintamalam.blogspot.com “mati”. Semuanya gara-gara kehilangan password yang jarang sekali aku simpan dalam minda ini…bagiku, banyak lagi benda-benda yang hendak diingat dan password untuk benda2 maya sebegini, biarlah sang browser menjalankan tugasnya…ternyata padah juga apabila mengambil langkah sebegini..banyak sungguh peristiwa yang berlaku membawa kepada “lenyapnya” browser yang berjasa yang aku guna selama ni..pergi bersama password2 yang disimpan di dalamnya…memang perit dan panjang jika hendak dikenang kembali…entah bagaimana, hari ini, aku terjumpa kembali suatu senarai panjang password2 yang aku sendiri terlupa bahawa aku pernah menulisnya dalam worpad dan disorok di suatu daerah yang sangat sunyi dan terasing…syukur, aku telah menemukannya dan ternyata jodohku bersama tintamalam masih ada…InsyaAllah, aku akan terus mengembangkan tintalam ini mengikut acuanku yang tersendiri...