Friday, March 25, 2011

My Experience : …Dan terciptalah Panamera…



Panamera? Haha..ini bukan sebuah kereta yang sangat awesome tu..tapi nama yang sangat anggun ini aku berikan kepada “kekasih” atau “awekz” baruku..ehem2..jodoh kami tercipta selepas kira-kira dua bulan kehilangan sang kekasih lama, si Compaq yang menghidap barah motherboard lalu membawanya kealam fana..puas juga aku memikirkan bagaimana hendak mencari penggantinya. Apakah perlu dicari sebuah lagi laptop atau bina sebuah desktop?


Setelah difikir-fikirkan dan membuat pengiraan yang agak rapi, aku memutuskan untuk mencuba desktop pula. Antara sebab-sebab aku memilih untuk berubah selera dari laptop ke desktop ialah :

1.) Desktop lebih berkuasa,tetapi murah daripada laptop.

2.) Desktop lebih mudah dibaiki jika berlaku kerosakan.

3.) Desktop lebih tahan lasak dan tidaklah perlu “dimanjakan” sangat seperti laptop.

4.)Desktop lebih mudah dijaga.

5.) Desktop boleh dibina sendiri, mengikut kehendak pemiliknya.




Mungkin alasan itulah yang menyebabkan aku beralih haluan kepada desktop pula setelah beberapa tahun menggunakan laptop. Berbekalkan nasihat dan pandangan rakan-rakan terutamanya si customizer iaitu sahabat baikku ketika sama-sama menuntut di PTSS dulu, Khai. HAsil perbincangan selama berminggu-minggu, beberapa hari sebelum tahun baru Cina pada Februari 2011, aku bersama Khai menyerbu kedai PC Depot Alor Setar untuk membeli satu persatu bahagian-bahagian yang akan digunakan untuk mencipta sebuah desktop.

Aku memutuskan untuk custom sendiri desktop tersebut kerana menurut Khai, kosnya lebih murah. Awalnya, aku ragu-ragu juga dan menganggap Khai hanya main-main dan tunjuk lagak. Namun, dia membuktikan yang dia mampu untuk melakukannya walaupun berlaku sedikit insiden semasa proses mencipta sang Panamera. Terima kasih kawan kerana tidak mempersiakan kepercayaan yang aku berikan..Apa yang pasti, Panamera adalah sebuah desktop yang paling laju pernah aku gunakan..rasanya lebih laju dari mana-mana desktop di CyberCafe yang pernah aku singgah..dan lebih membanggakan dan sering membuatkan aku tersengih sorang-sorang ialah Panamera ini milikku sendiri..macam bermimpi memilikinya…namun itulah kenyataannnya….! heheh..cukuplah setakat ini. Selepas ini, aku akan menulis perjalanan mencipta Panamera dengan lebih detail…

No comments:

Post a Comment