Terlalu banyak kenagan aku bersama dia. Dialah yang pertama dalam hidupku. Saat aku memilikinya, walaupun dia hanyalah biasa-biasa sahaja, namun aku tetap berbangga dan gembira kerana memilikinya.Setelah aku memilikinya, dialah teman setia, pengubat sunyi dan penghilang bosan. Kini, dia hanya tinggal kenangan. HP Compaq CQ-40, laptop pertamaku yang dibeli pada tahun 2008.
Ketika itu, aku sedang belajar di PTSS dan itulah laptop pertama yang sebenar-benarnya milikku sendiri..Aku rasa sungguh puas memilikinya. Masih teringat jari jemari ini mengetuk keyboard lembutnya untuk bermain games dan menyelesaikan assignment. Rasa bangga sukar dinafikan apabila aku diterima masuk untuk menyambung pelajaran di IPG Perlis, akulah satu-satunya pelajar dalam kelasku yang memiliki laptop sendiri dan hal itu menyebabkan aku dilantik sebagai setiausaha kelas. Namun, itu semua kini tinggal kenangan. Semuanya bermula apabila laptop itu kerap “hang” selepas dua minggu aku menghantarnya ke Compuland untuk diformat dengan bayaran RM40. Lama-kelaman, “sakitnya” semakin tenat. Masihku ingat, ketika sedang bermain cafeworld di Facebook, tiba-tiba screen menjadi gelap dan lampu biru (wifi) bertukar oren, seterusnya laptop padam sendiri. Seminggu selepas itu, aku meninggalkannya semalaman untuk download games yang saiznya agak besar. Keesokannya,laptop gagal dhidupkan. Yang menyala hanyalah button wifi, itupun warnanya oren. Aku makin tidak sedap rasa. Di situlah mulanya laptop tersebut nazak. Mulanya, aku menganggap itu hanyalah masalah biasa seperti screen rosak. Namun, sms yang kuterima dari technician kedai tempat aku menghantar laptop (ZR PC Port) itu membuatkan hati aku luluh. Mainboard terbakar katanya dan aku tahu, kalaupun menukar mainboard, samalah seperti aku membeli sebuah laptop baru. Usianya tidak sampai tiga tahun, namun, terpaksa kuterima bahawa hayatnya tidak panjang.Sejak itu, laptop tersebut terus tersadai di rak buku dalam bilikku. Biarlah ia bersemadi di situ dengan aman~
No comments:
Post a Comment