Friday, November 19, 2010

My Review : Bicara Tentang handset...!

Hari ni TM(Tinta Malam) nak menulis sket tentang handset…Jika dikenang kembali 5 atau 6 tahun dulu, handset merupakan suatu benda ataupun barangan mewah yang tak semua orang mampu memilikinya..Namun, realitinya hari ni, handset merupakan suatu aksesori ataupun keperluan yang sangat penting…mungkin sepenting kad pengenalan dan lesen memandu…Seiring dengan peredaran zaman,teknologi handset juga makin berkembang dari semasa ke semasa…TM sendiri pernah merasa pengalaman memiliki beberapa buah koleksi handset yang boleh dikatakan mengikut arus peredaran zaman…Jom tengok cket…!





Inilah handset sulong yang TM guna…Nokia 3310 classic…handset yang penuh nostalgia..mempunyai skrin tanpa warna, hitam putih, dengan backlight warna biru…Apa yang best tentang handset ni ialah cover atau housing yang boleh ditukar-tukar…murah pulak tu…lagi 1 yang best ialah boleh compose ringtone sendiri kat nset ni walaupun hanya monofonik tone..Kalau boring-boring, boleh layan game snake ataupun game pa tah macam congkak kat nset nih…!



Ni handset kedua yang TM guna…Kalau tak silap masa Tingkatan 2…Panasonic GD50…Handset yang cute, berwarna, dan mempunyai polifonik tone…Pada zaman tu, tahun 2004, trend monofonik tone memang tengah hot…Salah satu sebab memilih handset yang amat kecil ni (keypad yang hanya sebesar sebutir beras) ialah supaya senang nak sorok kalau ada spotcheck kat hostel…hehe..nakalnyer bawa nset g skool…kiranya TM ni mgikut zmn gak la sebab nset ni ada skrin colour n polyphonic tone yang menjadi trend ketika itu…Sayang sekali, x sampai setahun TM guna nset ni, ia telah dicuri oleh ???? kat hostel gak…TM igt g masa tu TM baru blik study ngan member kat surau skool…then, lupa nak sorok nset ni…bangun pagi esoknya, uhuk..! Its gone! Waaaaa…! Cdeynyerr…




Handset ketiga yang TM guna ialah jeng..jeng..jeng…Nokia 6030…Handset ni dibeli untuk menggantikan Panasonic GD50 yang hilang kena curi…Kebetulan plak masa beli nset ni, TM nak pergi trip ke Genting…Mmg nak guna nset lah…Nset ni mmg agak bagus dan bestnyer ia mmpunyai radio dan boleh akses gprs dan mms(walaupun x de kamera)…Kira up to date gak la walaupun x da kamera… TM guna ni masa tahun 2005..Nset ni memang tahan lasak dan Alhamdulillah, sampai hari ni masih ada kat TM..




Handset keempat yang menjadi “buah hati” TM ialah Sony Ericsson w810i…Dihadiahkan oleh family sempena kejayaan dalam PMR tahun 2005…Berjaya la sgt…bolehlaaa…J…tahun 2006 TM guna nset ni…Nset yang dipilih sendiri oleh TM setelah melakukan research beberapa bulan lamanya sebelum menjawab PMR dengan penuh semangat…!Dibeli di Sungei Wang Plaza dengan harga setelah tawar menawar, RM 1030…Mungkin wang sebanyak itu sudah boleh membeli smartphone berjenama pada masa kini…namun, itulah yang dikatakan peredaran zaman..Sebuah handset yang perfect dari segala segi bagi TM,dan amat memuaskan hati…Handset ni juga menjadi trendsetter jika dibawa ke skolah dan dgn keingkaran itulah handset ini pernah “dikurung” di bilik warden selama beberapa bulan…ahakz…! Handset ni juga memegang rekod hanset yang paling lama pernah digunakan…4 tahun setelah penat berbakti tanpa sebarang kecacatan, akhirnya pada tahun 2009, handset ni ditamatkan perkhidmatannya…

Handset yang TM guna dari penghujung tahun 2009 hinggalah sekarang ialah Sony Ericsson G900…Dibeli secara online dengan harga tak sampai RM1000…(abgnya w810i lebih mahal)…Masih berpuas hati walaupun pernah dihantar untuk menukar screen yang sensitive dgn harga RM150…TM beli nset ni sebab kempunan nak guna touchscreen, 3G n kamera yg tinggi megapixel…So, setelah melakukan research dgn bajet yang good-good org cakap,TM pun beli la nset ni dari sbuah kedai dari Pahang…Bagi TM, nset ni adalah nset yang termurah jika dibandingkan dgn function2 yg ada, yg standing dgn nset berjenama lain yang lebih kapak harganya..Kamera 5 mp, sound yang awesome (lebih lantang dari w810i), wifi, 3G yg gna setahun sekali, half touchscreen yg besar memang bagi TM sudah lebih dari cukup…Pada musim exam, boleh save note pdf ngan ms word 2007 kat dlm phone ni utk revision…Benar, ini basic smartphone yang termurah tapi terhebat dalam kelasnya…!

No comments:

Post a Comment