Monday, May 11, 2015

Dahsyatnya



Lagu ini....
Liriknya...
Klip Videonya...
Membuatkan aku rindu...
Kepada seorang insan...
Bernama
Ibu..

TM : Dah call ibu anda hari ni?  Minggu nii?  Bulan nii??  Hmm...

*Kredit Mojo & Team atas penghasilan lagu dan klipvideo yang awesome ini... thumbss up..!!


Hukum dan Sejarah Sambutan Hari Ibu

1. Masyarakat Yunani menyambutnya bagi meraikan Dewi Kesuburan, Rhea, isteri kepada Cronus yang juga ibu kepada dewa-dewa lain dalam mitologi Yunani. Mereka meraikannya pada setiap tahun pada musim luruh. Ini sambutan Hari Ibu yang terawal dalam rekod sejarah.

2. Masyarakat Rom yang mengikuti Dewi Cybele ada sambutan pada setiap 15 Mac. Sambutannya terlalu meriah sehingga dikatakan, pengikut Dewi Cybele akan dibuang negeri atas sebab menimbulkan masalah dan mengganggu masyarakat.

3. Penganut Kristian pada awalnya menyambut Hari Ibu bagi memperingati Virgin Mary pada setiap Laetare Sunday. Saya belum menemui fakta yang menunjukkan ia adalah satu syariat dalam Kristian. Bahkan, ia kemungkinan besar adalah bi'dah hasanah dalam Kristian yang tidak bersumberkan ajaran asal Kristian.

4. Tarikh sambutannya berbeza di seluruh dunia. Setahu saya, tarikh 'rasmi' 10 Mei yang disambut sebagai Hari Ibu ini adalah usaha Anna Jarvis sempena memperingati ibunya yang kemudiannya mengasaskan Mother's Day International Association. Maka, menetapkan Hari Ibu sebagai 'Hari Mother of The Church', 'perayaan Kristian', 'melarikan akidah' adalah kurang sesuai.

5. Saya tidak ada masalah dengan sambutan Hari Ibu atau Hari Bapa. Keduanya tidak menafikan perayaan sebenar yang disyariatkan bagi umat Islam iaitu 'Idul Fitri dan 'Idul Adha. Renungan yang baik dalam Surah al-Isra' ayat 23-25. Saya melihat, Hari Ibu kini cuma perayaan yang menjadi adat kebiasaan yang sudah jauh daripada unsur agama dan tidak ada masalah menyambutnya. Ia tidak menimbulkan masalah akidah.


6. Asalkan bukan niat meniru perayaan keagamaan di atas, tidak menghadkan tarikh ini sahaja untuk meraikan ibu dan menganggap ia sebagai tambahan sahaja, maka tidak ada masalah menyambutnya. Ini sebagaimana pandangan Sheikh Faysal Mawlawi. Sheikh Yusuf al-Qaradhawi mengemukakan solusi yang baik dan keluar daripada khilaf ini. Katanya, lebih wajar meraikan ibu pada dua hari raya yang disyariatkan dalam Islam ('Idul Fitri dan 'Idul Adha) kalau mahu adakan sambutan untuk mereka. Namun, jika hanya meraikan ibu pada dua hari berkenaan sedangkan pada hari-hari lain dalam setahun, mereka seakan tidak dipedulikan, ia sangat tidak wajar.

7. Bagi yang hendak menyambutnya, silakan. Namun patuhi syarat-syarat yang dikemukakan di atas. Bagi yang tidak mahu menyambutnya, silakan. Tidak perlu mencemuh keterlaluan kerana saya lihat pada hari ini, hampir tidak ada hari yang tidak ada cemuhan sesama Muslim.

8. Cukuplah diulang-ulang isu sambutan ini. Masyarakat Muslim Malaysia perlu pergi jauh kehadapan daripada disibukkan dengan hal-hal kecil seperti ini. Ia hanya akan memecahbelahkan lagi perpaduan umat Islam. Hidup ini bukan hanya berputar sekitar hukum-hakam sahaja bahkan lebih jauh, kita sebenarnya kekeringan 'hikmah'.

9. Kisah menarik yang ingin saya kongsikan berkenaan Imam Malik dan ibunya. Semasa kecil, Imam Malik sentiasa dipesan oleh ibunya untuk mempelajari adab daripada gurunya sebelum diambil ilmu gurunya itu. Itulah pesanan ibunya setiap kali menghantarnya belajar. Imam Malik juga dipakaikan serban besar serta jubah labuh yang besar yang menjadi pakaian rasmi para ulama'. Tujuannya supayah Imam Malik lebih bersemangat untuk belajar sehingga mencontohi ulama' pada zamannya bukan sahaja dari segi akhlak bahkan pakaian. Lihat, betapa halusnya motivasi yang disematkan oleh ibu Imam Malik kepada anaknya hingga Imam Malik menjadi seorang ulama' mujthad mutlak yang hebat.

Hanya bermula dengan pakaian dan nasihat. Itulah kuasa seorang ibu.



TM : Dipetik sepenuhnya dari fb seorg sahabat,  Razif Fuad ( 10 Mei 2014)