Monday, June 16, 2014

Earphone… Tiruan vs Genuine

Entri pada kali ini agak serius dan berilmiah bunyinya… gitteww..! Earphone adalah aksesori wajib bagi penggemar muzik macam aku. Kalau sehari tak boleh sumbat dalam lubang telinga tu, rasa macam gatal jaa telinga nii..hahaa.. Dari zaman pakai Walkman jenama aiwa yang kaset tu lagi, memang aku sangatlaa cerewet sal earphone ni. Nak yang sedap jaa..! Penting kee earphone ori nii? Ada beza kaa dengan yang palsu/OEM? Elehhh, tengok macam sama jaa.. Sama ke?! Jom kita tengok..!


1. Material kabel / wayar

Salah satu cara mengenalpasti ketulenan earphone atau handsfree ialah melalui material yang digunakan pada kabel atau wayarnya. Kebanyakan kabel earphone yang original biasanya diperbuat daripada getah tulen yang memberikan rasa lembut dan kesat apabila disentuh. Kabel ini memang terasa getahnya dan mudah berpintal.

Berlainan pula dengan kabel earphone OEM, tiruan, dan seumpamanya. Rasanya lebih licin bila dipegang. Rasa plastiknya lebih berbanding rasa kesat getah pada kabel ini. Kabelnya juga kelihatan lebih berkilat apabila terkena cahaya lampu berbanding kabel original yang agak malap warna kabelnya.

 

2. Tanda/Cop Jenama

Cop jenama pada earphone original adalah lebih kemas dan tidak mudah luntur tulisannya. Cetakan jenama kelihatan lebih cantik dan asli warnanya serta kedudukannya adalah bertepatan dengan spesifikasi rasmi earphone tersebut. Ini agak susah untuk dipastikan kerana ketika kita baru membeli earphone, semuanya kelihatan baru dan asli, namun setelah menggunakannya, barulah akan kelihatan kesannya. 



3. Spesifikasi

Seelok-eloknya, jika anda mahu membeli sebuah earphone original yang agak mahal harganya, semaklah dulu spesifikasi rasmi yang dikeluarkan oleh laman web rasmi jenama earphone tersebut. Biasanya, ciri-ciri atau spesifikasi earphone akan diterangkan secara detail. Dari sini, anda akan mendapat maklumat berkenaan rekabentuk earphone dan spesifikasi teknikal. Ketika hendak membeli, pastikan spesifikasi rekabentuk earphone original yang hendak dibeli, adalah sama dengan apa yang yang diterangkan dalam website tersebut. 


4.  Volume Button

Rekabentuk volume button pada earphone juga adalah penting untuk diperhatikan. Rekabentuk volume button pada earphone original adalah lebih kemas dan paling penting, ia dapat berfungsi dengan cemerlang.

Contoh perbandingan yang aku boleh berikan kat sini, antara earphone Ori Samsung dengan earphone OEM Samsung (warna hitam), controller pada earphone Ori tak pernah berlaku malfunction dan akan mengikut setting yang anda tetapkan pada fon. Sebaliknya, untuk earphone OEM pula, sering berlaku malfunction pada button controller. Contohnya button “+” yang sepatutnya berfungsi untuk meningkatkan volume, tetapi tertukar fungsi dengan button “-“ yang sepatutnya digunakan sebagai memperlahankan volume.

controller atau volume rocker
5. 3.5mm male jack

Jack iaitu penghujung earphone yang dicucuk masuk ke dalam lubang “3.5 mm” pada smartphone juga tidak kurang pentingnya. Jack pada earphone original adalah berwarna keemasan yang berkilau dan terdapat 3 gegelang (biasanya mengikut warna cable) pada jack tersebut. Rekabentuk jack juga adalah kemas dan rapi serta licin. Satu lagi ciri penting ialah, jack earphone yang original tidak akan mudak luntur warna keemasannya walaupun telah beratus-ratus kali digunakan/dicucuk pada smartphone..! 

3.5mm male jack
Bagi jack yang jenis OEM atau tiruan, hampir sama sahaja bentuknya dengan jack earphone original, melainkan jika anda memerhatikannya secara detail. Antaranya ialah tentang warna keemasan jack tersebut. Warnanya tidaklah sekilau keemasan pada jack original dan warnanya mudah pudar dan kusam setelah beberapa kali penggunaan (luntur).

6. Kualiti bunyi

Kita lari sebentar dari aspek fizikal earphone. Memfokuskan pada kualiti bunyi, memang adalah antara teknik termudah untuk mengenalpasti samada earphone tersebut ori atau palsu. Maksudnya di sini, mudah jika anda kerapkali menggunakan earphone yang original. Jika anda mendengar bunyi yang dihasilkan oleh earphone palsu, belum cukup seminit pun, anda akan tahu bahawa itu adalah earphone yang palsu. 


Biasanya, hal ini dapat dikesan melalui penghasilan bunyi “bass”. Bunyi “bass” yang dihasilkan oleh earphone original adalah lebih berkualiti dan sedap didengar. Kata orang lebih “deep”. Manakala earphone palsu pula, bunyi bassnya tidaklah setebal earphone original dan adakalanya tidak ada langsung kedengaran bunyi bass.
Penting tau kalau anda jenis yang sukakan muzik yang berkualiti…!!

7. Sesedap rasa

Sesedap rasa..mungkin itulah faktor yang membezakan antara earphone ori atau palsu. Sesedap rasa ialah rasa ketika anda menyumbat earphone tu ke dalam lubang telinga anda..especially earphone yang jenis “in-ear” tu..yang hujungnya bulat-bulat tuu…! 


Jika earphone original, tak ada masalah. Jenama apa pun, pasti anda rasa selesa..muat-muat jaa dalam lubang telinga. Malah jika earphone original disumbat ke dalam telinga, walaupun muzik belum dimainkan, anda takkan dapat lagi mendengar bunyi-bunyi luar..lubang telinga anda telah di-seal seketatnya..!

Jika dibandingkan dengan earphone jenis OEM atau tiruan, ada-ada sahaja yang tidak kena apabila memakainya. Mungkin lubang telinga akan terasa gatal atau sakit kerana terdapat segi-segi plastik kecil pada earphone yang tidak dirapikan. Gatal mungkin sebab earbuds kat hujung tu dibuat dengan material tak berkualiti dan murah. Ni adalah pengalaman aku sendiri. Wahh.., sampai macam tu sekali..!

packaging yang simple dan tak menarik langsung..!
8. Pembungkusan

Pembungkusan/packaging…mungkin bagi anda aspek ni tak penting. Tapi dari sini jugalah kita mendapat klu adakah earphone yang kita beli tu ori atau tiruan. Jangan terkejut kalau dikatakan packaging untuk earphone tiruan/OEM adalah lebih cantik/vogue berbanding packaging untuk earphone yang original. Ni pengalaman aku sendiri membeli earphone Samsung yang original dan OEM type. Bungkusan original sangatlah simple dan tak ada kotak pon, tapi yang OEM tuu, siap kotak2 bagai..cantik pulak tuu kotak dia…! Tapi itulah orang kampung aku kata, don’t judge a book by its cover..! 


TM : Aku tulis ni bukanlah bertujuan nak menghasut orang supaya membenci earphone palsu atau OEM yang berlambak kat kedai tu. Belilah…duit korang, ikut suka korang..! Lagipun, tak semua orang mampu nak beli earphone yang original, yang kebanyakannya berharga RM 70 ke atas hinggalah yang berharga ribuan ringgit macam Dr Beats tuu.. Aada jugak orang yang menganggap earphone ni tak penting sangat..ada pun ok, takda pon ok..its up to you..! Cumanya, aku tulis ni supaya korang tak tertipu, jangan pulak nanti bayar harga earphone ORIGINAL untuk earphone tiruan atau OEM..! Peace yaww..



Yang Patah Kan Tumbuh… Yang Pecah Kan Berganti (N7100 Review)

Alhamdulillah… setelah sekian lama mengidam nak pakai fon yang besaq-besaq, akhirnya Allah perkenankan jua hajat hambamu yang hina ini… syukuurrrr.. tuudiaa.. baekkk punya intro..! Biasalahhh.., entri pertama tahun 2014..tuudiaa..punyalaa busy..! (busy kerr >_<)


SE Xperia Pro MK16i yang kian nazak fizikalnya
Setelah dua tahun bersama Sony Ericsson Xperia Pro mk16i (sebenarnya tahun kelapan bersama jenama Sony Ericsson – sejak 2006), akhirnya pada 15 Februari 2014, perkhidmatan SE Xperia Pro terpaksa ditamatkan dengan rela hati atas beberapa faktor utama seperti keretakan pada skrin luar, kelambatan processor dan ram serta kekangan internal memory yang semakin menghimpit... serasanya sudah tak relevan dengan aplikasi2 baru di Play Store yang saiznya makin hari makin membesar dan terus membesar serta memerlukan spec yang lebih tinggi untuk running..

Namun begitu, sejujurnya, 8 tahun menggunakan jenama Sony Ericsson (kini hanya tinggal Sony), aku mengakui jenama ini memang sangat excellent, especially tentang hardwarenya. 2 tahun menggunakan Xperia Pro Mk16i, belum pernah sekalipun berlaku kegagalan fungsi (malfunction) hardware, even berlaku keretakan skrin di bahagian kanan sebelah atas akibat tergolek jatuh dari dashboard Nissan, tapi touchscreen tersebut tetap berfungsi secemerlangnya… memang 4 thumbs up lahh aku bagi untuk brand Sony nihh..! Tapi itulah yang dikatakan masanya sudah tiba.. samada cepat atau lambat sahaja.. Yang patah kan tumbuh.. yang pecah kan berganti.. Tahun 2014 mencipta sejarahnya tersendiri apabila aku secara sukarela meninggalkan Sony Ericsson sebagai pilihan jenama utama dalam memilih handphone… bye..bye..bye Sony ku…


Note II... be creative

15 Februari 2014, bertempat di kedai Number Nine Telecommunication (Plaza Sentosa Alor Star, Kedah), bersaksikan sahabat baik sedaerah satu sekolah (Inche’ Hasnul Hadi), aku selamat “diakadkan” dengan siputih salju Samsung Galaxy Note 2 N7100.. hehe.. Mengapa Note II ? Akan aku ceritakan dalam ungkapan-ungkapan seterusnya lepas nii… stay tune..

Samsung Note II n7100 kalau secara faktanya bukanlah gajet baru keluaran Samsung.. dilancarkan pada penghujung 2012 dan kini sudahpun ada model penggantinya iaitu Note III n9005. Namun kata orang, usia bukanlah segalanya. Menjadi salah satu flagship phone keluaran Samsung, ternyata specs Note II tidak mengecewakan dan masih relevan walaupun kini sudah masuk era 2014. Tidak keterlaluan jika dikatakan Galaxy Note series (note 1, note 2, note 3) adalah model keutamaan keluaran Samsung selepas Galaxy S Series (S1, s2, s3, s4 dan oncoming s5) dan tentunya agak “terjaga” kebajikannya oleh Samsung terutamanya dari segi kemaskini software.


Hajat di hati awan hendak digapai, apakan daya tangan tak sampai… mungkin itulah ungkapan yang sesuai jika ditanyakan mengapa tak angkat Note 3 jerrkkk.. bagi seorang student cemerlang cam aku nih, yang makan pon harap duit elaun jerr, memanglaa Note III tu suatu barangan mewah bagi aku.. Siapa tak nak kan handphone yang mengungguli ranking smartphone dunia akhir zaman tuu..hehehh.. tapi itulahh, kalau ikut rasa binasa, kalau ikut hati, mati…
spec sheet n7100
MENGAPA GALAXY NOTE II

Ok lahh.. aku bukanlah nak review kaw kaw tentang Note II nii.. anda boleh baca sendiri di website yang lebih professional seperti GSMArena atau Phone Arena yang memang takde keja lain dah diorang tuu selain dari cerita bab phone saja.. Ok, tanak leter panjang-panjang.. di sini aku listkan beberapa faktor mengapa aku memilih Samsung Galaxy Note II, dan bukannya Galaxy s4.. atau Lenovo.. atau LG.. atau mungkin juga Xiomei… hahaha

1. Teringin nak merasa Phone Besaq a.k.a Phablet

Istilah “Phablet” (Phone + Tablet) adalah istilah baru yang kian popular.. istilah ini merujuk kepada handphone yang bersaiz 5.0” ke atas. Ya, mungkin juga terpengaruh nak menggunakan phablet ni menyebabkan aku memilih Note II yang skrinnya bersaiz 5.5” bagi menggantikan Xperia Pro yang hanya bersaiz 3.7” skrin. Nampak cool jerk bila letak phone besar2 tepi telinga masa tengah call orang… hikk..hik..

2. Pesona jenama Samsung

Tahun 2014. Samsung yang dulu bukanlah yang sekarang. Dulu sebut Samsung, sebelah mata pun orang tak nak tengok. Kini dengar saja Samsung, bukan setakat dua biji mata yang terbeliak, sekali dengan lobang idung pon ikut terngagaa.. whoaaaa..! Hmm..disebabkan teringin lama dah nak merasa phone jenama Samsung nii, ditambah pula rasa ingin tahu kenapa Samsung menjadi jenama no. 1 dalam arena smartphone kini, so aku memutuskan untuk memilih galaxy Note II sebagai smartphone Samsung pertama untuk dimiliki.. I bukan jenis taasub okay.. I remaja yang suka mencuba… ahakzz..!

Spesifikasi

Apabila membicarakan berkenaan smartphone, kita pasti takkan terlepas daripada membincangkan berkenaan spesifikasinya atau disebut specs dalam bahasa orang muda-muda..hehe.. Walaupun sudah memasuki tahun kedua berada di pasaran, tetapi specs note II masih boleh dikatakan agak hebat juga dan layak digolongkan sebagai high-end devices atau antara flagship model dalam pasaran smartphone..

Antara ciri atau specs utama yang diberi perhatian semasa aku memutuskan untuk membeli note II ialah berkenaan processornya.. Dikuasakan oleh processor jenis ARM Cortex A9 quad-core 1600 MHz, ternyata ia sebuah gajet yang smooth dan tidak ada masalah untuk running game2 3D berkapasiti tinggi seperti Asphalt 8 Airbone. Note II ini juga menggunakan system chip dari jenis Samsung (offkosslerr...x kan Toshiba pulakk) Exynos 4 4412 yang juga merupakan antara cip sistem terkini dari Samsung.

Dipadukan dengan RAM setinggi 2gb , iaitu kapasiti RAM yang agak besar dan jarang dimiliki oleh gajet2 Lenovo dan model2 lain yang bukan flagship, ternyata Note II punya kelebihan yang tersendiri.. Berkenaan aspek grafik pula, note II menggunakan cip ARM-Mali 400 mp4 (quad-core) yang tak kurang hebatnya.. Gandingan 3 hardware hebat ini telah meletakkan Note II dalam kedudukan top 10 di ranking antutu benchmarking.. dan gandingan 3 hardware hebat ini jugalah yang menyebabkan hati ini terpaut pada gajet bernama Note II ini...


Storage

Jika anda seorang pengguna smartphone tegar yang gemarkan apps dan game, tentu storage menjadi faktor penting yang menjadi perkiraan dalam memilih smartphone.. Storage seperti yang diketahui umum terbahagi kepada dua, iaitu internal storage dan external storage.. Masing-masing ada kepentingannya yang tersendiri.. Oklah, aku nak fokuskan kepada internal storage atau storan dalaman kerana pengalaman lepas mengajar bahawa internal storage adalah sesuatu yang sangat penting...
Aku katakan internal storage adalah penting kerana semua applikasi atau games yang dimuat turun dari Play Store akan disumbat di sini.. Hmm.. tahun 2014 nii manalahh nak jumpa apps atau games yangbawah 10mb.. Tu belum kira updatenya dari semasa ke semasa lagi..

Mungkin apabila anda mendapati sesuatu phone tu ada option untuk storan luaran, anda akan mudah tersenyum dan berkata... "elehh..buat apa internal memori banyak2.. takpa, boleh pakai sd card" hahaa.. nampaknya anda telah salah persepsi.. Untuk smartphone jenama Samsung, storan luaran (sd card) hanyalah dikhususkan untuk menyimpan gambar, video, lagu dan bahan-bahan berunsurkan multimedia sahaja. Manakala storan dalaman pula dikhususkan untuk apps dan games sahaja..

Sebab itulah kebanyakan gajet Samsung mempunyai storan dalaman yang agak luas jika dibandingkan dengan jenama Lenovo yang kian meningkat naik namanya ketika ini. Rasanya, kebanyakan gajet flagship Samsung mempunyai internal storage sekurang-kurangnya 16gb (useable around 10gb) manakala gajet Lenovo pula kebayakannya mempunyai storan dalaman antara 4gb hingga 8gb sahaja.. Mungkin gajet Lenovo mempunyai option untuk move apps dan games dari internal ke sd card.. saya tak berani cakap sebab belum pernah mencuba Lenovo. Namun, tak siapa dapat menafikan kepentingan storan dalaman...

Mengimbau kenangan lepas bersama Xperia Pro yang mempunyai storan dalaman yang sangat terhad iaitu tak sampai pun 1gb, teryata sangat bermasalah setiap kali nak update apps yang agak besar saiznya seperti facebook dan instagram.. Kadangkala, terpaksa uninstall yang sedia ada dan download apps yang latest version dari PlayStore kerana failed untuk update disebabkan storage full...

Bukanlah sengaja Samsung hendak mengehadkan apps dan games hanya dapat dimuat dalam storan dalaman, tapi hakikatnya storan dalaman punya kelebihan yang tersendiri..antaranya ialah apps dan games akan running lebih smooth apabila diinstall dalam internal storage.. Selain itu, "widget" yang didatangkan dengan apps yang diinstall hanya dapat berfungsi dengan sepatutnya sekiranya diletak dalam phone memory atau internal storage. Error kerap berlaku pada widget jika apps tersebut diinstall ke dalam external storage atau micro sd card.

Kuasa Bateri

Yaa.. kuasa bateri.. kadangkala mungkin sebahagian daripada kita yang terlepas pandang aspek ini tatkala memilih smartphone.. Dan kehabisan bateri adalah sesuatu yang sukar dijangka bila waktunya. Akhirnya apa yang sering berlaku ialah sumpah seranah dihamburkan kepada phone yang tak bersalah apabila kehabisan bateri tiba-tiba.. macamlah segala sumpah itu dapat difahami dan dapat mengecas kembali kuasa bateri...hahahaa.. tipikal orang kita..!

Di sinilah terletaknya kelebihan smartphone bersaiz besar gedabak atau dalam istilah yang lebih pro digelar phablet itteww.. Bila phone besar, offkosslerr boleh "sembunyi" bateri yang besar di sebalik kerangkanya..

"...once u go bigger.., u neva go back..."

hahAa..

Note II yang menjadi pencetus trend Phablet nii dikuasakan dengan bateri bersaiz 3100 mAh.. saiz yang agak "above average" berbanding smartphone bersaiz normal..

Sepanjang menggunakan Note II nii, untuk normal usage, on wifi sediakala selama 10 jam sehari atau lebih, bermain social apps seperi Facebook, Whatsapp, WeChat, BBM, Twitter dan seumpamanya... mendengar lagu average 3 jam dan menonton video lebih kurang sejam sehari... bateri Note II ini dapat bertahan dari level 100% hingga tinggal 15% atau alert untuk charging adalah antara 13-15 jam... hmmm...not bad lah kan..!

Berkenaan hal bateri ini, ternyata brand Lenovo mempunyai kelebihan berbanding jenama Samsung.. hal ini kerana terdapat brand Lenovo (tak ingat model apa) yang dikuasakan oleh bateri bersaiz 4000 mAh..! Kata member saya (Inche' Hasnul), yang pernah menggunakan Lenovo model nii, baterinya dapat bertahan lebih dari 24 jam..!

Agak mengecewakan juga bila diumumkan speskfikasi bateri bagi Samsung Galaxy Note III (n9005) yang hanya bersaiz 3200mAh.. bezanya hanya mempunyai kelebihan 100mAh berbanding seniornya Note II.. malah, ada user note III yang mengatakan bateri Note II lebih tahan berbanding Note II.. Ada benarnya juga kerana Note III adalah gajet yang sangat berkuasa tinggi dan tentunya memerlukan sokongan kuasa yang tinggi juga.

Apapun, ada juga kekurangannya bila menggunakan gajet yang tinggi kuasa baterinya ini.. kelemahannya ialah mengambil masa yang agak lama untuk sekali full charge. Untuk Note II ini, untuk sekali full charge dari level 15% ke level 100% meangambil masa kira-kira 2 ke 3 jam..

Ohh yaa, aku selitkan di sini tips-tips penjagaan bateri phone setelah melalui pembacaan atau menonton video oleh pakar-pakar gajet. Tips pertama ialah hanya charge gajet anda bila baterinya di bawah 20% atau bila mendapat alert untuk charging device.. dan seboleh-bolehnya lakukan full-charging untuk sekali charge...maksudnya jangan cas cabut cas cabut.. lama-lama bateri boleh kiokkk.. satu lagi tips ialah gunakan charger yang original sahaja kerana hanya charger yang dikhaskan untuk sesuatu gajet itu dapat mengukur tahap kesesuaian kuasa yang akan dibekalkan bagi gajet tersebut.. maksudnya, charger s2 jangan diguna pada note II kecuali model chargernya adalah sama sebijik.. begitulah peri pentingnya insan bernama bateri bagi sebuah benda bernama gajet.

Once u go bigger...u never go back...!
S Pen
Mungkin bagi sesetengah orang, S Pen iaitu pen digital yang didatangkan bersama gajet gajet Samsung dari keluarga Note adalah hanya aksesori atau hiasan semata-mata.. Tapi bagi remaja genius sepertiku, S Pen adalah salah satu daya penarik bagi memilih phablet jenama Samsung dan bukannya Lenovo, LG, Sony, apatah lagi Nokia atau Motorola..
Ni lah S Pen.. a different ways to use smartphone..xda jual tau kat stationary

S Pen yang terselit di slot bawah sebelah kanan Note II ini bukanlah sebodoh pencungkil gigi yang dijual di pasar malam satu barang satu ringgit tuu, tapi sebenarnya ia sangat berfungsi jika owner gajet tahu untuk mengoptimumkan penggunaannya.

Antara yang menarik ialah fungsi screen capture menggunakan S Pen, fungsi utama sebagai pencatat nota ringkas, dan yang paling best ialah fungsi Quick  Command menggunakan S Pen nii..
Quick Command menggunakan S Pen
Apabila menu Quick Command terbuka (anda boleh gariskan dari bawah ke atas dengan S Pen pada  main screen), pada ruang kosong Quick Command, lakarkan simbol # diikuti nama contact anda (contoh : #abu) maka phone akan terus membawa anda kepada contact bernama Abu... Quick Command ini boleh diedit dari semasa ke semasa seperti menulis "fb" untuk membuka applikasi Facebook atau cuma melakar simbol ">" bagi membuka music player.. semuanya bergantung atas daya kreatif anda untuk mengedit command tersebut bagi memberi arahan tertentu kepada phone...

Bagi aku, ternyata S Pen merupakan daya penarik bagi memilih Samsung galaxy Note II N7100 ini... Nampak genius jerrkk bila tengah menconteng-conteng atas skrin AmoLED tuu dengan S Pen yang nampak elegent tuu.. ahakzz..

Multimedia

Bagi anak-anak muda remaja sepertiku, aspek multimedia merupakan aspek yang boleh dianggap sebagai keutamaan apabila memilih gajet. Note II tidak terkecuali menghidangkan aneka warna multimedia yang terkini lagi sensasi..hoho..

Apa yang membuatkan aku terpikat dengan Note II ialah berkenaan kualiti sound speakernya yang boleh dikatakan agak kuat dan jelas berbanding gajet Samsung Galaxy S Series seperti S2 dan S3. Kualiti sound apabila menggunakan handsfree juga sangat awesome dan jitu. Sebagai seorang pencinta dan penggemar muzik, aku berani cakap jika dengar muzik dari Note II menggunakan earphone original, memang goyang kepala lahhh..! hahaa..

turn up the volume..and the world is yours...!
Berkenaan aspek video pula, Note II berkeupayaan memainkan video full HD resolusi 1800 x 1920 dan yang paling best, jika menggunakan video player yang memang telah tersedia diinstall dalam Note II, anda dapat menggunakan fungsi-fungsi pintar seperti minimize paparan video sambil melakukan perkara lain seperti menonton video sambil whatsapp atau bermain facebook.

Fungsi pintar lain yang menarik perhatian pada video player Note II ini ialah fungsi "smart pause". Smart Pause ialah apabila anda sedang memainkan klip video dalam keadaan fullscreen, anda cuma perlu terbalikkan phone dan skrinnya menghadap ke bawah, dan klip video yang dimainkan akan pause dengan serta merta.. hoho.. really interested.

Apabila anda masuk melihat thumbnails koleksi klip video yang terdapat dalam Galaxy Note II anda, apa yang menarik ialah thumbnails video tersebut "bergerak" seperti sedang play.. nampak moden, comel dan sangat menarik. Video klip juga boleh diedit terus menggunakan video player asal tanpa perlu apps tambahan dari Playstore.

 
tontonlah video ini..untuk lebih jelas..!

Bercerita tentang gambar atau foto pula, Note II dilengkapi dengan kamera utama bersaiz 8 megapixel dan kamera selfie 1.9 megapixel..hehe.. Nampaknya bagiku, tiada upgrade dari segi kamera kerana kamera Xperia Pro yang sebelum nii pun berkapasiti 8mp..

Cuma sejak seminggu dua menggunakan Note II ini, apa yang aku perasan ialah kamera utamanya tidaklah secantik kamera milik Sony Ericsson Xperia Pro mk16i yang aku gunakan sebelum nii tuh.. Aawalnya aku ingatkan mungkin sebab skrin Note II yang jauh lebih besar menyebabkan gambar yang di snap menjadi ketara pecahnya apabila di zoom, namun setelah melihat gambar2 dari kamera Xperia Pro mk16i pada skrin Note II, ternyata gambar yang dihasilkan melalui lens Xperia Pro lebih cantik dan neutral, terutamanya foto-foto panorama.

mungkin kalau pakai nii, gambaq akan lebih cunnn..hahaa
Satu lagi yang agak membosankan bagiku ialah rekabentuk (UI - User Interface) galerinya yang agak biasa-biasa sahaja dan tidak kelihatan moden atau futuristik. Rekabentuk galeri sepatutnya lebih fancy bersesuaian dengan specs Note II yang boleh dikategorikan sebagai High-End Smartphone.

Namun, apa yang perlu diberi pujian terhadap kamera Note II ialah berkenaan kelancarannya atau "smooth".. In case of emergency anda nak snap picture, contohnya terjumpa sesuatu yang menarik di tengah jalan, hanya unlock phone dan pilih fungsi kamera, annndd, cheesee..! Tak perlu tunggu lama untuk autofokus dan sebagainya kerana kamera Note II sangat pantas untuk berfungsi.. 

Sensor Pintar

Tidak lengkaplah sebuah smartphone jika tidak dilengkapi alat yang bernama sensor. Note II juga tidak terkecuali menampilkan kehebatan sensornya dengan menawarkan fungsi yang agak rare dan mencuri perhatian di awal kemunculannya dalam pasaran dunia penghujung 2012 yang lalu.

Antara kegunaan sensor pada note II ialah untuk fungsi Quick Glance. Ketika phone terkunci dan skrin menjadi gelap, tanpa perlu menyentuh phone, layangkan saja jari anda berdekatan sensor yang terletak di tepi kamera selfie dan skrin akan memaparkan info2 penting seperti misscalled, sms, dan notification lain dengan sendirinya..!

"Quick Glance" 
Sensor juga memainkan peranannya apabila anda henda menghubungi seseorang yang terdapat dalam contact list anda. Cari nama orang yang hendak dihubungi dan dekatkan phone di tepi telinga.. Dengan sendirinya Note II akan mendail contact tersebut.. 

Seperkara lagi yang menarik ialah terdapatnya fungsi “Smart Stay” iaitu fungsi mengekalkan nyalaan skrin selama mana mata anda sedang memandang ke arah skrin Note II tersebut. Kebiasaannya, skrin akan terpadam sendiri mengikut setting masa seperti 10 saat, 15 saat, 30 saat, 1 minit dan sebagainya, tapi dengan fungsi Smart Stay, skrin tidak akan terpadam sendiri selagi mana anda sedang memandangnya. Fungsi ini sangat berguna apabila anda sedang membaca e-book atau bahan dari internet. Tak perlu “tapping” pada skrin berulang kali untuk menyalakannya setelah terpadam mengikut setting masa. Rahsianya ialah kamera selfie akan “memandang” dan mengesan kedudukan wajah anda samada menghadap phone atau tidak.




GPS

Tidak dinafikan satu lagi factor pemilihan Note II adalah kerana hendak menjadikannya sebagai sebuah GPS selain daripada sebagai phone untuk kegunaan harian. Aku akui kelemahan diri yang agak sukar untuk mengingat kembali jalan untuk ke sesuatu tempat. Setelah berulang alik dua tiga kali ke tempat yang sama barulah aku dapat mengingat dengan baik jalan untuk ke tempat tersebut.

Disebabkan menghidap penyakit susah nak pulih seperti ini, maka bantuan alat berteknologi seperti GPS amatlah diperlukan dan sangatlah membantu..! Bersesuaian dengan skrin Note II yang bersaiz 5.5” Super AmoLED tuhh, apa yang perlu ialah alat bernama “phone holder” yang perlu dilekatkan di cermin kereta dan pasangkan Note II padanya sambil running GPS Software seperti Papago atau seumpamanya… genius kann?? Siap boleh cut cost lagi.. bukan murah weyyhh benda alah GPS tuu.. tambah2 yang skrinnnya bersaiz 5.5 inch macam Note II…

Setelah hampir 3 minggu menggunakan GPS Software Papago yang diinstall ke dalam Note II milik aku nihh untuk ke ceruk-ceruk kampong sekitar Perlis, rasanya sangat berpuas hati dan tepat serta sangat membantu pemandu-pemandu yang punya penyakit lupa jalan sepertiku ini… hahaa..

Oklahh, dah masuk page ke 10 aku merapu tentang Note II nii.. cukupla setakat ni dulu. Apapun, buat yang belum memiliki Note II, cubalah pi intai-intai di kedai phone berdekatan.. berbaloi-baloi baq hanggg..!

“Once U Go Bigger, U Never Go Back”


puaaiihh
Inilah yang aku boleh katakan setelah seminggu bersama Note II, setelah berhijrah dari Sony Ericsson Xperia Pro. Seminggu pakai Note II, then pegang balik Xperia Pro, rasa haluuiihhh jaa..jenohh perembang nak baca tulisan.. comeyy jaa.. ahhahaaa.. Rasa tak puaihh.. kena main Note II yang besaq gedabak tu jugakkk..!


TM : Once U Go Bigger, U Never Go Back ^_~