Lama sudah rasanya
tidak menulis tentang pengembaraan di sini. Kali ini, sedikit nukilan dari
tanah tinggi Cameron yang terletak di Negeri Pahang, Malaysia. Aaahhh, tak
perlu diperkenalkan lagi destinasi pelancongan bertaraf dunia ini. Untuk
makluman, aku dan rakan sekelas sebanyak 20 orang (termasuk seorang lecturer) telah
selamat menjejakkan kaki di sini selama 3 hari 2 malam pada 26 September 2013
yang lepas, menggunakan tiket “tugasan projek” bagi semester enam nihh.. hmmm,biarlah
aku rakamkan serba ringkas apa yang telah berlaku di sana… mana la tau kalau 10
tahun lagi, aku boleh tersenyum membaca post nihh..hehehh.. sesungguhnya, ini adalah antara momen
terindah antara kami dan mungkin juga “our last trip” sebelum masing-masing
menjejak haluan sendiri penghujung 2014 nanti… uhukk, tamau sedih2 kayy.. jom
naik Cameron dulu..!
HARI PERTAMA (26
SEPTEMBER 2013) - KHAMIS
Menggunakan dua
buah van yang disewa dari Kuala Perlis, iaitu Nissan Urvan 3.0di dan Era
Commuter 2.5di, dengan kos RM 250 sebuah untuk 24 jam, dari kampus IPG Perlis,
kami bertolak ke Cameron Highlands pada jam 12:00 tengah hari. Pemandu
berkelayakan SPM, Amett memandu van Nissan yang membawa para jejaka termasuk
aku sendiri yang bertindak sebagai pramugara idaman yang duduk di depan
sekali…kata orang, duduk depan untung sebab sampai dulu..! Hahahaa.. ya lah
tuu.. Van Era Commuter yang besaq gedabak tu dipandu oleh Aajoy yang juga
berkelayakan SPM sambil dipantau oleh pensyarah pembimbing yang duduk di hadapan
sekali.. Hmm..pantau lah sangat kann..ZZzzzz… Setelah singgah berdekatan tol
Aloq Staq Selatan untuk mengambil dua lagi penumpang tambahan iaitu Mat Zaid
dan Sohibuna Taufiq, van terus menuju ke R&R Gurun… makan dan solat duluu..
beli jajan sikit..kata orang buat hilang mengantuk..tapi aku tak rasa apa
ponn..steady jerr..maklumlah pramugara idaman :p
kedua duanya punya masa depan yang cerah dalam bidang pandu memandu |
Lepas Zohor
Setelah selesai
urusan di R&R Gurun, kedua dua van berkonvoi straight ke Simpang Pulai
sebab kami akan mendaki Cameron Haighlands melalui jalan tersebut. Dari Gurun,
tanpa berhenti di mana-mana, van terus menuju ke Simpang Pulai (bak kata
Titanic : menuju dengan kelajuan penuh) dan tiba di sana lebih kurang jam 5
petang. Berhenti sebentar di Petronas Simpang Pulai, kemudiannya, kami
berkonvoi menyusuri jalan naik ke Cameron yang penuh thrill itu..sadisnya, van
yang dipandu Aajoy tertinggal jauh ke belakang memaksa kami untuk berhenti di
papan tanda “Selamat Datang ke Cameron Highlands” tuu yang terletak di
pertengahan jalan.. sempat laa snap sekeping dua..
di sini juaaa..memori terciptaa..walau seketika.. |
Perjalanan
diteruskan lagi, tapi kali ini driver van bertukar… Mat Zaid yang berkelayakan
SPM juga, tetapi mengambil matapelajaran khas iaitu subjek pemanduan berbukit
dan khabarnya lulus cemerlang..haha.. pendakian diteruskan.. hawa dingin mula
terasa sebaik jendela van dibuka seluasnya.. pejamkan mata dan
hiruplah udara segar yang dihiasi manik-manik kabus dingin lembab itu
sepuasnya.. tika ini, kami sedang melewati perkampungan orang asli Cameron yang
ditandakan dengan kewujudan gerai-gerai jualan mereka di kiri dan kanan jalan.
Hawa semakin dingin saat kami sampai di pekan yang pertama selepas melewati
hutan tebal itu.. Aku tidak ingat namanya, tetapi apa yang aku ingat, van
menjadi gamat sebentar dengan suara ketawa kerana betul-betul di depan kami,
ada sebuah motosikal penjual aiskrim..
ini baru betul2 kool..1 |
Aaahhh, tak sangka ya, dalam dingin macam ni
ponn ada aiskrim..Aku yang belum sesaat pun melelapkan mata sejak dari Perlis
lagi, mula dihambat keletihan. Pandangan di hadapan terasa kabur dan hawa sejuk
yang seakan mengelus manja itu, akhirnya menarik kelopak mata hingga tertutup
rapat.. maaf yee, giliran saya pulak..!
Amett..seorang lagi driver lulusan SPM.. |
Belum
puas melelapkan mata, aku diganggu oleh member yang duduk di belakang.. Ada
saja ulah mereka.. Amett tak
henti-henti menyakat..katanya aku pejam mata sebab takut naik bukit.. Haihh,
ingin saja aku “punggai” kepalanya dengan botol minyak capak tuu..biar aman
sikit dunia.. haha.. sedar tak sedar, van dah menuju ke perkarangan Desa
Anthurium iaitu tempat penginapan kami yang diuruskan oleh Akhina Izzat iaitu
selaku pengarah program lawatan ini.
Apatment Desa Anthurium...berbaloi-baloi.. |
Dengan kos RM 200
semalam, aku rasakan apartment 3 bilik, dan 2 bilik air lengkap dengan dapur,
ruang makan, ruang tamu dan balkoni ini amat-amat berbaloi. Ohh, TV plasma
lengkap dengan astro juga disediakan..! Pada kasarnya, sangat selesa memuatkan
10 orang lelaki dewasa…itupun, belum dikira dengan 3 buah sofa yang boleh juga dijadikan
tempat tidur.. Kipas atau Aircond?? Tak Perlu sama sekali… itu pon puas
bergaduh sebab berebut selimut dan comforter.. Kesudahannya, habis segala cadar
yang disediakan tuan apartment pon jadi selimut.. Sejukkk cekk ooii.. Kalau ada
yang cakap Cameron dah tak sejuk, itu bohongg..! Nak sentuh air pon
takut…kebass..!
Riang Ria dari Cameron Highlands |
Sukar sungguh
rasanya menghalau rasa mengantuk yang menjelma.. apatah lagi dalam suasana yang
dingin dan selesa macam tu.. Tapi ada saja suara-suara sumbang yang mengganggu
“ wooiii..kalau nak tido, baik duduk hostel.. x payah la mai Cameron”
Haaiishhh..kacau betoll..! Kalau boleh, aku nak tidoq ja.. tak mau pi mana
dahh..! Tapi..rasa macam lapaq la pulakk.. Selesai ja solat Magrib & Isya’
berjemaah, kami bersiap ala kadar dan menuju ke medan selera yang terletak tak
jauh dari apartment..lebih kurang uptown jugak la situ.. ada foodcourt, kedai
mamak, pasaraya, bank, dan macam-macam lagi.. ala-ala pekan kuala perlis la
jugak.. Macam biasa, aku duduk semeja dengan Sohibuna Taufiq dan Zamiluna
Munir..ahhahaa..macam-macam pangkat bebudak kelas aku nihh.. Sepinggan nasi
goreng daging merah dan milo panas selamat bersemadi dalam usus.
Sekadar gambar hiasan..tak ada kena mengena. |
Senggang masa
selepas makan digunakan untuk meneroka pekan kecil itu. Tidak ada apa yang
istimewa.. Kami membeli bekalan Maggie dan air kosong…kononnya untuk supper
larut malam di balkoni apartment tu nanti.. Hampir jam 11:00 malam,
masing-masing mula mengambil seat di dalam van dan kami bergerak pulang ke
apartment Desa Anthurium.. Tilam dan bantal terasa menggamit-gamit di ruangan
mata.. Entah berapa gelen airmata dah menitis sebab menguap.. Dan malam itu,
segala Maggie dan biskut tersadai sendirian di atas meja makan, manakala tuan
masing-masing dah hanyut di pembaringan..
Pintu gerbang ladang teh Cameron Valley |
HARI KEDUA (27
SEPTEMBER 2013) – JUMAAT
Inilah harinya…hari
yang ditunggu-tunggu.. hari ni memang all-out.. hari pengembaraan dan
penerokaan. Selesai ja Solat Subuh, masing-masing dah mengaduh kelaparan..
biasalah orang lelaki, habes segala biskut yang ada disental, Maggie beli
semalam tak sempat nak masak pon jadi mangsa.. Mujurlah member muslimah yang
duduk berjiran tuu mai hulur sebekas nugget siap goreng beserta ayaq melo panas
berasap..pfffuuu..lega la sat budak-budak laki nii.. Selepas cabaran mandi pagi
tanpa heater, masing masing bersiap sungguh-sungguh (maklumlah..nak pi berjalan
sakan arini) pakat dressring laa nak bergambaq sat lagi. Bila semua dah selamat
naik van, destinasi pertama arini: cari kedai untuk breakfast..! Aikk, tadi dah
makan? Tadi tuu alas2 jerr.. ni baru nak pi makan haa.. jom bedal..destinasinya
dekat pekan semalam jugak, cuma kedainya di tempat lain.. Puas jugak la tokey
kedai dengan pekerjanya yang berbangsa Indon tu melayan karenah orang-orang
utagha yang kuat makan nii.. Roti Canai sana RM 1.00 woo.. tp syukurr sebab
lecturer belanja kami yang join semeja dengan dia..ahakzz..
Relax2 di anjung kafe Cameron Valley |
Puas dah melayan
hak perut di pagi hari, perjalanan diteruskan ke Ladang Teh Cameron Valley
(Bharat Plantations)… dekat pukul 10:00 pagi jugaklaa sampai sana. Ketibaan
kami disambut dengan..jeng..jeng.jenggg.. hujan lebattt wooii..! Masing-masing
dok membeku dalam van.. dahla pagi, sejuk, hujan lebat pulak
tuu..huhh..perfect..! Kat tempat parking tu, kami menunggu dalam van sambil
berdoa moga-moga hujan berhenti agar dapat kami turun menziarahi keindahan ladang
teh nii.. Alhamdulillah, hujan semakin beransur pergi dan kami melangkah masuk
ke restoran Cameron Valley tuu..alaa, tempat yang shoot ombak rindu tuu..!
Hujan baru berhenti di ladang teh |
Subhanallah..! Dari
puncak, kami memerhatikan pemandangan ladang teh yang hijau segar sambil di
atasnya dibaluti dengan kabus tebal yang ditinggalkan hujan lebat tadi.. Memang
real punya segar dan nyaman, kalah Colgate perisa pudina tauu..! Sambil
mendongak dan pejamkan mata, lantas menghirup semahunya udara nyaman dan dingin
itu..terasa lapang dada nii…otak yang sempit dan sesak terasa luas dan
tenang..! Itulah kuasa tuhan yang Maha Pencipta..! “Hoiii…cangak apa lagii..!
Jom turun..!” Haaihh, depa ni laa pon, orang baru nak feel.
Teruja sungguh laa~ |
Di penjuru restoran
tu, ada suatu laluan bersimen menuju ke ladang teh.. banyak jugak la anak
tangga nak kena pijak sebelum boleh pegang pokok-pokok teh kat ladang tuu..tp
tak rasa penat ponn sebab masing-masing dah excited nak bergambar..! Belum
jejak tanah ladang teh lagi dah berpuluh keping snap.. kat tangga tu pon jadi
kerja..hahahaa.. Jom layan gambar2 dari ladang teh Cameron Valley nii..
Subhanallah...indahnya 'alam |
Punyala ghairah
bergambaq sampai dah tak peduli seluaq belemoih sebab kena tanah merah kat
ladang teh tuu..bukan senang wooiii..! Perlis mana ada ladang-ladang teh nii..!
Apa salahnya bergambaq puas-puas kan..!
Dekat sejam
jugaklaa dok berposing sakan dalam ladang teh tuu sebelum naik balik kat
restoran dan..snap lagi.. Aku, Aajoy & Amett sempat jalan-jalan kat
souvenir shop tepi restoran tuu sebelum ternampak sesuatu..tuddiyaa..! Peti
aiskrim Walls..pakat sambaq Cornetto Strawberi Vanilla sorang satu..kononnya
nak test macamana rasa makan aiskrim kat Cameron yang sedia sejukk ni haa..
Ohh, ya, ada juga aiskrim Cameron yang bentuknya macam aiskrim Malaysia, tapi perisa
strawberry dengan warna merah pekat dan ada potongan strawberry di
dalamnya..rasanya masam-masam manis..dan tentunya aiskrim macam tu hanya ada di
Cameron jerr..! Hmm..dah puas makan eskrim, kepala otak tu mulalahh dapat idea
nak bergambaq…kali ini versi troll gaya orang pompuan..! Hahaaa..apa lagi, naik
angin laa depa..tu la, len kali buat lagi gaya maciam-maciam..kami sedia
menirunya..! ahakzz..
naik syehh lepas kena cornetto :p |
Dah puas
“merendang” di ladang Teh, destinasi seterusnya ialah Taman Pertanian
Fama..khabarnya ada macam-macam pokok bunga di sana. Kami sampai di situ ketika
jam menunjukkan angka 11:00 pagi.. cuaca sangat baik seakan memahami J Dengan tiket masuk
yang sangat murah iaitu RM 5 seorang, kami menjelajah taman itu pula dengan
harapan akan menemui sesuatu yang menarik untuk diabadikan dengan lensa DSLR.
Here we comes...Taman Agro |
Tidak mengecewakan
kerana banyak juga tempat untuk berposing seperti di “laman bunga”. Sesuai
dengan namanya, laman bunga ini penuh warna-warni dengan pelbagai speies
bunga-bungaan yang jarang dilihat di tempat lain selain Cameron. Yang penting,
ini bukan bunga plastik, tapi bunga hidup..bunga real.. Istimewanya,
masing-masing ada bau yang tersendiri.. Nyaman jerr dok di laman bunga nii.. Tak
melepaskan peluang, buaian mini dan cottage kecil jadi mangsa tempat kami bergambar
kenang-kenangan tanda kami pernah ke sini..!
berposing di taman agro |
Dalam taman
pertanian Fama ni juga ada kedai menjual cenderamata dan makanan ringan.. Juga
terdapat sangkar arnab dan paling menarik ialah, sarang lebah madu sebenar yang
terdapat di banir-banir pokok-pokok besar di situ.. Pengunjung boleh melihat
sendiri proses lebah menghasilkan madu di depan mata.. wahh, selama nii dok
tonton dalam national geographic jaa..! Dalam perjalanan menuju pintu gerbang
keluar dari Taman Fama nii, sempat juga aku menyambar sebotol soya perisa
strawberi dan beberapa batang aiskrim Cameron buat penghilang bosan..terima
kasih juga Cik Nabila yang memberikan marshmallow sebagai jajan buat kami..
bunga ala2 filem Avatar menarik perhatian |
Sebelum balik tu,
sempat jugak laa snap sekeping dua sampailah drebar van hon berkali-kali kerana
kelekaan kami.. hahaa.. Plan nak balik apartment, tapi “tersangkut” pulak kat
tengah jalan sebab singgah beli Eskrim Cameron…sempat jugak mengintai orang
tengah shoot filem di situ.. Tilam empuk dan bantal apartment redha menyambut
kepulangan kami tengah hari tuu.. disebabkan tak payah solat jumaat, so,
masing-masing mengambil peluang untuk… tengah hari, walaupun ada cahaya
matahari, tetapi selimut tetap tak lekang dari badan.. pffuu.. apa punya sejuk
daa~
Taman Agro penuh warna warni |
Tengah sedap jaa
melayan mimpi, sayup2 terdengar suara Sohibuna Taufiq yang ajak kami melakukan
upacara masak memasak Maggie. Hmm..nice idea..! Macam budak-budak la pulak..tak
pernah ada waktu yang kenyang..laapaq ja sediakala..! Akhirnya, tersajilah
Maggie kari berasap yang sungguh-sungguh punya bujang..basic spec…tak da
aksesori tambahan macam telur..bawang..sos dan sebagainya.. Mulalah mai balik
perangai budak hostel tuu.. Tak cukup pinggan mangkuk, bedal dalam kuali kecik
pon jadiilahh..senduk kari besaq gedabak boleh buat camca..hahahaa..survival
tahap apa entah..!
ko perhati yang pakai baju merah tu..mukanya rakuss sangat.. ! |
Lebih kurang jam
4:00 petang, baru ja baring-baring lepas kenyang makan Maggie, terdengar pulak
dahh suara Sang lecturer bising-bising minta kami bersiap…dia mengamuk sebab
lapar kut.. Yang si Aajoy pulak, asyik mengulang ayat “cik..singkat sangat tuu..labuh
sikit tak bulih kaa?” Entah apa yang dia cakap..tapi berkisar tentang singkat
dan labuh jaa..aku pun tak tahu apa kena dengan driver kami.. kena sampuk kat
ladang teh tu kott.. ahahaaa..
Selesai solat Jama’
Ta’akhir Zohor + Asar, kami mengarah ke medan selera.. aku tak pasti nak
panggil tempat apa, tapi di sekitar tanah rata lah. Dekat-dekat situ ada KFC,
restoran mamak, dan juga warung-warung foodcourt kecil.. Aku nak mengamuk sikit
nii. Kami duduk untuk makan di sebuah kedai yang terletak agak hujung kawasan
foodcourt tu.. Aku order nasi goreng ayam kunyit dan Amett order nasi goreng
pattaya dari kedai yang sama.. Malas nak mencarut, rasanya terlalu teruk, dan
servisnya terlalu lambat.. dan, nasi goreng pattaya tu tak da rupa langsung..
dah la takda rupa, tak da rasa pulak..! Jus oren dari kedai yang sama, terlalu
masam hingga terpaksa minta tambah gula..! Apa punya kedai…mahal jangan
cakaplah..! Memetik lirik lagu “Rembau Most Wanted” – Baik Poie Mampuihh..!
Selesai makan,
walaupun tak kenyang, tapi sebab hilang dah mood petang tu, terpaksa la buat
muka kenyang.. Van terus berkonvoi ke salah satu strawberi farm yang aku tak
sempat ingat namanya. Kami turunkan member-member lain manakala aku, Amett,
Taufiq dan Munir balik ke apartment sebab ada benda tinggal.. masa jalan nak
masuk apartment tuu, nampak sorang “auntie ngeri” yang meng-usyar kami lain
macam…haishh..dahla lewat petang dah nii.. nak ke atm sama sebab poket makin
nipis..hehehh.. Masa otw nak pi ambik balik member2 yang “dibuang” di strawberi
farm tu, kami berempat sempat la singgah kat beberapa restoran yang kelihatan
ekslusif di sekitar tanah rata tu.. Nak survey untuk buat dinner kelas malam
nii. Kebanyakannya menyediakan pakej steamboat dan kami rasakan itu kurang
menarik.. Kalau nak makan steamboat, tepi kampus IPG Perlis pon ada..!
Hahahaaa..
aku lampirkan jugak gambaq kedai tu dengan harapan cepat2lah bankrap..! |
Seterusnya, bila
dah pick up balik bebudak yang terbuang kat Strawberi farm tu, kami menuju pula
ke taman serangga apa entah namanya. Nak masuk kena tiket.. Last-last tak masuk
pun. Van seterusnya dipandu menuju ke satu lagi Strawberry Farm yang letaknya
berdekatan simpang masuk ke Equitorial Hotel. Katanya boleh petik strawberry
fresh kat sini..! Sampai di situ, orang takda langsung..! Hanya ada kami..
mungkin sebab dah lewat petang kut. Rupa-rupanya, ada syarat la pulak nak petik
strawberry tuu.. Mesti sekurang-kurangnya setengah kilo iaitu RM 25.. Makk aii,
aku taklah suka makan sangat buah tuu..kalau durian on jaa.. Akhirnya, takda
sorang pon masuk petik. Waktu nak balik tu, gerai jualan pun dah tutup..
maklumlahh, dah lewat petang.. Sempat jugak abadikan sekeping dua potret di sini..
dari strawberi beri farm |
Aku masih ingat
lagi, waktu nak balik tu, berlaku satu kejadian aneh.. hahaha.. Van Era
Commuter yang dipandu Mat Zaid gagal untuk keluar dari parking yang curam tu..
puas jugakla dia mengundur empat lima kali, tapi van tu asyik “putus nyawa”
jerk.. Alamakk..habesslaa.. Akhirnya, semua penumpang “dihalau” keluar dan
Alhamdulillah, van itu dapat dikeluarkan hingga ke atas jalan besar.
Seterusnya,
destinasi yang agak menarik dan aku kategorikan sebagai “wajib lawat” ialah
Pasar Malam di tanah rata tuu.. Punya laa susah nak cari parking.. Last-last
van terpaksa “meragas” dan parking di lereng bukit tepi Petronas tuu.. Awal tu,
aku berjalan-jalan dengan Taufiq, Aajoy, Munir, dan Duang.. Benda petama yang
menangkap mata ialah “karipap gajah”
iaitu karipap besar ala-ala kat secret Recipe tuu tapi intinya taklah
sedap sangat. Samosa yang dijual di tempat yang sama lebih sedap sebenarnya..!
pasar malam Cameron (google image) |
Whoaaa…aku begitu
teruja melihat makanan-makanan bergoreng tepung yang dijual..dari segala
variasi sayur-sayuran Cameron, hinggalah kepada makanan laut seperti udang,
ketam, dan sotong. Sangat menyelerakan tetapi harganya…hmm..boleh
tahanlaa~ Munir membeli beberapa bekas
sayuran goreng tepung untuk dibuat kenduri katanya... Kami juga tak melepaskan
peluang mencuba makanan signature Cameron, iaitu strawberi coklat..
Hmmm..marvellous..! Air kelapa laut afrika yang berharga RM 3 segelas terasa
segar melewati kerongkong.
pasar malam Cameron (google image) |
pasar malam Cameron (google image) |
Waktu berjalan
keluar menuju ke van, sempat lagi sekali kami menyambar beberapa biji samosa dari
gerai “Karipap Gajah” dan aku, Munir, Taufiq, dan Syababuna Fitri duduk-duduk
melepak di tempat parking sementara menunggu yang lain. Haisshhh…sakan depa
nii.. borong apa laaa~ Sempat juga aku
menjamu mata dengan melihat sekumpulan besar geng2 superbike yang kebanyakannya
menunggang superbike 1000cc ke atass.. hmm.. sabaq jap, tunggu la suatu hari
nanti..!
cenderamata unik dan menarik |
Destinasi
seterusnya ialah Kedai Nasi Arab yang telah dipilih untuk dijadikan lokasi
untuk “Mega Dinner” sekelas bagi semester 6 nihh.. Terletak berdekatan BSN,
iaitu jalan yang sama menuju ke apartment, suasananya cukup aman dan tenteram..
cukup privasi.. Sesampainya kami di sana, lebih kurang jam 9:00 malam, kami
disambut mesra oleh tuan restoran itu sendiri.. Memang tak ada sesiapa yang
makan kat situ dan aku lebih suka begini sebenarnya..tenang..!
family set...tapi dapat kat kami jadi couple set jerr :p |
5 set hidangan
family menjadi menu dinner malam tu. Nasi arab berwarna warni, berlaukkan ayam
panggang, ayam kukus, dan kambing kukus ternyata menambat selera.. Apatah lagi
dihidangkan panas-panas berasap gituu.. Disebabkan tiada orang lain di situ,
tuan kedai dapat memberikan layanan 1st class kepada kami.. memang
berpuas hati.. terima kasih banyak2 yee..
inilah air soda gembira teww..sedarpnyewww.. |
Minuman yang
dihidangkan tak kurang menariknya juga.. Air “Soda Gembira” iaitu sirap bandung
yang dicampur air soda bergas dan serasanya, itulah kali pertama aku minum
minuman sebegitu.. Teh O Ais dan minuman
tradisi arab iaitu Teh Herba Pudina menjadi pelengkap Mega Dinner pada malam
tu.. Alhamdulillah.. Tuan Restoran berkali kali mengucapkan terima kasih saat
van kami mengundur untuk pulang pada malam yang sunyi sepi tu… Aku rasa, kalau
kami tak singgah restoran dia malam tu, mungkin segala menunya tak habis dijual
sebab nampak kawasan tu macam kurang sambutan..
ni driver kategori bukit...founder laman an-nur..sekali dia buat muka blurr.. |
Seterusnya, punyalaa
kenyang sampai tak boleh duduk dalam van tu.. rasa macam ada kambing dok
menendang-nendang jaa dalam perut nii.. driver van iaitu Mat Zaid yang memandu
Van Era Commuter telah membawa kami pusing-pusing makan angin di sekitar tanah
rata tuu.. disebabkan van yang dipandunya di depan mengetuai perjalanan, jadi,
mahu tak mahu, van kami yang dipandu Amett terpaksa mengikut dari belakang
dengan patuh.. Siapa berani bangkang kalau Mat Zaid bukak tingkap vannya dan
memandang kami dengan “muka blur” ??? Hahahaaa.. Dalam keadaan tak selesa sebab
terlebih makan, kami menuju juga jalan berliku dan naik turun bukit hingga
tersesat ke Hospital Besar Tanah Rata tuu..dan hampir jam 12:00 tengah malam,
van menuju ke apartment kerana masing-masing dah tak tahannn nakk terr..ter…terrrr…..
~
orang menjual kat Kea Farm ni mesti kata...tudiaaa..duit mai dahh..! (google image) |
LAST DAY (27
SEPTEMBER 2013) – SABTU
Hari terakhir..pagi
terakhir di Cameron Highlands.. semua orang seakan berat untuk bangun
meninggalkan katil masing-masing.. masih berat untuk berpisah dengan hawa
dingin sejuk dan nyaman tanah tinggi ini… Masing-masing berasa belum puas
melelapkan mata dalam suasana yang aman damai sebegini.. Tapi inilah hakikat
kehidupan, setiap pertemuan..pasti ada perpisahan..!
jagung madu di Kea Farm (google image) |
Selepas selesai menunaikan
fardhu Subuh berjemaah, kami semua perlu bersiap lebih awal supaya tidak
“clash” dengan jadual yang dirancang.. Selewat-lewatnya, jam 12:00 tengah hari,
kami mesti turun dari tanah tinggi Cameron dan memecut dengan kelajuan penuh ke
Perlis tercinta.. almaklumlah, van sewa kena hantar balik tepat pada masa..
harta benda orang.. janganlah kita buat perangai “tak bagi mengata, bagi buat
harta” pulak.. ye dokk?? Van mesti dipulangkan pada jam 6:00 petang..
mai..mai..mai.. maciam maciam adaa.. (google image) |
Hmm..tak banyak
untuk diceritakan pada hari last nii.. tapi harini jugak ada agenda paling
menarik dalam sejarah..iaitu..jeng..jeng..jenggg.. agenda membeli belah di Kea
Farm, iaitu satu pusat jualan barangan pertanian dan produk produk lain yang
dihasilkan di Cameron Highlands.. Hmmm..tapi sebelum tu, macam biasa, pepagi ni kena sarapan dulu.. Destinasinya
ialah berdekatan kedai tak sedap semalam tu.. Masing-masing melahap engan
bersungguh-sungguh kerana bakal menempuhi perjalanan jauh sekali lagi nanti..
kesesakan luar biasa di Kea Farm..jangan salah parking, nanti kena saman.. |
Jam 10:00 pagi, van
selamat mendarat di Kea Farm.. Alamakkk~ ramainya umat..! Jenuh jugak laa
pusing pi mai pi mai ok cari tempat nak parking.. Akhirnya, tepi jalan yang
sebokk tu lahh jadi mangsa.. Belum sempat tarik handbrake klasik tuu,
masing-masing dah melompat turun tanpa sempat dilarang pramugara bertugas.. Dan
bermulalah acara pada pagi tuu..
Punyalaa ghairah
bershopping sampai sekeping gambaq pon tak dan nak snap.. Hmm, setelah bertahun
tak jejak kaki kat sini, sekali sekala mai.. haa.. tudiaa.. selambakk..!
Menarik jugak laa Kea Farm ni sebab ada jual macam macam benda yang “rare”..
contohnya madu lebah ori yang diletakkan sekali dengan sarang lebah dalam botol
madu tu.. Sayur-sayuran pula tak macam yang jual kat Pasaq Tani Kangaq tuu..
dari sekecil-kecil kincam, hinggalah lobak putih yang sebesar paha orang dewasa
pon ada baq hang..! Harganya variasi, tetapi murah laa orang cakap..
strawberi kering...wajib beli.. setengah kilo RM 18 |
Hmm..van yang
asalnya kosong dan sepi, kini bertukar jadi “lori sayur”… punyalaa banyak
bebudak jantan ni beli barang, mengalahkan orang pompuan.. bawah seat van tu,
takda tempat yang kosong.. Mujurlah ada seat lebih yang boleh dijadikan “para”
meletak segala khazanah alam yang diangkut dari Cameron tuu..haihh.. Orang beli
jagung, dia beli jagung, orang beli stroberi, dia beli stroberi.. orang angkut
sayoq, dia pon angkut sayoq.. last-last ketat van..!
Sayo..sayo..! |
Hampir ke pukul
12:00, van para jejaka masih belum bergerak manakala van para para sakura telah
meninggalkan Kea Farm.. tudia nak habaq sakan tak sakan orang laki ni
bershopping..! Setelah berkali kali lawan telefon, akhirnya Van Era Commuter
yang dinaiki para jejaka mula mengatur langkah menuruni lereng tanah tinggi
Cameron.. Mat Zaid, iaitu driver berkelayakan SPM dengan mendapat “A Kangkang” dalam subjek pemanduan berbukit,
dipertanggungjawabkan menurunkan van dari Cameron Highlands ke Simpang Pulai..
Puas mengucap jugaklaa time turun bukit tuu.. sempat jugak singgah ke satu
gerai orang asli kerana driver berhajat membeli petai dan rebung.. “Orang Asli
ni pemalaihh..!” ujar Mat Zaid penuh bertenaga..
cubaan mendekati orang asli...speaking key yell baq hangg..! |
Van dipecut lagi
melewati selekoh-selekoh tajam dan setiap kali itulah terdengar jerit pekik
berhamburan dari segenap ruang van memarahi pemandu yang kelihatan (lupa diri –
Wan Zaini : 2012).. hingga satu ketika, van terpaksa membuat “pendaratan cemas”
di tepi jalan kerana terdapat bau hangit yang menusuk kalbu.. Aku sebagai
pramugara yang duduk di depan sekali, pada awalnya bertindak untuk melemparkan
pelampung, namun setelah bau itu beransur pergi, niat mulia itu terpaksa
dilupakan.. mulalahh nak merapu nii..
ibu..ibuuuuu..engkaulah ratu hatiku >_< |
Setelah sampai di
Petronas Simpang Pulai dan mengisi minyak dan membeli jajan, ada orang tu
muntahh.. wekkkkk..! Pemandu pon bertukar lagi.. Giliran Aajoy kali ini membawa
van teruuuusss ke Perlis.. masing-masing mula rebah ditindas keletihan dan
hanya tinggal kami berdua di depan sekali yang seolah olah tiada perasaan..
Tiba-tiba Aajoy mencabut CD qasidah dari Cd Player dan membuka channel Era
Rentak Muzik Terkini.. “kita perlukan kepelbagaian”- ujarnya penuh perasaan..!
Van kemudiannya diarahkan ke R&R Sungai Perak.. sempat jugak laa pekena
hidangan istimewa kat sini iaitu Ikan Patin masak lemak..hmm, tak rugi.. sedap
beb..! Awal tuu ingatkan isi ikan ni jenis hanyiaq, rupanya rasanya hampir sama
dengan isi ikan siakap tuu..hmm..no wonder.. harganya RM 4 seketoi..
hidangan spesial RnR Sungai Perak |
Selesai solat zohor
+ asar di surau R&R, hujan turun dengan lebatnya mencurah-curah ke ladang
gandum…ehhh, silap..! Hmm, apa boleh buat.. payung tak da, van pulak agak jauh
parkingnya.. So, ambil kesempatan untuk test kerusi urut dulu seround dua.. Hmm,
nikmatnya tak payah cakaplahhh.. macam nak usung bawa balik hostel ja kerusi
urut tuu..! Akhirnya, suka tak suka, terpaksa jugakla redah hujan lebat tu
untuk masuk ke dalam van.. dahtu, dia boleh lock pulakk pintu depan tuu..
loqlaq sungguh..! Basah habess uniform pramugara aku..!
inilah dia namanya pramugara...ahakzz >_< |
Dalam hujan lebat,
van menuju terus ke Perlis.. tapi..tapi..jalan kebenaran..yang tidak selalunya
sunyiii.. ada ujian yang datang melanda..ada perangkap menunggu mangsa..-
nasyid dulu seround..! Hmm..kami
“dikepung” oleh mat-mat rempit yang mempamerkan aksi percuma sepanjang jalan
dari SP hinggalah ke Exit Gurun.. apa punya manusia.. kau ingat nyawa boleh eja
dengan cheatcode macam dalam GTA??!! Ingin saja aku jerut bontot mereka yang
menonggeng di atas motor tuu dengan tali pelampung keselamatan, biar mereka
tahu erti penyesalan..!
sebahagian jejaka PA A....salah satunya berhati mulia :p Pagi last di CH |
Setelah menurunkan Zamiluna Munir di tol Pendang, van bergerak ke perhentian seterusnya iaitu Tol Alor Star Selatan untuk menurunkan Mudiruna Zahid dan Sohibuna Taufiq.. malang tidak berbau apabila pemandu pelatih yang sedang menjalani praktikum, iaitu Akhina Izzat telah melakukan set induksi yang menarik sekali dengan melanggar iceberg semasa membuat U-Turn berdekatan tol Pendang tuu.. apalagi, bergoncang seisi van dan bergoleklah jagung-jagung keluar dari persembunyian masing-masing.. Masing-masing spontan melafazkan syahadatain sambil mengurut-urut dada (ahh..klise drama melayu), dan aku sempat menjeling pemandu kereta di belakang yang terlopong mulutnya.. mungkin dia takut van gemuk ni hempap kereta dia kott..hahahaaa..
jalan pulang yang penuh thrill |
Dari Tol Aloq Staq
Selatan, penumpang semakin berkurang dan hanya tinggal aku, Izzat, Waliyuna
Azrul, Sodiqina Hasbi dan juga Syababuna Fitri dalam van yang sepatutnya
memuatkan 14 orang itu.. pffuu..terasa luas seketika dunia nii.. Sampai ja di
kampus, masing-masing pakat lawan bertolak tak mau pi hantaq van di rumah
tuannya.. Hmm, akhirnya figura suka berkorban, iaitu Habibina Sameer dan aku
sendiri beserta pemandu import, Si Maza memandu juga ke Kuala Perlis dalam
keletihan yang teramat.. Ciann Amett..dahla jadi solo driver dari Cameron
lagi..uhukkkss..rasa nak teriakklahh =.=”
supper dari Cameron |
Malam tu, hidangan
istimewa dari Cameron iaitu teh panas berperisa stroberri beserta strawberry
coklat dan jagung bakar menemani supper di meja makan… Tak sia-sia aku peram
coklat cadburry Langkawi dalam freeze di rumah tok.
TM: Terima kasih
kepada sesiapa saja yang sudi membaca coretan ini… Tentang Cameron tu,
sejujurnya aku taklah kisah sangat.. Bila-bila rasa nak pi, sedia duit jaa..
Tapi yang lebih penting, keseronokan sekali sekala hang out dengan
member-member sekelas.. yang belajar dalam kelas yang sama, tak pernah terpisah
selama 5 tahun setengah.. lama tuu.. dulu di sekolah pon, tiap-tiap tahun
bertukar classmate.. Hmm, bukan senang woo nak boleh jalan-jalan sekali macam
nii..! Dan siapa tahu, Memoir Dari Cameron ini adalah trip terakhir kami..
Terima kasih..
Sohibuna Taufiq, Akhina Izzat, Habibina Syameer, Waliyuna Azrul, Murabbina
Ridhuan, Sodiqina Hasbi, Zamiluna Munir, Mudiruna Zahid, dan Syababuna Fitri
kerana menjadi sebahagian citra warna hidup ini..
Terima kasih
segalanya buat teman2 muslimah yang aku tak paparkan namanya di sini atas dasar
privasi…
# Maaf atas bahasa
utara yang keterlaluan…hingga jumpa lagi.. Assalamualaikum J