Tuesday, January 24, 2012

Jom Semak Saman...!!!!!


Harini dapat idea nak update blog memandangkan kebelakangan ni dua tiga orang member dah dok tanya aku tentang cara menyemak SAMAN jpj dan trafik melalui internet. Ye lah, sekarang musim cuti semua orang sibuk ke sana ke mari dengan kenderaan masing-masing. So, bila dah berada atas jalanraya ni, macam-macam la jadinya.. Kalau kita tak cari orang, orang cari kita..! Begitulah pepatah yang selalu diungkapkan oleh orang yang lebih tua.. So, kat sini, aku senaraikan beberapa website yang boleh digunakan untuk menyemak saman trafik dan jpj serta lain2.

1. myEG (http://www.myeg.com.my/) – I’m recommended this..!

Laman terbaik bukan sahaja untuk menyemak saman trafik dan jpj, malah pengguna juga boleh menyemak bil elektrik, telekom dan beberapa pautan agensi kerajaan yang lain. Pendaftarannya agak “merenyahkan” (sebab melibatkan i.c), tapi pendaftarannya hanyalah sekali seumur hidup dan yang penting, ianya percuma!!! Di sini juga pengguna boleh membuat pembayaran online ke atas saman atau bil2 elektrik dan telekom..inilah gaya hidup moden..! Pembaharuan roadtax juga boleh dilakukan bagi yang sibuk atau malas nak queue panjang2 kat ofis. Untuk makluman tambahan, anda juga boleh tolong menyemak saman orang lain dengan mengisikan no. ic orang tersebut pada ruangan yang disediakan. Ya, ianya sangat berguna apabila ada rakan2 atau keluarga menelefon minta disemak saman mereka..!


RILEK is stand for Rangkaian Interaktif Laman Elektronik Kerajaan. Paparannya seakan myEG, tetapi fungsinya tidaklah sebanyak myEG. Seperti biasa, pengguna wajib mendaftar bagi menggunakan aplikasi atas talian yang disediakan. Tadi aku cuba masuk tapi nampaknya seperti bermasalah. Macam kena virus pun ada. So, kalau myEG down, bolehla guna yang ni. Tak pasti boleh cek untuk diri sendiri sahaja atau boleh semak untuk orang lain juga macam myEG sebab aku jarang sangat menggunakannya...saja seronok2 daftar..!


Website rasmi PDRM sendiri. Hanya untuk semak saman polis trafik sahaja dan bukan JPJ. Pada kiri home page, terdapat pautan SSO(Perkhidmatan Atas Talian), klik dan pilih link Laman Utama/ Pendaftaran Baru yang muncul dalam kotak berwarna biru di kanan atas page. Pendaftaran tidaklah se-detail myEG dan dalam masa seminit, anda sudah boleh menyemak saman PDRM anda..! Syaratnya, harus ada email yang boleh di log-in dan jangan jadi macam aku, yang kerap lupa id dan password sendiri.. arrgghhh..! Tambahan, hanya boleh semak saman sendiri sahaja iaitu pemilik akaun yang didaftarkan kat website tu.. Tolong semak jap? I’m sorry...daftar la sendiri..!

Note : Sebelum ni, saman JPJ boleh disemak terus pada website rasmi mereka tanpa perlu mendaftar, namun kini tercatat pada website rasmi tersebut bahawa pengguna hanya boleh menggunakan myEG untuk semak saman jpj secara online..whats going on?! 

TM : Begitulah sedikit sebanyak maklumat yang aku boleh share kepada yang belum tahu cara untuk semak saman secara online. Tak payah korbankan kredit fon untuk semak melalui sms.. Keseluruhannya, aku recommended myEG , walaupun pendaftarannya agak rumit seumpama mengisi borang nak kahwin, tapi kegunaan dan fungsinya meluas dan awesome..! Bukan saja untuk diri sendiri, tapi boleh juga bantu orang2 di sekeliling kita.. Pahala free tu..! Jom daftar jangan tak daftar..!  

Monday, January 23, 2012

6000KM Bersama GT128 @ Enamorata

ENTRI YANG SUPER-DUPER PANJANG...TRIBUTE TO ENAMORATA...!


Salam ‘Alaik buat semua.. Serasanya, sudah “berkurun” tidak menconteng di dinding TintaMalam ni. Seperti yang pernah dijanjikan suatu ketika dulu, aku akan menulis sedikit review tentang Enamorata ataupun my GT128 setelah odometernya mencecah jarak 5000km. Walaupun sedikit tersasar kerana odometer tu telah merekodkan bacaan sebanyak 6173km, namun serasanya belum terlambat untuk menulis tentang Enamorata. Jangan terkejut atau tak percaya kalau aku katakan post yang paling banyak dibaca atau dilihat mengikut statistic blogger dalam TintaMalam ialah post2 tentang Enamorata. So, kalau ada yang berburuk sangka bahawa mat2 rempit mat2 motor adalah pemalas, cepat2 perbetulkan persepsi anda..! Mereka sebenarnya suka membaca, tapi tak suka menunjuk bahawa mereka rajin membaca..! 
Review ini aku tuliskan bukan kerana ingin bermegah atau seumpamanya (nak megah apa? motor ja ponn), tapi lebih kepada rasa kekaguman terhadap produk buatan tempatan (walaupun bukan 100% tempatan) dan menyangkal dakwaan negative kebanyakan rakyat Malaysia terhadap produk keluaran negaranya sendiri.. Itu tak kena, ni tak kena.. So, jom kita tengok teruk sangatkah produk Malaysia ni, especially produk Modenas iaitu GT128 ni… Lets go through..


JOM BACA YG TAK O.K DULU…

               Semakin meningkat bacaan odometer, bermakna semakin tua sesebuah kenderaan itu. Bagi aku yang naïf ni, beginilah pengukuran yang sepatutnya kepada sesebuah alat bernama kenderaan. Begitu juga dengan Sang Enamorata ni (modenas GT128 aku), setelah lapan bulan bersama, hari ni odometernya merekodkan angka 6173km.  Biasalah, bila sesuatu itu semakin tua, semakin timbullah karenah dan ragamnya. Sejujurnya, 8 bulan atau 6000km sepanjang memiliki Enamorata, belum pernah aku mengalami atau terjadinya peristiwa2 di luar dugaan seperti major break down, eksiden kerana kerosakan motor atau sesuatu yang bersifat mekanikal failure pada Enamorata nih. Pernah ada rakan yang pernah menyindir sinis, “Elehhh, sebulan dua ok laa, nanti ada2 saja laa…modenas, hang paham2 la”.. Aku hanya tersenyum dan setelah 8 bulan menunggang Enamorata ke sana ke mari, aku semakin yakin bahawa itu hanyalah momokan silam semata-mata. Bukan hendak mengampu, tapi serius aku katakan, motor ni tak pernah rosak…pancit pun tak pernah…!


          Antara masalah2 kecil yang pernah terjadi ialah “bulb” lampu belakang yang pernah sekali terbakar atau “short” lepas aku basuh motor ni. So, aku pun tukar bulb baru yang harganya tak sampai RM 5 dan kekal sampai hari ni. Masalah lain ialah “bunyi2” seperti bunyian tikus berdecit. Aku pun bawa la pi workshop. Rupanya bunyi tu disebabkan kotoran yang melekat di celah2 pad brake belakang dan mungkin juga kerana pelapik pad brake tu masih tebal dan bergesel dengan disc brake apabila roda berputar. Seriously, bunyinya menyakitkan telinga la jugak, tapi setelah “disembur” dengan pam angin kat worksyop tu oleh seorang foreman, terus lenyap “bunyi2 tikus” tu. Masalah lain yang sering membelenggu ialah rantainya yang cepat “kendur”. So, aku kena bawa motor ni pi workshop lebih kurang 2 minggu sekali untuk setting rantai bagi tegang semula. Bahaya woo naik motor yang rantainya tak setting elok..! 

                
         Aku plan untuk memasang chain tensioner pada motor ni bagi meningkatkan kestabilan rantainya tu sekaligus menyelesaikan masalah rantai ni. Harganya tidaklah mahal sangat setelah di-survey, lebih kurang RM 80 satu set. Masalah yang umumnya dihadapi oleh pemilik GT128, iaitu masalah susah nak “start” waktu subuh atau awal pagi dan aku akui, masalah ni memang wujud sekali sekala. Tapi tak perlu risau sebenarnya, gunakanlah “choke” yang disediakan. Janganlah simpan buat hiasan. Rasanya ini common problem bagi kenderaan bermotor termasuklah kereta. Justeru, kali pertama nak start awal2 pagi tu, panaskanlah  enjin sampai bunyinya kedengaran stabil pada keadaan “idle”. Nescaya motor tu tak akan “buat perangai” waktu nak start untuk sepanjang hari tu..! Satu lagi masalah “ikonik” pada owner2 GT128 ialah “gegaran” yang terhasil oleh motor ni. Benar, GT128 ni memang gegarannya lebih terasa berbanding “raja kapcai”, iaitu LC135. Itupun bagi mereka yang pernah “merasa” LC. Kalau dari awal memang naik GT jaa, rasanya memang normal. Bagi aku, gegaran ni biasa jaa, tidak ada apa yang perlu dirisaukan dan tidaklah membawa kepada kemudaratan pun.. Kalau nak smooth sangat, beli je la Honda Goldwing 1800cc tu..! Shiuuuu… 


            Tentang meter canggihnya yang seringkali dikatakan bermasalah, terutama bahagian penunjuk takat minyak motor, perkara ini tidaklah merunsingkan pun.. Ini bukanlah suatu masalah bagi aku. Begini ceritanya, meter minyak yang berbentuk bar (seperti myvi) akan menunjukkan pengurangan malah akan berkelip-kelip (kalau petrol sedia ada memang sikit) apabila motor ditunggang dengan laju. Apabila motosikal berhenti, bar mungkin akan naik semula atau terus berkelip jika petrol memang hampir habis. Senang cerita, kalau nampak dah berkelip tu, topup je la minyak sampai full. Aku menganggap hal ini sama seperti sifat bateri sony ericsson, yang kadang2 menunjukkan penurunan bila sedang digunakan dan menaik bila tak digunakan.



       Seperkara lagi yang aku sifatkan sebagai masalah ialah ruang yang wujud di sekeliling seat motor membuatkan air yang digunakan untuk membasuh motor akan terpercik masuk ke bawah seat motor. So, pastikan tiada barang berharga (aku selalu letak handphone/wallet bawah seat) sebelum anda membasuh GT128 ni. Lepas habis basuh motor, kena la lap percikan air yang masuk bawah seat tu..! Seperkara lagi tentang seat motor ni ialah rekabentuknya. 


          Bahagian depan iaitu tempat duduk penunggang sangat awesome kerana cukup lebar dan luas samada untuk yang bersaiz kecil atau besar, tetapi bahagian seat belakang iaitu pembonceng kurang sesuai bagi yang bersaiz besar kerana seat-nya menirus sedikit dan agak tebal pada bahagian tersebut. Walaupun pembalut seat ni nampak nipis, namun ianya tahan lasak dan senang kering kalau basah terkena air. 


YANG O.K PULAK??


             Awal2 lagi aku nak nyatakan di sini, memang banyak yang O.K daripada yang TAK O.K pada Enamorata ni. Biarpun telah menempuh perjalanan sejauh 6000 ++ km selama lebih kurang 8 bulan, motor ni masih terasa seperti “baru beli”. Paling best ialah bahagian tayarnya yang tak pernah meragam. Walaupun jarang-jarang menambah angin, tayar tubeless jenama IRC ni tak pernah pancit malah memberikan kepuasan kepada penunggang walaupun mengambil cornering pada kelajuan atas 80km/h. Dipadankan dengan rim alloy yang merupakan pakej standard GT128 FL, tayar ni terus memberikan khidmatnya yang cemerlang..! Sehingga kini handle motor tidak terasa bergegar kerana permukaan tayar yang bermasalah, semnuanya smooth dan stabil macam baru..!  Pernah juga aku dinasihati seorang foreman agar berhati-hati sebab set tayar dan rim GT128 FL ni menjadi perhatian pencuri2 barangan motor..entahlah.. tapi Alhamdulillah, setakat ni semua ok lagi bagi aku..


          Tentang brake pula, memang cemerlang seperti pada awal usianya. Walaupun kadang2 terkeluar bunyi seperti tikus berdecit akibat kotoran yang tersumbat di celah pad discbrake, namun itu tak menjejaskan fungsi brek pada GT128 ni. Bagi aku, mempunyai disc brake belakang memang suatu bonus pada sesebuah motosikal seperti GT128 ni. Penyelenggaraan/penyelerasan yang minima dan kuasa membrek yang “power” berbanding dengan drum brake. Ramai yang beranggapan disc brek belakang boleh membahayakan kerana mereka menganggap bahawa sifatnya sama dengan brek disc depan yang “kuat menangkap” dan merasakannya seperti “brek terkejut”, tapi hakikatnya tidak. Rasanya sama seperti drum brake, cuma anda hanya perlu kenakan sedikit sahaja tekanan pada pemijak brek. Lebih banyak atau dalam pemijak brek ditekan, lebih kuatlah brek tu mencengkam. 


               Yang bestnya, pemijak brek ni tak perlu dilaraskan seperti motor yang menggunakan brek belakang biasa atau drum brek yang kadangkala letih juga nak melarasnya. Bila tak dilaraskan, kena pijak banyak2 baru nak rasa brek..! Haha.. Aku bercerita panjang sebab aku jenis suka gunakan brek belakang berbanding depan. Brek disc depan, seperti yang diketahui umum, bagi motor apapun, memang tak banyak karenah. Satu sahaja yang perlu dijaga apabila menggunakan motor yang ada discbrake, iaitu tahap minyak discbrake tersebut. Tempoh yang terlalu lama untuk menambah isipadu minyak discbrake ni kadang-kadang membuatkan pemilik motosikal jadi leka dan terlupa..!



Seperkara lagi yang aku suka ialah ekzos GT128 ni yang mengeluarkan bunyi yang boleh tahan garangnya. Kadang-kadang, aku sengaja memecut laju pada gear2 awal untuk membuatkan ekzos GT128 ni “menjerit” dengan garangnya..! Bunyinya memang garang dan padu dan ini dipersetujui ramai memandangkan ekzosnya adalah standard dan bukan modifikasi..! Ekzos ni juga berkualiti dan bermutu kerana hingga ke hari ni, tiada kecacatan yang berlaku sama ada dari segi bunyi mahupun rupabentuk fizikalnya. Maksudnya, tiada tanda2 berlaku pengaratan walaupun pernah juga motosikal ni bermandi hujan sekali sekala.


             Salah satu bahagian paling best ialah bahagian meternya, kerana sangat cun dan sangat berfungsi. Fungsi sampingan yang penting dan ada pada meter GT128 dan jarang2 ada pada kapcai lain ialah fungsi jam dan meter minyak enjin. Dengan adanya meter penunjuk minyak enjin ni, anda tak perlu risau tentang kelewatan servis motor kesayangan anda. Tak perlu bersusah payah mengingat pada jarak berapakah anda melakukan last service dan bilakah pula motosikal perlu diservis? Banyak lagi perkara yang perlu diingat dan kelengkapan2 yang ada pada meter Gt128 inilah yang akan memudahkan tuannya. Ini zaman moden, sesebuah kenderaan bukan saja perlu pantas dan tangkas, malah harus menjadi kenderaan yang “bijak”..!


Tentang penggunaan minyak, ternyata teknologi TPS (Throttle Positioning Sensor) bukan hanya omongan manis pihak Modenas dalam melariskan jualan mereka, malah hal ini telah terbukti dan dirasakan oleh aku sebagai penggunanya. Memanglah motosikal adalah mesin mudah yang tidak melahap minyak seperti kereta, tetapi sebagai seorang yang pernah menggunakan skuter, aku sangat terasa perbezaan dari segi penggunaan minyak antara skuter dan kapcai biasa yang tidak dilengkapi teknologi TPS berbanding GT128 ni. (note: LC135 turut menggunakan TPS ni).. 


          Biarlah aku ceritakan pengalaman sebenar beberapa bulan lepas sewaktu menunggang GT128 dari Kuala Perlis ke daerah Sik, Kedah dengan jaraknya 140km. Aku mengisi minyak hampir penuh iaitu RM6.00 RON95 di Shell Kuala Perlis dan setibanya di RnR Gurun, meter minyak mula berkelip. Minyak masih ada, tetapi aku mengisi lagi RM 6.00 dan kali ni, minyak penuh mencecah penutup tangki. Setibanya di rumah seorang rakan berdekatan pekan Sik, Kedah, minyak masih banyak dan bar pula berada pada takat tiga (rujuk gambar). Walaupun aku mengisi RM 12 untuk perjalanan sejauh 140km (juga perjalanan sehala paling jauh menaiki motosikal-rekod peribadi aku), tapi aku pasti penggunaan minyaknya hanyalah sekitar 7-8 ringgit sahaja..! Jimat bukan?! Made in Malaysia beb..! Sedikit tambahan, perjalanan ni mengambil masa 2jam 10 minit, termasuk rehat dan isi minyak di Gurun. Waktu kat Gurun tu, aku terjumpa seorang papa mithali yang menunggang superbike (R1) kalau tak silap bersama anak lelakinya yang masih kecil. Sempat aku menegurnya kerana motornya yang smart tu..!


              Ramai yang mengatakan motor ni tak cukup laju. Aku akui, GT128 tidaklah selaju dan sekencang LC, apatah lagi hendak dibandingkan dengan kapcai dua lejang seperti  Yamaha 125, itu perbandingan yang bodoh dan membuang masa, tapi bagi aku, ianya sudah cukup laju bagi sesuatu bernama kapcai. Sambil tersenyum saja, sedar2 meter dah cecah 140km/h di atas highway, suatu angka memberansangkan bagi sebuah kapcai standard seperti Sang Enamorata ni..! Sejujurnya, separuh dari kelajuan motor ni hanyalah “disimpan” apabila menunggangnya mengelilingi bandar Kangar atau kawasan kampus. Throttle-nya yang responsive bersedia untuk menghamburkan kuasa simpanan bila-bila saja yang diperlukan. Saat trafik light bertukar hijau dan throttle dipulas “kasar”, imej kenderaan lain pada side mirror yang semakin mengecil adalah suatu hiburan yang menyeronokkan pada sesiapa sahaja yang sukakan kelajuan dan kepantasan. Satu lagi yang harus aku tuliskan di sini ialah tidak wujud situasi seperti “speed drop” yang sering dikatakan menyerang motor2 apabila usianya semakin meningkat. Selagi jaga servis, selagi itulah motor anda akan terus memberikan khidmat yang cemerlang kepada tuannya.. What you give, you get back.. ! 


Bahagian-bahagian lain pada GT128 a.k.a Enamorata ni masih seperti waktu dikeluarkan dari kedainya 8 bulan lalu. Semuanya masih O.K dan berfungsi dengan cemerlang. Dari bahagian mekanikal hinggalah elektronik yang sensitive seperti starter, meter, dan suis2 pada handle, semuanya masih berfungsi dengan cemerlang sekali tanpa sebarang ragam atau masalah. Malah, pada kick starter, masih terdapat “tanda kilang” iaitu sedikit calitan seperti marker berwarna biru kerana terlalu jarang aku menggunakan kick starter tu. Ianya sangat lembut dan aku hanya gunakan apabila terlalu bosan menggunakan electric starternya. Haha.. Kesimpulannya, aku sangat berpuas hati memiliki Enamorata (GT128 ni), berbaloi dengan harganya yang aku sifatkan value for money. Prestasi dan keupayaan yang ditunjukkan Enamorata adalah salah satu bukti bahawa Barangan Malaysia juga berkualiti dan setaraf dengan jenama luar. Wang anda, pilihan anda..!


TM : Aku tak dapat sesen komisyen pun atas review ni..semuanya hanyalah suara hati yang ikhlas. So, tidak ada bias dan seumpamanya..  Yang sudi membaca, terima kasih. Yang pernah mengikuti “episode2” Enamorata sebelum ni, terima kasih yang tidak terhingga. Andalah yang menjadikan entri2 Enamorata mencatatkan “views” yang tertinggi dalam TintaMalam..!  Mungkin selepas entri yang super-duper panjang lebar ni, cerita  Enamorata akan berehat panjang..no promises  (~_^)