**
PESANAN PENAJA : untuk paparan lebih cun & tulisan tak lari
sitisitusanasini, sila baca melalui comp. atau klik “view web version” kat
bawaahhh skali jika anda baca menggunakan fon/tablet J
“ Jika terdapat mana2 KLAUSA atau FOTO
berkaitan anda yang terlalu privasi dan kurang sesuai dipaparkan di sini dan
mungkin boleh mengancam NYAWA anda & HARTA BENDA, sila pm admin via
facebook menggunakan link di sebelah kanan page ini untuk tindakan lanjut… Sebarang
kekurangan dan kesalahan, admin pohon sejuta kemaafan... thanks for
approaching TintaMalam J”
bye2 peeerrrlisss :'( |
*Asalnya, plan nak
post entri ni penghujung bulan Disember 2014, tapi sebab busy sangat2, so
terpaksa delayed smpai tarikh kat atas tuu... ekk eleyy..busy kee? penganggur
jee ponn~
Entri
penutup tirai 2014.. penutup kepada suatu episod kehidupan bergelar pelajar
ipg... penutup kisah kehidupan di sebuah negeri kecil aman sentosa bernama
Perlis...
Masih
lagi antara percaya dengan tidak, semalam 22 November 2014, aku meninggalkan
bumi Perlis Darul Sunnah secara rasminya…saat tayar kereta bergolek masuk ke
dalam kapal kargo RoRo yang akan membawaku ke Langkawi, airmata ini menitis
perlahan tanpa dapat dikawal…refleks kepada rasa hati yang bercampur baur,
antara terharu kegembiraan kerana menamatkan pengajian yang panjang, dengan
rasa terkilan dan sedih terpisah dengan sahabat-sahabat yang sudah terasa
seperti family sendiri dan juga rasa sayu meninggalkan pensyarah yang melayan
kami seperti anak kandung mereka sendiri, juga rasa sebak meninggalkan bumi
Perlis yang sudah sebati dalam diri…bumi yang begitu banyak menyimpan kenangan
antara aku dan mereka….
Perlis
adalah negeri kelahiranku yang aku tinggalkan sejak berusia 3 tahun kerana
menetap dan membesar di Langkawi.. Hinggalah pada tahun 2008, aku berhijrah
semula ke Perlis demi memenuhi tuntutan sebagai pelajar. 2008 berkelana di
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) yang terletak di Pauh menemukanku
dengan sahabat bernama Khairul & Aniq, antara member terawal yang aku
kenali di Perlis nii..
Tahun
2009, kembara sebenar pun bermula apabila aku mendapat tawaran pengajian di IPG
Perlis… bermulalah episode menuntut ilmu mengutip pengalaman dan cebisan
kenangan yang panjang dirasakan pada awalnya, namun hari ini semuanya terasa
singkat..semuanya seakan belum puas terasa…
"...Di
sini kita pernah bertemu mencari
warna seindah pelangi... Ketika
kau menghulurkan tanganmu membawaku ke daerah yang baru..."
***KAU KAWAN, RAKAN, TEMAN, SAHABAT
JUA ADIKKU***
gambar aku & Jat yang boleh dikira dengan jari.. tapi, Jat tetap tersimpan dalam memori :) |
kenangan hari viva...kenal amett ni dari 2004 smpailah skrg... |
Makhluk
kedua yang aku kenal bila masuk IPG Perlis ni ialah Sang Amett nii.. maunya tak
kenal, dia nii junior aku masa kat SmKaK dulu.. mean, 4 tahun sebelum masuk ipg
lagi dah aku kenal dia even x rapat sangat time sekolah dulu.. ye lahh, dia
retiss, aku ni blogger jerk..tu pon update setahun sekali :p Masuk IpG ni,
maybe sebab kelas sekali kot, kami dua jadi rapat la jugakk..selalu keluaq
lunch & dinner sekali masa sama-sama jadi budak hostel blok Sena II
tuuu..dengan Amett ni pon aku tak rasa segan segan malu malu...rasa selesa
jaa..maybe sebab dah kenal lama sangat kot... Amett adalah antara makhluk yang
aku selalu kacau selalu "ngorat" kat fb, kat whatsapp.. orang luar mungkin anggap
dia ni macam ala ala lelaki melayu terakhir gitu, yang pijak taik kucing pon
tak penyekk.., tapi hanya orang orang terdekat terapat ja tauu gila gila dia
nii..ooopss.. jenis cover ayuu dia nii..puuuii..!! Memang jiran faveret aku time
kuliah dalam kelas, sebab dia cepat mengantuk, so aku akan kaco dia supaya dia
tak tiddow.. ada laa bebudak dalam kelas panggil kami abang & adik sebab
rapat sangat kot..dan dia jugak suka ghocoh aku dan berani buat benda-benda
yang dia tak buat pon kat orang lain... kerabat belakang laa, sepak pungkoq
laa, tampaq dahii laa... buas memang buas, tapi buat apa pun, aku sayang jaa
kat dia nii..huhu.., kenangan semua tuu.. yup, Amett adalah orang yang aku
kenal paling lama kat IPG nii..(2004-2014)... huhu..
Bersama "khalifah" Taufiq d majlis khatam quran sk santan >_< |
Taufiq
Nasir, juga antara yang terawal aku kenal sejak mendaftar sebagai student di
IPG Perlis… Tak sangka kita akan jadi partner assignment dan partner praktikum…
Assignment tu kalo nak kira, mungkin boleh penuh lori Pak Teh yang dok angkut
sampah kat hostel tu.. Apa dah jadi ehh dengan akademi kita? Siapa tak kenal
Waladol Faqiir, best student dari akademi kita la tuuu..!! Praktikum pulak semuanya 7 bulan termasok
internship.. Ada waktu kita ramai kawan, ada waktu kita kawan berdua jaa.. Dari
tak reti nak bercakap kat depan, berkat lawan bertolak hang aku, maka kita pun
pandailah jadi ustaz ustaz yang cengey nak mampoih depan budak-budak..hehe..
Taufiiqq, praktikum takpalahh kita berdua..bila posting nanti
sorang-sorang...uwaaa...camnaa nii?? Nanti kalo aku blur macam selalu, kalo tak
tau nak buat itu ini kat sekolah tu camnerr?? huhu...
Aku
pon tak taulah apa akan jadi kalau aku tak partner praktikum dengan si Taufiq
nii.. memanglaa aku sangat sangat dependent dengan dia ni.. aku ni jenis tak
reti sangat kerja kerja cikgu nii..almaklumlah, mak dan abah bukanlah seorang
cikgu sekolah.. berlainan dengan Taufiq yang memang datang dari family cikgu,
so, dia memang faham sangat dah kerja kerja cikgu ni lagu mana.. Alhamdulillah,
bulih jugaklaa aku yang blur ni menumpang kemahiran dia tuu..hehehh.. Kalau nak
dihitung kenangan tu, hmmm..memang “hang” kalkulator saintifik kot.. sebab
banyakk sangat..!
Rumah nii menyimpan memori aku & Taufiq sebagai perantau di Felda Mata Air |
Tapi
antara yang kenangan yang paling aku ingat dan paling “touching” sekali ialah
waktu kitorang tinggal berdua kat rumah sewa felda yang angker tu dengan
kenangan waktu Taufiq nak di observe untuk rentas cemerlang.. waktu kat felda
tu sebab memang rasa dependent sangat antara kami dua.. macam-macam benda yang
jadi tapi kami hadap jugak tanpa bantuan rakan-rakan lain yang jauh terpisah di
hostel ipg.. ingat lagi malam-malam tu, kalau takde pasar malam dekat dekat
situ, kami akan pusing pusing pekan koboi Padang Besar Utara tu untuk cari
kedai makan.. apa yang tak bestnya, bila nama outsiders ni, orang situ akan usyaa
lain macam jerrkk.. macamlaa kita ni ada buat salah kat diorang.. bayangkan
kalau kita sorang diri waktu tu tu.. nak telan nasik pon rasanya tak boleh kot
sebab orang keliling dok tengok kita macam nampak alien..! Taufiq nii, even dia
tak makan (diet/puasa sunat), dia akan teman jugakkk aku ni melahap..punyalah
teman sejati tuu..! dan sebab tu lah saiz kami ni kontra..macam solstis dengan
ekuinoks..! Ada sekali tu, mungkin penat terlebih kot, si Taufiq ni demam...
so, malam tu lewat dah, aku bawa dia cari klinik.. pusing merata cari klinik
dalam pekan Padang Besaq tu sampai tersesat ke kat khemah berkempen orang
politik..cemas jugaklaa jadinya sebab tu khemah parti orang cina punya..! Last2
malam tu, ubat 7E jugak laa jadi penawar.. nak balik hospital kangar pon jauh
sangat.. esok nak sekolah balik..!
Iftar Ramadhan di Secret Recipe Kangaq... slh 1 faveret place Taufiq... |
Satu
lagi kenangan yang aku tak boleh lupa dengan Taufiq ni, ialah waktu nak observe
rentas cemerlang praktikum.. dialah, bukan aku..! Lawak jugak bila ingatkan
kelam kabutnya si Taufiq ni siapkan macam macam benda.. portfolionya, rph dan
bbm yang akan digunakan time observe tu. fuhh, memang macam orang nak sambut
anak sulong jaa gayanya.. bila hari nak observe tu, aku pun sama naik
kalutnya.. ke sana sini naik turun untuk setting tempat dan alat.. time kalut2 tu,
banyak kali jugaklaa Taufiq dok bisik bisik kat aku, minta aku ada situ teman
dia sampai abes observe.. jangan tinggal dia sorang2 sebab dia “getaq”.. rasa
macam penting pulak aku nii bila dia cakap macam tu :p ye lahh.. maunyaa tak
getaq bila ada hampir 5 orang pensyarah dok kat belakang tengok dia mengajaq..
awal tu macam lawak bila Taufiq pesan macam tu, tapi bila dia dah start
mengajaq, dan aku tengok dia dari pintu belakang kelas, rasa terharu dan bangga
tu ada.. terkenang balik segala susah payah kami lalui sama2 dari praktikum
satu, dua dan kali ni, yang ketiga sampailah meletakkan Taufiq di tahap
nii.. yup, memang aku berdiri jaa kat
luaq kelas tu sambil snap gambar2 Taufiq tengah mengajar.. tapi minda nii,
melayang mengenang kembali segala kenangan2 praktikum 1 dan 2 yang membawa
kepada kemuncak praktikum 3 nii.. jua petanda kami akan berpisah tak lama
lagi...
Cakkk..!! Selfie di Bukit Ayer |
Taufiq
mungkin antara orang yang terbanyak meluangkan masa denganku…antara yang paling banyak menghabiskan harta
keranaku dan juga tenaga.. Antara yang paling banyak tahu tentang aku…yang
sediakala menerima baiknya aku, buruknya aku..banyak sangatt kenangan
kita…banyakkk sangatt…!! Pusing keliling satu dunia ni pon, aku takkan jumpa
dah sahabat yang macam hang Taufiiqq.. hmmm, taufiiiqq, beratnya jemari ni nak
menekan keyboard bila mengenangkan terpisahnya kita pagi tu…di kedai makan
tempat terakhir mungkin kita breakfast sekali
:’(
posing dgn matbee di Cameron.. 2013.. |
Matbee...juga
tersenarai antara makhluk terawal yang aku tegur, yang aku ajak sembang kat IPG
nii.. ingat lagi waktu minggu orientasi, petang tu kat Pulako IPG, aku belum
kenal semua budak kelas... so, aku mendekati Matbee dan bertanya “Hang umoq
brapa?” mungkin sebab muka dia nampak matured walaupun orangnya haluuuihhh
jaa... hahahaaa..bukan apa, aku nak tau kot kot ada lagi yang umoq sama dengan
aku.. bolehlaa jugak buat geng veteran..ahakzz.. ye lahh, aku ni tua setahun (lahir 1990) berbanding kebanyakan budak
kelas aku tu.. Matbee ni teman rapat aku jugaklahh.. selalu lepak2 sekali..
bergaduh bab politik tu biasa sangat dahh..! Even aku dah tak duduk dalam
hostel waktu last sem, MatBee masih lagi selalu menyantuni aku kat umah sewa...chewahhh..!
Kira tak lost contact laa.. Hang mesti takleh lupa kan mai dok ketuk pintu
bilik aku pagi2 macam orang bodo.. dekat sejam jugaklaa hang buat keja tak
berfaedah tuu..haha..padan mukaa..! MatBee ni selalu jugak jadi mangsa
belasahan geng-geng bajet macam Amett, Jat, Ajoyy, Zack & paling terok,
tuu, EiEi time malam nak interview spp yang dekat homestay di Jitra tuu..maybe
sebab MatBee ni jenis diam, alim, cakap pon slow2 syahdu gitu, so selalu la
jadi lauk..! Tapi aku salute hang Bee, sebab hang cool sediaa..macam koolfever
daa..haha..! Jangan tak tau, MatBee ni
caring jugak kat aku.. best laa nanti sapa jadi bini dia..haha.. Kenangan kita
kutip buah pelam keliling maktab waktu semua orang dah balik kampung tu, aku
takkan lupa sampai bila-bila Bee weii..!! hahahahaaa...
Si Ajoyy nii memang hobi dia selfie..! |
yang pakai baju ungu tu lah munet.. amacam, ada gaya masterChef x? haha.. |
Munet
oh Munet... bila teringat Munet, mesti teringat makan... kecenderungan dia ni
memang ke arah bidang makanan.. Pandai masak pon dia, pandai makan pon dia,
pandai komen pon dia jugakk..!! Seorang
yang sederhana, tapi bukan dalam bab makan hokeyhh..!! Kalo bab makan, dialah
juara jangan sapa kata apa.. Apa yang dia makan, mesti mahai, mesti lebih vogue
dari orang lain.. Faveret dia KepCi, sebab kalo ajak lepak mesti
KepCi..mentanglah KepCi Kangaq tu open 24-7... Bab masak tak perlu
dipertikaikan lagi bakatnya.. Memang bentara sejati..! Ayam dari elok2 boleh
berkokok, dapat kat dia jadi arwah,, ehh silap, jadi lauk laa :p Selalu jadi
reference kalo nak makan apa.. especially kalo dinner kat tempat2 yang mahal
macam Mai Café tuhh.. takut salah order rugi duit tak berbaloi... Satu lagi
kejuaraan dia ialah bersembang.. kalo nak jumpa dia, kena spend siap2 at least
dua jam untuk sembang... kalo tak, jangan jumpa..! :p Munettt...rindu nak makan
hang masakk..!
Tudiaa Mat Zaid.. renungan matanya bisa menggetarkan jiwa siapa yang memandangnya...! |
Mat
Zaid Midi...sorang lagi classmate aku yang paling kerap bergaduh dengan aku..
Sepanjang 5 tahun ni, ada la kot dekat 100 kali bergaduh dengan dia ni.. gaduh
sat, baik balik.. gaduh sat, baik balik. Bab merapu, serah ke dia... Tapi
jangan main2, dia ni kadang-kadang bleh transform jadi tok guru.. Tapi kalo
dengan aku, pakai serban besaq mana pon, dok merapu bergelak jugak.. Seorang
yang perongoih, keras kiang...sebab tu selalu gaduh dengan aku... Bukan takat
aku ja, dengan pakgad maktab pon jadi mangsa perongoih dia.. Tanya laa mana
mana budak laki dalam kelas aku ni, konfem semua pernah gaduh ngan dia nii..
Walaupun badan kecik ja tak besaq mana, tapi suara dia paling hingaq dalam
kelas. Kalo musim exam, aku dan Jat akan lock pintu siap2 kalo dengaq suara dia
dari jauh... satgi kalo dia singgah mai, cacamerba abes, tak jadi study laa
jawabnyerr :p
Si Duang bersama 1 Malaysianyaaa..!! Sebokk jaa mamat blakang tu..! (BIG SK Seri Dusun) |
Mat
Duang... atau lebih mesra dipanggil “Tuan Guru”... juga seorang blogger ilmiah
islamik (Tekno Daie) dan selalu update status2 fb yang ismiah berbaur islamik
dengan Bahasa ala ala DBP gittuuu.. sebab tu la kott orang panggil dia ni tok
guru. Agak cerewet kalo bab makan.. entahlaa, jarang sangat aku nak berpeluang
makan semeja dengan dia nii... tapi yang konfem, kalo makanan tu free, memang
dia tak banyak cakap..memang tak cerewet...bedall jerk..! Duang ni kedekuit
jugak laa sebab time aku tumpang saga FLX dia pi minum petang kat Fatinnaz
Corner satu hari tu, mati mati dia takmo bukak aircond..! Makk aii, punya laa
panaih lit lit pukul 4 petang tuu..! Mat Duang ni jugak, walaupun kedekuit ke
hala tu, tapi dia ni pemurah la jugak.. pemurah dari segi skill dia..
Especially skill edit2 gambar, design2 poster dan banner ni. Pernah PA A
memenangi pertandingan rekacipta banner terbaik sempena Maulidur Rasul... waktu
tu zaman awal2 lagi masuk IPG.. muka masing-masing pun innocent gila time
tu...! Haa, si Duang ni lahh yang design banner kemenangan tuu..! Si Duang ni
jugak designer kepada poster2 event2 PGPI/ImpI di maktab nii.. ohh ya, poster
jualan perfume el-Haramain aku pon Duang jugak designernyaa... memang
thorrrbaikklahh selalunya hasil tangan si Duang nii.. thanks Duang...!
Sayangnya, aku tak sempat pun berguru dengan Duang nii berkenaan hal ehwal
design mendesign nii...huhu..
p3 yang berbusana kuning tuu...yang baju oren tu pengarah BIG :p (BIG Rumah Anak Yatim Mak Teh) |
Lasst
boy in my class to describe...jeng..jeng..jenggg.. proudly present.., the
mysterious Fitri a.k.a Waladol Faqiir... seorang sohabat yang cukup misteri
dalam PA A nihh.. sesuai dengan karakternya yang misteri, dia ni jugak seorang
Artist yang memang punya bakat besar dalam bidang senilukis animasi dan
nampaknya, boleh pergi jauh, sejauh saujana mata memandang...! Misterinya Waladol ni sebab orang jarang
perasan dia ada ke tak dalam kelas, especially lecturer lahh.. Kami yang laki2
ni, apalagi, jeles tak dak dahh laa ngan waladon ni. Time kami monteng, hingaq
satu maktab...time waladon ?? takda sapa pon perasan... ohhoii, ilmu apa lahh
dia ni pakai.. rugi jugak aku tak sempat menuntut :p Waladol ni memang makhluk
yang penuh dengan keajaiban.. waktu aku satu group assignment dengan dia, even
banyak mana pun tugasan, dia akan buat last minute, last night sebelum submit
tu, dan, ajaibnya, dia boleh pulakk siap..!! Dia ni jugak punya minat yang sama
dengan aku, iaitu gaming..!! Selalu jugakkla dok exchange dvd game waktu
sama-sama bergelar budak hostel dulu. Memori terindah dengan waladon ni, bila
time tak dapat tembus talian dia.. so, biasanya aku dengan taufiq lah, akan
lawan “osom” sapa yang akan dihantar untuk berdiplomasi dengan waladon,
biasanya untuk menyampaikan sesuatu khabar atau maklumat penting... kelebihan
utama waladon ialah tak pernah ponteng assembly, walaupun takda sorang pon
budak laki kelas aku yang pi..errk.. :p
2011...antara memori paling best dgn classmates..main selut di Sedim.. |
Actually,
ada sorang lagi classmate aku dalam PA A nii.. Noor Ridzuan yang kami panggil
Duwe.. orang Terengganu.. tapi belum sempat kenal rapat, beliau dah
meninggalkan kami untuk further study kat Jordan.. Apa yang aku masih ingat sal
Duwe ni, ialah dia ada lappy yang awesome.. yang besaq tuu.. memanglaa aku nii
jeles tak sangga dah tengok laptop dia tuu.. hehe..abaq terus terangg nii :p
Alhamdulillah, Duwe dah abes dah pun study kat Jordan sana dan kini berada di
hometownnya.. Dah kawen dah pun si Duwe nii dan doaku moga sentiasa bahagia
walau di mana jua...chewaahh, macam dj radio Sinar malam2 la pulakk..!
Duwe yang kanan tuu.. yang kirii tu ampa tau lahh sapa diaa.. dia tu semua gambaq wajib ada muka diaa..haha =.=" |
***
Hokeyhh,,, abes daa kesah budak-budak laki kelas aku... now, time for
SriKandi PA A***
TERIMA
KASIH SRIKANDI, KERANA MENJADI WARNA PENYERI PERJALANAN INI...AHAKZ :P
Terima
kasih kerana menjadi pelengkap warna hidup ini... one word for everyone...
**Nabila
: Cutee**
Yg cute..yg childish..tapi sejak akhir2 ni,
sejak pegang jawatan pkk, dia dah jd "mama" yg sgt
responsibility..dan sejak2 ni lahh baru tauu garang jugak rupanya pn belle
nii.. antara yg rapat dgn aku.. yg selalu boleh diajak berborak & bergelak
:p
err,
sorii belle,gmbar hg xde dlm nii (gmbar last gathering masjid bukhary) ..huhu..btw, muka hg tu aku cam lahh kat mana2
pon kalo jumpa ^^
**Nizha
: Exam**
Musim2 awal dulu, igt lg, nizha mmg paling
garang & serius..sampai kami yg laki2 ni tpaksa "osom" utk antar
sapa yg nak berurusan dgn nizha.. selalu, akulah yg jd mgsa utk berurusan dgn
"little dragon" nii.. kena pandai berdiplomasi kalo x nak kna sembur
api :p
Paling
femes time nak exam..semua jejaka akan memburu nizha demi sekeping nota..
Julai 2011.. Kursus Asas Memanah di Stadium Utama Kangar |
**Kak
Mal : Muna Jasman**
Sesuai
dgn namanya, Kak Mal mmg pandai memegang watak sebagai kakak...kontra dgn aku
yg selalu nak jd "adik" dlm kelas.. Muna Jasman bg PA A sbb arab
power sgt, n offkoss jd reference bila nak exam arabic. Kak Mal juga selalu
meneutralkan suasana dlm kelas..ye lahh, kakak kann.. tp kakak nii nakal jugak
kdg2, sbb suke kaco adik yg x brapa adik ni haa :p
**Mekna
: Diam**
Adik
bongsu PA A..pendiam pada normalnya..tp kalau diajak bersembang, ada jaa
suara.. Gaya tu ada laa ala2 gadis melayu terakhir gitteww..haha.. dan sebab tu
jugakla selalu menjadi mangsa kenakalan buaya jadi jadian kelas kita..tp Na
always cool & gentle melayan boya2 tu smua.. yon terkecuali sbb yon segan
& malu2 dgn Naa :p
Our last gathering... masjid al-bukhary |
**Atie
: Masak**
Bentara
kategori wanita...fuhh, mmg expert kalo bab2 masak kenduri banyak2 nii.. yang
penting, apa yg atie masak, semua sediaappp..!! Pernah sekali nasi dlm rice
cooker besar tu x msk, then atie dtg dgn magic powernyaa...tross jd elok nasi
kuning tuu.. :p kalo x da dia nii, kelam kabut kenuri jadinyaa...
**Kimah
: Berani**
Sinonim
dgn sifat berani..itulah hakimah aini :) Time kelas tarannum & gerko,
memang terserlah keberaniannya.. saat sang2 jejaka lawan bertolak hang aku
untuk bertarannum d depan ust mad, kimah tampil ke depan dan mempersembahkan
bacaan tarannumnya yg bisa buat seisi kelas terkesima..!! Fuhhh, mmg power..!
Kalo nyanyi lagu, mau pencen Celine Dion rasanya :p
Memori di Sedim, Kedah.. April 2011 |
**Syamera
: Doraemon**
Obses
dgn dua benda..doraemon & bolasepak...syamera & jwtn setiausaha memang tak dpt
dipisahkan..hehehh..mungkin juga "musuh" aku no. 1 dlm PA A, sbb kalo
boring takde nak gaduh dgn sapa, maka Syamera lah sasarannya.. bulih tahan
garangnya.. kalau dgn aku ni haa, tinggal x kena lenyek jaa :p
**Atiq
: Misteri**
Aku
menganggap si atiq ni misteri sbb aku x brp rapat sgt ngan dia.. dia ni garang
jugak la kadang2, sbb tu aku x brapa berani sangat.. katanya minat dgn moto,
yeahh.. sama la aku ponn.. kadang2 aku tgok dia nii ala2 mama yg
bertanggungjawab pon ada.. ye lahh, org dh kawen mungkin karakter die mcm tu kott
:p
Kunjung mengunjung rumah orang kampung... BIG Anak Angkat di Kg. Kuala Kangkong, Kedah...2012 Abaikan si Amett yg memang buas tuu :p |
**Subie
: Sporting**
Yg special offkosslerr tulis laasst skali :p
Antara
member paling rapat dlm kelass...dan aku x segan langsung utk
kacau..sebab..sebab..sebab die sporting abess :D Kenal rapat time aku jd KK
& dia jd PKK dlm kelas.. Sorang yg rajin buat kerja2 luar.. amek gambar,
blogging n sejak akhir2 ni, jadi bisneswoman la pulakk..hehe, selalu jaa kita
ada persamaan..ada chemistry org kata...hehee..ada makna tuu.. apapun, doa
dariku, moga sukses selalu..!! :p
*gambaran tulus dariku ttg anda semua..srikandi
PA A, classmateku yg dah 5 tahun 5 bulan x pernah terpisah....!!
Thankzzz
for everything...for all u giving n sharing...!! Really2 apreciate n will be
remember...forever.... :')
Kenangan dari tanah tinggi Cameron..2013..hmm, mane satu Cik Subie yea?? |
***Okeyyhh..abess
daa kisah sal classmate...sekarang apa pula??
***ZACKEY...NAMAMU
TERATAS ^.~ ***
Zackey... Aaki.. Zack... Kii, dia tetap makhluk yg sama yg aku kenali sejak 2009 dulu.. tak pernah berubah... dia... bukan sekadar roommate & coursemate, dia juga
sahabat, teman,rakan, kawan, boyfrenz, buah hati pengarang jantung & usus,
intan payong pasaq malam, dialah adik dialah jugak abang yang paaaalinggg
rapat... yang paling faham dan paling setia... dan offkosslaa yang paling spesyelll.. jangan jelezzz..!!
Sayang
giler laa kat dia ni sampai rasa macam adik sendiri daa.. Actually dia bukanlah
antara yang terawal kukenali di maktab ni, mungkin sebab dia kelas lain kot...
tapi bila kenal jaa, terus kami jadi rapat jugaklaa.. hahh, tu lah hebatnya si
Zackey nii :p Zackey ni lebih kurang Aajoy dengan Amett laa sebab aku tak
pernah rasa segan2 malu2 dengan dia nii.. Nak apa, nak mintak tolong apa, nak
cerita apa, cakap jaa kalo dengan Zackey...takde daa nak pikir pikir 10 kali 20
kali...
Masa baru2 kenal...malu2 gitteww..ahakzz :p |
Seorang
yang saangattt rajin layan aku, borak2 dengan aku kat social apps.. dari zaman
sms dengan ym lagi taauu..!! Sampai sekarang laa, kalo wasap ke, messenger fb
ke, tak pernahnya lambat reply... kecuali laa henpon dia buat hal.. Zack, soriii
tak sempat teman awak bli henpon baruu.. masa dan waktu, jeles sangat ngan
kiterr :’(
Apa
special sangat Zack ni?? Kalo orang tu tak special, takkan laa kita sayang kat
dia kan?! Specialnya Zack ni even dia kelas lain, tapi kadang-kadang aku rasa
dia lagi dekat..lagi rapat berbanding classmate sendiri.. Time aku demam kat
hostel dulu, even bilik dia jauh, tapi dia lahh yang paling kerap tanya hal aku, bagaimana aku dan antara yang
terawal datang berziarah selain roommate sendiri waktu tu.. benarlah kata
orang, kita akan selalu ingat orang yang ada dengan kita waktu kita susah,
waktu kita jatuh.. Zack lah salah satunya... Macam tu jugak time masuknya
semester baru, belum sempat aku sampai hostel lagi, dah dapat sms dari
dia...tanya aku nii kat mane? Hoho...memangglaahhh si Zackey ni caring yang
teramat...untonglaa wife dia nanti..
Zackey that always caring and make me calm :) |
Last
sem ni, aku ditakdirkan duduk serumah dengan Zack, dan sebilik pulak tu.. kira
5 bulan jugakklaa kami jadi roommate kat rumah taman ira tu.. Actually, aku
rasa terhutang budi jugak laa dengan Zack ni, sebab time aku terkial kial tak
tauu nak partner rumah sewa dengan sapa, Zack datang dan mengajak aku join geng
die dok rumah sekali...thanks Zack..! Bila dah duduk serumah dan sebilik ni,
membuatkan aku bertambah rapat bertambah kenal lagi laa dengan Zackey nii...
Dia
tak pernah kedekut...tak pernah berkira langsung... Zackey adalah antara member
yang paling banyak berhabis harta, masa, dan tenaga dengan aku.. Dari dialah
aku belajar untuk belanja member bila lunch atau dinner sekali tanpa pikir
berapa pun jumlahnya.... Dari dialah jugak aku belajar jangan takut kehabisan
rezeki... Sebab dia pemurah tak pernah kedekut lah aku tengok dia loaded jaa
selalu, especially bab makan..
dah tua2 pon kene suap...haha.. apa salahnya sekali sekala.. kenangan sambut bezday kat Gracias Cafe, Kangar.. 21 Ogos 2014... |
Time
sambut bezday aku, dan seingatku, inilah first time ada member yang sudi sambut
bezday aku on the date..!! Dan itulah Zackey...! Malam tu kat kafe Gracias,
dekat 100 jugaklaa dia berhabis dengan aku.. Thanks jugak untuk Ajoyy, MatBee
dan Jat yang join jugak malam tuu.. Punya laa bersungguh nak sambut bezday aku,
sampaikan dia keluar dulu sorang-sorang meronda tengok tempat yang sesuai untuk
celebrate...then, baru balik rumah amek aku... Tu belom kira makan hari-hari
lagi... Ingat lagi tak dinner paling mahal kita kat Kola Perlis tu, hentam
seafood sampai mabuk malam tuu :p
Sebut
bab makan,pasti kita akan ingat orang yang selalu teman kita makan dan belanja
kita makan... Last sem ni memang takda orang lain dahh, si Zackey ni lahh siang
malam meneman aku makan dan selalu payung pulakk tu...kes tu yang sayangg
sangat tu..hehehh.. Dia ni kalo bab entertain orang, rai orang, memang nombot
satu lahh.. sebut ja teringin nak makan apa, nak makan kat mane, dia kan bawa
dan temankan... Tapi satu jaa, celupar
jugak mulut dia ni.. ada ke patut berat dia naik, dia salahkan aku sebab asyik
ajak dia makan sedap sedap.. apalagi, kena tarik telinga laa takpon kena tampaq
kat pipi yang koi tembam tuu...pastu mulalahh bergadoh..hahaaa... Kii, sunyi
sangatt meja makan ni, kereta nii bila Kii takde kat sebelah teman kiter makan
cornetto ataupun crunch macam selalu :’(
"waajib" pekena cornetto kalo lepas lunch/dinner |
Dia
roommate paling sweet paling romantic dan caring... di sebalik ketegasannya berprinsip
la konon...contoh “mak aku tak bagi makan lewat malam” / “mak aku tak bagi
makan Maggie” / “bapak aku tak bagi tido petang” dan macam-macam lagilah
prinsip dia tu sebagai anak yang taat giler laa konon kononnya, Zackey nii
sorang yang caring, sweeett dan romantic bangett... Malam-malam kalo aku tido
awal, Zack akan tolong selimutkan sebab sejuknyer aircond kat bilik kami tuu..
macam tu jugak pagi2 time dia nak pi kuliah, dan aku pula baring2 atas katil..
dia akan selimutkan aku even aku ni bukan jenis pakai selimut sangat ponn..
saja la tuu nak kaco sebab jeless tengok kita nii takde kuliah awal2 pagi cam
die :p Kemas tempat tido tu memang keja faveret dia lahh..mungkin dia bercita
cita nak jadi housekeeping kat hotel kut sementara tunggu panggilan posting
nanti...who knows ?! :p
kenangan di pantai bukit keluang, besut, Ganu |
Sweetnya
si Zack nii sebab dia tak pernah marah aku, tak pernah buat bengang dengan aku
even aku selalu kacau dia...buat macam2 dan kadang2 paksa dia makan awal laa..
paksa dia teman pegi sana sini laa..haha.. Kalo dia ada kuliah then aku pulak
takde, memang dia akan bungkoskan makanan untuk aku lunch kat umah even kadang2
tu aku tak mintak pon dia bungkos..selalu sangat..!! Punyalaa ingat kat aku si
Zack nii..takut aku kurus tak makan katanya.. :p Sebab tu lah dalam ramai ramai,
dia paling special sekali.. Dan, bila dia buat benda yang sama kat kiter,
janganlaa kita layan dia sebaliknya...macam mana dia threat kita, kalau boleh,
macam tu lah kita threat dia balik..baru sweeeet..!
Time
aku demam lepas balik dari bbq kat Bukit Ayer tu, si zack nii punyalaa risau
takut kot aku bukan demam biasa...mana la tau kena kencin tikuih kaa kannn..
tapi Alhamdulillah, everythings fine..! Sekali sekala demam ni, syok jugakk
bila orang layan kita macam raja..haha..tu pon kalo dapat roommate macam Zack
lahh.. ingat lagi malam tu, dia bawa
balik makanan punya laa banyak... siap dengan nestle bliss lagi tuu..! Tapi dia
pon hentam belasah jugakk bliss tuu.. terokk perangai..apodaa...hahahaa :p
Hangatnya belakang tangan Zack yang memegang dahi & pipiku yang panas waktu
demam tu, akan kuingat dan kukenang sampai bila-bila....
layanan dari roommate tersayang time demam... roommate korang ade buat camni?? hahaa.. |
Zack
nii kadang kadang macam adik, kadang kadang macam abang... dia jadi adik bila
suka ganggu orang lain..suka usik2 orang dan buat muka dan perangai yang pelik
pelik... konon nak test aku la tuu.. merajokk pun kuat jugakk nii..ingat lagi
takk orang tak bagi desktop untuk bukak email ape ntah..haha..punya laa panjang
muncung..panggil jpj mai ukoq baru tau..!!
Satu lagi perangai dia ni, selaluu
ja nak menang, takmo kalah kalo lawan bercakap lawan bertengkaq tu..memang
sifat sejati anak no. 2.. selalu sangatlahh kitorang bila boring boring dalam
bilik tu, bertengkaq especially dalam bab loghat.. ye lahh, aku ni utara, dia
selatan, memang “belaga” laa orang Kedah kata.. selalu ada jerr words yang aku
cakap dia nak pertikai.. contohnya, aku tanya dia, kat tv sekarang ada “gambaq”
apa? dan zack akan buat2 tak paham apa yang aku tanya.. ohhoii, bab ni memang
aku faham sangat dah, so selalunya aku bagi dia kemenangan percuma ataupun
paling kuat pun kena cekik tak pon kena lenyek jaa dia nii..padan muka
ko..!! Kalo dia bg hint untuk "berbalah", aku on jaa sebab syok tengok perangai tak nak kalah dia tu.. aku tauu sangat sebab aku anak sulong dan adik aku pon ada jaa perangai macam ni...sampailah tayang penumbuk depan muka baru tau nak diam...haaa..tau pon takutt..hahaa
i hope...this isn"t goodbye :'( |
Kenangan time camping unit beruniform di kem tasoh, Perlis |
Dia
jadi abang bila suka nasihatkan aku, tunjuk ajar aku itu ini, ajak aku solat
awal, pegi masjid la, pegi kuliah laa...hoho, semua orang pelik bila aku jejak
kaki balik kat Matin untuk mengaji kitab.. hmm, camnelahh si Zackey nii buat
yea...!! dok ngan si Jat 5 taon pon tak pernah ikut Jat pegi Matin... kenal
Amett 10 taon pon, tak pernah rasa nak join Amett p Matin.. tapi, 5 bulan ja
dok dengan Zack, tiap2 minggu mesti ikut pegi Matin... hurmmm... tu baru 5
bulan.. kalo 5 taon aku dok dengan dia, rasa2 aku pon dah jadi “wali” macam dia
la kot gamaknya :p
Jangan
tak tahu yea tuan2 dan puan2 sekalian, si Zackey ni jugakk sorang yang rajin
terlebih adakalanya... Contohnya suka buang sampah kat dapor rumah, suka refill
air minum dalam fridge dan jugak suka kemas kemas bilik... basuh ayam, besiang
ikan memang kerja dia lahh dekat rumah tu.. apa yang ramai tak tauu, Zack ni
pandai masak, especially masak sambal tumis..ohhoii, sesedap rasa..! Sambal
ikan bilis, sambal sotong, sambal ayam kalo Zackey yang buat, memang sold out
laa..! Tapi..tapii, sayang, dia kurang skill bila bancuh air banyak2 dalam
jug...haha, selalunya tawar...tak manis macam tuan..!! Nanti Zack balik umah,
soh mama ajar...tau..!
muke kene paksa scaling gigi @ Kangar GH.. Makk aaii, sakit, ngilu semua ada.. tapi sebab Zack yang paksa, buat jugaklaa.. kalo x ikut, merajuk muncung sedepa la dia tuu :p |
Satu
lagi yang maybe tak semua orang tauu, si Zackey ni juga sorang yang manja dan
kuat bebai...ooppss, sorii, mocuoq rahsiaa..jangan maree..! Tak pasti nak kata manja ka bajett, sebab dia
nii tak bley kena panas, tak bley kena hujan.. Kalau siang siang tu ajak dia
naik moto, memang takkan setuju punyerr..! Sunburn katenyerr...takuiit kulit
terbakorr :p Kalau kena hujan pulak, nanti mesti nak demam laa sakit pala laa,
ceceme laa... same goes with me too kalo bab hujan nii..! Dua
lagi sebab aku katakan dia ni manja & bajett ialah dia takut gelap &
tikuih.. dalam bilik kitorang tu, lampu kena on 24-7.. at least kena ada jugak
satu lampu yang bukak..tak boleh tutup semua sebab ade orang tu takott ada
bendaa heheheeeeeee~ lagi satu tikus, aku tauu dia nii Musophobia (takut tikus)
sebab adik aku kat rumah tu pon ada “penyakit” nii sampai bawa jumpa doktor..
pernah sekali tu laa, ada tikus merayap kat tempat parking moto tu, Zack nii apalagi,
terus panjat sofa laa.. kita jugak yang kene bersilat dengan penyapu menentang
sang tikus tuu..huhu.. (nakk die je jadi hero... ermm, memanglah..! blog aku,
akulah jadi hero..ahakzz :p)
Our last dinner..maybe :'( Yianggg makcik belakang tu ponnn..sebok nak angkat kerusi apahalll..! |
Zack...banyak
lagi nak tulis tentang awak sebenarnya...tapi, biarlah itu jadi kenangan kita
berdua jaa.. Zack, tq..tq..tq for everythings that u’ve done for me.. Mintak
maap, mintak halal, mintak redha untuk segalanyaa.. Banyakk sangat
Zack...banyakk sangatt..dan awak ponn, baaikkk sangat sangat... Sampai bila
bila pon, aku takkan jumpa lagi dahh Zackey yang keduanya... bak kata P.
Ramlee, “di mana kan ku cari ganti...serupa denganmuuu”
gambar faveret 2014... layan steamboat ala Korea @ Seoul Garden Alor Star Mall even kedua-duanya takde muke Korea sikit ponnn :p |
Kii, moga ko sukses selalu...kat mane pon, bile2 pon... yang indah
itu ukirkan pada batu, biar kita nampak dan ingat selalu... yang pahit itu,
lakarkan di wajah air, biar cepat hilang dan pergi berlalu... Kii tetap special
dalam hati nii, dan takde sesape pon bley ganti
***Geng Taman Ira...Bersama kalian,
aku menimba pengalaman***
Satu
Sem (5 Bulan) jugaklaa dok serumah dengan geng geng nii.. rumah kat Taman Ira
tu kami share 10 orang... selama 5 bulan dok sekali ni, daripada angguk angguk
senyum senyum masa zaman hostel, kini dah jadi member makan semeja dan teman
tengok tv.. Paling best dengan geng ni, time meniaga hari Gerko dengan BBQ kat
Bukit Ayer..
Sungguh,
banyak pengalaman yang aku dapat masa dok serumah dengan depa ni di Taman Ira
tu. Especially dalam bidang masak memasak lah. Daripada tak reti nak basuh
beras, kini dah pandai la jugak masak nasi. Daripada tak pernah masak masakan
kampung melayu2 gitu, kini dah boleh laa setakat nak masak kari kurma ataupun
sambal tumis.. daripada tangan ni tak reti nak uli uli tepung, kini dah pandai
goreng roti canai.. daripada tangan ni tak pernah nak basuh dan siang ikan,
kini dah tak geli geleman nak cabut insang dan perut ikan.. tu pon lepas kena
paksa dengan zack...adoii, zack lagii :p
Geng Taman Ira memeriahkan Hari Gerko IPG 2014..!! |
Antara
geng rumah yang paling rapat dengan aku (selain zack laa) ialah matDin.. MatDin
ni macam Labu (ka Labi ntah) dalam citer P Ramlee tuu.. yang jadi tukang masak
tuu.. dia ni memang ketua chef laa kat umah sewa kami ni.. Sebelum ni pon, masa
kat hostel, bilik kami sebelah2.. so, memang rapat lama dah dengan MatDin nii..
Dan, bakat memasak dia lebih menyerlah bila duduk menyewa rumah yang lengkap serba
serbi nii.. ohhoii, ingat lagi betapa excitednya MatDin saat kali pertama kami
masuk tengok interior umah sewa Taman Ira nii..kilauan dapoq Kak Ina tu,
memanglaa dok sambaq mata dia.. haha..
memori bbq di Bukit Ayer... 2014 |
Dengan
MatDin ni, sebut jaa teringin nak makan apa, dia akan buat bagi..
kadang-kadang, belum sebut pon, dah teridang depan mata. Segala jenis nasi
dengan macam –macam jenis lauk aku dah rasa yang MatDin masak.. Paling best,
paling tak boleh lupa, roti canai hari Gerko. Dengan aku yang tak reti apa ni
pon kena paksa main tepung.. ingat lagi balik meniaga 1st day yang lewat malam
tu, masing-masing nak pengsan dahh, tapi mengenangkan esok ada sehari lagi,
gagah pakat uli tepung doh roti canai tu sorang sekali..maka bergelimpanganlah
anak-anak taman ira kat ruang tamu malam tu... jap..jap, zackey pegi mana ehh
malam tuu?? dia pengsan awaaalll lagi
kat dalam bilik..sakit pala katanya..patutlaa rasuah kitorang dengan teh ais
sorang satu malam tu :p
Esoknya,
sekali lagi aku kena paksa dengan Matdin.. jadi tukang goreng roti canai dia
kat gerai.. ohhoii, bukan keja senang laa adik kakak.. silap timing, hangit
roti canai tuu.. betoi tak denial? (deniel nii actually x lepaih ujibakat
goreng roti canai dgn matdin..hahaha..oops) dahla nak siap sebijik2 pon sampai
ketaq pala yang kata nama roti canai nii..! Last2, sold out jugakk roti canai
kita tengah hari tuu...
antara menu iftar ramadhan hasil air tangan anak2 taman ira.. bulan ramadhan yang paling memorable...! |
Geng
RBT yang dok serumah dengan aku pulak ialah Syarol, Zul, Danial, Coki, Acap dan
Yen.. Paling rapat dengan Zul, Syarol & Deniel laa.. Zul nii macam ustat
jadi jadian laa..hahaha.. sebab dia selalu melazimi masjid alwi tuu.. memang
rajin p masjid dia nii.. siap berani sound aku lagii yang kadang-kadang
terr..ter..ter (ahaha..falam2 laa kalo sebelum zohoq dengan sebelom asaq tuu)
So, disebabkan si Zul nii tak segan dengan aku, aku pon tak reti laa nak segan
silu ngan dia nii..boleh jaa lawan hentam lawan melawak tanpa ada simpan rasa
dalam hati.. Haha Zul, hang memang style walaupun kalah PES dengan aku walaupun
player aku ada 10 orang jaa waktu tu :p (yang membuatkan si Zul ni bersara
terus dari dunia PES).
Syarol si adik manis yang selalu digelar “anak bongsu” dalam rumah nii.. Walaupun syarol nii cute jaa macam budak2 sekolah, tapi boley tahan ganas dia nii.. Ganas waktu main game laa.. fuhhh, memang laa gamerz sejati.. PC game apa yang baru release, memang dia try semua..! PC dia memang jauh lebih power dari PC aku nii.. Dan sebab dia nii raja gamez dan raja movie, so aku pun rapat laa dengan dia sebab..sebab.. dia selalu jaa bagi installer game dan koleksi latest movie freee dekat aku nii.. dekat semua orang pon macam tu.. sebab tu semua sayang kat si syarol nii..
Syarol si adik manis yang selalu digelar “anak bongsu” dalam rumah nii.. Walaupun syarol nii cute jaa macam budak2 sekolah, tapi boley tahan ganas dia nii.. Ganas waktu main game laa.. fuhhh, memang laa gamerz sejati.. PC game apa yang baru release, memang dia try semua..! PC dia memang jauh lebih power dari PC aku nii.. Dan sebab dia nii raja gamez dan raja movie, so aku pun rapat laa dengan dia sebab..sebab.. dia selalu jaa bagi installer game dan koleksi latest movie freee dekat aku nii.. dekat semua orang pon macam tu.. sebab tu semua sayang kat si syarol nii..
Last day bersama Syarol si bongsu... senyuumm jaa Si Syarol nii :) |
Syarol
ni jenis tak banyak cakap, jenis tak reti nak marah..nak bengang kat orang..
Sumpah tak pernah dengaq syarol tengking2 orang, tarik muka dan buat bengang
dekat sesape dalam rumah kita tuu.. So, syarol ni faveret aku jugaklaa bila
time nak partner memasak tu.. ingat lagi tak kita goreng ikan kering sampai
hangus? Syarol nii kalo aku yang masak, even aku seniri pon rasa tak berapa sedap,
tapi dia puji jaa.. “sebab yon yang masak..!” itulah selalu yang dikatakannya
menyebabkan semua orang jeles dan naik menyampah.. weekkk :p Syarol, tunjuk yang mana paling sedap kat
meja makan nii?? Syarol pon tunjuk jaa...cute, macam budak2..hahahaaa
Danial,
si pejuang Astro.. Den ni, sebelom masok maktab, aku taklaa rapat sangat ngan
die.. just anggok2, senyum2 gitu jaa bila serempak di area kampus. maybe dia
blok lain kot masa dok hostel dulu. Tapi bila mai serumah, Daniel dengan aku
nii rapat jugaklaa... especially time nak tengok tv malam2.. dia ni memang tak
boleh dipisahkan dengan tv tuu.. terbayang lagi bagaimana resahnya si Den ni
waktu astro Kak Ina buat hal. Kebanyakan channel tak boleh tonton.. so apalagi,
mengamuk laa si Den ni hari2 dalam grup wasap rumah.. hahahaa.. aku yang jarang
nak tengok tv ni tak rasa apape laa.. sebab tu lah aku panggil si Den ni
pejuang Astro..! Dennn, jom tengok masterChef..! hahahaaa
BBQ Geng Taman Ira @ Bukit Ayer.. Deniel yang baju kuning & Zul ya kiri sekali tuu.. |
Yen
sorang lagi geng rumah ni.. even masuk agak lewat kat rumah ni, tapi selalu
gaklaa bawa mai makanan dari rumah..dan Yen ni jenis tak cakap banyak.. orang
mintak tolong apa, dia buat jaa.. Coki, even tak rapat sangat dengan aku, tapi
tiap2 hari aku mesti nampak dia ni sebab dia loyal customer toilet kat bilik
tido aku tu.. paling takleh lupa, nasi lemak hari gerko yang dia buat, sold out
sampai sorang pun tak sempat nak rasa... Acap, mungkin aku jarang sangat nak
bersembang dengan si Acap ni, tapi aku tauu dia memang master kalo bahagian
bancuh bancuh ayaq... Jus buah amra (kedondong), kalo dia tak buat kat rumah
tu, aku rasa sampai sekarang pun tak tau ada minuman rare yang macam tuu..
sedapp..!
Ohh
yaa, sorang lagi, si Kery..satu2 nya budak sosial kat umah niii.. bleh tahan
akrab jugaklaa dengan si Kery nii.. sebab dia roommate si Zack selama 5 taon
masa kat hostel dulu..Aku plak rajin lepak kat bilik Zack masa dia dah pindah
kat Blok E (blok aku laa tu), so automatiknya, rapat gakklaa dengan si Kery ni.
Lawan bertengkaq lawan menjerkah olok2 dengan dia ni memang selalu sangat dahh..sampai
pernah budak rumah ingat kami bergadoh betul, padahal kitorang dah pakat nak
buat2 bertengkaq macam gadohh laa kononnya...haha.. Kekuatan si Kery ni ialah
suka lepak kat kedai mamak sampai lewat malam walaupun berseorangan.. hmm,
kenangan paling best ialah time dia ajar aku tunggang superbike er6n kuning
tuu... ohhoii, tu lah kali pertama makhluk Allah ni tunggang dan
bonceng superbike.. haha, ingat lagi tak muka tegezoot budak2 rempit kampung
yang kena cantas ngan kita tuu?? hahahaa..
#GengTamanIra yang kena posting jauh2 tu, dok elok2.. jangan buat haria tak ketahuan hala kat tempat orang..hehehh |
Rs mcm baru smlm
jaa...
> tgok
masterchef dgn deniel kat ruang tamu..lyn hindustan smpai meleleh hingus..ekk
eleyy ckp org nangess..die yg stat dlu..
Rs mcm baru smlm jaa...
> zul mai dok
kaco2 aku & baring2 kt riba nii mcm slalu...zuullll..awat hg p jauh
sgt..skrg aku nk gaduh ngan sapa?!
Rs mcm baru smlm
jaa...
> blajaq nek
superbike er6n tgh2 mlm dgn kery kt kola perlis..siap mati enjin kt trafik
light lg..malu weyhh
Rs mcm baru smlm
jaa...
> kne marah dgn
din sbb hangitkan roti canai dia..kalo dia mrh sikit lg, mmg mkn senduk laa dia
pg tu..tu blom kira pusing kangaq cari rumah no 7 tmn ira..haha
Rs mcm baru smlm
jaa...
> coki pulun
sungguh2 dok shoot gmbar slow motion main bunga api ngan syarul kt porch..dkat
nk raya ms tu..ulang2 smpai jd..
Rs mcm baru smlm
jaa...
> masak2 kt
dapor dgn syarol sambil usik2 dia..thankzz syaroll, 4 the muvizz & games..
apesal diorg smua jelezz sgt ngan kita dua..haha
Rs mcm baru smlm
jaa...
> besungguh
sgguh blajaq isi borg posting ngan acap kt laptop dia & sama2 repair
mainswitch yg slalu blackout tgh2 mlm tuu..
Rs mcm baru smlm
jaa...
> dinner ngan
yen kt meja mkn... bagusnya yen sbb slalu cedokkan nasi & slalu tnya kot nk
kirim apape bila dia nk kluaq...
> and my
beloved zack...smpai syurga kuu..arghhh.. beratnyaa nk tulis.. bacalahh
tintamalam nnti..
Rumah no. 7, Lorong 17 Taman Ira, Kangar yang kami rindui.. Banyak kenangan pahit manis bergelar pelajar sem last terlakar di sini.. Kami menggelarnya "Villa Azlina" :) |
Tulahh
serba sikit kenangan ngan housemate Taman Ira.. walaupun hanya 5 bulan dok
serumah, tapi pahit manis pengalaman tu, takkan dilupa sampai bila bila..
thanks eberybody..! Luv U ollzz..!
***Abam Long EiEi... jasamu
dikenang..!!***
Bila
sebut EiEi, satu Malaysia kenal... errkk.. ye ke?? Antara member yang selalu
gak mai lepak kat umah sewa aku.. EiEi ni memang jenis tak berkira harta.. tu
yang baguih dia mamat nii.. dan memang pon dia ni jenis yang agak berharta
laa.. Kalau keluaq makan dengan dia, jarang-jarang laa kita ni kena bayar
sendiri.. memang selalu dia akan payung.. makan yang mahal mahal plak tuu..!!
Lagi satu dia ni jenis tak berkira harta benda dan ilmu... fuhh, baguihh tu..!
Selalu gaklaa aku pow dia punya Yes 4G dengan maklumat2 sal esaimen dari dia
nii.. apepun, thanks EiEi for being my frenz... u cool enough dude..!!
memori iv spp di ipda bersama abam long eiei (yg paling nsem & pegang beg tu) |
***NoNasss...Aku datang kepada
kepadamuu.. aku datang mencarimuuu~***
NoNass nii akronim kpd pasangan romantika IPG Perlis 2014, iaitu Anas +
Noni.. Aku rapat jugaklaa dengan dua2 orang ni.. Noni nii schoolmate aku masa
kat SmKaK dulu dan Anas ni pulak coursemate (junior) kat IPG Perlis nii haa..
Anasss
Marudin...junior paling special sebab rapat dengan aku..kira boleh makan
sepinggan, minum segelas laa dia nii..muda 2 taon dari aku tapi dah kawennn..
mungkin sebab muka dia ala2 izzue islam la kott.. kes tu laku awai :p apa
kenanya si Anass ni dengan lirik kat atas tuu?? Actually lagu Aku Datang (ost
Istanbul Aku Datang) nii lagu feveret Mat Anaihh nii.. tiap kali sampai depan
pintu bilik aku, mesti dia nyanyi lagu nii.. pastu mula lahh godek desktop aku
yang vogue tu untuk layan movie... biasanya dia akan main skip2 movie apa yang
ada.. tengok part2 yang best jaa.. macam spotcheck pon ada kadang2.. huhh,
movie dalam desktop aku semua lulus Lembaga Penapisan Filem okeyhh..!
ni lahh anasss islam...hahaa |
Tapi
aku sukaa ja kalo si Anass ni mai
menyantuni aku kat bilik di hostel dulu.. sebabnya dia ni jenis rajin la
jugak.. contohnya, dia pernah tolong aku balut RPH dan Fail Praktikum.. jangan
kata dia jadi mangsa dera pulak..dia yang sukarela okeyhh..!! Thankss Anass...
Lagi satu, dia rajin meneman aku kalau lapaq lewat2 malam.. Burger Pulai tu dah
jadi port lepak aku dengan Anas ni bila jarum jam menunjukkan angka 12 a.m ke
atas..
hahaa..ciann budak tuu kena dera balut rph...muehehe |
Pernah
sekali tu, aku ajak dia ni teman pegi bank in duit dulu sebelum makan kat Bank
Islam Kangar.. haha, ingat lagi tak, orang yang nak masuk keter dia kat tempat
parking tu pandang kita lain macam.. ye lahh, kita dua naik moto jerr.. dia
ingat kita nak rompak dia kot tengah tengah malam.. orang yang naik motor ni
kan sinonim dengan benda2 tak elok.. benda2 negatif jaa.. kalaulah dia tauu
dalam poket kiter ada dekat 3k malam tu untuk di bank in, mungkin dia x pandang
kiter macam tu walaupun kiter naik moto jee..
Balik dari bank tu, Anas memekak
atas moto sepanjang jalan.. nyanyi lagu Aku Datang ni lahh.. siap depa depa
tangan macam nak terbang pon ada.. apa lahh yang budak ni syok sangat tengah
tengah malam macam tuu..hadooiii..! Singgah makan kat burger Pulai dan waktu ni
lahh baru perasan Anas ni suka share makan & minum sepinggan &
segelas.. orang nak order bagi dia takmo.. haha... btw, Anass, thanks muchachos
for all those memorable moments.
***Abuya Ashaari Sang Sunni***
Ashaari
ni aku panggil Sang Sunni sebab selalu sangat dok kacau aku kat fb especially
isu2 sunnah bid’ah dan isu2 politik.. ye lahhh, aku ni biru pekat dia pulak
hijau pandan.. mana laa nak ngam..haha.. tapi yang bestnya, kami tak pernah
gaduh2 pon.. aku pon tak pahamlahh, apahal orang boleh gaduh teruk2 kalo pasal
politik.. ada yang awalnya kawan baik, tapi sebab politik, boleh lawan
bertumbuk bercakaq... aduhaii..terokknyaa..
inilah dia gerangannya ashaari sang sunni...bersama kuda biru kesayangannya..! |
Tengok
macam aku dengan si syaari ni haa.. takda pon nak gaduh2 even tiap2 kali jumpa
dok balah hal politik hal Sunnah bid’ah.. haha.. antara memori dengan ashaari
ni ialah ada suatu petang/malam tah, x ingat.. aku baru sampai kampus...nek
moto laa.. then, masa tu, pakguard buat operasi kad keselamatan... memang
hadcore punya operasi laa aritu.. malangnya aku tak letak kad masa nak balik
dulu.. so, bila nak masuk, memang jadi masalah laa.. hmm, pikir punya pikir,
tetiba dapat la idea.. aku pun pergi masuk masjid sebelah kampus tu dan parking
moto kat ceruk belakang masjid tu laa.. dan bermulalah misi “menceroboh
sempadan” ikut pagaq belakang tu.. tudiaa, pakguard punya pasai.. nasiblaa tak
jadi apapa waktu aku melangkah masuk ikut pagaq besi belakang yang dah nak
roboh tuu..
Hari Bahagia Abuya Shaari bersama pasangannya.. maaf x dapat hadzir |
Time
tu, kelam kabut aku call ashaari ni lahh untuk mai amek aku kat tangki air
tuu..huhu.. then kitorang pun buat muka budak baik, siap bawa kad keselamatan
lagi, keluar semula ikut main gate untu amek moto aku tu balik..hahaa.. bila
ingat balik kisah ni memang lawakk sebab masa tuu perangai2 gangster baru nak
berpupuk dalam diri kami2 nii..almaklumlahh, masing2 masih memrgang title
junior masa tuu..
Satu
lagi jasa ashaari yang aku tak lupa ialah kesanggupannya untuk ride moto aku
yang pancit, dari ipg ke woksyop aboyy motor yang dekat2 maktab tu..
huhu..nasiblaa ada ashaari nii.. kalo aku yang ride sendiri, mungkin lebih pancit
moto tu...dari satu tayar pancit, mungkin bertambah satu lagi..haha.. Ashaari
ni jugak tempat aku meminjam buku2 dan novel2 islamik.. dia nii memang ulat
buku laa jugakk.. buku2 dia dengan buku2 TG Duang tu lebih kurang sama laa
banyaknyaa..tp tak jadi mufti pon diorang.. aku jugakk yang kena jadi mufti
impi...hahaa..chewahh.. memandai jaa :p
***Payed & Amin... my last minute buddyz***
Payed
& Amin.. dua2 budak PJ yang aku paling rapat sekali.. maybe??!! Aku ni
bukan jenis sosial sangat.. so, payahlaa nak berkawan rapat dengan budak kos
lain.. Aku rasa Payed & Amin nii lahh budak PJ yang aku reti nak berkawan..
yang lain2 tu setakat angguk2 senyum2 jaa..
Diorang
nii kira kawan last minute laa sebab stat rapat dengan depa nii time sem 7 dan
sem 8 daa.. apesal kita tak kawan dari duluuu??!! huwaaaa :’(
Pernah laa jugak empat lima kali kami keluaq makan lepak lepak sekali..
Payed ni pendiam sket..macam malu2 gitu.. tak macam amin yang kadang2 bleh
transform jadi ostat.. sebab tu laa tak ramai pernah “dating” ngan di payed
nii.. tapi bila dengan aku, hmmm.. memang laa banyak cakap dia nii.. kerap
jugaklaa dia ajak aku teman breakfast makan roti canai kat area taman jali
tuu.. tapi tu semua time aku dok hostel laa.. time aku dok umah sewa, jarang
sangat dahh nak jumpa depa nii.. tapi ada gak sekali dua diorang mai umah sewa
aku.. rindu letteww :p
Ni lahh Payed & Amin.. kitorang moreh kat kepCi Kangar masa ni.. |
Si
Amin ni pulak specialty dia ialah bleh bertukaq karakter jadi ostat.. memang
dia ex-smka pon.. schoolmate matdin.. kalo dia jadi imam kat SNI tu, fuhhh,
berlagu mendayu dayu dia baca.. boley tahan sedap laa sora dia nii.. tapi tak
sesedap yon amz laa.. ehh..! haha.. paling tak bleh lupa, Amin teman aku bukan
sekali.. dua kali beb..! First waktu zaman aku dok hostel, tayar keta buat
hal.. Si Amin ni laa tolong pam berganti ganti dengan aku.. dah nak maghrib
waktu tu.. then, dia teman aku pegi woksyop yang dah nak katup tu.. sempat
jugak laa kitorang pi repair tayar tu petang tu.. then malam tu, kitorang pegi
makan kat Yasmeen.. ingat lagi takk??
tudiaaa..keberangkatan tibaa melawat perkarangan istana arau |
Kali
kedua si Amin ni teman aku time aku balik umah sewa awal dari orang lain.. so,
housemate lain blom sampai termasoklah zack.. so, malam tu amin mai umah aku..
kitorang keluaq makan kat char koey tiow beseri yang sedappp tu, then amin stay
kat umah sewa aku malam tu memandangkan aku dok sensorang kannn.. caring jugak
si Amin nii..haha.. pagi esok tu, awal2 lagi aku dah pecut p Airport kepala
batas untuk amek zack...
***Geng WhatsApp Mukmin
Professionalz... keceriaanmu..keceriaanku..!***
Jika
ditanyakan kepadaku, grup whatsapp mana paling ceria, paling lawak, paling
meriah, dan tak pernah nak tauu nak serius.. jawapannya pastilah grup wasap nii
: Mukmin Professionalz.. walaupun hanya dianggotai oleh Munet, Taufiq, Safuan,
Faiz, We, Abg Hafiz dan aku sendiri, tapi meriahnya tuu kadang kadang, macam
satu kampus ahli dia..!!
Kalo
tensyen2 buat esaimen, saat satu dunia dok muka tegang dan nada serius, di
sinilah tempatnya nak merapu nak bergosip.. jangan ingat kami kenai dalam wasap
jaa.. selalu jugak kami ni keluaq makan lepak2 sekali.. tuu, Mai Café tu, dah
jadi port angkat kami dahh kat Peghelih nii kalo ampa nak tau..!
KFC..antara venue faveret untuk meeting...cheewahh..! |
Taufiq
dan Munet dah cerita dah sebelum ni.. sekarang tinggai Safuan, Faiz & We ja
yang belom.. Antara tiga2 ni, Faiz yang selalu aku sakat, yang selalu aku
usik2.. dan dia ni bolehhlaa dikatakan paling genius paling rajiinn dalam geng
wasap nii.. Faiz nii roommate Taufiq satu satunya, dari masuk maktab, sampailah
keluaq maktab.. so, disebabkan Taufiq tu tak bulih berenggang dengan aku ni,
selalu jugaklaa aku pi dok sembang2 makan2 kat bilik dia tu masa si Faiz ni
ada.. bilik depa dua ni pon selalu jadi port jugak untuk buat BBM yang pelik2
dan renyah sebab benda2 macam ni..yang jenis kena guna glue gun, kertas warna
warni, bulu2 hiasan, memang laa kepakaran si faiz ni.. sampaikan bbm aku &
taufiq pon dia kena paksa tolong buat untuk kami..
selfie menyelfie nii memang kegiatan kami lahh..! |
Memanglaa
tak siapa nafikan si faiz ni sorang yang sangat2 baik jenis tak reti nak garang
dengan orang.. sebab tu lahh aku (dan orang lain pun) suka kaco dia nii.. sebab
dia tak dak kemahiran nak marah2 orang.. orang Penang tapi bukan jenis mamak
laa.. baiknya si faiz ni sampai kadang2 aku rasa segan nak mintak apape dengan
dia.. macam esaimen laa, nak mintak pinjam barang la.. sebab dia baik laa aku
boley jaa lepak bilik dia kat hostel tu sejam, dua jam, tiga jam, ada kala dari
pagi sampai ke petang dok situ.. dia pulak, dengan Taufiq, tak berani dok bilik
aku lama2 sebab “takut” kat Jat yang suka sound direct kat diorang ni kalo mai
ramai2 kat bilik aku.. hahaaa.. kenangan semua tu waktu kita dok hostel dulu..
satu jaa yang membuatkan aku sedikit terkilan, sebab tak sempat jumpa last
dengan si Faiz nii.. kira tak sempat nak “last goodbye” laa dengan dia nii..
huhu.. cdey :’(
Sahoq kat KFC...siap bawa nasi surau yang tak habis tu haa..! Sup semua ada.. Pekerjaa kepCi tuu dok jeling lain macam daaa...haha |
Safuan.. satu2nya
budak RBT dalam grup wasap nii.. member rapat kepada We, dan roommate si Munet
waktu last sem.. waktu diorang semua kena “halau” p blok D.. Juga seorang
blogger sambilan seronok2 macam aku ni (blog Surat Dalam Peti), dan seorang penggemar novel. Sempat
jugaklaa kitorang bertukar tukar novel waktu sama2 dok hostel dulu.. ex-roomate
Safuan iaitu Capix Shinobu juga merupakan member aku kat IpG nii yang boleh
diajak bersembang dan bergelak walaupun taklah serapat mana...
Kenangan
best dengan Safuan & We nii ialah
time makan-makan laa.. pernah jugak pegi steamboat kat embun dingin tepi maktab
tuu.. tu lahh first time aku merasa makan kat embun dingin tu.. si Safuan ni
laa penganjurnyaa.. punyalaa dasyat makan sampai nak meletop perut malam tuu..!
Dekat pukul 1 pagi jugaklaa kita melantak malam tu...hoho.. Safuan & We ni
jugak kalo bab bersembang memang jaguh laa.. sampai pukul 4 pagi pon takpa kalo
bersembang.. kena pulak ada Munet kat tengah2, memang pakat jadi dj radio
tengah malam laa jawabnyaa.. haha..!!
memories @ mai Cafe |
We
pulak suka baca buku2 ilmiah..bukan yang Malay punya.. yang English...! Ko
hadoo?! haha..so, dia nii kerap kali laa menjadi sumber rujukan bebudak group
nii kalo ada masalah ka apa.. kira mcm kaunselor group laa kononnya.. Matwe
jugak sumber kitorang untuk mendapatkan ayat2 atau quote power...yelahh, sebab
dia kan rajin membaca.. selain tu, We jugak rajin berjoging.. si Taufiq tu lahh
joggingmate diaa tiap2 petang..
And
the last but not least, Abg Hafiz Irshad.. lebih senior daripada kami dan
sekarang tengah berkhidmat sebagai guru sepenuh masa di pedalaman Sarawak..
Kawasan Belaga, Sarawak..p3 tuu..jangan main2..! haha.. actually, aku tak
sempat nak mengenal lama dengan abg apiz nii sebab dia tinggalkan maktab pon
awal dari kitorang...uhukk :’( Btw,
sempat laa jugak keluaq dinner sama2 dua tiga kali kat Mai Café, kat KFC
tuu..hmm, last jumpa abg apiz nii malam tuu laa, aku tolong antaqkan dia pegi
stesen bus.. mug kenangan yang abg apiz bagi tu, aku simpan elokkk jaa dalam
almari souvenir kat rumah tuu...
***Practicummatess.. apa yang
penting, kerjaaasamaa..!!***
Makk
aaaii, blom abes lagi citer bab member2.. punyalaa banyak.. ni pon habes
ringkas dah nii.. sekarang masok bab practicummate plak.. selain kembaq tak
seiras aku, iaitu Taufiq Nasir, antara yang pernah praktikum sekali dengan aku
ialah dua orang member Tesl iaitu Sya dan Mira (Praktikum 1), Hekal sang Indera
& Topek ( Praktikum 1), dan jugak Uzer & Nazrol (Praktikum 3)...
Praktikum 1 bsama Sya, Myra, Topek & Haikal Sang Indera @ Felda Mata Air Diorang semua dah posting...kecuali aku & Taufiq jaa.. |
Member
praktikum nii kira rapat jugakklaa..sebab tu ditulis kat sini.. ye lahh, kalo
pegi sekolah tuu, hari2 mengadap diorang ni lahh.. paling unforgettable
mestilah practicummate yang kali pertama berpraktikum iaitu masa kat SK Felda
Mata Air.. Sya, Mira, Topek dan Hekal.. waktu tu masing2 baru nak stat
praktikum, so, terasa sangat unity tuu.. masing2 masih blur, masih takut nak
kedepan.. so, pakat tolong laa hang aku..
Jasa
Sya & Mira yang berpeluh peluh tolong aku buat last minit preparation untuk
observe sedangkan lecturer yang nak observe tu dah sampai dahh.. punyaalaa
bersungguh si Sya ni gunting apa tahh untuk aku buat BBM, sambil mulut laser
dia tu menyumpah aku nii yang nampak cool dan relax walaupun banyak benda lagi
tak siap..sedangkan lecturer yang nak observe dah siap sila panggung kat sofa
tetamu tu :p
Kenangan hari jamuan perpisahan di skfma |
Hekal
dan Topek pula contribute dari segi bahan2 pendokumentasian praktikum..
bahan-bahan yang kena masuk potfolio dan dalam RPH. Aku rasa, dalam semua orang
tu, aku & Taufiq laa paling blur.. so, naseblaa ada lagi 4 orang nii yang
banyak tolong kami dua.. ingat lagi betapa cantiknya jadual Hekal yang berwarna
warni, yang bagi kat aku dalam bentuk softcopy tuu..
Praktikum
1 ni jugak memang praktikum paling best..banyak sungguhlaa memori dan kenang
kenangan sebab dok sekolah jauh kott walaupun sebulan jaa.. dalam bab makanan,
si Hekal & Topek ni jugak teman sejati aku lah kalo nak pegi kantin tuu..
tak pernah miss sampai kak kantin tu dah kenal kami siap boley sembang2 gelak2
lagii..! Makanan orang kat situ, iaitu
pulut ayam dan nasi kow moq (nasi ayam kuning) pon dah sebati dengan lidah
kami.. siap bungkus buat bekal lagi makan dalam bilik guru tuu.. Sya la yang
plan semua nii :p
Bersama partner Praktikum 3.. Uzer & Nazrol @ SkS.. Youuu Roooccckkk..!! |
Bila
mai praktikum dua, memang sunyi sesunyi sunyinya lahh sebab ada aku &
Taufiq jaa kat SR Islahiyah tuu.. praktikum 3, baruulaa ada “mates” balik..
kali ni dapat Uzer & Nazrol dari kelas PJ.. Praktikum paling lama sekali
dengan Internship, so semuanya 4 bulan.. memang banyak sangat laa kerja yang
kami dah pernah buat sekali..
Antara
yang paling ingat ialah jaga student merentas desa, cat line kat tangga
sekolah, buat mural kat surau, latihan rumah sukan, klinik takraw dan macam2
lagi.. Praktikum tiga ni masing2 dah boley jadi cikgu dahh.. dah boleh bersuara
kat depan dan takda lagi dah lawan tolak hang aku.. pakat pakat matured laa
orang kata.. chewahhh.. haha.. apapun, thanks banyak2 kat Uzer (orang Loqstaq
dia nii) dan Nazrol (mamat Ganu) sebab sama2 dengan kita 4 bulan kat SK Santan
tuu.. sempat gaklaa bukak posa sekali ngan Uzer ni kat Subway dan karaoke lagu2
westlife time boring2 dalam bilik guru tuu.. hahaaa
################################################
***member2
lain even tak sebut nama kat cni, jangan terasa ati ka kecik ati kaa apa.. anda
semua adalah umpama kepingan2 puzzle yang melengkapkan lukisan kehidupan ini..
cuma kekurangan gambaq menyebabkan anda tak dimasukkan secara khusus kat tintamalam
nii..hoho.. insyaAllah catatan panjang ini akan di-update dari semasa ke semasa
J
Menulis
adalah suatu hobi bagiku.. kepuasannya seperti dapat menonton game bolasepak secara
live bagi yang minat bola ataupun dapat memetik kamera bagi yang sukakan
fotografi atau seperti menerima order dari customer bagi yang sukakan bisnes...
Adalah
suatu kepuasan dapat menulis suatu catatan panjang sebegini...kerana ia lahir
dari pengalaman dan memori sendiri.. walaupun memakan masa berbulan lamanya
untuk menyiapkan artikel panjang sebegini, tapi kepuasannya sungguh terasa
kerana aku menulisnya atas dasar hobi..bukan sebagai tugasan.. tidak ada
paksaaan dan tekanan, itulah kebebasan dalam penulisan...ooppss, I’m not a
writer actually, I’m just a storyteller..!
************************
Tribute
for all my frenz... lirik & lagu yang bermakna...
When I think back
on these times...
And the dreams we
left behind...
I'll be glad
'cause I was blessed to get to have you in my life....
TM
: Usah dikesali perpisahan, tapi sesalilah pertemuan...kerana dari pertemuan
itulah terjadinya perpisahan... yang indah itu
ukirkan pada batu, biar kita nampak dan ingat selalu... yang pahit itu,
lakarkan di wajah air, biar cepat hilang dan pergi berlalu...
This isn't goodbye... we'll meet again someday.. if we're destined to :)
tettttt...tamat
siaran...
4:42
a.m, 310115 @ vI