Saturday, January 12, 2019

10 Sebab Memilih Huawei Mate 20 Pro

Mate 20 Pro, sebuah lagi flagship smartphone keluaran Huawei yang baru saja dilancarkan di Malaysia, sekitar pertengahan November 2018 baru2 ni.. Seperti ramai sedia maklum, Huawei telah melancarkan 3 buah model smartphone di bawah Mate 20 series, iaitu Mate 20, Mate 20 X, dan Mate 20 Pro.


™ tak mau nak mukadimah panjang2 tentang pelancaran Mate 20 series smartphone ni, cuma kat sini nak bagitau kenapa ™ memilih untuk membeli Mate 20 Pro sebagai smartphone untuk kegunaan tahun 2019 ni.. 


  • Kamera yang Paduu 


Ramai tahu atau pernah dengar yang Huawei bekerjasama dengan Leica untuk memantapkan kamera smartphone flagship mereka. Namun, ianya tidaklah begitu mencetuskan fenomena, sehinggalah adanya Huawei P20 Pro di pasaran dunia yang benar2 menjadi fenomena dalam dunia fotografi smartphone, kata orang, game changer lah dengan membawakan teknologi Leica triple camera with AI. Sejak itu, P20 Pro terus memegang takhta smartphone yang paling cun kameranya, bukan saja dalam ranking DXOMark, tapi juga dalam dunia realiti, gambar yang terhasil dari kamera P20 Pro sangatlah cantik, seumpama DSLR. 

Justeru, kelahiran Mate 20 series ini adalah penerus momentum dan legasi dunia fotografi smartphone yang dicetuskan oleh P20 Pro sebelum ini, dengan beberapa penambahbaikan yang pastinya bukan sekadar gimik, namun benar2 terbukti. Tak caya, layan sekeping dua gambar yang ™ snap dengan kamera Mate 20 Pro ni tanpa edit okeyh..


  • Kamera dilengkapi Ultra Wide Lens


™ memang meminati lensa sudut super lebar atau ultra wide lens seperti yang selalu ada pada action kamera seperti Go Pro, Eken dan sebagainya. Ultra Wide lens ni kalau snap gambar nature dan bangunan, memamg ummphh.. kena sangatlah di hati ni.. Ini adalah salah satu penambahbaikan dari P20 Pro, iaitu Huawei menukarkan lensa monochrome yang terdapat pada p20 Pro sebelum ini kepada lensa 20mp f/2.2 UltraWide untuk Mate 20 series ini yang pasti lebih berfungsi, lebih menarik dari lensa jenis monochrome yang fungsinya menangkap gambar black & white. Apa kelebihan ultra wide lens ini ? Nantikan kupasan lebih detail dari ™ dalam ruangan Review Mate 20 Pro. Layan dulu teaser gambar non-edit yang di snap menggunakan ultrawide lens Mate 20 Pro ni. 


  • Cip HiSilicon Kirin 980 


Sebab ketiga memilih peranti Huawei untuk kegunaan ™ kali ni ialah teringin nak rasa peranti yang dikuasakan oleh cip Kirin ni. Katanya best sangat, pintar sangat dengan keupayaan AI (Artificial Intelligence) tu.. adakah ia sekadar gimik, atau benar2 terbukti di litar lumba? ehh.. Nantikan review yaa.. Sedikit info, cip HiSilicon Kirin 980 merupakan cip 7nm Android pertama di dunia dan seumpanyanya digunakan pada peranti Android, katanya lah..



  • OS Android 9.0 Pie tersedia


Khabarnya, Mate 20 series ni adalah antara smartphone terawal yang menerima OS Android 9.0 Pie, iaitu OS terlatest, ternow, terkini bagi kategori Android smartphone. Disebabkan penulis kecewa dan terkilan dengan smartphone lama iaitu Xiaomi Mi Max 2 yang masih belum menerima kemaskini Android Pie, yang tak tahu entah sampai bila dok nak pakai Android 7.1 Nougat tuu, maka keputusan membeli Huawei Mate 20 Pro ni adalah terbaik bagi mengubati kekecewaan hati.. Best ke Android 9.0 Pie ni, yang ramai dok ternanti2 ni? Nantikan reviewnya ye..



  • SKRIN yang superb


Disebabkan lama dah tak beli flagship smartphone ni, aku sedikit teruja bila pi tengok Mate 20 Pro ni di kedai. Ya Rabbi cantiknyaaa skrin.. kata orang, gambar kat skrin dia tu macam timbul sebiji2 macam nak terkeluar dari skrin. Memang lemak berkrim paparan kat skrin Mate 20 Pro ni. Rupa-rupanya, skrin Mate 20 pro ni merupakan antara skrin smartphone terbaik yang ada di pasaran setakat ni. Memang padu, memang superb. Dan keupayaan skrin inilah yang membezakannya dengan 2 lagi adik beradiknya, iaitu Mate 20 dan Mate 20 X. Seperkara lagi, memang lama dah penulis minat dengan smartphone yang ada curve skrin macam Mate 20 Pro ni.. nampak mewah gituu.. pengesan cap jari terbina pada skrin Mate 20 Pro ni adalah suatu teknologi yang agak baru dalam dunia smartphone 2018 ni...



  • Keupayaan penambahan memori kad


Walaupun standard ROM pada Mate 20 Pro ni adalah 128gb, namun dengan size gambar yang ditangkap mencecah 10-14 mb sekeping jika menggunakan lensa utama 40mp, rasa gayat tak cukup memori tu tetap ada. Ini merupakan penambahbaikan dari P20 Pro yang tidak membenarkan tambahan memori kad. Namun, untuk Mate 20 Pro ni, hanya memori kad jenis Nano Memori atau NM Card yang dikeluarkan oleh Huawei sendiri sahaja dibenarkan. Itupun, menggunakan slot hybrid sim, atau senang cerita, jika pilih guna dual sim, tak dapatlah guna memori kad yea..



  • Design yang sexy


Tak siapa dapat menafikan design Mate 20 Pro yang sexy ni. Tak caya, pegangla sendiri.. Walaupun skrinnya bersaiz 6.39 inci (agak besar), tapi tetap sedap dipegang dan digenggam, dan tak terasa besar sebab ianya agak slim. Material luaran daripada kaca ini bukan saja berfungsi membolehkan proses wireless charging dilakukan, tapi juga sangatlah sedap dipegang..rasa smooootthh ja..



  • Bateri 4200 MAh


Mate 20 Pro dilengkapi bateri sebesar 4200 MAh dan ini bertepatan dengan ciri2 yang diingini ™ iaitu smartphone yang mempunyai bateri berkapasiti 4000 MAh ke atas. Hal ini penting bagi memastikan smartphone yang dibeli dapat bertahan sekurang kurangnya 10 jam jika digunakan berterusan tanpa cas, untuk penggunaan berat seperti mobile data 4G LTE yang di On sediakala, game2 berat yang dimainkan melebihi 5 jam sehari, dan laman2 sosial yang dibuka begitu kerap. 



  • Keupayaan Pengecasan SuperCharge 40W dan fast wireless Charging 15W


Ini satu lagi speciality pada Mate 20 Pro berbanding Mate 20 dan Mate 20 X, iaitu ciri pengecasan Supercharge 40 Watt yang dapat mengecas bateri 4200MAh itu dari 0 ke 70% hanya dalam masa 30 minit saja, dan ianya memang terbukti melalui beberapa kali test oleh penulis sendiri.. Ciri2 sebegini sangat berguna untuk orang2 muda seperti kita yang sentiasa tak cukuo masa terkejar ke sana sini saban waktu. 

Selain keupayaan pengecasan Supercharge ini, Huawei Mate 20 Pro juga berkeupayaan fast wireless charging 15W. Untuk perbandingan, keupayaan wireless charging pad untuk iphone pada ketika ini ialah 7.5 W manakala Samsung ialah 9W. 15 W bolehlah dikatakan setanding dengan keupayaan pengecas biasa 18W Quallcom QuickCharge 3.0 yang terdapat pada gajet2 pertengahan keluaran Xiaomi seperti Xiami Mi Max 2 yang penulis gunakan sebelum ini. 



  • 3D Face Recognition


Ini adalah satu ciri menarik yang hanya ada pada Mate 20 Pro sahaja dan tidak terdapat pada Mate 20 dan Mate 20 X. Ianya adalah suatu cara untuk unlock smartphone ni, seumpama teknologi pada Face ID yang baru diperkenalkan pada gajet2 keluaran Apple. Berkeupayaan mengecam wajah owner dalam pelbagai keadaan dan situasi seperti owner memakai sunglasses atau owner berada dalam bilik yang gelap, inilah yang membezakan 3D face recognition pada Mate 20 Pro ni dengan face unlock pada gajet2 android lain. Nanti ada pulak yang kata, eleyhh, note 2 aku tahun 2012 dulu dah ada benda nii.. Hehehh.. Tak sama yea tuan2.. Ohh ya, dan seperkara lagi, ianya sangat pantas, lebih pantas dari guna thumbprint pada skrin tu.. Heheww


*Rasanya inilah 10 sebab yang cukup kuat untuk mendorong aku memilih Huawei Mate 20 Pro berbanding dua lagi smartphone idaman, iaitu Samsung Galaxy Note 9 dan juga One Plus 6T.. Stay tune untuk sesi review Mate 20 Pro edisi TintaMalam.. Ciao

TM : Kembali bersiaran...setelah 3 TAHUN 18 HARI (Last Post 26 Disember 2015)... Buat yang merindui tulisan2 TM, nantikan entry2 terbaru untuk 2019 ni.. TQ Readers..