** Review ini
adalah berdasarkan varian Perodua Axia G (Auto) sahaja.. bukan mewakili semua
varian...
Tanggal 21 November
2015 menjadi suatu tarikh yang agak bersejarah bagiku apabila menerima kunci
Perodua Axia milikku sendiri.. Lebih manis, kepulanganku ke Semenanjung pada
kali ini disambut oleh Axia baru di parking KLIA 2. Sebenarnya, sudah lama aku
berangan memiliki kereta kecil (hatchback) seperti ini.. Alhamdulillah,
akhirnyaaa.... Walaupun cuma Axia G Auto, iaitu Axia auto yang paling murah dan
paling rendah specnya (basic spec), namun kepuasan dapat memilikinya jelas
terasa. Bawa kereta sendiri ni puas kalau nak dibandingkan dengan kereta orang,
kereta pinjam atau kereta sewa...
Setelah beberapa
minggu bersama Axia, seperti biasa, aku menulis review ringkas Axia ini untuk
tatapan pembaca Tinta Malam... jommm layannn..!
SPESIFIKASI RINGKAS
(PERODUA AXIA G AUTO)
Enjin DOCH 12V, Electronic Fuel Injection (EFI)
Max power : 49 kW
Max Torque : 90 NmTiming Chain Engine
Electronic Power Steering (EPS)
4-Speed Auto
Sensor Bampar Belakang
Isofix system
Tayar 175/65 Rim 14 Alloy
Dual SRS Airbag
Engine Immobiliser
Power window untuk semua tingkap
Kunci bercantum remote
Flip side mirror
KEISTIMEWAAN
Di sini,
ingin aku ceritakan beberapa keistimewaan Perodua Axia yang mungkin ramai tidak
tahu...
Ok lah,
yang pertama berkenaan enjinnya.. Enjinnya adalah enjin baru sepenuhnya, dan
bukanlah enjin 1.0cc yang sama seperti Viva atau Kelisa atau Kenari sebelum
ini. Enjin aluminium 3 Silinder 998cc ini hanyalah seberat 11kg dan yang paling
penting, ianya senyap dan jimat petrol..!!
Enjin
Axia menggunakan drivetrain jenis timing chain dan bukannya timing belt seperti
kebanyakan kereta.. jadi, anda tak perlu fikir bila kena tukar timg chain ni
sebab ianya lebih lasak dan tahan lama berbanding timing belt..!
Enjin
yang sangat senyap ketika idle / melahu.. Sumpah, kali pertama dapat Axia, 1st
time aku start ingatkan enjin belum hidup, so, aku pusing kunci lagi sekali dan
salesman tu cakap, ehh, dah hidup dah tuu... punyalahh senyap x dengar bunyi
enjin. Mungkin sebab aku terbiasa bawa kereta diesel sebelum ni. Tapi betul,
kalau anda nak keluar senyap2 tengah malam tanpa disedari sesiapa, inilah
keretanya..!!
engine bay Axia
Turning
radius Axia hanyalah 4.5 m, means anda tak perlu fikir panjang untuk membuat
u-turn dan masuk keluar dari tempat parking yang sempit.. ini sangatlah
mengujakan bagiku yang biasanya memandu Ford Ranger yang turning radiusnya
ialah 12.7 m...
Sangat menjimatkan
petrol bagi sebuah kereta auto.. kebiasaannya, aku mendapat sekitar 15.8 liter
/ 100km untuk pemanduan pada kelajuan 80-110 kmh.. Pengalaman sendiri memandu
pulang Axia ini dari Sungai Ramal, Kajang, Selangor ke Kuala Perlis baru-baru
ni (hari kedua mendapat kereta). Full Tank dari Shell Sungai Ramal dan tidak
mengisi minyak langsung sehinggalah tiba di Caltex Mergong, Kedah (Berhampiran
Taman Inang Mergong). Minyak berbaki dua takuk dan range 57km. Kembali mengisi
full tank di situ sebanyak RM 49. Amazing..!! Kelajuan max 120kmh. Mostly
110kmh.
Mempunyai 2 Beg
Udara. Walaupun basic spec, namun inilah kelebihan Axia yang tidak ada pada
model-model asas (basic spec) Perodua mahupun Proton sebelum ini. Namun, Axia
dilengkapi 2 beg udara untuk kesemua variannya..!
Stering kuasa
elektrik (Electric Power Steering) bermaksud steering axia lebih ringan dan
mudah dikendalikan dan tiada lagi tank minyak power steering seperti kereta
biasa..!!
Dilengkapi Rim Alloy
bersaiz 14 dan bukannya rim hitam besi bersama penutup rim seperti model basic
Perodua yang sebelum sebelum ini. Ingat lagi tak dulu, kalau beli yang basic
spec, jangan harap la nak dapat sport rim alloy....saiz 14 lagi tuu..!!
Kunci bersama
remote dan bukannya kunci asing, remote asing macam model Perodua lama yang ada
remote dan button warna hijau dan merah tu. Kunci ini juga disepadukan dengan
sistem enjin Immobiliser. Apa yang aku faham berkenaan enjin immobilizer ni
ialah (berdasarkan pengalaman memiliki Ford Ranger XLT) hanya kunci yang
dibekalkan kepada kita saja yang boleh membuka pintu dan menghidupkan enjin
kereta ini. Hal ini adalah kerana enjin telah diprogramkan dengan kod yang sama
pada kunci tersebut dan hanya dapat dihidupkan jika kod pada kunci yang
digunakan adalah sepadan dengan kod pada enjin kereta. Selain dari kunci ori
yang dibelakalkan, jangan harapla dapat start enjin tu..
Berat keseluruhan
Axia G Auto hanyalah 840 kg.. sangat sepadan dengan enjinnya yang bersesaran
998 cc. Bagi saya yang biasa memandu Ford Ranger XLT 3.2 Auto yang seberat 2.2
tan, pecutan Axia pada peringkat permulaan dan pertengahan adalah acceptable.
Tidak terlalu lembab atau malas untuk bergerak dari 0 kmh dan tidak susah untuk
mencapai kelajuan 100 kmh. Perlu diingat Axia bukanlah dicipta untuk
kelajuan..!
Servis Axia ialah
setiap 10,000 km atau 6 bulan sekali. Servis pertama ialah pada 5000 km..
Menurut salesman, itupun bukan untuk tukar minyak enjin, cuma bawa untuk
inspection saja... so, value for money rite?? Aapa orang kata, alah membeli,
menang memakai ye dokk..
Roadtax Axia
hanyalah RM 20 untuk setahun... x payah fikir macam mana nak cari duit bayar
roadtax..
Side mirror kawalan
elektrik sepenuhnya dan boleh flip dengan
hanya menekan satu button.. thumbs up Perodua..!!
Lampu belakang
jenis LED..lebih mudah dilihat, lebih terang dan jelas pada waktu malam dan
ketika hujan lebat..
Rekaan pembuka
pintu bahagian luar yang premium dan tampak mahal standing dengan rekaan
pembuka pintu kereta yang lebih mahal.. lebih menarik, ia sama warna dengan
body kereta. Cuma pembuka pintu bahagian dalam masih lagi plastik berwarna
hitam.. kalau kemasan chrome alangkah perfectnya..!
Tiada lagi bampar
“getah” berwarna kelabu walaupun basic spec... begitu juga door handle dan side
mirror. Semua dipakejkan mengikut warna body kereta walaupun G spec.
Body yang agak
solid dan bukan lagi tin ksong seperti viva yang bila pintunya ditutup, akan
berbunyi macam tin “kapanggg”.... Pintu dan bonet tak perlu ditutup kuat...
sedikit saja pun sudah rapat...
Rekabentuk
yang...hmmm..bagiku moden dan cunnn... especially bampar depan yang ada lekuk2
kat bawah tu.. sekali pandang, dah macam pasang “skirt” tambahan kat bawah tu..
segi design, memang aku berpuas hati.. bagi aku, design axia lebih cantik dari
alto mahupun mirage yang jauh lebih mahal harganya...
Satu lagi ciri
penting ialah panel meter pada dashboard. Ianya dilengkapi dengan paparan
digital mini yang memaparkan info-info penting seperti Odometer, Trip Meter,
Range (jarak anggaran perjalanan dengan minyak sedia ada), Eco Mode, Service
Meter (jarak berbaki sebelum perlu diservis) – symbol spanar akan berkelip
apabila jarak untuk diservis sudah cukup (10,000km). Ini sangat penting
terutamanya petunjuk range kerana aku agak sukar mengagak balance petrol
apabila barnya sudah berkelip...
CIRI-CIRI
KESELESAAN (CONVENIENCE FEATURES)
Ruang kabin yang
luas dan selesa. Walaupun kelihatan kecil dari luar, namun ruang dalaman Axia
agak luas dan selesa untuk memuatkan 5 orang penumpang dewasa. Aku sendiri yang
berketinggian 170cm tidak ada masalah untuk duduk di seat belakang walaupun
seat pemandu sudah di set pada kedudukan aku sendiri yang memandu. masih ada
sedikit ruang dan lutut tidak sampai mencecah belakang seat driver.
Kaki penumpang
belakang boleh dimasukkan ke bawah seat hadapan kerana ruang bawah seat depan
agak luas untuk dilunjurkan kaki di bawahnya. Juga boleh dibuat ruang meletak
kunci stereng atau tools kit.
Seat driver boleh
dilaras ketinggiannya secara manual dan ini penting bagi pemandu yang bertubuh
pendek...ooopss..!
Seat hadapan boleh
dibaringkan sepenuhnya (flat 180°) dan ini memudahkan untuk membawa barang yang
panjang seperti tikar buluh, karpet atau batang paip.
Seat belakang
(penyandar) juga boleh dilipat dan hasilnya, anda mendapat bonet yang lebih
luas..!
Bonet belakang
berkapasiti 260 L dan senang2 ja boleh sumbat 4 beg mekah (luggage) bersaiz
sederhana yang disusun dalam posisi menegak. Khabarnya, bonet ini lebih luas
dari MyVi...
Dilengkapi hook
pada belakang kedua dua seat hadapan dan juga anti-snatch hook pada sisi seat
penumpang depan. Anti-snatch hook ini ialah penyangkut boleh
kunci yang menyukarkan perompak untuk meragut beg tangan anda dari luar kereta.
Rekaan blower
pendingin hawa juga tampak premium berbanding rekaan blower pada kereta perodua
yang lama
Sun Visor sebelah
driver yang dilengkapi cermin. Ini agak ganjil kerana kebanyakan kereta
meletakkan cermin “make-up” pada sun visor sebelah penumpang depan. Mungkin
Perodua sudah faham bahawa pemandu Axia kebanyakannya adalah wanita yang akan
melihat cermin setiap kali kereta berhenti di mana-mana. hmmmmm....
Ruang mini sana
sini... 7 Cup Holders. 2 di pintu depan, 2 di pintu belakang dan 3 lagi di
ruang tengah. Terdapat juga ruang poket di setiap pintu depan dan belakang
serta di belakang seat driver. Juga ruang kecil di tempat soket serta mini box
boleh buka tutup di sebelah driver... sesuai untuk letak wallet driver..
ruang-ruang ni boleh juga buat tempat
letak minyak cap kapak, duit syiling, kad touch n go, kerongsang, kunci rumah,
powerbank, sunglasss, dan segala macam lagi.. ohhoii, orang perempuan memang
suka kereta banyak “lubang” macam ni..
Speaker
di setiap pintu depan dan belakang dan boleh disetting menggunakan audio player ori. Kualiti bunyi
audio memang memuaskan walaupun standard kilang..!
KEKURANGAN
Difahamkan
semua keluaran baru Perodua tiada lagi auto lock / brake lock. Maksudnya, anda
sebagai pemandu perlu lock/unlock pintu
secara manual setiap kali memulakan perjalanan. Ini sangat penting jika membawa
kanak-kanak atau warga tua.
Cornering kurang
mantap pada kelajuan 80 kmh ke atas. Mungkin disebabkan oleh rim alloy yang
ringan dan tayar kurang lebar.
Bunyi
angin agak kuat kedengaran dari dalam kabin pada kelajuan 90 kmh ke atas.
Tiada
lampu signal pada side mirror (model Axia G Auto)
Ketinggian
dan kedudukan steering adalah tetap dan tidak boleh dilaras.
Agak
sukar mengagak kedudukan bampar depan dari jarak dinding atau tebing jika
hendak parking... tiada sensor bampar depan bagi model Axia G.
Tidak dibekalkan
karpet kecil bahagian tengah bagi seat belakang. Karpet juga agak kecil bagi
depan dan belakang.
Lampu
depan agak malap walaupun dibuka sepenuhnya dan suluhannya agak tinggi... sukar
melihat keaadan dan garisan jalan pada
hari hujan. Pemasangan foglamp adalah solusi terbaik.
Button lock/unlock
pada kunci sukar dibezakan. Tambahan pula, tiada bunyi langsung ketika kereta
di lock / unlock. Lebih baik butang lock / unlock dibezakan dengan warna
berlainan atau saiz button atau bentuk button. Ini memudahkan warga tua untuk
mengecamnya.
Tiada armrest /
konsol tengah
Kunci
tidak boleh dicabut walaupun ketika gear berada pada posisi N dan enjin
dimatikan. Gear mesti di posisi “P”, barulah boleh cabut kunci. Agak leceh
kalau mahu tinggal kereta dalam keadaan “double park”
Jam
digital disekalikan dengan radio. Aku lebih suka jam digital diasingkan atau
diletakkan pada ruangan dashboard meter seperti kereta oldskool
Tiada meter
temperature. Yang ada hanyalah petunjuk symbol temperature yang berwarna biru
bila suhu enjin masih sejuk atau berkelip/berwarna merah bila temperature tidak
normal.
Tiada
airpress/ doorvisor sebagai aksesori standard.
Bonet
belakang masih dibuka dengan kaedah tradisional. Aku lebih suka style myvi yang
bonetnya boleh dibuka dengan mudah dari luar apabila kereta unlock.
Aircond
kurang sejuk / hembusan kurang kuat terutama ketika kereta berhenti di tengah
panas pada siang hari. Tapi, still acceptable memandangkan ianya kereta bersaiz
mini.
Pemain audio tidak
dilengkapi USB port untuk model Axia G.
Sentakan
yang agak terasa bila anda tiba-tiba menekan pedal minyak sebaik sahaja kereta
baru membrek.
Terlalu
banyak seatbelt pada seat belakang termasuklah salah satunya perlu digantung
pada ruang sebelah atas seat belakang. Agak mencacatkan pemandangan.
Cermin tingkap
auto (sebelah driver) hanya ketika menurunkan tingkap sahaja.
Head rest seat
belakang tidak boleh dilaras dan agak rendah bagi penumpang dewasa
berketinggian 170 cm sepertiku.
Tiada
kemasan fabric pada pintu. All plastic. Tapi ok lah memandangkan ianya spec
basic.
TM : Itu
aja serba sedikit review dariku yang baru 2 minggu memiliki Perodua Axia G Auto
ini. Apapun, bagiku, Axia adalah sebuah kereta yang sangat berbaloi baloi
dengan harganya. Axia...anda mesti kena ada satu..!!
21
Ogos 2015… menggenapkan usiaku kepada angka 25… Usia sunnah orang kata..
Alhamdulillah.. 21 Ogos juga adalah tarikh yang amat bermakna bagiku.. kerana
pada tarikh ini, telah tertunainya satu lagi wishlist hidup aku… yang aku
sendiri pun tak sangka akan mencapainya dalam tempoh secepat ini…
Tadaaa~
self reward untuk diri sendiri.. Ford Ranger T6 XLT 3.2 Auto TurboDiesel…
Sebuah kenderaan pacuan empat roda premium yang memang aku idam-idamkan sejak sekian
lama.. Alhamdulillah, tertunai juga impianku dan paling tak disangka sangka,
dalam tempoh waktu yang secepat ini dan pada usia yang masih muda… rezeki
Allah, siapa sangka, kan?!
Saat yang dinanti nantikan.. penyerahan SmartKey FR ST4017W
Tak
kusangka, episode “ngeri” dipostingkan ke negeri di bawah bayu, Sabah, bertukar
menjadi momen-momen terindah dalam hidupku. Ditempatkan berdekatan dengan
sahabat baik, dikurniakan kawan2 baru yang mudah bergaul dan ngam, serta
direzekikan satu demi satu perkara yang selama ini hanya bermain main dalam
anganan…, termasuklah memiliki sebuah 4wd Ford Ranger XLT ini J… mungkin inilah yang dikatakan setiap apa
yang berlaku, ada hikmahnya…
Teman Sehati Sejiwa...dari Semenanjung hingga ke Sabah
Semuanya
bermula apabila aku dipostingkan ke sebuah sekolah pedalaman 3 seperti yang aku
tuliskan dalam entri Road to Pengaraan sebelum ini.. Keadaan jalan untuk ke
sana, menguatkan lagi azamku untuk memiliki sebuah kenderaan pacuan empat roda
(4wd), iaitu Ford Ranger yang sebelum ini hanyalah dianggap sebagai dream cars
ketika aku masih di bangku kampus. Impian bertukar menjadi keperluan, dan aku
rasakan itulah sebabnya Allah mempermudahkan “jodohku” dengannya…
Alhamdulillah..
(akan
kuceritakan lebih detail dalam entri akan datang)
Terkejut aku saat diberitahu harga sebiji kunci ni... kalau hilang, habesslaa
Kini,
impian bertukar nyata saat smartkey Ford Ranger XLT bernombor plat ST 4017 W
(4017 = YON) diserahkan ke tanganku pada tanggal 20 Ogos 2015, sehari sebelum
hari lahirku ke 25 iaitu pada 21 Ogos 2015. Syukurrrr….
4017 = YON .... saja seronok2 zaman muda2..hehe
Besday
kali ni memang bertuah.., walaupun disambut nun jauh di borneo dan tanpa
kehadiran family tercinta… Aku katakan besday kali ni memang luck untuk aku
sebab jatuhnya pada hari Jumaat yang digelar Saiyidul Ayyam dan juga
dihadiahkan sebuah kenderaan sendiri…lebih bertuah lagi, kenderaan yang diidam
idamkan sejak sekian lama… Alhamdulillah ‘ala kulli ni’mattt J Teruja betul beZdaY kali nii..hehee
masih berpantang...
TM
: Ford Ranger… ia bukan sekadar sebuah kereta.. ia adalah pengalaman baru dalam
dunia seorang pemandu… akan ku coretkan lebih lanjut berkenaan Ford Ranger ini
nanti…stay tune..!
Tarikh keramat yang
mengubah hidup aku. Petang 10 Jun 2015, heboh di serata rata grup wasep
mengkhabarkan sesuatu yang ditunggu tunggu. Result posting sudah keluar…!!
Hadiah hari konvo juga mungkin. Aku terus membuka website E-Graduan untuk
membuat semakan. Degupan jantung sudah sekencang larian enjin kereta yang
ditekan pada kelajuan 220km/j. Apakah permohonanku untuk berkhidmat sebagai
guru di Selangor atau KL akan diterima?? Ataupun terjadi magis di mana tertulis
perkataan “Kedah” atau “Perlis” di ruangan result posting itu nanti?? Kalau
begitu, bonus besarlah bagi aku..!
Durian runtuh orang kata..
Sambil menunggu
website E-Graduan yang sedang loading, aku terus mencapai Note II usang dan
menghantar wasep kepada Sang Zackeyy bertanyakan apa ceritanya… “Sabahhhh bhaa”
begitulah jawabnya kepadaku, on the spot..! Habessslahhh…kataku dalam hati.. mesti aku kena Sabah gak nii.. adoyaiii…
Sebaik saja
memasukka data untuk log in, aku terus menghalakan cursor ke tab “semakan
penempatan” di website E-Graduan tu.. Dok kata apa dahhhhhhh…! Tulisan warna
merah dengan huruf besar “SABAH” itu seakan halilintar yang memanah diriku… aku
jadi blur seketika.. seakan tidak percaya ketentuan ini.. apa yang harus kubuat
sekarang ?
Kalau dapat
pedalaman nanti macam mana ? Elektrik ada tak ? Internet ada tak? Kena naik
flight berapa kali ? Kena naik bot berapa jam ? Kena jalan kaki berapa km?
Persoalan demi persoalan menujah ruang fikiran… dunia kurasakan berhenti berputar
seketika… Begitulah dasyatnyaa penangan
negeri bernama Sabah bagi budak semenanjung sepertiku…
Dalam keputusan
yang terpapar di website E-Graduan itu, menyatakan bahawa aku perlu melapor
diri di Empress Hotel Sepang pada 22 Jun 2015. Penerbangan ke Sabah pula
dijadualkan pada keesokan harinya, iaitu 23 Jun 2015.
21 JUN 2015
Sepanjang tempoh
antara 10 Jun hingga 21 Jun, setelah result petempatan diumumkan, aku tak
berhenti henti berhubung dengan rakan-rakan sekampus yang akan bersama ke sabah
nanti.. bukannya apa, bagi memastikan segala persediaan especially dari segi
penyediaan dokumen2 yang diperlukan, dapat dilakukan dengan sesempurna yang
mungkin.
Kesiannn jugakklaa
si Zackeyy yang tak pernah jemu melayan aku bertanya macam2 hal tentang posting
nii.. Member2 yang dah posting Serawak pada bulan Februari lepas pon tak
terkecuali menjadi mangsa pertanyaan macam2 aku.. Antaranya Kery Zain dan Aminn
PJ.. ahahaa.. kalaulah anda di tempat mereka, anda takkan percaya bahawa itulah
aku, yang sebelom ni nampak sangat cool & relaks sentiasa -.-‘
21 Jun 2015 juga
adalah tarikh bersejarah, pada pagi yang hening itu, aku melangkah kaki
meninggalkan bumi mahsuri.. merantau ke negeri orang demi mencari rezeki..
cheewahhh.. buat poyo apa ooiii.. hahaa..
TouchDownnnn KLIA2
Pagi tu, Flight aku
dari Langkawi ke KLIA 2 dijangka berlepas jam 09:05 a.m (LGK-KUL)... Asalnya,
aku plan nak terbang esok jaa terus (22 Jun), dengan flight paling awal (MAS),
dan terus amek Cab ke Hotel Empress untuk pendaftaran... tapi atas saranan si Zackeyy ni, aku terbang
sehari awal.. kata orang, better get ready early..! Lalu, terbanglah aku dari
Langkawi ke Kuala Lumpur pada pagi tu dengan menaiki Air Asia.. Tiketnya RM 130
disebabkan aku ada membeli luggage sebanyak 20kg..
Sampai di KLIA2,
terus ambil train KLIA Transit tuu ke stesen Putrajaya dan kat sana Zackey dan
Mat Duang dah siapp menunggu aku.. tak sabar2 nampak mukanya excitednya tuu nak
pegi Sabah.. muehehe...
Kami menghabiskan
tengah hari 21 Jun tu dengan mengitari bandar2 sekitar Selangor bagi mencari
motosikal untuk si Duang nii nak beli untuk guna ke sekolah pagi2.. Actually si
Duang nii posting awal dari aku & Zackeyy dan ditakdirkan mendapat sekolah
di kawasan yang sungguh sibuk & serabut... sebab tu lahh kalut sangat nak
cari moto second... tapi last2, angkat baru gakk.. kami juga menjalankan misi
memburu kedai2 printing banner, tp malangnya tidak bertemu satu pun yang buka
memandangkan hari ni ialah hari ahad...
1st time makhluk Allah nii naik train KLIA Transit nii... wifii die palingg bestt..haha
Balik dari testride
moto Duang, aku ke rumah Zack buat pertama kalinya sejak 5 taon mengenali
beliau.. Rest kejap di rumah Zack yang terletak di Kajang sementara menanti
masuknya waktu Asar. 1st class punya layanan...siapp bagi bilik ekon
lagii... terharuuu :’)
Petang tu, lepas
Asar, terus ke shopping mall (Warta Kajang) untuk beli sport shoes dan barang2
tambahan untuk dibawa ke Sabah. Then, gerak ke stesen Bas Kajang untuk kutip
sorang lagi member, MatBee yang baru sampai dari Penang. Past uterus balik umah
Zack untuk bukak posa... Thankss kpd Mak & Abah Zack yg sediakan mcm2 makanan
yg best2 utk kitorang iftar & sahur malam tuu.. memangg terrbaikklahh..
konfem abang dtg lg lepas nii..hehehh :D
22 JUN 2015
Hari yang
bersejarah dalam karierku sebagai seorang cikgu/ostattt... haha.. inilah tarikh
kuatkuasa penempatanku (posting)... tarikh mula berkhidmat sebagai seorang guru
baru.. walaupun belum menjejak kaki ke sekolah yang belum diketahui lokasinya
di Sabah nanti, tapi inilah tarikh yang tercatat dalam mana2 surat
lantikan/penempatan yang dikeluarkan oleh jabatan2 berkenaan...chewahhh.. macam
bahasa lawyer pulakk rasanya :p
Pagi tu, lepas
Subuh, dah meriahh daa umah Zackk dengan kekalutan kami yang membuat last
checking sebelum bergerak ke Empress Hotel Sepang untuk pendaftaran. Lebih kurang
jam 7:30 a.m, kami dihantar oleh parents Zackk ke Empress Hotel dengan menaiki
Toyota Hilux bapak si Zackk ni.. ohhoii.. belom sampai Sabah sudaaa naik 4wheel
bahhh..! Ingatkan kami jaa kalut,
rupanya dah jadi macam hari kalut sedunia la pulakk pagi tu.. ada member yang
tayar kereta pancit lahh.. ada member yang tengah tunggu teksi lahh.. yang on
the way lahh.. haihhh.. macam2..haha
Kalut cemanaa ponn, selfieee tetap wajibbb..haha
Sampai jaa di
perkarangan Empress Hotel tu... tuddiiyaaa... dah penuhh dengan lautan
manusiaa.. masing2 dengan tujuan yang sama, mahu mendaftar diri untuk posting
ke Sabah.. ingatkan tak dapat sambutan.. almaklumlahhh.. bila dengar posting
sabah/Sarawak, masing2 dah lain muka.. tambah2 laa si Zackk nii..hahaa..
yianggg parents pulak, pakat berhimpun untuk last goodbye dengan anak masing2..
untongglaaa parents hantarkan sampai lobi hotel.. aku pulak?? syukurr sangat2
dahh bila mak&abah zackk sudi tumpangkan aku di rumah & hantarkan ke
hotel nii... zaman 2015 ni, bukan mudah mencari orang2 baik seperti mereka...
Bila melihat
listname yang ditampal di lobi hotel tu, aku diletakkan dalam Group A sebab
nama aku ada start dengan “A”... Maka terpisahlah aku dengan Zackeyy..
terkilan, kecewa tuu ada laa jugakk sebab sebelum nii aku dah happy sebab sama2
dapat Sabah dengan Zack.. so, ingatkan nanti dapat sekolah sama laa.. ppd sma
laa.. boleyy sewa rumah skali laa.. ahahaa.. besalaa, kawan rapat dari kecikk..
ahakzz
Luggage kami bertiga di belakang Hilux Zack
Tapi rasa terkilan
tu sedikit terubat sebab adanya member2 sekampus yang diletak dalam kumpulan
yang sama dengan aku.. Munir & Anas (Penyu).. Aku nii dahlaa tak kenal
gengg maktab2 lainn.. but, I like in meeting & knowing new frenzz..
hahahaaa
Lapas ikat riben
ungu di beg2 kami & simpan di bilik simpanan beg di Lobi Empress
Hotel, kami bergerak ke tingkat atas
iaitu dewan seminar untuk sesi taklimat dan penyerahan tiket flight ke Sabah.
Seperti yang diduga, sebaik sahaja taklimat sehingga waktu zohor, kami
dipecahkan mengikut kumpulan yang ditetapkan untuk diberikan tiket flight ke
Sabah. Penerbangan dijadualkan pada keesokannya iaitu 23 Jun 2015. Aku pula
yang berada dalam kumpulan A, akan terbang paling awal iaitu pukul 7:30 pagi
menaiki flight MAS dari KLIA ke BKI (Kota Kinabalu). Bas yang disediakan akan
menghantar kami ke terminal KLIA pada jam 4:00 a.m... makk aiii.. bukan main2
laa cekk ooii..!
23 JUN 2015
Pagi yang super
hening lain macam tu, lebih kurang jam 4 pagi, sempat lagi bersalam salam
dengan zack, matbee & mak abah zack di lobi hotel empress sebelum bergerak
ke KLIA. Sahur yang disediakan pihak hotel Empress pagi tuu,, fuhh, boleh
tahannlaa sedapnyaa.. memang high class punya sahur laaa.. haha..
Di KLIA, lepas amek
troli sorang satu, sementara tunggu nak check in luggage, sempat juga laa kami
geng2 ipg Perlis nii berkumpul sama2.. borak2.. lepak2 sebab lepas nii kami
tau, maybe payah daa nak boleh jumpa macam nii :’( Sempat jugaklaa menjadi
tourist guide buat member2 yang baru 1st time menaiki flight ni..
macam2 gelagat ada cikgu2 nii.. hahaa
Usai solat Subuh di
surau KLIA pagi tu, menandakan saat-saat untuk meninggalkan semenanjung kian
hampir. Kena pulak dengan hujan renyai2 yang turun awal pagi tu, aduhaiii,
feelingnya lain macamm la pulakk... plzz3, be strong, no more tears.. hahaaa :D
Dalam dinginnn Subuh hatiku terusikkkk~
Sebaik saja melabuh
punggung di atas kerusi kulit ungu empuk pesawat MH2604 milik MAS yang akan
membawaku dari KLIA ke KK (BKI), aku mula belajar menerima hakikat bahawa akan
aku akan dipostingkan ke Sabah, sebuah negeri di Borneo yang aku sendiri pun
tidak pernah menjejakkan kaki ke sana...
Lajunya pesawat
membelah landasan basah pagi tu seterusnya terbang tinggi memanjat awan,
meninggalkan seribu memoriku di Semenanjung ; tanah kelahiranku... Terimbas
kembali timeline hidupku, dari seorang pelajar kini bertukar menjadi pengajar
(guru).. aduhh, budak yang tak berapa betul nii dah jadi cikguu daa.. wekkss J
Setelah 2 jam 20
minit meredah awan di langit raya, maka mendaratlah MH2604 di Airport KK,
membawa bersama 1001 kisah para penumpangnya.. Selesai mengecop Dokumen
Perjalanan Terhad (DPT) di kaunter Imigresen dan mengambil luggage, kami
bergerak beramai ramai ke gerbang ketibaan..
Inilah namanya DPT.. wajib ada kalo nak masuk/keluar Sabah
Di sana, sudah
sedia menyambut kami wajah2 asing yang belum pernah kulihat sebelum ini,
bersama pelat Sabahnya yang pekat, namun aku masih mampu memahami dengan baik
apa yang mereka tuturkan. Ramah dan mesra benar bunyinya.. Aku kira, tentulah
mereka ini pegawai2 dari JPN Sabah yang akan menguruskan kami nanti.. “Selamat
datang cikgu baruuu” ucap pegawai2 itu tak berhenti henti sambil tersenyum dan
berjabat mesra dengan kami... macam hari raya pulakk rasanya..
Seterusnya, mereka
mengatur perjalanan kami yang baru tiba dari Semenanjung ni, ke Hotel Promenade
Kota Kinabalu yang terletak tak jauh dari Airport KK. Di situ nanti, kami akan
diberi taklimat2 oleh JPN Sabah seterusnya diberikan surat penempatan sekolah,
suatu benda yang kami tunggu2 selama nii...!
Promenade Hotel KK memang terrbaikkk
Sampai saja di lobi
Hotel Promenade dengan menaiki bas2 jabatan yang disediakan oleh JPN Sabah, aku
terpegun seketika... makk aii, mewahnyaa hotel.. hotel Promenade yang bertaraf
4 bintang itu akan menjadi singgahan kami untuk satu malam sebelum bergerak ke
destinasi masing2 nanti.
Selesai saja
membuat semakan PPD yang bakal menjadi tempat aku berkhidmat, sekali lagi aku
terkilan. PPD Nabawan, sebuah daerah yang begitu asing di pendengaranku.
Sejujurnya, inilah kali pertama aku mendengar nama daerah itu, Lebih
menyedihkan, hanya aku seorang saja dari IPG Perlis yang akan ke daerah itu.
Bermakna, aku akan terpisah dengan rakan-rakan sekampus yang sudah dikenali
bertahun lamanya, termasuklah si Zackk yang dah macam adik aku sendiri..huwaaa
:’(
Luasssnyaa Sabahhh
Di lobi hotel ni
lah, aku terserempak dengan Yap (abang Amett), senior aku masa di SMKAK dulu.. Alaahaii,
macam mana lahh dia nii boleh ada sini.. rupanyaa, dia dah lama bermastautin
sini dengan menjadi agen MAA Takaful. Siapa yang mau subscribe takaful ni,
bolehlaaa menghubungi Yap... (sempattt lagii tuhh tolong promote)
Program di
Promenade bersama JPN Sabah dimulakan lebih kurang jam 4;30 pm... kalau di
semenanjung, waktu Asar laa waktu ni, tapi di Sabah, pukul 4:30 pm sebenarnya
dah macam pukul 5:30 pm.. aku masih lagi culture shock laa dengan perubahan
waktu dan suasana di Sabah nii..
Dalam taklimat tu,
kami diperkenalkan dengan setiap daerah yang terdapat di Sabah oleh seorang
pegawai JPN. Setiap daerah rupanya mempunyai identitinya yang tersendiri
termasuklah Daerah Nabawan. Sampai saja giliran Nabawan diperkenalkan, terpapar
gambar orang menyumpit sambil memakai kostum tradisional etnik Murut, iaitu
etnik majoriti di Daerah Nabawan/Pensiangan... ketika ini, member2 sekampus
yang duduk semeja denganku dah mula cuit2 gelak2 kat aku.. abesslaaa.. sukar
membayangkan bagaimana rupanya jika aku yang memegang sumpit dan memakai kostum
tradisional itu.. hahahh
Menurut pegawai JPN
tu lagi, kebanyak sekolah di daerah Nabawan juga adalah sekolah2 pedalaman P3..
makk aii, bukan calang2 tempat nii.. di daerah ini juga terdapatnya sebuah
sekolah paling pedalaman di Malaysia (500km dari Keningau), iaitu SK Saliliran yang
dengar2 cerita mengambil masa dua hari perjalanan meredah pelbagai keadaan
jalan , termasuklah menaiki perahu sungai dan berjam jam berjalan kaki.. Bila
mendengarkan ini, senyum aku dah tak berapa menjadi.. tambah2 laa si Zackk yang
dok kat sebelah tak henti2 menyakat.. lagi gelabah laa jadinya.. terbayang
luggage yang kubawa, yang hampir seberat 30kg.. abesslaa kalau kena heret masuk
perahu / jalan kaki.. tinggal tulang laa aku nanti :p
Sungkeii di Promenade KK
Betapa dalam /
ulunya daerah Nabawan/Pensiangan ini digambarkan dengan imej google maps yang
dipaparkan oleh pegawai JPN ini, iaitu imej suatu kawasan lapang di dalam hutan
untuk pendaratan helicopter. tidak nampak jalanraya biasa di situ.. konfemmm
dahh aku dapat sekolah pedalaman kalau macam nii punya cara..! takpaa.. be
cool.. relax... x matii punyee.. hahaa
Kami berbuka puasa
pada jam 6:30 p.m dan masih lagi asing kepadaku yang baru tiba dari semenanjung
nihh.. awal gilakk bukak puasanyaa.. lauk2 menarik yang disediakan catering
Promenade Hotel sememangnya mengalu alukan perut kami yang kelaparan dan
kehausan dek menempuh perjalanan meletihkan dari Semenanjung... alhamdulillah..
memang berbeza sekali layanannya kalau nak dibandingkan dengan zaman bergelar
student dulu..
Program seterusnyaa
bermula lepas solat terawih, jam 8:00 malam.. sementara tu, sempat jugaklaa
lepak2 dengan muhd zackk sebab tau daaa lepas nii susah nak jumpa.. aduhaii..
perpisahan yang kali ke berapa entah antara kami berdua.. Zack dapat PPD Tenom
dan aku pula PPD Nabawan (masa nii aku belum tau Tenom dan Nabawan nii tak jauh
mana pun).. hehehh
Detik2 akhir bersama member2 sekampus :'(
Program pada
malamnya lebih meriah dan santai. Lepas mengambil tempat mengikut meja yang
dikhaskan kepada setiap PPD berlainan, majlis pun bermula sebaik saja ketibaan
VVIP malam tu iaitu, Datuk Jame Alip (Pengarah JPN Sabah) diumumkan. Kami
diajar menyanyikan lagu rasmi negeri Sabah (Sabah Tanah Airku) dan juga
beberapa lagi lagu2 Sabah. Memang happening lahh malam tu.. sporting sungguh
rupanya Datuk Jame Alip nii.. siapp menyanyi nyanyi bersama kami lagi dan
mempersembahkan lagu ciptaannya sendiri.. thumbs up Datuk..!!
Habess jaa program
bersama Datuk Jame Alip, maka tibalah saat yang dinanti nantikan oleh semua
guru baru dari Semenanjung, termasuklah aku, iaitu majlis penyerahan surat
rasmi penempatan sekolah kami. Melalui surat tu lah, aku akan mengetahui
sekolah pertama yang aku akan mula berkhidmat sebagai guru baru. Memang getaq
lahhh, macam tunggu nak ambik result SPM jaa rasanya.. (hanya siapa yang pernah
melalui saja akan faham)
Tiba2 dalam
kekalutan ballroom Promenade Hotel tu, meja geng PPD Nabawan didatangi oleh
seorang pegawai PPD yang memakai nametag tertulis “Elias”. Di tangannya
terdapat sekeping envelop coklat bersaiz A4. Tahulah kami bahawa beliaulah yang
akan menyerahkan surat penempatan kami. Debaran akan berakhir sebentar lagi...
dalam hati, tak putus2 berdoa.. “janganlahhhh dapat p3... janganlaahhhh dapat
sekolah yang kena naik bot... matii akuuu kalau kenaaaa....”
Surat yang dinanti nanti oleh setiap insan yang bergelar Guru Baru
Tiba2, entah gimik
atau apa, En Elias tak mau mengedarkan surat penempatan kami.. katanya, akan
diedarkan di ofis PPD Nabawan pada keesokannya sahaja. Ahhh, sudahh..!! Tapi
akhirnya, pujuk punya pujuk, dia pun mengeluarkan sekeping kertas a4 yang
bertulis senarai nama 12 orang guru baru yang mendapat PPD Nabawan. Dalam
listname tu, tertulis juga sekolah yang bakal ditempatkan nanti.
Debaran terlerai
jua bila En. Elias mengumumkan yang aku akan ditempatkan di SK Pengaraan.
Walaupun belum memegang surat penempatan rasmi, tapi sekurang-kurangnya sudah
mendapat tahu nama sekolah yang akan menjadi sekolah pertamaku nanti dalam
karier seorang guru. “Sekolah nii P brapa encik??” tanyaku tidak sabar2 lagi
kepada en. Elias. “SK Pengaraan P3 yaa Amirul” jawab En. Elias yang berwajah
tenang dan murah dengan senyuman itu.
Mendapat saja
jawapan itu, hatiku bagai kaca yang dihempas ke batu.. hancurr..!! Pelbagai
bayangan serta persoalan menerjah ruang fikiran.. Cerita2 momokan mengenai
pedalaman Sabah/Sarawak mula berkisar ligat di ruang mindaku. Rasa macam aku
dah total lost. Serabuuttt...lembik rasa macam nak terjelepok kat situ jaa..
Itulah hakikatnya... tapi, semuanya terselindung di sebalik wajah cool dan
senyumanku yang penuh ketenangan seperti selalunya...
Last Seen on ..........
Melihat member2
yang sama PPD mula bersembang dengan En Elias dengan bertanyakan perihal
sekolah masing2, aku pun turut tidak melepaskan peluang. Sebelum bertanya en
Google, baiklah aku bertanya dengan E. Elias nii dulu untuk mendapat gambaran
awal tentang SK Pengaraan.
SK Pengaraan... 3
jam saja menaiki 4wheel.. jalan tanah merah.. tidak ada naik bot.. naik 4wheel
sajaa.. begitulah gambaran awal yang diberikan oleh en. Elias kepadaku mengenai
SK Pengaraan. Mendengarkan itu, spontan aku meraup wajah dengan telapak tangan
tanda bersyukur... ada yang memerhatikan tingkah lakuku, tp, aahhh..biarlah..
aku bersyukur kerana Allah makbulkan juga sebahagian doaku.. walaupun
ditempatkan di sekolah pedalaman berstatus p3, tapi sekurang kurangnya aku
tidak perlu menaiki bot merentas sungai dan tidak perlu berjalan kaki selam
berjam-jam sebagaimana gambaran ngeri yang aku peroleh sebelum ini mengenai
sekolah2 pedalamn Sabah/Sarawak.
Malam kian
larut...sedar tak sedar sudah jam 12:00 am (di semenanjung dah macam pukul 1
pagi suasananya) Aku terus ke bilik penginapan kerana esoknya, jam 3:30 perlu
bangun bersahur dan jam 7:30 perlu turun ke lobi hotel untuk dibawa ke PPD
Nabawan menggunakan kenderaan yang telah disediakan oleh pihak PPD.
jika ada sumur di ladangg....
24 JUN 2015
Bersahur kali
terakhir laa konon dengan member2 sekampus sebelum berpisah.. kali ni betul2
berpisah sebab ada antara kami yang akan menaiki flight dari Airport KK ke
Airport Sandakan / Airport Tawau.. Antara yang akan menaiki flight lain ialah
Taufiq, Anas Penyu, MatBee, Munir dan juga Faiz. kalau dah nama naik flight, memang
jauhlah mereka nii dengan KK. Maka tinggallah aku, Zack dan MatDin yang akan
bergerak ke PPD masing2 menggunakan jalan darat.
Lepass jaa buat
jejak2 kasih sikit dengan MatBee & Munet, sebab depa dua nii nak ke Airport
KK jam 4 pagi... maka kami pun balik ke bilik masing2 sebab nak mengemas barang
dan checkout awal pagi nanti. Sedih laaa jugak sebab orang lain ada jugak
pasangan dengan geng kampus sendiri, tapi aku?? hanya sebatang kara... hahaa..
terpaksa lahh aku apply skill buat2 kenal/ buat2 ramah dengan member dari
maktab lain nanti...
Jam 8:00 pagi, aku
sudah berada di lobi hotel Promenade untuk checkout dan t/tangan kehadiran
dengan peg. PPD yang bertugas. Tak lama kemudian, kelihatan kelibat En. Elias
dan dia meminta kami yang akan ke PPD Nabawan sahaja, mengangkat segala luggage
ke kenderaan 4wheel yang sudah siap menanti di perkarangan hotel. Sebuah trak
Hilux digunakan untuk membawa beg2 manakala sebuah van Hiace akan membawa kami
serama 12 orang ke ofis PPD Nabawan dari Hotel Prpmenande tersebut..
bilaa pulakklaa kita nak jumpa..haihhhh
Sebelum tayar van
bergolek, sempat jugakklaa bersalam salaman dengan member2 sekampus... Zack,
Taufiq & MatDin... I.Allah, we’ll meet again someday :’( Thanksss Taufiqq yang hantaq aku sampai depan
pintu van pagi tuu.. huhu.. itulah last aku jumpa Taufiq, sampailah ke hari
ni.. Taufiq ditempatkan di SK Pamol, sebuah sekolah p1 berdekatan bandar
Sandakan... memang jauhhlaa dari aku.. nak balik Semenanjung pun nanti, Taufiq
akan terbang dari Airport Sandakan manakala aku pula terbang dari Airport KK.
Lebih kurang jam
8:30 am, van pun bergerak meninggalkan bandar KK, melewati jalan penuh thrill
dan berliku – Jalan Kimanis yang akan membawa kami ke bandar Keningau. Jalannya
elok..cuma selekoh selekohnya fuhhh... untuk gambaran, keadaanya lebih kurang
sama dengan jalan ke Cameron Highlands ataupun ke Wang Klian di Perlis. Dingin
sekali walaupun matahari terik memancar dan penuh dengan selekoh selekoh maut
di jalan naik turun bukit. Memang memerlukan pemanduan dan skil yang bukan
calang2 laa orang kata...
Hampir 3 jam
melewati Jalan Kimanis tersebut, kami pun sampai di tengah2 bandar Keningau.
Walupun tidaklah sebesar dan sesibuk Bandar KK, tapi boleh tahan jugaklaa
bandar Keningau nii.. serba serbi lengkap.. ada shopping mall, hospital, bank,
pejabat2 kerajaan seperti imigresen, jpj dan lain2.. Menurut pemandu, Pekan
Nabawan iaitu destinasi kami, terletak lebih kurang dua jam perjalanan dari
bandar Keningau ini.
bersama 12 orang guru baru yg ditempatkan di PPD Nabawan
Van berhenti
sebentar di sebuah shopping complex di tengah bandar Keningau iaitu G-Mart Keningau.
Di situ, kami membeli barang-barang keperluan untuk dibawa sebagai bekal ke
pedalaman nanti. Masing2 masih blur, tidak pasti apa yang patut dibeli. Beras ?
Ayam ? Ikan? sardine? kena beli kaa semua tuu? bantal ? alatan mandi ? apa lagi
yang kena bawa ?
Dalam sibuk2 dengan
kecelaruan itulah, aku dihubungi oleh Cg Kang Fairuz, salah seorang guru dari
SK Pengaraan yang akan menjemputku di PPD nanti.. Lega rasanya bila aku
mengetahui bahawa Cg Kang sudah sampai di PPD dan sedang menunggu ketibaanku di
sana. Jika tidak, buntu juga memikirkan di manalah aku akan bermalam nanti jika
tidak ada sesiapa yang mengambilku di PPD.
Selepas hampir 2
jam bershopping sakan di G-Mart Keningau tu, kami terus dibawa ke ofis PPD
Nabawan yang terletak lebih kurang sejam lebih perjalanan dari situ. Sekali
lagi kami dibawa menempuh perjalanan ala2 menaiki Cameron Highlands ketika
melewati Jalan Sook-Keningau untuk menuju ke PPD Nabawan. Tidak jauh setelah
melewati Pekan Sook, kami pun tiba di gerbang Pekan Nabawan, betul2 jambatan
sempit Pekan Nabawan itu.
4wheel yang dikhaskan membawa luggage sahaja ke Nabawan
Pekannya sangat
lengang dan sunyi. Terdapat balai polis dan juga klinik kesihatan serta
perpustakaan di situ. Tapi aku tidak nampak sebarang shopping mall ataupun
sekurang-kurangnya sebuah mini market. Aku juga cuba mencari kedai-kedai makan,
tapi tidak singgah langsung di pandanganku. Aduhhh, macam mana nii.. sangkaku,
SK Pengaraan tentulah berada di kawasan ini... rupanya, tidak. SK Pengaran
rupanya agak jauh juga dari Pekan Nabawan ini. 100km ++ jugaklaaa -.-“
Sampai saja di
perkarangan PPD Nabawan, sudah ada 3-4 orang pegawai menanti di muka pintu,
mempersilakan kami masuk ke dalam ofis tersebut, termasuklah En. Elias. Aku
lantas mengenakan kembali nametag dan juga neck-tie yang tadinya dibuang ketika
masuk ke shopping mall di Keningau. Sebaik menanggalkan kasut di rak, kami
menuju ke bilik mesyuarat PPD Nabawan.. wahhhh, ada ekonlahhh.. legaaa rasanya
bila dihembus bayu nyaman pendingin hawa itu. Rasa nak terlelap pun ada dek
kerana menempuh perjalanan jauh dan mencabar dari KK selama lebih kurang 4 jam
tadi..
Komuter yg membawa 12 orang kami, guru baru PPD Nabawan
Di bilik meeting
PPD itu, apa yang menariknya ialah terdapat map daerah Nabawan yang digantung
di dinding. Aku cuba mencari cari perkataan “Pengaraan” dan akhirnyaaa...
tudiaaa..puasss.. memang dok hujung2 lahhh orang kata.. ohhoiii.. tak dapat
kubayangkan jauhnya macam mana nanti.. tapi, dari peta tersebut, tahulah aku
bahawa untuk sampai ke Pengaraan, mestilah melalui Penontomon dan Layon
terlebih dahulu, dan akhir sekali, barulah bertemu Pengaraan..
Melihat peta itu
membuatkan aku jadi semakin letih tak bermaya. Betul kee tak payah naik bot?
nampak jauh lain macammm jaa.. aku mulai sangsi dengan apa yang diberitahu oleh
En. Elias semalam. Katanya tak perlu naik bot ponnn untuk ke Pengaraan. Cuma
naik 4wheel jaa.. Entahlahh.. redhaa je lahh.. tak boleh buat apa dahhh.. just
keep calm and follow the flow..!
Tak lama kemudian,
majlis ringkas penyerahan surat penempatan rasmi pun bermula. En Elias sendiri
menyerahkan kepada kami surat rasmi tersebut. Nama kami, seramai 12 orang guru
baru PPD Nabawan, dipanggil seorang demi seorang dan diserahkan surat yang kami
tunggu2 selama ni.. Memang sahlah, aku akan ditempatkan di SK Pengaraan, sebuah
sekolah pedalaman 3 di daerah Nabawan, Sabah... Aduhai jiwa, bertabahlah..!
Cuba cari SK Pengaraan......
Selesai jaa
menerima surat tu, beserta taklimat ringkas daripada En. Elias, tiba2 seorang
pegawai PPD lain datang di muka pintu dan bertanya “Siapa yaa guru baru SK
Pengaraan ? Cikgu Kang mahu jumpa” Aku pun keluar dari meeting room dan
mengikut pegawai tersebut ke bilik lain. Di sana, aku dipertemukan dengan Cikgu
Kang Fairuz, iaitu wakil GB dari SK Pengaraan yang akan menjemputku dari PPD.
terkejut juga aku bila melihat Cikgu Kang yang nampak muda benar.. tak macam
cikgu pun, sebaliknya macam student2 zaman maktab jaa..
Aku bersalam dengan
Cikgu Kang dan mengikutnya ke bilik meeting untuk bersembang-sembang sebelum
dibawa pergi dari PPD Nabawan itu. Melalui Cg kang, aku mendapat sedikit
sebanyak maklumat awal megenai SK Pengaraan. Apa yang paling mngejutkan aku
ialah, bilangan murid Islamnya yang cuma ada 3 orang sahaja.. ya, anda tidak
silap baca, memang ada 3 orang sahaja murid muslim. Dua orang dari tahun satu,
dan seorang di tahun tiga.. Kalau ikutkan bidang pengkhususan aku iaitu
Pendidikan Islam, memanglahh aku hanya akan mengajar 3 orang ini sahaja... tapi
takpa lahh, aku terima jaa kalau kena ajar subjek lain pun.. cikgu serba boleh
laa katakannn... haha
Panorama SK Pengaraan
Cg Kang juga
menunjukkan aku gambar panorama SK Pengaraan, dan itulah pertama kalinya aku
melihat rupabentuk sekolah pertamaku itu. Sumpah, tidak ada di mana2 carian
imej google sebelum ini. Mungkin lepas ni famouslah SK Pengaraan sebab dah
masuk TintaMalam nihh.. hehe
Tak lama kemudian,
kami pon bersiap siap untuk bergerak meninggalkan PPD Nabawan.. tapi bukan
untuk ke SK Pengaraan, tapi untuk ke Pekan Keningau. Hal ini kerana Cg Kang
masih berkursus di Pekan Keningau dan hanya akan masuk ke sekolah pada hari
Ahad nanti.. sekarang pula baru hari Rabu (24 Jun 15).. Aku dibawa ke rumah
transit geng2 cikgu sekitar Keningau nii yang terletak di Taman Juta, Keningau.
Rupanya rumah
transit ni juga dikongsi oleh Cg Duan & Cg Lan, iaitu dua orang cikgu
semenanjung yang bakal menjadi housemateku di kuaters guru SK Pengaraan nanti. Ini
bermakna, apabila aku masuk ke SK Pengaraan nanti, aka nada 3 oranglah guru
semenanjung.. aku, dan mereka berdua. Tapi, petang tu, aku belum nampak kelibat
mereka berdua kerana mereka masih di sekolah dan belum keluar ke pekan. Mungkin
hujung minggu ni dapatlah aku berkenal-kenalan dengan mereka berdua.
Ketika aku sampai,
hanya ada seorang saja di rumah tersebut iaitu Paijey yang mengajar di sebuah
sekolah di Daerah Keningau. Aku ditinggalkan di rumah tersebut, bermula hari
Rabu sehinggalah hari Ahad (28 Jun 2015). Sepanjang tempoh tersebut, aku yang
jenis malu2 kucing nii terpaksalah buat2 macam biasa macam kenal dengan semua
penghuni rumah tersebut yang takda seorang pun aku pernah berjumpa sebelum ni.
Rumah transit di Taman Juta, Keningau
Tapi, apa yang
paling mengharukan ialah layanan mereka terhadapku seolah olah dah macam kenal
lama.. Duit yang aku bawa tidak luak sedikitpun kerana sering dibelanja makanan
berbuka puasa oleh Cg2 senior yang tinggal di rumah tersebut. Ini termasuklah
buffet berbuka puasa di Hotel Juta pada satu petang tuu yang dihadiri hampir 15
orang geng2 cg.. sungguh, mereka2 inilah yang membuatkan aku rasa diterima di
tempat orang.. perasaan terasing.. rasa jauhhh tuu tidak untuk kali ini..
bagiku, ini juga rezeki bila dipertemukan dengan member2 baru yang baik hati
& tidak berkira seperti mereka... Di saat jauh dari keluarga, dari rakan2
yang dah kenal lama, tiba2 hadirnya mereka membuatkan aku rasa sungguh diterima
dan dihargai.. ouhh, I’m touched :’)
28 JUN 2015
Hari Ahad..
mengikut Duan iaitu member baru dan juga schoolmateku di SK Pengaraan nanti,
kami akan masuk sekolah pada malam nanti, selepas berbuka puasa. Duan nii dah
mengajar kat SK Pengaraan sejak 2013 lagi manakala Lan pula dari tahun 2014.. Pagi
ahad tu, aku mengikut Duan & Lan ke market untuk membeli barang2 basah
seperti ikan dan ayam, bekalan untuk seminggu di pedalaman nanti. Aku menjadi
pemerhati setia dan mula belajar cara2. Satu tong ikan (warna putih) yang
diletak di belakang trak, penuh dengan bahan2 mentah seperti ayam, ikan,
sotong, sayur dan sosej untuk kami masak di kuaters pedalaman nanti.
Shopping2
Pada sebelah
petangnya, selesai saja berbuka puasa, kami bertiga terus bergerak ke
Supermarket Hiap Lee di Pekan Keningau untuk membeli barang2 kering pula.
Antara yang dibeli ialah air minuman sebayak 3 karton, gula, sos, rempah ratus,
biskut, minuman 3 in 1, dan barang2 dapur yang lain. Segan juga aku apabila
“dilarang” membayar barang2 tersebut... kata mereka, tak mengapaaa, kerana aku
belum punya gaji lagii.. simpan dulu duit tuuu...hahaa
Selesai jaa
shopping2 kat Hiap Lee, kami kembali ke rumah transit di Keningau untuk prepare
sebelum bergerak masuk ke pedalaman Pengaraan sebentar lagi. Usai solat Isyak,
aku membantu Duan & Lan untuk packing barang2 dan disusun di belakang trak
Triton si Duan.. Setiap beg perlu dibungkus menggunakan plastik hitam bagi
mengelakkan basah jika hujan atau kotor terkena debu tanah merah atau selut.
Ini juga sesuatu yang baru bagiku.
Aku memerhatikan
Lan membantu Duan memasang spotlight di atas bumbung Triton. Sempat juga si
PaiJey mengusik kami,, katanya nak ke sekolah kee nak pegi berperang.. hahaa..
Aku mengenakan sportshoes yang dibeli di Kajang tempoh hari.. wahhh, get ready
sungguh2 nii orang kata. Kami akan ke G-Mart terlebih dahulu kerana GB sudah
menunggu di sana bersama Cg Eddy yang turut sama akan menaiki Triton bersama
kami nanti.
Antara preparation untuk survive di pedalaman...
Sampai di G-Mart,
aku bersalam-salaman dengan GB SK Pengaraan iaitu Cg Andreas dan juga seorang
cikgu lain iaitu Cg Eddy. Selepas berkenalan ringkas dengan GB, kami pun
bergerak meninggalkan Pekan Keningau, menuju ke Jalan Sook-Keningau yang juga
dipanggil Jalan Keningau-Tawau, untuk ke simpang masuk menuju ke Pengaraan.
Seperti yang diceritakan sebelum ni, Jalan Sook-Keningau nii adalah seperti
jalan Cameron Highlands.. jalannya elok, tapi penuh berliku dan selekoh2
tajam.. Lebih menyeramkan, jalan nii gelap benar pada malam hari kerana
ketiadaan lampu jalan serta sunyi dari kenderaan walaupun jam baru menunjukkan
angka 9.00 pm.
Hampir sejam
melewati jalan sunyi Sook-Keningau, tibalah kami ke simpang masuk ke Pengaraan.
Maka, tamatlah sudah jalan berturap. Duan menghentikan Tritonnya di simpang
masuk berdekatan signboard besar bertulis Kim Loong palm oil mill... Di situ,
Duan melakukan pemeriksaan angin serta mula membuang kanvas yang menutup
spotlight di atas bumbung trak. Spotlight diuji sama ada menyala ataupun tidak.
Aku juga diberitahu bahawa di sinilah last point talian telefon. Lepass jaa
kilang kelapa sawit kat depan tu, maka tiada lagi line telefon. Nak call mak
ke, buah ati kee, call siap2 katanya... Ohhoiii,, kalaulah tuan2 berada di
tempat saya ketika itu, sukar sekali digambarkan perasaannya.. bercampur
baur... rasanya macam nak dihantar berperang di Palestin atau Syria pon ada
jugaa..huhu
GB Mr Andreas turut menyertai kami malam tuu.. thumbs upp GB..!
Triton pon dipacu
seiring dengan beberapa buah tanker minyak kelapa sawit yang turut melalui
jalan tersebut. Peringkat awal, walaupun tidak bertar, namun jalan masih
diturap dengan batu2 kerikil putih dan jalan masih rata kerana tidak banyak
lubang-lubang atau lopak air.. Melepasi saja kilang kelapa sawit Kim Loong itu,
batu batu kerikil semakin hilang diganti dengan jalan tanah merah yang
berdebu.. namun masih ok kerana jalannya masih mendatar. Di kiri kanan,
terdapat kebun kelapa sawit seperti di semenanjung.
Sebaik saja Triton
melepasi sebuah perkampungan / kuaters laa kot, yanga ada pondok pengawal kecik
tu, maka bermulalah kembara sebenar. Jalan tanah merahnya semakin kasar,
semakin banyak lopak dan lubang yang perlu dielak, serta mula ada naik / turun
bukit. Semakin lama, keadaan jalan semakin menggila apabila aku mula terhantuk
di cermin trak dan tidak ada peluang lagi untuk terlelap. Tangan pula tidak
sesaat pun lepas dari memegang pemegang di atas bumbung trak itu.. Kebun kelapa
sawit tadi, entah ke mana hilangnya, dan kini berganti dengan hutan tebal di
kiri dan kanan trak.. jalan masih luas, walaupun tidak seluas semasa melewati
kebun kelapa sawit tadi, tapi aku kira cukup muatlaa sekiranya bertembung dua
buah kenderaan.
Spotlight readyyy..!
Spotlight di atas
bumbung trak mula dipasang menerangi jalan tanah merah yang semakin dasyat di
hadapan sana. Duan berkali kali berpesan kepadaku agar memintanya berhenti
sekiranya hendak muntah. Tapi syukur kerana malam tu, rasa nak muntah tuu tidak
hadir. Tak lama kemudian, kami tiba di suatu selekoh lapang dan berhenti rehat
di situ.. Rupanya, itulah R&R di tengah hutan belantara tuu...
Menurut Lan, sampai
di situ bermakna baru suku perjalanan. Belum sampai Penontomon, apatah lagi
Layon. Aku melepaskan keluhan berat sambil meneguk 100 plus yang aku beli di
Hiap Lee tadi. Sangkaku, mungkin tidak lama lagi kami akan sampai dahh..
ruapanya, jauhhh lagiii.. aduhaii.. tabahlahhh duhai hati.. Perjalanan
diteruskan membelah pekat gelap malam di tengah2 belantara sabah. Mujurlah kami
berlima malam tu, kalau berdua atau seorang diri, haihhh, susah digambarkan apa
akan terjadi... kalau aku seorang? hmmm... pakai dakkk laa nak masuk hutan
tengah2 malam macam tuu...
Barangan kami yang dibungkus plastik hitam, sudah dipenuhi debu tanah merah,baru suku perjalanan..!!
Sesekali berselisih
dengan kenderaan 4wheel lain, Duan membunyikan hon tanda hormat. Jalan semakin
gila. Makin kerap aku terhantuk cermin dan bumbung 4wheel. Ada ketikanya, 4wheel
perlu melalui kawasan berselut dan berlopak air. Puas jugakklaa aku berpaut
pada pemegang tuuu.. tinggal tak tercabut jaa benda tuu.. haha.. Tak lama
kemudian, Triton Duan melewati sebuah kawasan seakan perkampungan.. rupanya
itulah Kg Penontomon, tempat terletaknya SK Penontomon yang juga merupakan
sebuah sekolah p3. Kalau tak silap, member yang bernama Izzat Emir ditempatkan
di sekolah ni.. aku pun kenal2 macam tuu jee masa naik van sekali dari KK ke
PPD Nabawan aritu..
Triton meneruskan
perjalanan melewati jalan tanah merah yang semakin kerap naik turun bukitnya..
jalannya pula kerass dan berhabuk sakan kerana sekarang adalah musim panas di
daerah ini. Menurut Lan, jika musim hujan, puass menangisslahh kalau nak lalu
jalan tanah merah nii.. hahaa..
Berehat sebentar di RnR tengah2 belantara Borneo yang sunyi sepi
Lebih kurang sejam
selepas melewati Penontomon, kami tiba di suatu persimpangan yang ditandakan
dengan sebiji tayar buruk pada sebatang kayu. Rupanya itulah simpang ke SK
Layon. Menurut Lan yang duduk di tepiku di seat belakang Triton, sekolah kami
iaitu SK Pengaraan terletak lebih kurang sejam perjalanan dari sini, SK Layon
ini.
Aku menarik nafas
lega kerana sudah perjalanan ini sudah hampir tiba ke penamatnya.. Tapi
kelegaanku tidak lama apabila tiba2 Triton dibrek mendadak dan dua spotlight
tambahan di kiri dan kanan trak dipasang oleh Duan. cermin pemandu diturunkan
dan Duan menjengukkan kepalanya keluar seolah olah mengintai sesuatu.. aku
mulai cuak dan gelabah. Apakah kami telah terlanggar sesuatu ?? Rupanya, kami
akan melintasi sebuah jambatan sempit yang dibina sendiri oleh penduduk kampung
menggunakan batang pokok. Jambatan ini, kelebarannya memang betul2 muat sebuah
4wheel saja.. ngam2..! Kalau tersilap pusing stereng sikit jaa, memang ke dalam
sungai lahh jawabnyaa..!
Jauhhh lagii perjalanan iniii....
Melepasi
persimpangan dan titian sempit SK Layon. jalan tanah merah semakin sadis
keadaannya dan semakin sempit pula.. Hutan lalang di kiri dan kanan semakin
meninggi dan seakan mahu “mencekup” kenderaan yang kami naiki. kalau dilihat
secara kasarnya, memang jalan cukup2 muat untuk dilalui sebuah 4wheel saja..
aku pun tak tahu apa yang terjadi jika ada sebuah lagi 4wheel yang datang dari
arah bertentangan.. lopak dan lubang semakin kasar dan dalam. Jalan seakan
terbiar, seolah olah sudah tidak dilalui kenderaan selama bertahun tahun.
Spotlight di kiri
dan kanan Triton dipasang sepanjang jalan ini, menyuluh hutan lalang yang
sangat tebal di kiri dan kanan jalan, yang menghimpit hingga ke pintu 4wheel.
Sukar sekali melihat trek/kesan laluan tayar kenderaan kerana jalan dari Layon
ke Pengaraan (pada waktu ini) sangatlah teruk dan buruk. Memang hardcore punya
jalan tanah merah. Bukan setakat kereta biasa, kalau 4wheel tanpa kuasa turbo
pun mungkin tak lepas untuk melalui jalan ni... silap haribulan, bermalam laa
di tengah hutan belantara.. nauzubillah..!
Saat 4wheel meredah anak sungai
Untuk sampai ke
Pengaraan, kami perlu melintasi dua anak sungai tanpa jambatan. Ini juga adalah
sesuatu yang sangat mengujakan bagiku. Setiap kali mahu menuruni curaman tebing
sungai itu, 4wheel akan dipacu laju supaya mudak untuk mendaki tebing curam
yang sebelah sana. Katanya, jika musim air bah, air boleh sampai ke paras hood
depan.. ohhoii, entah bila lahh aku akan merasa pengalaman sebegitu..
Melepasi sungai
yang kedua, iaitu Sungai Sina Pari, menandakan kami semakin menghampiri
perkampungan Pengaraan.. 30 minit setelah “terjun” Sungai SinaPari, kenderaan
kami pun tiba di depan pintu pagar sekolah... fffuuuu~ what an adventurous journey..!!
Keluar saja dari Triton, aku menggeliat kepuasan sambil melepas keluhan penuh
kelegaan... Macam tak percaya, aku boleh sampai ke sini.. ke sebuah sekolah
bertaraf P3 yang terletak beratus kilometer ke dalam perut belantara borneo...
syukuurrr J
Alhamdulilllah..selamt tiba ke SK Pengaraan buat pertama kalinya...!!
29 JUN 2015
Hari pertamaku
menjalankan tugas sebagai seorang guru baru di SK Pengaraan... Dengan keadaanku
yang masih belum biasa dengan perubahan waktu dan suasana alam di Sabah, pagi
tu, lebih kurang jam 7:00 pagi, aku turun ke bangunan sekolah yang menempatkan
bilik guru untuk mengisi nama dalam buku kehadiran sekolah buat pertama
kalinya.. Di hadapan blok bangunan sekolah yang dibina daripada kayu itu, sudah
berdiri murid2 SK Pengaraan yang serama 61 orang kerana pagi itu akan diadakan
perhimpunan rasmi sekolah.
Biasalah, sebagai
seorang guru baru di situ, setiap langkahku diperhatikan penuh tajam, penuh
minat oleh setiap murid. Terkenang pesan Lan dan Duan semalam, jangan senyum2 sangat..
buat muka garanggg sikit.. nanti kalau senyum2 sangat kat budak2 ni, depa naik
pala.. haha.. biasalah tu.. first impression.. biar nampak garang, bengis
takpa.. senang nak control budak nanti..
Seperti sekolah
sekolah lainnya di semenanjung, terdapat seorang murid yang akan menjadi MC
Perhimpunan Pagi setiap Isnin. Kemudian, ada nyanyian lagu Negaraku, lagu
negeri Sabah dan juga ditutupi dengan nyanyian lagu SK Pengaraan. Sebagai orang
baru di Sabah, mustahillah aku dapat menyanyikan lagu2 ini (kecuali Negaraku),
yang kedengaran asing lagi di telingaku.. lama2 nanti okeylahhh.. haha..
belajaq2 orang kata J
Perhimpunan pagi pertamaku di SK Pengaraan, Nabawan, Sabah
Tiba sesi ucapan GB
iaitu Mr Andreas, beliau mengumumkan kehadiranku sebagai guru baru di situ,
disambut oleh tepukan murid2.. Aku diminta berucap ringkas, memperkenalkan diri
dan juga ucapan alu-aluan. Habis saja ucapanku, MC kembali mengambil alih dan
tak lama kemudian, majlis perhimpunan pagi pertamaku di SK Pengaraan itu pun
ditamatkan... And its started with an allright scene.. syukur Alhamdulillah...
Seperti yang
dijangka, jadualku belum tersedia dan untuk sementara waktu, aku perlu memasuki
mana2 kelas yang tiada guru mengajar. Antara kelas yang terawal kumasuki ialah
kelas tahun satu yang mempunyai seramai 13 orang murid, termasuklah dua orang
murid beragama Islam. Rupanya, murid2 di sini kurang faham jika guru bercakap
menggunakan bahasa baku, sebaliknya, guru perlu bijak membuat percakapan supaya
bunyi macam pelat Sabah agar mudah difahami murid murid. Apa yang melucukan,
aku kerapkali tersasul menggunakan loghat utara (Kedah) dan bila ini terjadi,
murid akan terkebil kebil memandangku kerana mereka tidak faham apa yang aku
tuturkan kepada mereka...
Lagu Sabah Tanah Airku yang belum kuhafal dengan baikk
Itulah serba
sedikit kenangan / pengalaman awal ketika aku dipostingkan ke pedalaman
Nabawan, Sabah baru2 nii.. Sebenarnya, banyak lagi untuk ditulis, tapi
memandangkan jam sudah menunjukkan angka 12:00 am ketika ini, dan aku perlu
berehat kerana esok akan terbang ke Kuala Lumpur dari Langkawi seterusnya
terbang ke KK pada lusa, mungkin lain kali aku akan menyambung lagi catatan “Diari
Pengaraan” ini dari semasa ke semasa.. stay tuned..!