Friday, October 22, 2010

My Experience : Teringin vs Malas...


Malasnyer...Tidak dinafikan penyakit malas ini merupakan suatu penyakit yang kebanyakan dari kita menghidapinya. Susah untuk berkata tidak. Selantang manapun kita menjerit tidak atau tak nak kepadanya, malas tetap juga datang stelah menghindar seberapa ketika. Setakat ini, belum ada ubat atau tok bomoh mahupun doktor yang dapat memberikan penawar bagi penyakit ini. Bagiku, ubat terbaik hanyalah pada diri sendiri, pada minda si penghidap penyakit ini.
Berbalik kepada tajuk, aku memang teringin dan mengimpikan sebuah blog peribadi yang hebat, yang unggul, yang punya macam-macam, yang boleh memberi faedah kepada khalayak... tapi tika itulah hadir batu penghalang yang amat berat.Yang kadangkala tak mampu untuk dialih. Itulah malas. Entahlah, setelah 3 bulan menyepi, kini kembali lagi. Mungkin 3 bulan lagi akan keluar entry terbaru..begitulah seterusnya...selagi malas masih dalam diri, bersahabat dengan masa yang sempit menghimpit...hehehe...

No comments:

Post a Comment