TM : Sumber dari
FB
Tuesday, June 12, 2012
Wednesday, June 6, 2012
Panduan Membeli Secara Online (Part 1)
Salam Rejab buat
semua visitor. Harini admin terpanggil untuk mengarang artikel bernada serius
mengenai panduan membeli on-line. Bukan apa, baru-baru ni ada seorang member
berlawanan gender call aku, dengan nada yang kadangkala sedih dan kadangkala
berpitching tinggi seperti geram menceritakan barangan yang dibelinya secara online tak
sampai-sampai ke rumahnya. Mengapa aku yang ditelefon? Apa yang aku boleh buat?
Terdetik juga di hati kehairanan itu..tapi sebagai kawan, aku pinjamkan juga telinga
ini mendengar luahannya..
Beberapa tahun
kebelakangan ni, trend membeli barang secara online semakin berkembang pesat.
Baguslah. Ini perkembangan yang sihat lagi baik...! Tapi, yang tidak baiknya,
wujudnya golongan2 yang mengambil kesempatan dengan melakukan kerja-kerja
terkutuk seiring dengan perkembangan yang berlaku. Aku sendiri telah berpuluh
kali membeli barangan secara online dan Alhamdulillah, belum pernah ditipu lagi
setakat ni. Antara barang2 yang pernah dibeli ialah LCD Monitor 23”, Kamera Digital,
Telefon Bimbit, Earphone dan barangan-barangan biasa yang lain berharga kurang dari RM
100. So, melalui pengalaman tersebut, di sini aku tuliskan panduan-panduan
untuk membeli secara online :
1.) Kenali
Seller/Peniaga :
Ini adalah sangat
penting. Selepas menemui barangan yang hendak dibeli, “berkenalanlah” dengan
seller tersebut. Baca profil lengkapnya dan teliti rating/respon/testimony dari
pelanggan yang pernah berurusan dengan seller terbabit. Untuk website
Lelong.my, anda boleh melihat rating dan komen pelanggan bagi seseorang seller.
Pilihlah seller yang mempunyai reputasi yang bagus serta banyak komen positif
dari pelanggannya. Seller yang baik akan memaparkan no telefon/emel, alamat
kedai/rumah, gambar, no. syarikat dan lain2 data yang meyakinkan. Cuba sms/email
seseorang seller dan nyatakan hasrat untuk membeli barangannya dan lihat samada
respon seller cepat/ lambat. Seorang seller yang baik akan cepat respon
walaupun disoal berkali-kali oleh buyer.
2.) Simpan bukti
sebanyak mungkin :
Setelah bersetuju
untuk membeli barang dari seller,
sebelum memasukkan (transfer) wang, kumpulkan segala bukti urusniaga
seperti sms/email anda dengan seller, capture screen barangan yang hendak
dibeli dan data-data seller, “link” barangan yang dibeli dan data-data lain
yang dirasakan wajar. Selepas memasukkan wang, segera update kepada seller
melalui sms atau email. Nyatakan tarikh, masa, jumlah,cara transfer, dan akaun
seller yang dimasukkan wang itu (jika seller ada lebih dari satu akaun). Simpan
juga sebarang resit atau penyata sebagai bukti pembayaran. Anda juga boleh scan
dan attach resit ni ke email seller bagi mengukuhkan bukti jika membeli
barangan yang agak mahal. Jika
menggunakan online banking, pastikan anda membuat capture screen dan
hantarkannya ke email seller.
3.) Jadilah
Pembeli yang tegas
Setelah membuat
bayaran dan update bukti2 pembayaran kepada seller, pastikan anda meminta
tracking number dari seller sebaik saja barang diposkan. Anda juga berhak
meminta resit yang sah bagi seller serta kad waranti jika membeli barangan
elektronik. Harus diingat, sebaik saja memasukkan wang, bermakna barang
tersebut telah menjadi milik anda walaupun belom dipos. So, jadilah pembeli
yang “demand” dan tegas seperti meminta disertakan resit dan berpesan agar
barangan dibungkus dengan baik. Seller
yang baik akan menghubungi anda sebaik saja barangan telah dipos dan memberikan
tracking number bagi memudahkan anda mengetahui perkembangan semasa barang
tersebut samada sampai atau belum di tempat anda. Apabila barang telah disahkan
berada dalam rekod kurier, anda sudah boleh menarik nafas lega kerana sedikit
sebanyak seller itu tidak menipu anda. Jika seller berdolak dalih atau “banyak
cakap” apabila anda meminta tracking number, waspadalah, kemungkinan seller
hendak menipu kerana dia sudahpun menerima wang dari anda. Di sinilah bukti2
urusniaga memainkan peranan penting.
4.) Apabila barang
telah diterima/selamat sampai
Jangan terlalu
gembira apabila barang telah selamat sampai. Dengan segera buka bungkusan/pakej
untuk memeriksa kondisinya. Semak betul-betul adakah barangan tersebut yang
anda beli, keadaan fizikalnyanya, fungsinya, adakah sama dengan apa yang
dikatakan seller, barangan lain yang dinyatakan dalam pakej yang dibeli, cth :
handsfree (jika beli barang seperti handset), resit dan sebagainya. Jika
berlaku kecacatan atau kekurangan, segera hubungi seller dan maklumkannya.
Kukuhkan dengan mengambil gambar dan segera emailkan kepada seller berkenaan.
Jangan rasa segan2/malu2 untuk minta penggantian jika barangan yang diterima rosak
dan seumpamanya. Anda patut dapat apa yang anda bayar..! Jika berpuashati
dengan barangan yang diterima, hubungilah seller dan jangan kedekut untuk beri
rating/like kepada seller tersebut. Apabila wujud kepercayaan antara seseorang
seller/buyer, urusan akan menjadi mudah di masa hadapan..
TM : Apa yang
perlu dibuat jika berlaku penipuan dalam jual beli online? Tunggu sambungannya
dalam Part 2 nanti.
Monday, June 4, 2012
Breaking News..!!! ICS update untuk Xperia
Ting ! Tong ! Breaking
News..!!! Tak ramai orang tahu termasuklah seller2 handset dan sesetengah
blogger handset yang masyhur di luaq sana..! So, admin dengan bangganya
mengumumkan bahawa update Ice Cream Sandwich Android 4.04 untuk handset2 Sony
Ericsson telah bermula. Ya, mungkin tidak ada apa2 bagi yang tak minat.. tapi,
bagi pencinta teknologi, ianya adalah seumpama menantikan buah durian gugur ke tanah..! Setelah
berbulan-bulan, akhirnya semalam mencatat sejarah yang indah buat SE Xperia Pro
MK16i aku tuh yang telah selamatnya dibedah dan ditukar identitinya.. Mudah
saja, just cucuk connect handset anda ke PC via USB, kemudian akan naik pop-up
untuk update tuh..dan ikutlah arahan2 selanjutnya..
| Paparan yang muncul sebaik handset disambung pada PC |
| Buatlah keputusan setelah berfikir semasak-masaknya. Sekali ber-ICS, tak boleh patah balik dah.. |
| Proses mendownload ICS yang memerlukan sedikit kesabaran. Pergilah berjalan-jalan di tepi pantai sambil menunggu selesai download |
| Selesai sudah proses update. baca & buat elok2 yea |
![]() |
| Status terbaru dari Xperia Pro yang telah selamat dimasukkan ICS |
TM : Ini hanyalah
breaking news. Review penuh pengalaman seminggu ber-ICS bersama Xperia akan
ditulis nanti. Harap sabar yea. Thanks juga kepada yang sudi membaca artikel
Manisnya Bersama Xperia.. Tak sangka beratus juga yang membacanya.. huhu..
natikan part 2 pulak yea ^__^
p/s : Kepada
Xperiansss di luar sana, tunggu apa lagi, cepat update gajet anda ke ICS 4.0..tak
lama pon. Pastu yang masih ada Sony
Ericsson di tangan, anda seharusnya merasa bertuah kerana menjadi antara
pemilik terakhir handset2 Sony Ericsson. Simpanlah elok2 mana tau suatu hari
nanti muzium minta beli.. huhu..
Check Kemampuan PC
Ok. Salam guys.. Lama
tak update TM. Kemalasan mungkin. Malam ni bersiaran dari pulau lagenda. Glemer
gituu..! Kita sekarang berada di pertengahan 2012, dalam abad ke-21. Semua
sedia maklum, ini zaman teknologi dan gandingannya, canggih.. Cuti2 ni ramai
yang tak tau nak buat apa walaupun sebenarnya banyak benda yang boleh dibuat..
So, salah satu aktiviti ialah meng-gaming. Tapi, pentingkah mengetahui
kemampuan PC kita sebelum install game? Ya, bagi aku sangat penting sebab game2
PC sekarang dah tak macam dulu. Semuanya “overload” belaka..! PC tak sama macam
PS, so, ukuran kemampuan sesebuah PC adalah penting sebelum install sesuatu
game yang seriuss supaya anda tak kecewa apabila PC “buat perangai” tak senonoh
di kemudian hari.. Gamers, lets do it..!
1.) Sila ke
website Can You Run It. Taipkan nama game yang berkenaan atau pilih dari drop
down menu yang disediakan.
2.) Selepas
memilih game untuk menguji samada ia sesuai ataupun tak dengan PC anda, klik
pada button “can you run it” yang berwarna biru di sebelah kanan tu. Tunggu
loading..gathering information.. Then, akan terpapar animation macam meter dan
penjelasan2 di bawahnya samada pass/failed untuk main game tu.. Kalau PC anda
dapat recommended utk game2 yang kaw2 macam NFS Run / Crysis 2, tahniah.. PC
anda memang bernaluri gaming yang sejati.. ^____^
| Klik gambar untuk paparan lebih jelas |
TM : Contoh di atas ialah game GTA IV yang diuji pada PC admin. Serius, memang smooth dan tak meragam selama main GTA IV nih. Apa yang
menariknya ialah benda ni tak perlu di-download dan install, just online ja.
Selain tu, ia juga memaparkan maklumat lengkap tentang hardware komp. Anda selepas
dianalisis. So, kalau failed untuk run sesuatu game tuh, anda boleh tahu part
mana yang problemnya~ selamat bergaming~
#Ohh, sebelum
terlupa.. maklumat penting, pastikan brower anda dipasang java plug-in sebelum
masuk ke website Can You Run It ni. Jangan risau, jika anda belum mempunyainya,
browser anda yang prihatin tu akan bertanya nanti..!
Labels:
Tutorial
There You'll Be - Faith Hill
Lagu yang
mempunyai nilai estetika buat diri ini..liriknya yang melankolik dan menggamit
rindu..ohh, masa lalu itu terlalu indah untuk dikenang, terlalu jauh untuk
digapai..
Thursday, May 31, 2012
Bumi Cinta - Habiburrahman el Shirazy
Karya-karya
Habiburrahman el Shirazy sememangnya tak pernah mengecewakan. Setiap kali
beliau mengeluarkan karya-karyanya yang terbaru, ia umpama peledak yang
memberikan impak hebat kepada sekelilingnya..! Sebut saja karya-karya agung
seperti Ayat-ayat Cinta, Ketika Cinta Bertasbih, dan Dalam Mihrab Cinta..pasti
peminat dunia penulisan akan mudah mengecamnya. Kehebatan karya Habiburrahman
el Shirazy ini terserlah apabila hampir kesemua karya penulisannya difilemkan
serta dialih bahasa. Bagi aku, Habiburrahman el Shirazy merupakan tokoh dalam
bidang penulisan karya-karya bernada Islamik dan berunsurkan pembangunan jiwa
yang patut dibanggakan.
Novel terbaru
beliau ini, Bumi Cinta (walaupun taklah baru sangat) telah dua kali aku
khatamkan. Kali pertama meminjam dari seorang rakan beberapa tahun lepas, dan
aku sanggup memilikinya sendiri baru-baru ini menggunakan baucar buku 1
Malaysia. Hehe.. Menceritakan seorang pemuda muslim bernama Ayyas, yang
bermusafir ke Kota Moskow, Russia kerana menyelesaikan tugasan dalam bidang
akademiknya di sana. Apa yang cuba ditekankan dalam Bumi Cinta ini ialah,
bagaimana seorang anak muda muslim menghadapi cabaran dalam menuntut ilmu.
Cabaran yang dimaksudkan di sini ialah suasana yang dihadapi apabila menuntut
ilmu di sebuah tempat yang menjunjung tinggi sosial dan kebebasan iaitu Rusia.
Awal-awal lagi
Ayyas telah diuji apabila terpaksa berkongsi apartment dengan dua gadis jelita
Rusia yang juga watak-watak utama novel ini iaitu Yelena dan Linor. Tinggal
serumah dan berkongsi ruang seperti ruang tamu dengan wanita asing tentulah
sesuatu yang bukan mudah dan menjengkelkan bagi orang yang belum pernah
mengalaminya seperti Ayyas. Penceritaan tambah menarik apabila Ayyas telah
dipertemukan dengan pembimbingnya iaitu Anastasia Palazzo, seorang professor muda
jelita yang bagi aku cukup pakejnya.. Terfikir juga di benakku kalaulah aku di
tempat Ayyas, sudah tentu aku akan bersungguh-sungguh mendekati Anastasia untuk
dijadikan isteri. Apatah lagi dalam cerita ini, Anastasia digambarkan turut
menaruh hati kepada Ayyas dalam diam-diam.
Jalan cerita yang
baik harus mempunyai konflik-konflik yang dapat mengheret minat pembaca untuk
meneruskan pembacaan. Begitu juga dengan Bumi Cinta ini. Aku lebih berminat
dengan konflik berkenaan watak Linor yang sebenarnya seorang agen Mossad yang
berselindung di sebalik kerjaya pemain biola. Linor juga hampir menghumbankan
Ayyas ke dalam penjara apabila merancang pengeboman di sebuah hotel dan Ayyas
disasarkan sebagai pengebomnya. Namun, kuasa Allah telah menafikan hal itu dari
menimpa hambanya yang dikasihi (Ayyas). Hal ini juga memberi gambaran kejahatan
Yahudi yang selalu mereka-reka agenda demi menjuruskan perhatian dunia agar
memendang orang Islam sebagai terrorist.
Konflik lain yang
tak kurang menariknya ialah konflik Yelena dan kumpulan Mafia Moskow di mana
Yelena hampir dibunuh namun telah diselamatkan oleh Ayyas. Unsur-unsur romantic
dan cinta yang tidak keterlaluan juga menjadi pelengkap novel hebat ini.
Kesudahan jalan cerita juga menarik di mana kedua-dua wanita iaitu Yelena pada
asalnya seorang atheist dan Linor-seorang Yahudi tegar akhirnya memeluk Islam
setelah terjadi beberapa peristiwa dalam hidup mereka. Kehadiran Ayyas dalam
hidup mereka dianggap membawa rahmat walaupun pada awalnya dibimbangi Ayyas
yang akan hanyut dibawa arus “kebebasan” kota Moskow.
TM : Antara
perkara yang boleh dipertingkatkan ialah penceritaan tentang watak Anastasia
yang kelihatan hilang sama sekali di penghujung cerita, di mana watak ini
mendominasi pada awal jalan cerita. Begitu juga dengan penutup yang seolah
tergantung..mungkin ada sambungan lepas ni.. siapa tahu?!
Friday, May 18, 2012
The Teacher of teachers
We once had a Teacher
The Teacher of teachers,
He changed the world for the better
And made us better creatures,
Oh Allah we’ve shamed ourselves
We’ve strayed from Al-Mu'allim,
Surely we’ve wronged ourselves
What will we say in front him?
He was MUHAMMAD salla Allahu 'alayhi wa sallam...
TM : (Sempena Hari Guru) Guru yang paling utama dan paling mulia...yang seringkali
kita lupakan kerana sibuk dengan duniawi..selawat dan salam ke atas baginda,
Allahumma Solli ‘Ala Saiyidina Muhammad...
Subscribe to:
Posts (Atom)


