Showing posts with label De’ SMKAK. Show all posts
Showing posts with label De’ SMKAK. Show all posts

Monday, May 7, 2012

Kisah Buku Merah


Rupa Buku Merah aku yang berlainan dari orang lain

Buku Merah. Sebuah buku kecil yang kulitnya berwarna merah adalah antara item yang wajib buat sesiapa saja yang pernah bergelar penghuni hostel ketika zaman sekolah menengah. Fungsinya bukan sekadar senaskhah "passport" sahaja, tapi buku merah ni juga digunakan untuk merekod kesalahan-kesalahan disiplin yang pernah dilakukan oleh student asrama. Walaupun begitu, tak ramai warden yang betul2 memanfaatkan sepenuhnya fungsi buku merah ni. So, tinggalla fungsi utamanya iaitu sebagai "passport" kepada student yang merekodkan kebenaran untuk balik dan outing sahaja.
            Di sebalik keseriusan buku merah nih, ada macam-macam kisah lucu yang tercetus disebabkan buku merah nih. Antara kisah nakal yang kerap berlaku ialah cubaan meniru tandatangan warden bagi membolehkan outing (keluar pekan) terutamanya pada hari-hari biasa persekolahan. Memang kreatif habislah..! Tapi kadang-kadang kalau nasib tak baik, boleh kantoi juga dengan pemilik tandatangan tersebut. HaHaHa.. Begini kisahnya, ada student yang nak keluar outing menggunakan "tiket" tandatangan tiruan ni..apabila sampai saja di pondok guard, nasibnya kurang baik di mana guard telah merajinkan diri untuk bertanya kepada warden yang memberi tandatangan tersebut. Apalagi.., kantoi..!
            Aku juga tak terlepas dari merakamkan rekod hitam peribadi dalam buku keramat ni. Kisahnya bermula pada suatu pagi waktu solat fardhu Subuh. Waktu ni aku di Tingkatan 4. Aku tak tahu ada warden baru yang bertugas pada pagi tu. So, aku pun melengah-lengahkan diri sehingga menjadi makmum yang masbuq pada solat Subuh pagi tu. Aku sampai kat surau Raudhatus Sakinah waktu imam tengah baca surah dalam rakaat yang kedua. Oh teman, tahukah anda bahawa menjadi makmum yang masbuq adalah satu kesalahan besar zaman sekolah menengah, apatah lagi jika belajar di SMKA macam aku...! Habis ja solat dan mengikut imam berwirid dan berdoa, si warden baru ni pun dengan pantas, sebelum sempat aku mengangkat punggung bagi menyerbu dewan makan, terus mencapai mikrofon dan meminta semua yang masbuq iaitu yang berada di saf paling belakang untuk tunggu. Yang lain dibenarkan bergerak ke dewan makan. Allaaamaakkk....!
Rekod Jenayah beb..!
            Aku ingat nak kena riapppp dengan rotan dah pagi tu. Tapi syukur kerana sangkaanku meleset. Dengan jelas dan tegas, warden tu berkhutbah pendek sebelum meminta aku dan member seangkatan untuk membawa buku merah masing-masing dan berjumpa dengannya di depan dewan besar sebelum waktu persekolahan haritu. Wahh, bijak juga warden ni sebab dia terlebih dahulu mencatatkan nama kami semua agar takda yang cuba meloloskan diri nanti. Kami yang masih kabur mengapa dia meminta buku merah dari kami kerana kesalahan masbuq dalam Solat Subuh, terus bergurau senda dan membuat telahan masing-masing kerana tindakan warden baru yang pelik tu. Mana taknya, belum pernah ada warden yang melakukan demikian apabila ada student yang melakukan kesalahan.
            5 minit sebelum kelas bermula, aku dan member yang terlibat sudah berada menanti warden tersebut di depan dewan besar. Pada tangan masing-masing sudah ada buku merah seperti yang diminta. Aku hairan juga di mana member yang lebih nakal dan buas daripada aku mendapatkan buku merah kerana aku tahu selama ni mereka tak da pun buku merah. Apabila warden tu sampai, dan meminta kami membuka ruangan kesalahan tatatertib, kami semua terpegun kerana ruangan tu belum disentuh sedikitpun..! Wah, canggih juga buku merah nih..! Masing-masing diminta menuliskan kesalahan "lalai solat" pada ruangan yang disediakan sebelum ditandatangani oleh warden tersebut. Pada ketika inilah aku letih menahan ketawa kerana antara ada antara member yang nakal tu telah mencuri buku merah member yang lain, yang takda kena mengena dengan upacara nih..haishh, kalaulah yang dicuri tu buku member yang jenis “malaikat”... alangkah nayaaa..!
Baaalikkk Kampongggg..! 
            Kenangan manis yang tak dapat dilupakan berkenaan buku merah ni ialah ketika tibanya minggu balik kampung, iaitu pada rabu malam khamis. Warden bertugas akan membuat pengumuman meminta sesiapa yang nak balik kampung menghantar buku merah masing-masing ke bilik warden bagi mendapatkan tandatangan. Kerana excited nak balik rumah, almaklumlah, aku dok oversea dan jarang balik, so, aku akan menjadi sukarela mengumpulkan buku rakan sebilik dan menghantarnya ke bilik warden dan mengutipnya semula pada larut malam atau selepas solat subuh keesokannya. Pada masa ini jugalah menyaksikan tragedy curi-mencuri buku merah berlaku, lebih-lebih lagi ketika minggu wajib balik kampung iaitu minggu cuti panjang dan seumpamanya. So, kerana pernah menjadi mangsa, aku mengambil iktibar dengan membalut buku merah aku dengan gaya yang amat berbeza dari buku merah orang lain hingga hilang sudah rupa asalnya dan ternyata, buku tu masih kekal di tangan aku hingga ke saat ini.

TM : Betapa estetikanya kenangan bergelar student hostel zaman sekolah menengah...hingga Buku Merah pon ada kisahnya yang tersendiri.. Huhu..I miss the moments..!

Tuesday, December 27, 2011

Selipar oh Selipar


Assalamualaikum semua visitor TintaMalam.. Terima Kasih banyak2 sebab sudi singgah kat sini. Dah berapa hari tak update sebab sibuk berjalan ke sana sini.. Biasalah, musim cuti. Hmm, lama dah tak tulis sal SMKAK ni. Harini nak cerita satu pengalaman berkaitan selipar atau sandal masa dok belajaq di SMKAK dulu.

Selipar adalah sesuatu benda yang biasa bagi semua orang, tapi cerita yang luar biasa bagi budak hostel terutamanya hostel sekolah. Tipulah kalau siapa2 yang pernah duduk hostel tapi tak pernah hilang selipar. Perempuan mungkin ya, tetapi, bagi student lelaki, pengalaman selipar hilang a.k.a kena curi pinjam memang wajib berlaku.. Tak kira hang budak skema ka, hang baik macam malaikat ka, hang loqlaq ka, ganas ka, nakal ka, jiwang ka... semua pernah rasa hilang selipar ni.. haha.. Aku sendiri sampai dah naik jemu hilang selipar ni. Masa form 1 mungkinlah luar biasa, tapi lama kelamaan, ianya suatu perkara biasa bagi aku. Mungkin kalau dihimpunkan kembali selipar aku yang pernah hilang dulu, aku dah jadi tokey kedai selipar sekarang ni.. haha..!  
                Masih ingat lagi waktu Form 1, kalau hilang selipar, memang akan cari kat floor atas ja iaitu sama2 bilik form 1. Tak berani pusing2 cari kat bawah sebab semua bilik senior, kalau lintas ja, siaplaa kena panggil untuk buat sesuatu.. tolong ambil air kat watercooler tu biasalah.. Nasibla kalau selipar tu ada kat tingkat atas tu.. Kalau takda, beli lainla hujung minggu waktu outing..Punya takut kat senior.. Ganas beb senior zaman dulu2.. tak macam la ni.. hahaa.. Bila masuk Form 2 dan ke atas, ahli bilik/kamar mula bercampur senior dan junior. So, rasa semacam gerun tu dah hilang. Sekarang, kalau hilang selipar, boleh cari kat mana-mana bilik. Lepas abes makan supper, mulalah jadi “pak guard” sambilan, dok round keliling hostel... selipar punya pasal..! Kalau ditakdirkan selipar tu dok bilik senior yang Form 5 dan Form 6, memang kena menghendap dulu slow2.. Kalau nampak dalam bilik tu ada senior muka baik ja (muka surau), boleh la slow talk ngan dia cakap nak ambil balik selipar.. Kalau nampak yang jenis ganas sikit, slow2 ja ambik selipar tu then trus cabutt..! Punyala teruk walaupun nak tuntut balik hak sendiri.. haha..
            Kalau cerita tentang teknik2 sembunyi atau sorok selipar, memang budak hostellah pakarnya. Dua tempat yang memang genting dan wajib menyorokkan selipar ialah di dewan makan dan surau. Kat dewan makan daripada celah kerusi batu kat watercooler tu sampailah sangkut ke dahan pokok kat situ. Betapa seriusnya..! Ada juga yang terlebih berani bawa masuk selipar dan parking di tepi atau sorok bawah kain meja dewan makan sebab takut kena kebas. Bila warden mai ja, habis disepaknya selipar yang dok dalam dewan makan tu. Mulut tak payah katalah, bertempik sampai diam satu dewan makan..! Nasibla selipar siapa kena sepak tu..habis makan pi la kutip dalam longkang yang berair tu.. Kat surau pulak selalunya aku sorokkan selipar yang telah “dicantumkan” kiri dan kanan, then sorok bawah tempat duduk di bahagian belakang surau menghadap pondok guard tu. Kalau parking ja kat depan secara terang-terangan, faham-faham la akibatnya. Antara tempat pelik sembunyi selipar di surau ialah di atas bumbung jalan menghala ke ko-op dan sembunyi kat dalam longkang surau.
                 Budak hostel ni jangan main-main..! Bukan setakat selipar member ja dia kebas, selipar guru pun kena.. Ada tiga kejadian hilang selipar/kasut yang melibatkan guru yang masih aku ingat. Pertamanya ialah ustaz A (aku x berapa ingat samada penceramah luar atau ustaz kat situ). Kejadiannya lepas maghrib. Ustaz tu parking kereta depan surau, pastu dia pun cuba menyorokkan seliparnya, iaitu dengan meletakkannya di bawah keretanya. Habis ja solat Isya’, selipar ustaz pun kena kebas walaupun dah disembunyikan di bawah kereta. Haha.. dasyat betoi..! So, malam tu, kalau tak silap ustaz  tu pun round la dari kelas ke kelas waktu prep malam untuk cari siapakah yang berhati waja menyarung seliparnya tanpa rasa bersalah. Jumpa balik ka tak, aku tak ingat. Cerita guru hilang selipar/kasut yang kedua ialah seorang warden yang hilang kasut hitam berkilatnya pada suatu pagi ketika beliau bersiap untuk ke sekolah. Aku masih ingat pagi tu, tetiba ja dia buat announcement dengan nada marah2 minta semua student lelaki berhimpun di court basketball untuk inspection sal kasut dia tu lah. Bagi aku kejadian ni sedikit lawak sebab rupa-rupanya, ada student nakal yang bergurau kasar dengan warden tersebut dengan menyembunyikan kasut hitam tu di atas frame softboard di tepi dinding bilik warden tu. Mungkin student tu nak melahirkan rasa ketidakpuasan hatinya atau nak mempermainkan warden tu yang fizikalnya sedikit rendah. Sampai ke sudah takda sesiapa mengaku melakukan perbuatan terkutuk tu...haha.. Kes ketiga sedikit pelik dan lucu, juga melibatkan kehilangan kasut guru. Ceritanya begini, seorang ustaz muda baru yang berkahwin (mungkin guru praktikum/ baru posting) dan menjadikan bilik warden sebagai rumah sementaranya. Entah bagaimana, suatu hari kecoh bahawa kasut tumit tinggi isterinya hilang dicuri. Hilang sebelah pulak tu..dan bilik warden tu pulak letaknya di aspura.. Tak ke pelik?! Haha,, naya betoi..! Malam tu, ustaz muda tu pun buat2 la garang pi round dari sebilik ke sebilik kat aspura mencari kasut bini dia. Aku pun tak tau apa kesudahannya..! Sapala si bertuah yang ambik kasut bini dia tu.. buat terompah jamban kut..!
                 Fuhh, sedar tak sedar dah panjang aku berceloteh malam ni. Dok hostel memang best.. kenangannya penuh dengan nilai estetika.. haha.. sampai hal seperti selipar jepun pun jadi suatu isu dan tajuk serta punya ceritanya yang tersendiri. Walaupun ni cerita SMKAK khususnya kepada member2 lelaki, tapi aku pasti, benda ni stereotaip ja kat semua sekolah asrama kat Malaysia ni.

TM : Kalau selipar hilang, then sementara nak jumpa balik atau beli baru, terpaksalah menapak dengan “kasut kulit” iaitu berkaki ayam. Eee...geli woo kalau pikiaq balik.. tapi dulu di hostel biasa ja.. Masa kat hostel dulu, kalau serempak dengan orang yang pakai selipar lain2 warna dan tak sama saiz, itu normal..!  Selipar oh Selipar..!     

Sunday, November 6, 2011

De’ SMKAK : Eidul Adha dan Fobia


gambar kredit kpd ILuvIslam.com

Salam Eidul Adha buat semua muslimin dan muslimat pembaca Tinta Malam. Kat sini aku bukanlah nak tulis artikel tentang eidul adha yang ternyata kebanyakan dari kita sudah mengetahuinya samada dari syeikh google atau buku-buku agama. Cukuplah sekadar menuliskan bahawa Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah. Eidul Adha juga disebut sebagai Hari Raya Haji di Malaysia. Boleh baca di sini dan disini.
      Bercerita tentang Hari Raya Haji, aku teringat pengalaman kanak-kanak dulu. Dulu, bagi aku tidak ada bezanya raya haji dan aidilfitri. Kedua-duanya sama meriah, sama seronok. Jika aidilfitri memakai baju baru,kasut baru,songkok baru,  raya haji pun macam tu juga. Malah, siap dapat duit raya lagi walaupun menyambut eidul adha. Mercun dan bunga api yang tak habis main waktu aidilfitri, diguna pulak untuk memeriahkan lagi malam eidul adha. Makanan di rumah pun sememangnya lebih “banyak mata” dan meriah dari har-hari biasa. Oh, indahnya kenangan 10 tahun dahulu..! 
            Kini, eidul adha membawa pengertian yang berbeza. Biasalah, dewasa dan kanak-kanak takkan pernah sama, kecualilah kalau terencat akal... heheh.. Sepanjang 5 tahun di smkak, aku pernah sekali rasanya merasai kemeriahan ibadah qurban di sekolah.  Bukan tak balik raya, tapi, tahun tu cuti pendek sangat, cuti hujung minggu yang bersambung dengan cuti raya yang cuma sehari sahaja rasanya. Dua ekor lembu telah ditumbangkan.  So, aku dapatlah 1st time experience melapah daging lembu mentah. Dua perkara yang aku sedikit fobia kalau nak qurban binatang ialah; waktu sembelih dengan waktu lapah.. Waktu makan merupakan waktu kegemaran aku.. hehehh.. Seriously, aku tak boleh tengok lembu disembelih, bukan rasa kesian (orang kata kalau kesian tak boleh makan), tapi entahlah, ngeri rasanya bila tengok darah banyak2 meleleh rata. Orang kata jenis mabuk darah. Entahlah.. sebab itulah aku membatalkan hasrat untuk menjadi doktor suatu ketika dulu...chewahhh..! Hahaha..  mengaku je lah tak genius. Waktu student lain berkerumun nak tengok lembu disembelih, aku pula memalingkan muka ke celah bas (penyembelihan dibuat di bangsal bas). Teringin nak tengok, tapi ngeri pun ada.. Setelah tamat riwayat sang lembu, kulitnya terus disiat dan ditanggalkan menjadi seperti sebuah hamparan permaidani. Kemudian, tubuh lembu tadi dikendong ke tempat melapah. Mak aaii, berat gilerr aku rasa waktu sama2 kendong lembu tu ke tempat lapah. Di sinilah bermulanya kefobiaan aku yang kedua.
         
       Kebanyakan student diberikan pisau untuk melapah dan menghiris daging lembu qurban kepada hirisan kecil untuk diberi kepada dewan makan yang akan menyediakan juadah istimewa untuk kami nanti. Kami duduk dalam satu barisan yang saling menghadap dan mula menghiris daging mentah tersebut. Aku masih gagal menghakis kefobiaan dan dalam kekalutan tu, muncul seorang rakan yang agak nakal dan menyedari aku yang berlagak buat kerja. Lalu dilemparnya seketul besar daging mentah untuk aku hiris. Ahh..kacau.. Aku pun tak tahu apa jenisnya fobia ni, tapi sampai ke hari ni, jika diberi pilihan, aku takkan menyiang sebarang daging mentah atau ayam mentah sekalipun. Lebih baik disuruh membasuh ketulan daging atau ayam yang sudah dihiris daripada menyiangnya sendiri. Bukanlah aku mengada-ngada kerana jijik kekotoran,kuman dan sebagainya, tapi, setiap kali melapah atau memotong daging mentah, aku rasa seperti memotong daging sendiri jaa.. eee..ngeri..! Tapi, dalam ngeri2 tu, aku siapkan juga menghiris ketulan besar daging tersebut. Masih terbayang daging yang lembik, kenyal, berlemak dan berdarah itu kuhiris sehingga menjadi ketulan kecil sehingga pisau yang baru beli pun akhirnya dirasakan tumpul. Ah, bila adanya situasi mendesak, sesiapapun dengan terpaksanya boleh melakukan apa saja..! Serius, inilah kali pertama dalam hidup aku melapah daging mentah dan terima kasih SMKAK yang menghidangkan aku peluang yang sebegitu.
            Pada malamnya, kami sama-sama menikmati hidangan istimewa, yang kesemuanya berasaskan daging. Daging rebus cicah air asam, daging masak asam dan sup tulang pun ada..! Dapatlah rasa seorang seketul. Waktu makan, terbit rasa bangga kerana memakan daging yang aku hiris sendiri walaupun mustahil aku mengenali daging mana yang aku hiris..hahaha.. Itulah seba sedikit kemanisan menyambut aidiladha di SMKAK walaupun bukanlah pada hari raya pertama. Kini, peluang menyambut raya di perantauan tiba lagi apabila tempat aku study iaitu IPG Perlis mengadakan sambutan eiduladha pada 10 zulhijjah. Wah, memang betul2 raya kat perantauan..! Siap ada solat sunat eidul adha di surau dan aktiviti memasak daging korban. Tapi itulah aku, rumah dan family tetap menjadi pilihan utama. Kasihan mereka yang rumahnya jauh dan tak punya pilihan,selain beraya bersama rakan di kampus. So, aku ucapkan SALAM EIDUL ADHA buat semua yang membaca Tinta Malam. Pengorbanan itu suatu kemestian..!


Thursday, October 27, 2011

De’ SMKAK : Halloween Di SMKAK


Salam ‘Alaik buat semua.. Harini Alhamdulillah aku dapat semangat baru untuk menconteng kat Tinta Malam nih. So, malam ni nak buka cerita seram sikit.. kenapa? Sekarang ni kat tempat omputih tengah musim Halloween.. aku pun bukan tau sangat sal benda ni.. tapi, disebabkan aku ni player tegar game2 kat Facebook seperti Cityville, so, aku pun tau la melalui mission2 game tu yang bertemakan Halloween. Sebut sal Halloween, aku teringat kat SMKAK. Actually, takda kaitan dengan Halloween pun. Cuma Halloween itu sesuatu yang SERAM dan SERAM itu ada di SMKAK...Hahhaa.. Sebelum aku mendaftar di SMKAK, mak awal2 lagi mewajibkan aku menghafal Ayat Kursiy.. Almaklumlah, aku nak belajar kat tempat orang..jauh dari rumah pulak tu..dan tempat tu pulak asrama.. Mak pun pernah masuk asrama dulu dan sedia maklumlah tentang benda-benda aneh yang sememangnya sinonim dengan asrama.. Betul atau tidak, Wallahu’alam.. Tak perlu tunggu lama, sejak dari tingkatan satu lagi, saban hari aku dimomokkan oleh cerita-cerita hantu yang kadangkala kecut perut juga dibuatnya. Senior punya kerja lah tu. Orang kata cerita turun-temurun. Macam-macam cerita ada. Mungkin kalau dibukukan akan jadi setebal Kamus Dewan Edisi Keempat. Antara yang paling masyhur ialah hantu tangki air, hantu loker, hantu kepala putus kena kipas, hantu pokok buluh dan macam-macam lagi. Aku pula orang jauh, jarang-jarang balik. Bila hujung minggu, bertambah sadislah suasananya. Masihku ingat, setiap hujung minggu, terutamanya hari Jumaat malam Sabtu, selepas solat isyak yang tak sampai pun satu saf, aku dengan rakan-rakan sedaerah pun bergerak pulang ke asrama yang sunyinya mampu menaikkan bulu roma. Itu belum minggu yang kawan2 aku tadi terlibat dengan nasyid sana sini, atau bermain bola sepak di tempat lain. Tinggallah aku, seorang penunggu asrama yang setia mengharungi detik-detik cemas hujung minggu di SMKAK. Kadang-kadang, bila nak ke bilik basuhan yang menghadap kawasan perkuburan itu pun aku terfikir dua tiga kali. Basuh esok pagi jelahhh..! Tandas kalau lebih dari jam 12 malam memang tak pi dah! Kuat sungguh pengaruh cerita lisan kurun-berkurun itu..!  Mujurlah selama lima tahun di sana dan saban minggu menempuh detik-detik sebegini, aku belum pernah dipertontonkan sesuatu yang bisa membuat jantung ini berdegup pada kelajuan luar biasa..! 
Antara venue yang sering dikaitkan dengan missssteriiii...!!!
Kadang-kadang, senior akan buat program pada hujung minggu kepada kami, junior yang baru masuk ni. Salah satu acara yang selalu dimomokkan, yang konon-kononnya seram, ialah aktiviti “Burung Hantu”. Dalam aktiviti ini, pelajar akan diletakkan di tempat-tempat tertentu dan terpisah dari rakan-rakan serta matanya ditutup dengan kain. Mereka akan duduk di situ pada tengah malam dan melihat sejauh mana kecekalan dan keberanian pelajar tersebut untuk menghadapi ujian yang mendatang... hantu lerr tu.. Dan si senior akan menjadi hantu yang macam2 rupanya, dimake-up bagai hantu sebenar kononnya dan tugas mereka adalah untuk menakut-nakutkan pelajar tadi. Tapi pada tahun aku, aktiviti ini khabarnya dibatalkan. Kenapa?! Dengar khabarnya, ada “sesuatu” yang tak kena pada malam persiapan untuk mengadakan aktiviti tersebut. Ceritanya begini, sekumpulan senior sedang melakukan persiapan termasuklah me-“make-up” hantu2 ciptaan mereka dan salah satunya ialah dari jenis pocong. Persiapan ini dilakukan di sebuah kelas terpencil berdekatan bangsal KH dan reban ternakan ayam. Kononnya si pocong yang siap awal ni hendak berlatih lompat di kaki lima kelas dan di hujung kaki lima kelas tu, dia ternampak seekor lagi pocong yang disangka kawannya. Dia pun memanggil untuk berlatih sama, tetapi malangnya, pocong di hujung kaki lima it uterus melompat, tinggi dan jauh sekali lompatannya ke arah reban ayam yang gelap gelita. Jaraknya lebih kurang 50 meter dari kaki lima kelas, tetapi pocong itu hanya membuat 5 atau 6 lompatan saja. Bila dipanggil, tidak menyahut dan si pocong buatan ni pun bercerita kepada rakan-rakannya yang lain yang masih berada di dalam kelas. Apalagi, bertempiaranlah lari kesemuanya apabila mengetahui bahawa tidak ada pocong lain selain yang mahu berlatih tadi..! Lantas, aktiviti burung hantu yang dijadualkan pun terbatal secara automatiknya. Entah betul atau tidak cerita ni, aku pun tak pasti. Biasalah, cerita-cerita hantu ni, susah nak dipercaya oleh orang-orang yang tidak mengalaminya sendiri..  Tapi, inilah antara cerita paling epic yang membuatkan aku was-was untuk ke kelas pada malam hari cuti untuk mengambil buku.. Terpaksa pula melintasi kawasan kejadian sebelum sampai ke kelas yang senyap sunyi pada hujung minggu kerana tiada kelas prep. Fuh, sedar tak sedar, dah panjang aku bercerita. Ingat nak sambung part 2 lepas ni. Aku dah kata dah, cerita hantu asrama ni kalau tak berjela tak sah. Lepas ungkit satu, timbul satu lagi.. tak habis-habis. Kini, bila aku baca dan ingat kembali kisah2 sebegini, membuatkan aku tersenyum dan ketawa kerana lucu pula rasanya. Tapi itulah kemanisan merasai kehidupan sebagai budak hostel..! 


Saturday, June 4, 2011

De’ SMKAK : Mana “Camcanya” ?

Kisah kedua yang merupakan kisah terawal aku kat SMKAK iaitu waktu form 1 hari ke-2 masuk SMKAK. Pagi tu, buat pertama kali dalam hidup ni, aku bangun awal gilerr.. 5.30 pagi kalau tak silap. Then siap mandi semua, aku dengan kawan2 baru pun “belarak” la p surau SMKAK yang namanya Raudhatus Sakinah. Sedap kan? Letaknya lebih kurang 200m dari aspura. Buat pertama kali jugaklah dalam hidup ni dok main naik-turun tangga. Macam duduk flat pulak. Biasalaa, bilik aku kat atas sekali, dah tu hujung-hujung pulak tu. Dan buat pertama kali jugakla aku solat subuh ramai-ramai macam solat jumaat pulak rasanya dan ada tazkirah subuh yang mengingatkan aku kepada kem-kem yang pernah aku hadiri masa kat sekolah rendah dulu. Habis ja tazkirah, semua student baru akan bersarapan kat dewan makan yang letaknya di bawah asrama. (memangla ada student baru ja sebab minggu orientasi).. Berjalan la pulak ramai-ramai pi dewan makan. Sampai saja kat situ, aku tengok dia hidang mi goreng macam kat kantin tu. Susun banyak-banyak pastu ambik sendiri. Ni pun pertama kali jugak bagi aku. Berapa banyak “pertama kali” daa.. banyak benda jadi pertama kali sebab perkara2 kat asrama seriously totally different dari kehidupan aku kat rumah sebelum ni. Dulu kat rumah, aku memang tak makan pagi. Kalau makan pagi, sampai sekolah mesti keluaq balik.. yaqs.. just minum 1 mug air milo then kayuh beskal pegi sekolah rendah dulu. Pagi tu, kat SMKAK, aku dihidangkan mi goreng dan aku pun amek la sepinggan konon nak cuba la makan pagi. Pastu disediakan pulak cawan plastic warna warni untuk tadah air teh susu dalam tong air yang disediakan. Semuanya “self-service” tak macam kat rumah. Aku pun duduk la dengan member2 seperjuangan sambil tadah tangan baca doa makan. Fuh, alim tak payah kata la waktu form 1 tuuu.. Aku pun minum la air teh panas tu slow2. Nak makan macam mana, “camca” takda..kalau makan nasi tak pa la jugak. Huhu~ Tengah minum tu, aku nampak la orang lain dengan slumbernya makan mi goreng guna tangan. Mak aaaii... aku rasa pelik sebab tak pernah makan mi guna tangan. Pastu kawan aku tegor la awat tak makan. Aku tanya balik, “mana camcanya?”.. haha.. diorang gelak kat aku. Last2 aku cuba jugak makan guna tangan. Awal tu rasa geli semacam ja. Aduhhh, apala nasib..dahla first time nak makan pagi, dahtu kena makan mi goreng pakai tangan la pulak.. haha.. inilah satu pelajaran yang aku dapat kat SMKAK. Sampai ke hari ni, aku still boleh bersarapan awal pagi dan lebih suka makan mi guna tangan...!

Wednesday, June 1, 2011

De’ SMKAK : Dia Yang Tak Kukenali

Entri pertama sebagai “merasmikan” kategori post yang baru iaitu De’ SMKAK. Post2 kat sini adalah berkisarkan “dunia” aku sebagai pelajar di sebuah sekolah agama di Mergong,Kedah start dari tahun 2003 hingga 2007. Sebelum ni tak teringat pulak nak tulis tapi sayang juga kalau dibiarkan cerita2 yang penuh kenangan tu diperam saja dalam otak nih. So, tempat yang sesuai untuk aku putarkan kembali segala kenangan tu ialah dalam blog ni lah. Mungkin 10 tahun akan datang, aku still boleh selak2 dan baca balik apa yang aku tulis nih...huhu..whats a memories...!

SMKAK, suatu nama yang pernah aku dengar, tapi langsung tak pernah kukenali wajahnya. Almaklumlah, aku tinggal di “oversea” a.k.a Langkawi permata Kedah..hehew.. Aku masih ingat, sewaktu aku dalam darjah enam, aku selalu pergi mengaji quran kat rumah jiranku then dia selalu tanya aku nak sambung sekolah menengah kat mana pasni. Waktu tu laa first time aku dengaq nama “Sekolah Agama Mergong” nih. Melalui cerita guru mengaji aku tu, memang sangat masyhurla SMKAK nih. Segalanya bermula apabila aku abes ja exam UPSR, sibukla cikgu2 dok bagi borang2 permohonan ke sekolah menengah kat selection student cam aku...chewahhh..haha..besalaa, skolah kampung masa tu, tak ramai yang menonjol dalam akademik ni. Walaupun pandai sikit2 ja macam aku nih, dah boleh jadi menonjol sebabnya sekolah kat kampung.. Apa borang yang cikgu bagi, aku gasak isi semua. Satu pagi, dalam masa cuti lepas aku habis sekolah rendah (habis UPSR), cikgu math aku, Cikgu Azman mai ketuk pintu rumah. Dia bagi envelop koko besaqq punya kat aku. Takdan aku nak buka, dia cakap “hang kena p sekolah ni...rugi tak pi...kalau depa tak bagi asrama, hang bawa khemah tidoq kat luaq pagaq...lama2 depa bagi laaa”... Rupa2nya, itulah permulaan segalanya. Surat tawaran rasmi dari SMKAK yang aku terima pagi tu mencorakkan kehidupanku selepas ini. Masa hanya tinggal lebih kurang seminggu untuk prepare apa yang patut untuk aku “berpindah” dari bumi Mahsuri ke sebuah tempat yang asing,yang tak pernah kulihat rupanya,iaitu SMKAK...!

Petang sebelum hari pendaftaran, aku dibawa oleh family membuat “lintasan hormat” depan SMKAK buat julung kalinya dalam hidup aku. Mak aaaiii, besaq jugak sekolah ni. Bangunan baru pulak tu (bangunan baru pentadbiran boleh nampak dari jalan, yang legend2 dok terceruk sikit) hahaha... Itulah impresi pertama aku sewaktu melintasi jalan depan SMKAK. Sedikit terbit rasa bangga dan pastinya aku terkenang cerita guru mengaji bahawa SMKAK adalah satu sekolah yang femes..ahakz...! Esoknya hari pendaftaran kat dewan besaq. Habis ja daftar, aku diiringi family masuk ke asrama dan masih kukuh di ingatan, kamar pertama aku masa Form 1 ialah Dedikasi, yang letaknya berhampiran tandas di tingkat 3 asrama. Setelah berkemas ala kadar, tibalah masa perpisahan. Famili aku takleh tunggu macam mak pak orang lain, almaklumlah, japgi nak balik naik feri, kang tiket abis susah pulak. (masa ni aku tak kenal lagi member2 selangkawi)..Setelah berpesan itu ini, smbil melambai tangan, terbit juga rasa sebak dan sunyi lain macam kat diri aku. Ish, sentimental jugak aku ni rupanya. Besalaa, sebelum ni duduk ngan family, kali ni kena pandai2 la sorang diri. Masa tu, kawan pun tak berapa ada lagi. Ondaway nak balik bilik, aku terserempak dengan salah sorang member yang satu sekolah rendah ngan aku. Syukurrr, ada jugak orang yang aku kenai dok sini. Taklah rasa canggung sangat. AKu ni jenis pendiam dan pemalu.huhu~ Introvert orang kata. So, payah la sikit nak ada kawan baru nih. Apapun itulah ceritanya perubahan kehidupan aku dari rumahku ke sebuah tempat yang tak kukenali sebelumnya, yang telah banyak mempengaruhi kehidupan aku lepas tu...huhu~