Showing posts with label SinggahRasa. Show all posts
Showing posts with label SinggahRasa. Show all posts

Sunday, April 22, 2012

Mee Udang Kola


Gambar lama untuk dikongsi. Mee udang versi Kola Peghlih. Walaupun tak se-awesome Mee Udang Mak Jah kuala sepetang, tapi sudah cukup meliurkan. Udangnya bolehlah dikatakan besar jugak dan sangat fresh. Kuahnya nak kata pedas, tak pedas sangat.. In the middle. Tidak keterlaluan jika dikatakan antara mee udang paling sodap kat Perlis ni. Kedai ni aku terlupa nama apa, letaknya di celah-celah deretan kedai di Pekan Kuala Perlis, berdekatan Celcom Centre dan kedai menjual ikan segar. Kedai makan ni jugak menjual nasi goreng udang yang boleh tahan sedapnya.  Untuk versi biasa macam dalam gambar tuh, harganya RM 5. Udangnya adalaa dalam 3-4 ekor. Kalau nak lebih kena mintak special edition...
Ni la Mee Udang Kola.. Terlioq kan?!

Yang kat bawah ni Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang.. Special Edition punya.. Semangkuk RM 11.. Udangnya tak payah cakaplah, lebih udang dari mee..! 

Muka2 kelaparan menanti Mee Udang Kuala Sepetang disiapkan..!

Bila cerita sal mee udang, teringat kenangan hang out bersama member sekelas suatu ketika dulu. Best woo main air kat Tambun, then singgah makan mee udang kat Kuala Sepetang.. Rupanya, ada jugak member yang takuit ayaq...hehee.. Sapa? Ooopss, tak leh gitau..! Tido kat Kasuarina Inn semalam, then bermalam pula di kediaman YB Zahid Hamidi di Kangkong sebelum pulang ke kampus tercinta.. Oouhh, what a sweet moments..!

Cer teka budak mana yang takuit ayaq...heheheee



Wednesday, December 21, 2011

Burger Prosperity Mc D


Lama rasanya tak review sal makan-makan kat sini. Dan malam ni, aku nak review something yang very sinonim dengan warga Malaysia, iaitu Mc D. Tadi, waktu aku balik rumah, terkejut tengok ada satu bungkusan set Prosperety Mc D atas meja makan. Ehh, sapa pulak baik hati dok buat amal jariah kat aku musim2 cuti ni. Rumah sunyi jaa. Then dapat sms dari adik aku mengatakan depa nak pi penang dan sekarang dok di airport. Ohh, hampa umpan aku dengan Mc D untuk jaga rumah noh.. X pa..x pa..

            Semua orang tau Prosperety tu adalah umpama oblong daging lembu yang dijual di Mc D. Mungkin dinamakan Prosperety agar kelihatan bergaya dan macho mungkin... Arghh,penuh dengan ke-poyo-an. Bagi aku yang setahun sekali makan Mc D, ada 3 benda atau identity burger Mc D yang aku suka, iaitu sesame Breadnya yang lembut, daging lembu yang padu dan dimasak elok, dan baunya yang enak. That’s all. Begitu juga dengan Prosperity ni. Aku paling suka rasa daging lembu yang padu dan memang lain dari rasa daging burger lembu yang biasa.
           Tapi, banyak juga kekurangan pada burger Prosperity ni yang aku tak suka dan merasakan burger ni tak sepadan dengan harganya yang sangat mahal, sifat biasa makanan di Mc D. Pertamanya, aku tak suka langsung pada onion ring yang ditabur di atas kepingan daging tu. Aku memang jenis tak suka bawang dalam burger walaupun ianya segar dari ladang ka apa ka. Dahla pahit semacam, after-taste nya juga teruk membuatkan aku terpaksa minum bergelas air bagi meghilangkan rasa aneh pada kerongkong. Lagi satu yang aku tak suka pada Prosperety ni ialah daging lembu yang dicelup dengan sos lada hitam yang keterlaluan. Pedas sungguh rasanya. Tentang lada yang tak hancur tu takpalah, aku faham itu identity bagi sos lada hitam western. Tapi, rasanya yang sangat pedas itu kenapa? Mungkin disebabkan burger Prosperity ni terlalu kosong. Salad tak ada, mayonis takda dan cheese jauh sekali. Hairan juga, takkanlah orang putih makan pedas2 macam ni?! Tapi itulah Prosperety yang dibanggakan oleh sesetengah orang sehingga menempek gambar bersama Prosperety di laman sosial sana sini. Kononnya merekalah warga berada yang mampu meratah benda2 itu setiap waktu. Aku bukanlah pakar rasa, tapi aku pasti kalau burger ini dihidangkan kepada juri masterchef, pasti berjela juga komen negative dari mereka. Mujurlah Prosperety ni bukan duit aku. Lebih baik rasanya menempah oblong special dari burger stall tepi jalan yang harganya jauh lebih murah dan rasanya yang sedap dari Prosperity ni. Aku bukan haters Mc D ka apa, tapi inilah aku yang memang kalau sedap memang aku katakan sedap, tapi kalau tak sedap memang aku paku...haha...

Wednesday, November 30, 2011

SinggahRasa : Char Koey Teow Kuala Perlis


Malam ni aku takda idea nak merapu apa. Cuma ingat nak ubah kategori “Jalan2 Cari Makan” kepada “SinggahRasa” la pulak. Rasa tak berapa kena dok curi idea orang dalam TV tu. Originaliti adalah identity TintaMalam. Haha..mulalah aku nak berfalsafah EDU3103 ni. So, sempena dengan penukaran kategori post baru ni, aku nak tulis tentang makanan yang agak best di Perlis ni, dan aku teringin sangat nak masak sendiri benda ni, tapi sampai la ni tak masak2, tak tau pasaipa,  iaitu Char Koey Teow (sori kalau salah spelling).
yummy..sedapnyerr char koey teow
Setelah seminggu di Langkawi, aku kembali ke Perlis untukn menghadiri majlis kenduri sedara dan menyetelkan bil2 yang berlonggokan. So, masa sampai dari Langkawi tu, punya la lapaq. Terus pi pekan “Kola Peghelih” untuk cari something yang boleh dimakan. Nampak kedai “Azie Char Koey Teow” yang berdekatan Farmasi Delima tu. Terus order Char Koey Teow special bungkus. Memang sedap, cukup rasa. Udang fresh walaupun tidaklah sebesar tapak tangan, tapi dia boh banyak ekor dan rasanya memang macam udang..! Koey Teow yang masak sedang elok, tak terlalu keras atau lembik (lunyai). Kuahnya yang sederhana, tidak terlalu pedas atau tawar, dengan rasa masin manis kicap harmoni bersama air rebusan udang beserta rasa lada hitam yang ringan. Kuah sedikit pekat ni kerana dicampur telur di dalamnya, akan meresap ke dalam koey teow dan koey teow pun kembang dan lembik jika terlalu lama dibiarkan tanpa dimakan (memang sifat benda pasta macam koey teow,spaghetti, mihun dll). So, kalau beli bungkus kena balik buka makan cepat2 ler. Macam masterchef la pulak aku malam nih..! Bagi aku yang memang suka mengunjungi kedai makan sekitar Perlis ni, ini adalah antara Char Koey Teow terrrbaekk di Perlis ni dan rasanya di Kola Perlis ni cuma ada yang ni ja. Harganya cuma RM 4.50 dan dibungkus dengan bekas plastic, bukan polisterin atau plastic lauk. Bersih dan mudah dimakan di mana-mana.. 

Saturday, November 19, 2011

SinggahRasa : Oblong Kambing


Tetiba ja dapat idea nak buat kategori baru dalam blog ni.. dinamakan Jalan-jalan Cari Makan , sebab nak review makanan2 kat kedai makan,terutamanya di sekitar Perlis yang mempersona ini. Orang muda a.k.a bujang macam aku, semestinya suka makan kat luaq. Cepat,mudah,sedap(sometime), dan murah(sometime)..! Ok, malam ni dimulakan dengan Oblong Kambing standard, yang aku singgah beli kat Burger Kafe di Seriab tadi. Aku bungkus ja sebab takda geng nak ajak makan. Kalau makan kat kedai, mungkin decorationnya lebih menarik.  Bila sebut oblong, mungkin bisa, tapi bila namanya oblong kambing, memang sesuatu yang rare..!  Murah ja, RM 5.50. Daging oblong yag tebal dan sememangnya mempunyai rasa daging kambing asli,walaupun tidaklah sehebat Lamb Chop. Sesuai dengan harganya, oblong kambing ni memang mengenyangkan dan gandingan sos blackpepper,sos cili, dan mayonis memberi rasa pelbagai kepada daging kambing goreng yang dilapik oleh ban lembut berisi sayuran di tengahnya. Selalunya makan oblong daging lembu atau ayam, sesekali cubalah oblong kambing pula..!