Tatau nak update apa kan malam ni.. So, aku tempek kat sini
salah satu lagu faveret yang memang aku dengar tiap-tiap hari.. Lagu yang punya
maksud yang mendalam dalam setiap bait-bait liriknya yang puitis. Gandingan
mantap rappers Malique yang penuh misteri dan Black Mentor.
Actually, aku tak la minat sangat dengan lagu rancak berentak
RAP sebelum ni (selalu layan ziana zain ja..oopss), tapi lagu Teman Pengganti
ni bukan sekadar lagu, ianya lagu yang penuh berisi buat yang memahami.
Mencari teman itu mudah,
Tapi nak cari teman yang boleh ketawa bersama, menangis
bersama itu tak mudah beb....!
Lagu ni jugak mengisahkan seorang teman baik yang merasakan
ajalnya hampir tiba..dan dia meninggalkan pesanan-pesanan buat temannya itu
sebelum kematian menjelma..ya, kematian itu sesuatu yang tak dijangka kan..mana
tahu esok lusa kita pula...
TM : Bila dunia seolah tak memahami, kau sudi selami, dalami,
dan mengalami...terima kasih tak terhingga buat temanku yang selalu ada disisi
saat aku berasa sepi sendiri...Aku kan pergi, pergiku tak akan kembali...tiba masanya kau
cari teman pengganti..
Lagu yang
mempunyai nilai estetika buat diri ini..liriknya yang melankolik dan menggamit
rindu..ohh, masa lalu itu terlalu indah untuk dikenang, terlalu jauh untuk
digapai..
TM : (Sempena Hari Guru) Guru yang paling utama dan paling mulia...yang seringkali
kita lupakan kerana sibuk dengan duniawi..selawat dan salam ke atas baginda,
Allahumma Solli ‘Ala Saiyidina Muhammad...
Nasyid Asma Allah dari Sami Yusuf.. walaupun lagu ni bukanlah
lagu baru, tapi memang sangat awesome..sedap sangat..! Hayatilah liriknya dan
lihat klip video nasyid ni yang begitu mendalam maksud tersiratnya.. =) Allahumma Solli 'Ala Muhammad...
TM : Terus
post lepas dengar lagu ni dalam radio tadi...
TM : Qasidah yang sangat syahdu, membangkitkan kerinduan kita
terhadap baginda Rasulullah S.AW.. sedap sangat suara kanak2 yang mengalunkan Qasidah bertajuk Wahai Purnama ni. Sambil play qasidah ni, hayatilah puisi yang
menggambarkan keagungan kekasih Allah iaitu Nabi Muhammad S.A.W..Allahumma
Solli ‘Ala Muhammad.. kami rindu padamu Ya Rasulullah..
Manusia..adalah sebaik-baik ciptaan Yang Maha Esa.. Manusia boleh lakukan apa saja walaupun
kadang-kadang nampaknya seperti mustahil pada akal. Kadang-kadang berbahaya,
tapi manusia ini degil sifatnya. Nak buat jugak. Nak cuba jugak. Kerana dalam
bahaya itu ada keseronokan dan kepuasan, bila berjaya menakluk yang bahaya..!
Peoples are awesome..! Jom tonton video yang terrrbaeekkk nii..
Ok...lamanya tak post video2 best kat sini. Ok la, arini aku nak post satu video medley lagu-lagu balada yang dinyanyikan oleh seorang warganegara Malaysia yang study kat oversea. Kat youtube, namanya “Ajek Hassan” dan bagi aku, dia nih memang bertaraf artis dah. Serius, kalau dia jadi artis, mungkin dia salah seorang yang top kat Malaysia nih. Tapi, mungkin beliau lebih selesa dengan low-profile dan cara begini walaupun terang-terang ramai gilerr orang minat kat dia dalam youtube! Suara yang sedikit serak basah dan pandai menggayakan suara sebenar artis bagi sesebuah lagu dan kadang-kadang ada lagu yang aku rasa dia nyanyi lebih sedap dari artis original..! Salute untuk Ajek Hassan dan kat sini jom layan medley lagu-lagu balada yang femes kat Malaysia nih..!