Showing posts with label Jom Kembara. Show all posts
Showing posts with label Jom Kembara. Show all posts

Monday, July 20, 2015

Road To Pengaraan (Cerita Posting Sabah)

10  JUN  2015

Tarikh keramat yang mengubah hidup aku. Petang 10 Jun 2015, heboh di serata rata grup wasep mengkhabarkan sesuatu yang ditunggu tunggu. Result posting sudah keluar…!! Hadiah hari konvo juga mungkin. Aku terus membuka website E-Graduan untuk membuat semakan. Degupan jantung sudah sekencang larian enjin kereta yang ditekan pada kelajuan 220km/j. Apakah permohonanku untuk berkhidmat sebagai guru di Selangor atau KL akan diterima?? Ataupun terjadi magis di mana tertulis perkataan “Kedah” atau “Perlis” di ruangan result posting itu nanti?? Kalau begitu,  bonus besarlah bagi aku..! Durian runtuh orang kata..

Sambil menunggu website E-Graduan yang sedang loading, aku terus mencapai Note II usang dan menghantar wasep kepada Sang Zackeyy bertanyakan apa ceritanya… “Sabahhhh bhaa” begitulah jawabnya kepadaku, on the spot..! Habessslahhh…kataku dalam hati..  mesti aku kena Sabah gak nii.. adoyaiii…

Sebaik saja memasukka data untuk log in, aku terus menghalakan cursor ke tab “semakan penempatan” di website E-Graduan tu.. Dok kata apa dahhhhhhh…! Tulisan warna merah dengan huruf besar “SABAH” itu seakan halilintar yang memanah diriku… aku jadi blur seketika.. seakan tidak percaya ketentuan ini.. apa yang harus kubuat sekarang ?



Kalau dapat pedalaman nanti macam mana ? Elektrik ada tak ? Internet ada tak? Kena naik flight berapa kali ? Kena naik bot berapa jam ? Kena jalan kaki berapa km? Persoalan demi persoalan menujah ruang fikiran… dunia kurasakan berhenti berputar seketika…  Begitulah dasyatnyaa penangan negeri bernama Sabah bagi budak semenanjung sepertiku…


Dalam keputusan yang terpapar di website E-Graduan itu, menyatakan bahawa aku perlu melapor diri di Empress Hotel Sepang pada 22 Jun 2015. Penerbangan ke Sabah pula dijadualkan pada keesokan harinya, iaitu 23 Jun 2015.

21 JUN 2015

Sepanjang tempoh antara 10 Jun hingga 21 Jun, setelah result petempatan diumumkan, aku tak berhenti henti berhubung dengan rakan-rakan sekampus yang akan bersama ke sabah nanti.. bukannya apa, bagi memastikan segala persediaan especially dari segi penyediaan dokumen2 yang diperlukan, dapat dilakukan dengan sesempurna yang mungkin.

Kesiannn jugakklaa si Zackeyy yang tak pernah jemu melayan aku bertanya macam2 hal tentang posting nii.. Member2 yang dah posting Serawak pada bulan Februari lepas pon tak terkecuali menjadi mangsa pertanyaan macam2 aku.. Antaranya Kery Zain dan Aminn PJ.. ahahaa.. kalaulah anda di tempat mereka, anda takkan percaya bahawa itulah aku, yang sebelom ni nampak sangat cool & relaks sentiasa -.-‘

21 Jun 2015 juga adalah tarikh bersejarah, pada pagi yang hening itu, aku melangkah kaki meninggalkan bumi mahsuri.. merantau ke negeri orang demi mencari rezeki.. cheewahhh.. buat poyo apa ooiii.. hahaa..
 
TouchDownnnn KLIA2
Pagi tu, Flight aku dari Langkawi ke KLIA 2 dijangka berlepas jam 09:05 a.m (LGK-KUL)... Asalnya, aku plan nak terbang esok jaa terus (22 Jun), dengan flight paling awal (MAS), dan terus amek Cab ke Hotel Empress untuk pendaftaran...  tapi atas saranan si Zackeyy ni, aku terbang sehari awal.. kata orang, better get ready early..! Lalu, terbanglah aku dari Langkawi ke Kuala Lumpur pada pagi tu dengan menaiki Air Asia.. Tiketnya RM 130 disebabkan aku ada membeli luggage sebanyak 20kg..

Sampai di KLIA2, terus ambil train KLIA Transit tuu ke stesen Putrajaya dan kat sana Zackey dan Mat Duang dah siapp menunggu aku.. tak sabar2 nampak mukanya excitednya tuu nak pegi Sabah.. muehehe...

Kami menghabiskan tengah hari 21 Jun tu dengan mengitari bandar2 sekitar Selangor bagi mencari motosikal untuk si Duang nii nak beli untuk guna ke sekolah pagi2.. Actually si Duang nii posting awal dari aku & Zackeyy dan ditakdirkan mendapat sekolah di kawasan yang sungguh sibuk & serabut... sebab tu lahh kalut sangat nak cari moto second... tapi last2, angkat baru gakk.. kami juga menjalankan misi memburu kedai2 printing banner, tp malangnya tidak bertemu satu pun yang buka memandangkan hari ni ialah hari ahad...
 
1st time makhluk Allah nii naik train KLIA Transit nii... wifii die palingg bestt..haha
Balik dari testride moto Duang, aku ke rumah Zack buat pertama kalinya sejak 5 taon mengenali beliau.. Rest kejap di rumah Zack yang terletak di Kajang sementara menanti masuknya waktu Asar. 1st class punya layanan...siapp bagi bilik ekon lagii... terharuuu :’)

Petang tu, lepas Asar, terus ke shopping mall (Warta Kajang) untuk beli sport shoes dan barang2 tambahan untuk dibawa ke Sabah. Then, gerak ke stesen Bas Kajang untuk kutip sorang lagi member, MatBee yang baru sampai dari Penang. Past uterus balik umah Zack untuk bukak posa... Thankss kpd Mak & Abah Zack yg sediakan mcm2 makanan yg best2 utk kitorang iftar & sahur malam tuu.. memangg terrbaikklahh.. konfem abang dtg lg lepas nii..hehehh :D

22 JUN 2015

Hari yang bersejarah dalam karierku sebagai seorang cikgu/ostattt... haha.. inilah tarikh kuatkuasa penempatanku (posting)... tarikh mula berkhidmat sebagai seorang guru baru.. walaupun belum menjejak kaki ke sekolah yang belum diketahui lokasinya di Sabah nanti, tapi inilah tarikh yang tercatat dalam mana2 surat lantikan/penempatan yang dikeluarkan oleh jabatan2 berkenaan...chewahhh.. macam bahasa lawyer pulakk rasanya :p

Pagi tu, lepas Subuh, dah meriahh daa umah Zackk dengan kekalutan kami yang membuat last checking sebelum bergerak ke Empress Hotel Sepang untuk pendaftaran. Lebih kurang jam 7:30 a.m, kami dihantar oleh parents Zackk ke Empress Hotel dengan menaiki Toyota Hilux bapak si Zackk ni.. ohhoii.. belom sampai Sabah sudaaa naik 4wheel bahhh..!  Ingatkan kami jaa kalut, rupanya dah jadi macam hari kalut sedunia la pulakk pagi tu.. ada member yang tayar kereta pancit lahh.. ada member yang tengah tunggu teksi lahh.. yang on the way lahh.. haihhh.. macam2..haha

Kalut cemanaa ponn, selfieee tetap wajibbb..haha

Sampai jaa di perkarangan Empress Hotel tu... tuddiiyaaa... dah penuhh dengan lautan manusiaa.. masing2 dengan tujuan yang sama, mahu mendaftar diri untuk posting ke Sabah.. ingatkan tak dapat sambutan.. almaklumlahhh.. bila dengar posting sabah/Sarawak, masing2 dah lain muka.. tambah2 laa si Zackk nii..hahaa.. yianggg parents pulak, pakat berhimpun untuk last goodbye dengan anak masing2.. untongglaaa parents hantarkan sampai lobi hotel.. aku pulak?? syukurr sangat2 dahh bila mak&abah zackk sudi tumpangkan aku di rumah & hantarkan ke hotel nii... zaman 2015 ni, bukan mudah mencari orang2 baik seperti mereka...

Bila melihat listname yang ditampal di lobi hotel tu, aku diletakkan dalam Group A sebab nama aku ada start dengan “A”... Maka terpisahlah aku dengan Zackeyy.. terkilan, kecewa tuu ada laa jugakk sebab sebelum nii aku dah happy sebab sama2 dapat Sabah dengan Zack.. so, ingatkan nanti dapat sekolah sama laa.. ppd sma laa.. boleyy sewa rumah skali laa.. ahahaa.. besalaa, kawan rapat dari kecikk.. ahakzz

Luggage kami bertiga di belakang Hilux Zack

Tapi rasa terkilan tu sedikit terubat sebab adanya member2 sekampus yang diletak dalam kumpulan yang sama dengan aku.. Munir & Anas (Penyu).. Aku nii dahlaa tak kenal gengg maktab2 lainn.. but, I like in meeting & knowing new frenzz.. hahahaaa


Lapas ikat riben ungu di beg2 kami & simpan di bilik simpanan beg di Lobi Empress Hotel,  kami bergerak ke tingkat atas iaitu dewan seminar untuk sesi taklimat dan penyerahan tiket flight ke Sabah. Seperti yang diduga, sebaik sahaja taklimat sehingga waktu zohor, kami dipecahkan mengikut kumpulan yang ditetapkan untuk diberikan tiket flight ke Sabah. Penerbangan dijadualkan pada keesokannya iaitu 23 Jun 2015. Aku pula yang berada dalam kumpulan A, akan terbang paling awal iaitu pukul 7:30 pagi menaiki flight MAS dari KLIA ke BKI (Kota Kinabalu). Bas yang disediakan akan menghantar kami ke terminal KLIA pada jam 4:00 a.m... makk aiii.. bukan main2 laa cekk ooii..! 

23 JUN 2015

Pagi yang super hening lain macam tu, lebih kurang jam 4 pagi, sempat lagi bersalam salam dengan zack, matbee & mak abah zack di lobi hotel empress sebelum bergerak ke KLIA. Sahur yang disediakan pihak hotel Empress pagi tuu,, fuhh, boleh tahannlaa sedapnyaa.. memang high class punya sahur laaa.. haha..

Di KLIA, lepas amek troli sorang satu, sementara tunggu nak check in luggage, sempat juga laa kami geng2 ipg Perlis nii berkumpul sama2.. borak2.. lepak2 sebab lepas nii kami tau, maybe payah daa nak boleh jumpa macam nii :’( Sempat jugaklaa menjadi tourist guide buat member2 yang baru 1st time menaiki flight ni.. macam2 gelagat ada cikgu2 nii.. hahaa

Usai solat Subuh di surau KLIA pagi tu, menandakan saat-saat untuk meninggalkan semenanjung kian hampir. Kena pulak dengan hujan renyai2 yang turun awal pagi tu, aduhaiii, feelingnya lain macamm la pulakk... plzz3, be strong, no more tears.. hahaaa :D
 
Dalam dinginnn Subuh hatiku terusikkkk~
Sebaik saja melabuh punggung di atas kerusi kulit ungu empuk pesawat MH2604 milik MAS yang akan membawaku dari KLIA ke KK (BKI), aku mula belajar menerima hakikat bahawa akan aku akan dipostingkan ke Sabah, sebuah negeri di Borneo yang aku sendiri pun tidak pernah menjejakkan kaki ke sana...

Lajunya pesawat membelah landasan basah pagi tu seterusnya terbang tinggi memanjat awan, meninggalkan seribu memoriku di Semenanjung ; tanah kelahiranku... Terimbas kembali timeline hidupku, dari seorang pelajar kini bertukar menjadi pengajar (guru).. aduhh, budak yang tak berapa betul nii dah jadi cikguu daa.. wekkss J

Setelah 2 jam 20 minit meredah awan di langit raya, maka mendaratlah MH2604 di Airport KK, membawa bersama 1001 kisah para penumpangnya.. Selesai mengecop Dokumen Perjalanan Terhad (DPT) di kaunter Imigresen dan mengambil luggage, kami bergerak beramai ramai ke gerbang ketibaan..

Inilah namanya DPT.. wajib ada kalo nak masuk/keluar Sabah

Di sana, sudah sedia menyambut kami wajah2 asing yang belum pernah kulihat sebelum ini, bersama pelat Sabahnya yang pekat, namun aku masih mampu memahami dengan baik apa yang mereka tuturkan. Ramah dan mesra benar bunyinya.. Aku kira, tentulah mereka ini pegawai2 dari JPN Sabah yang akan menguruskan kami nanti.. “Selamat datang cikgu baruuu” ucap pegawai2 itu tak berhenti henti sambil tersenyum dan berjabat mesra dengan kami... macam hari raya pulakk rasanya..


Seterusnya, mereka mengatur perjalanan kami yang baru tiba dari Semenanjung ni, ke Hotel Promenade Kota Kinabalu yang terletak tak jauh dari Airport KK. Di situ nanti, kami akan diberi taklimat2 oleh JPN Sabah seterusnya diberikan surat penempatan sekolah, suatu benda yang kami tunggu2 selama nii...! 

Promenade Hotel KK memang terrbaikkk

Sampai saja di lobi Hotel Promenade dengan menaiki bas2 jabatan yang disediakan oleh JPN Sabah, aku terpegun seketika... makk aii, mewahnyaa hotel.. hotel Promenade yang bertaraf 4 bintang itu akan menjadi singgahan kami untuk satu malam sebelum bergerak ke destinasi masing2 nanti.


Selesai saja membuat semakan PPD yang bakal menjadi tempat aku berkhidmat, sekali lagi aku terkilan. PPD Nabawan, sebuah daerah yang begitu asing di pendengaranku. Sejujurnya, inilah kali pertama aku mendengar nama daerah itu, Lebih menyedihkan, hanya aku seorang saja dari IPG Perlis yang akan ke daerah itu. Bermakna, aku akan terpisah dengan rakan-rakan sekampus yang sudah dikenali bertahun lamanya, termasuklah si Zackk yang dah macam adik aku sendiri..huwaaa :’(

Luasssnyaa Sabahhh

Di lobi hotel ni lah, aku terserempak dengan Yap (abang Amett), senior aku masa di SMKAK dulu.. Alaahaii, macam mana lahh dia nii boleh ada sini.. rupanyaa, dia dah lama bermastautin sini dengan menjadi agen MAA Takaful. Siapa yang mau subscribe takaful ni, bolehlaaa menghubungi Yap... (sempattt lagii tuhh tolong promote)

Program di Promenade bersama JPN Sabah dimulakan lebih kurang jam 4;30 pm... kalau di semenanjung, waktu Asar laa waktu ni, tapi di Sabah, pukul 4:30 pm sebenarnya dah macam pukul 5:30 pm.. aku masih lagi culture shock laa dengan perubahan waktu dan suasana di Sabah nii..

Dalam taklimat tu, kami diperkenalkan dengan setiap daerah yang terdapat di Sabah oleh seorang pegawai JPN. Setiap daerah rupanya mempunyai identitinya yang tersendiri termasuklah Daerah Nabawan. Sampai saja giliran Nabawan diperkenalkan, terpapar gambar orang menyumpit sambil memakai kostum tradisional etnik Murut, iaitu etnik majoriti di Daerah Nabawan/Pensiangan... ketika ini, member2 sekampus yang duduk semeja denganku dah mula cuit2 gelak2 kat aku.. abesslaaa.. sukar membayangkan bagaimana rupanya jika aku yang memegang sumpit dan memakai kostum tradisional itu.. hahahh



Menurut pegawai JPN tu lagi, kebanyak sekolah di daerah Nabawan juga adalah sekolah2 pedalaman P3.. makk aii, bukan calang2 tempat nii.. di daerah ini juga terdapatnya sebuah sekolah paling pedalaman di Malaysia (500km dari Keningau), iaitu SK Saliliran yang dengar2 cerita mengambil masa dua hari perjalanan meredah pelbagai keadaan jalan , termasuklah menaiki perahu sungai dan berjam jam berjalan kaki.. Bila mendengarkan ini, senyum aku dah tak berapa menjadi.. tambah2 laa si Zackk yang dok kat sebelah tak henti2 menyakat.. lagi gelabah laa jadinya.. terbayang luggage yang kubawa, yang hampir seberat 30kg.. abesslaa kalau kena heret masuk perahu / jalan kaki.. tinggal tulang laa aku nanti :p 

Sungkeii di Promenade KK

Betapa dalam / ulunya daerah Nabawan/Pensiangan ini digambarkan dengan imej google maps yang dipaparkan oleh pegawai JPN ini, iaitu imej suatu kawasan lapang di dalam hutan untuk pendaratan helicopter. tidak nampak jalanraya biasa di situ.. konfemmm dahh aku dapat sekolah pedalaman kalau macam nii punya cara..! takpaa.. be cool.. relax... x matii punyee.. hahaa

Kami berbuka puasa pada jam 6:30 p.m dan masih lagi asing kepadaku yang baru tiba dari semenanjung nihh.. awal gilakk bukak puasanyaa.. lauk2 menarik yang disediakan catering Promenade Hotel sememangnya mengalu alukan perut kami yang kelaparan dan kehausan dek menempuh perjalanan meletihkan dari Semenanjung... alhamdulillah.. memang berbeza sekali layanannya kalau nak dibandingkan dengan zaman bergelar student dulu..

Program seterusnyaa bermula lepas solat terawih, jam 8:00 malam.. sementara tu, sempat jugaklaa lepak2 dengan muhd zackk sebab tau daaa lepas nii susah nak jumpa.. aduhaii.. perpisahan yang kali ke berapa entah antara kami berdua.. Zack dapat PPD Tenom dan aku pula PPD Nabawan (masa nii aku belum tau Tenom dan Nabawan nii tak jauh mana pun).. hehehh

Detik2 akhir bersama member2 sekampus :'(

Program pada malamnya lebih meriah dan santai. Lepas mengambil tempat mengikut meja yang dikhaskan kepada setiap PPD berlainan, majlis pun bermula sebaik saja ketibaan VVIP malam tu iaitu, Datuk Jame Alip (Pengarah JPN Sabah) diumumkan. Kami diajar menyanyikan lagu rasmi negeri Sabah (Sabah Tanah Airku) dan juga beberapa lagi lagu2 Sabah. Memang happening lahh malam tu.. sporting sungguh rupanya Datuk Jame Alip nii.. siapp menyanyi nyanyi bersama kami lagi dan mempersembahkan lagu ciptaannya sendiri.. thumbs up Datuk..!!

Habess jaa program bersama Datuk Jame Alip, maka tibalah saat yang dinanti nantikan oleh semua guru baru dari Semenanjung, termasuklah aku, iaitu majlis penyerahan surat rasmi penempatan sekolah kami. Melalui surat tu lah, aku akan mengetahui sekolah pertama yang aku akan mula berkhidmat sebagai guru baru. Memang getaq lahhh, macam tunggu nak ambik result SPM jaa rasanya.. (hanya siapa yang pernah melalui saja akan faham)

Tiba2 dalam kekalutan ballroom Promenade Hotel tu, meja geng PPD Nabawan didatangi oleh seorang pegawai PPD yang memakai nametag tertulis “Elias”. Di tangannya terdapat sekeping envelop coklat bersaiz A4. Tahulah kami bahawa beliaulah yang akan menyerahkan surat penempatan kami. Debaran akan berakhir sebentar lagi... dalam hati, tak putus2 berdoa.. “janganlahhhh dapat p3... janganlaahhhh dapat sekolah yang kena naik bot... matii akuuu kalau kenaaaa....”

Surat yang dinanti nanti oleh setiap insan yang bergelar Guru Baru

Tiba2, entah gimik atau apa, En Elias tak mau mengedarkan surat penempatan kami.. katanya, akan diedarkan di ofis PPD Nabawan pada keesokannya sahaja. Ahhh, sudahh..!! Tapi akhirnya, pujuk punya pujuk, dia pun mengeluarkan sekeping kertas a4 yang bertulis senarai nama 12 orang guru baru yang mendapat PPD Nabawan. Dalam listname tu, tertulis juga sekolah yang bakal ditempatkan nanti.

Debaran terlerai jua bila En. Elias mengumumkan yang aku akan ditempatkan di SK Pengaraan. Walaupun belum memegang surat penempatan rasmi, tapi sekurang-kurangnya sudah mendapat tahu nama sekolah yang akan menjadi sekolah pertamaku nanti dalam karier seorang guru. “Sekolah nii P brapa encik??” tanyaku tidak sabar2 lagi kepada en. Elias. “SK Pengaraan P3 yaa Amirul” jawab En. Elias yang berwajah tenang dan murah dengan senyuman itu.

Mendapat saja jawapan itu, hatiku bagai kaca yang dihempas ke batu.. hancurr..!! Pelbagai bayangan serta persoalan menerjah ruang fikiran.. Cerita2 momokan mengenai pedalaman Sabah/Sarawak mula berkisar ligat di ruang mindaku. Rasa macam aku dah total lost. Serabuuttt...lembik rasa macam nak terjelepok kat situ jaa.. Itulah hakikatnya... tapi, semuanya terselindung di sebalik wajah cool dan senyumanku yang penuh ketenangan seperti selalunya...

Last Seen on ..........

Melihat member2 yang sama PPD mula bersembang dengan En Elias dengan bertanyakan perihal sekolah masing2, aku pun turut tidak melepaskan peluang. Sebelum bertanya en Google, baiklah aku bertanya dengan E. Elias nii dulu untuk mendapat gambaran awal tentang SK Pengaraan.

SK Pengaraan... 3 jam saja menaiki 4wheel.. jalan tanah merah.. tidak ada naik bot.. naik 4wheel sajaa.. begitulah gambaran awal yang diberikan oleh en. Elias kepadaku mengenai SK Pengaraan. Mendengarkan itu, spontan aku meraup wajah dengan telapak tangan tanda bersyukur... ada yang memerhatikan tingkah lakuku, tp, aahhh..biarlah.. aku bersyukur kerana Allah makbulkan juga sebahagian doaku.. walaupun ditempatkan di sekolah pedalaman berstatus p3, tapi sekurang kurangnya aku tidak perlu menaiki bot merentas sungai dan tidak perlu berjalan kaki selam berjam-jam sebagaimana gambaran ngeri yang aku peroleh sebelum ini mengenai sekolah2 pedalamn Sabah/Sarawak.

Malam kian larut...sedar tak sedar sudah jam 12:00 am (di semenanjung dah macam pukul 1 pagi suasananya) Aku terus ke bilik penginapan kerana esoknya, jam 3:30 perlu bangun bersahur dan jam 7:30 perlu turun ke lobi hotel untuk dibawa ke PPD Nabawan menggunakan kenderaan yang telah disediakan oleh pihak PPD. 

jika ada sumur di ladangg....

24 JUN 2015


Bersahur kali terakhir laa konon dengan member2 sekampus sebelum berpisah.. kali ni betul2 berpisah sebab ada antara kami yang akan menaiki flight dari Airport KK ke Airport Sandakan / Airport Tawau.. Antara yang akan menaiki flight lain ialah Taufiq, Anas Penyu, MatBee, Munir dan juga Faiz. kalau dah nama naik flight, memang jauhlah mereka nii dengan KK. Maka tinggallah aku, Zack dan MatDin yang akan bergerak ke PPD masing2 menggunakan jalan darat.

Lepass jaa buat jejak2 kasih sikit dengan MatBee & Munet, sebab depa dua nii nak ke Airport KK jam 4 pagi... maka kami pun balik ke bilik masing2 sebab nak mengemas barang dan checkout awal pagi nanti. Sedih laaa jugak sebab orang lain ada jugak pasangan dengan geng kampus sendiri, tapi aku?? hanya sebatang kara... hahaa.. terpaksa lahh aku apply skill buat2 kenal/ buat2 ramah dengan member dari maktab lain nanti...

Jam 8:00 pagi, aku sudah berada di lobi hotel Promenade untuk checkout dan t/tangan kehadiran dengan peg. PPD yang bertugas. Tak lama kemudian, kelihatan kelibat En. Elias dan dia meminta kami yang akan ke PPD Nabawan sahaja, mengangkat segala luggage ke kenderaan 4wheel yang sudah siap menanti di perkarangan hotel. Sebuah trak Hilux digunakan untuk membawa beg2 manakala sebuah van Hiace akan membawa kami serama 12 orang ke ofis PPD Nabawan dari Hotel Prpmenande tersebut..

bilaa pulakklaa kita nak jumpa..haihhhh

Sebelum tayar van bergolek, sempat jugakklaa bersalam salaman dengan member2 sekampus... Zack, Taufiq & MatDin... I.Allah, we’ll meet again someday :’(  Thanksss Taufiqq yang hantaq aku sampai depan pintu van pagi tuu.. huhu.. itulah last aku jumpa Taufiq, sampailah ke hari ni.. Taufiq ditempatkan di SK Pamol, sebuah sekolah p1 berdekatan bandar Sandakan... memang jauhhlaa dari aku.. nak balik Semenanjung pun nanti, Taufiq akan terbang dari Airport Sandakan manakala aku pula terbang dari Airport KK.

Lebih kurang jam 8:30 am, van pun bergerak meninggalkan bandar KK, melewati jalan penuh thrill dan berliku – Jalan Kimanis yang akan membawa kami ke bandar Keningau. Jalannya elok..cuma selekoh selekohnya fuhhh... untuk gambaran, keadaanya lebih kurang sama dengan jalan ke Cameron Highlands ataupun ke Wang Klian di Perlis. Dingin sekali walaupun matahari terik memancar dan penuh dengan selekoh selekoh maut di jalan naik turun bukit. Memang memerlukan pemanduan dan skil yang bukan calang2 laa orang kata...

Hampir 3 jam melewati Jalan Kimanis tersebut, kami pun sampai di tengah2 bandar Keningau. Walupun tidaklah sebesar dan sesibuk Bandar KK, tapi boleh tahan jugaklaa bandar Keningau nii.. serba serbi lengkap.. ada shopping mall, hospital, bank, pejabat2 kerajaan seperti imigresen, jpj dan lain2.. Menurut pemandu, Pekan Nabawan iaitu destinasi kami, terletak lebih kurang dua jam perjalanan dari bandar Keningau ini. 

bersama 12 orang guru baru yg ditempatkan di PPD Nabawan

Van berhenti sebentar di sebuah shopping complex di tengah bandar Keningau iaitu G-Mart Keningau. Di situ, kami membeli barang-barang keperluan untuk dibawa sebagai bekal ke pedalaman nanti. Masing2 masih blur, tidak pasti apa yang patut dibeli. Beras ? Ayam ? Ikan? sardine? kena beli kaa semua tuu? bantal ? alatan mandi ? apa lagi yang kena bawa ?

Dalam sibuk2 dengan kecelaruan itulah, aku dihubungi oleh Cg Kang Fairuz, salah seorang guru dari SK Pengaraan yang akan menjemputku di PPD nanti.. Lega rasanya bila aku mengetahui bahawa Cg Kang sudah sampai di PPD dan sedang menunggu ketibaanku di sana. Jika tidak, buntu juga memikirkan di manalah aku akan bermalam nanti jika tidak ada sesiapa yang mengambilku di PPD.

Selepas hampir 2 jam bershopping sakan di G-Mart Keningau tu, kami terus dibawa ke ofis PPD Nabawan yang terletak lebih kurang sejam lebih perjalanan dari situ. Sekali lagi kami dibawa menempuh perjalanan ala2 menaiki Cameron Highlands ketika melewati Jalan Sook-Keningau untuk menuju ke PPD Nabawan. Tidak jauh setelah melewati Pekan Sook, kami pun tiba di gerbang Pekan Nabawan, betul2 jambatan sempit Pekan Nabawan itu.  

4wheel yang dikhaskan membawa luggage sahaja ke Nabawan

Pekannya sangat lengang dan sunyi. Terdapat balai polis dan juga klinik kesihatan serta perpustakaan di situ. Tapi aku tidak nampak sebarang shopping mall ataupun sekurang-kurangnya sebuah mini market. Aku juga cuba mencari kedai-kedai makan, tapi tidak singgah langsung di pandanganku. Aduhhh, macam mana nii.. sangkaku, SK Pengaraan tentulah berada di kawasan ini... rupanya, tidak. SK Pengaran rupanya agak jauh juga dari Pekan Nabawan ini. 100km ++ jugaklaaa -.-“

Sampai saja di perkarangan PPD Nabawan, sudah ada 3-4 orang pegawai menanti di muka pintu, mempersilakan kami masuk ke dalam ofis tersebut, termasuklah En. Elias. Aku lantas mengenakan kembali nametag dan juga neck-tie yang tadinya dibuang ketika masuk ke shopping mall di Keningau. Sebaik menanggalkan kasut di rak, kami menuju ke bilik mesyuarat PPD Nabawan.. wahhhh, ada ekonlahhh.. legaaa rasanya bila dihembus bayu nyaman pendingin hawa itu. Rasa nak terlelap pun ada dek kerana menempuh perjalanan jauh dan mencabar dari KK selama lebih kurang 4 jam tadi..

Komuter yg membawa 12 orang kami, guru baru PPD Nabawan
Di bilik meeting PPD itu, apa yang menariknya ialah terdapat map daerah Nabawan yang digantung di dinding. Aku cuba mencari cari perkataan “Pengaraan” dan akhirnyaaa... tudiaaa..puasss.. memang dok hujung2 lahhh orang kata.. ohhoiii.. tak dapat kubayangkan jauhnya macam mana nanti.. tapi, dari peta tersebut, tahulah aku bahawa untuk sampai ke Pengaraan, mestilah melalui Penontomon dan Layon terlebih dahulu, dan akhir sekali, barulah bertemu Pengaraan..

Melihat peta itu membuatkan aku jadi semakin letih tak bermaya. Betul kee tak payah naik bot? nampak jauh lain macammm jaa.. aku mulai sangsi dengan apa yang diberitahu oleh En. Elias semalam. Katanya tak perlu naik bot ponnn untuk ke Pengaraan. Cuma naik 4wheel jaa.. Entahlahh.. redhaa je lahh.. tak boleh buat apa dahhh.. just keep calm and follow the flow..!

Tak lama kemudian, majlis ringkas penyerahan surat penempatan rasmi pun bermula. En Elias sendiri menyerahkan kepada kami surat rasmi tersebut. Nama kami, seramai 12 orang guru baru PPD Nabawan, dipanggil seorang demi seorang dan diserahkan surat yang kami tunggu2 selama ni.. Memang sahlah, aku akan ditempatkan di SK Pengaraan, sebuah sekolah pedalaman 3 di daerah Nabawan, Sabah... Aduhai jiwa, bertabahlah..!

Cuba cari SK Pengaraan......

Selesai jaa menerima surat tu, beserta taklimat ringkas daripada En. Elias, tiba2 seorang pegawai PPD lain datang di muka pintu dan bertanya “Siapa yaa guru baru SK Pengaraan ? Cikgu Kang mahu jumpa” Aku pun keluar dari meeting room dan mengikut pegawai tersebut ke bilik lain. Di sana, aku dipertemukan dengan Cikgu Kang Fairuz, iaitu wakil GB dari SK Pengaraan yang akan menjemputku dari PPD. terkejut juga aku bila melihat Cikgu Kang yang nampak muda benar.. tak macam cikgu pun, sebaliknya macam student2 zaman maktab jaa..

Aku bersalam dengan Cikgu Kang dan mengikutnya ke bilik meeting untuk bersembang-sembang sebelum dibawa pergi dari PPD Nabawan itu. Melalui Cg kang, aku mendapat sedikit sebanyak maklumat awal megenai SK Pengaraan. Apa yang paling mngejutkan aku ialah, bilangan murid Islamnya yang cuma ada 3 orang sahaja.. ya, anda tidak silap baca, memang ada 3 orang sahaja murid muslim. Dua orang dari tahun satu, dan seorang di tahun tiga.. Kalau ikutkan bidang pengkhususan aku iaitu Pendidikan Islam, memanglahh aku hanya akan mengajar 3 orang ini sahaja... tapi takpa lahh, aku terima jaa kalau kena ajar subjek lain pun.. cikgu serba boleh laa katakannn... haha


Panorama SK Pengaraan
Cg Kang juga menunjukkan aku gambar panorama SK Pengaraan, dan itulah pertama kalinya aku melihat rupabentuk sekolah pertamaku itu. Sumpah, tidak ada di mana2 carian imej google sebelum ini. Mungkin lepas ni famouslah SK Pengaraan sebab dah masuk TintaMalam nihh.. hehe

Tak lama kemudian, kami pon bersiap siap untuk bergerak meninggalkan PPD Nabawan.. tapi bukan untuk ke SK Pengaraan, tapi untuk ke Pekan Keningau. Hal ini kerana Cg Kang masih berkursus di Pekan Keningau dan hanya akan masuk ke sekolah pada hari Ahad nanti.. sekarang pula baru hari Rabu (24 Jun 15).. Aku dibawa ke rumah transit geng2 cikgu sekitar Keningau nii yang terletak di Taman Juta, Keningau.

Rupanya rumah transit ni juga dikongsi oleh Cg Duan & Cg Lan, iaitu dua orang cikgu semenanjung yang bakal menjadi housemateku di kuaters guru SK Pengaraan nanti. Ini bermakna, apabila aku masuk ke SK Pengaraan nanti, aka nada 3 oranglah guru semenanjung.. aku, dan mereka berdua. Tapi, petang tu, aku belum nampak kelibat mereka berdua kerana mereka masih di sekolah dan belum keluar ke pekan. Mungkin hujung minggu ni dapatlah aku berkenal-kenalan dengan mereka berdua.

Ketika aku sampai, hanya ada seorang saja di rumah tersebut iaitu Paijey yang mengajar di sebuah sekolah di Daerah Keningau. Aku ditinggalkan di rumah tersebut, bermula hari Rabu sehinggalah hari Ahad (28 Jun 2015). Sepanjang tempoh tersebut, aku yang jenis malu2 kucing nii terpaksalah buat2 macam biasa macam kenal dengan semua penghuni rumah tersebut yang takda seorang pun aku pernah berjumpa sebelum ni.

Rumah transit di Taman Juta, Keningau


Tapi, apa yang paling mengharukan ialah layanan mereka terhadapku seolah olah dah macam kenal lama.. Duit yang aku bawa tidak luak sedikitpun kerana sering dibelanja makanan berbuka puasa oleh Cg2 senior yang tinggal di rumah tersebut. Ini termasuklah buffet berbuka puasa di Hotel Juta pada satu petang tuu yang dihadiri hampir 15 orang geng2 cg.. sungguh, mereka2 inilah yang membuatkan aku rasa diterima di tempat orang.. perasaan terasing.. rasa jauhhh tuu tidak untuk kali ini.. bagiku, ini juga rezeki bila dipertemukan dengan member2 baru yang baik hati & tidak berkira seperti mereka... Di saat jauh dari keluarga, dari rakan2 yang dah kenal lama, tiba2 hadirnya mereka membuatkan aku rasa sungguh diterima dan dihargai.. ouhh, I’m touched :’)

28 JUN 2015 

Hari Ahad.. mengikut Duan iaitu member baru dan juga schoolmateku di SK Pengaraan nanti, kami akan masuk sekolah pada malam nanti, selepas berbuka puasa. Duan nii dah mengajar kat SK Pengaraan sejak 2013 lagi manakala Lan pula dari tahun 2014.. Pagi ahad tu, aku mengikut Duan & Lan ke market untuk membeli barang2 basah seperti ikan dan ayam, bekalan untuk seminggu di pedalaman nanti. Aku menjadi pemerhati setia dan mula belajar cara2. Satu tong ikan (warna putih) yang diletak di belakang trak, penuh dengan bahan2 mentah seperti ayam, ikan, sotong, sayur dan sosej untuk kami masak di kuaters pedalaman nanti.

Shopping2

Pada sebelah petangnya, selesai saja berbuka puasa, kami bertiga terus bergerak ke Supermarket Hiap Lee di Pekan Keningau untuk membeli barang2 kering pula. Antara yang dibeli ialah air minuman sebayak 3 karton, gula, sos, rempah ratus, biskut, minuman 3 in 1, dan barang2 dapur yang lain. Segan juga aku apabila “dilarang” membayar barang2 tersebut... kata mereka, tak mengapaaa, kerana aku belum punya gaji lagii.. simpan dulu duit tuuu...hahaa

Selesai jaa shopping2 kat Hiap Lee, kami kembali ke rumah transit di Keningau untuk prepare sebelum bergerak masuk ke pedalaman Pengaraan sebentar lagi. Usai solat Isyak, aku membantu Duan & Lan untuk packing barang2 dan disusun di belakang trak Triton si Duan.. Setiap beg perlu dibungkus menggunakan plastik hitam bagi mengelakkan basah jika hujan atau kotor terkena debu tanah merah atau selut. Ini juga sesuatu yang baru bagiku.

Aku memerhatikan Lan membantu Duan memasang spotlight di atas bumbung Triton. Sempat juga si PaiJey mengusik kami,, katanya nak ke sekolah kee nak pegi berperang.. hahaa.. Aku mengenakan sportshoes yang dibeli di Kajang tempoh hari.. wahhh, get ready sungguh2 nii orang kata. Kami akan ke G-Mart terlebih dahulu kerana GB sudah menunggu di sana bersama Cg Eddy yang turut sama akan menaiki Triton bersama kami nanti.

Antara preparation untuk survive di pedalaman...

Sampai di G-Mart, aku bersalam-salaman dengan GB SK Pengaraan iaitu Cg Andreas dan juga seorang cikgu lain iaitu Cg Eddy. Selepas berkenalan ringkas dengan GB, kami pun bergerak meninggalkan Pekan Keningau, menuju ke Jalan Sook-Keningau yang juga dipanggil Jalan Keningau-Tawau, untuk ke simpang masuk menuju ke Pengaraan. Seperti yang diceritakan sebelum ni, Jalan Sook-Keningau nii adalah seperti jalan Cameron Highlands.. jalannya elok, tapi penuh berliku dan selekoh2 tajam.. Lebih menyeramkan, jalan nii gelap benar pada malam hari kerana ketiadaan lampu jalan serta sunyi dari kenderaan walaupun jam baru menunjukkan angka 9.00 pm.

Hampir sejam melewati jalan sunyi Sook-Keningau, tibalah kami ke simpang masuk ke Pengaraan. Maka, tamatlah sudah jalan berturap. Duan menghentikan Tritonnya di simpang masuk berdekatan signboard besar bertulis Kim Loong palm oil mill... Di situ, Duan melakukan pemeriksaan angin serta mula membuang kanvas yang menutup spotlight di atas bumbung trak. Spotlight diuji sama ada menyala ataupun tidak. Aku juga diberitahu bahawa di sinilah last point talian telefon. Lepass jaa kilang kelapa sawit kat depan tu, maka tiada lagi line telefon. Nak call mak ke, buah ati kee, call siap2 katanya... Ohhoiii,, kalaulah tuan2 berada di tempat saya ketika itu, sukar sekali digambarkan perasaannya.. bercampur baur... rasanya macam nak dihantar berperang di Palestin atau Syria pon ada jugaa..huhu

GB Mr Andreas turut menyertai kami malam tuu.. thumbs upp GB..! 

Triton pon dipacu seiring dengan beberapa buah tanker minyak kelapa sawit yang turut melalui jalan tersebut. Peringkat awal, walaupun tidak bertar, namun jalan masih diturap dengan batu2 kerikil putih dan jalan masih rata kerana tidak banyak lubang-lubang atau lopak air.. Melepasi saja kilang kelapa sawit Kim Loong itu, batu batu kerikil semakin hilang diganti dengan jalan tanah merah yang berdebu.. namun masih ok kerana jalannya masih mendatar. Di kiri kanan, terdapat kebun kelapa sawit seperti di semenanjung.

Sebaik saja Triton melepasi sebuah perkampungan / kuaters laa kot, yanga ada pondok pengawal kecik tu, maka bermulalah kembara sebenar. Jalan tanah merahnya semakin kasar, semakin banyak lopak dan lubang yang perlu dielak, serta mula ada naik / turun bukit. Semakin lama, keadaan jalan semakin menggila apabila aku mula terhantuk di cermin trak dan tidak ada peluang lagi untuk terlelap. Tangan pula tidak sesaat pun lepas dari memegang pemegang di atas bumbung trak itu.. Kebun kelapa sawit tadi, entah ke mana hilangnya, dan kini berganti dengan hutan tebal di kiri dan kanan trak.. jalan masih luas, walaupun tidak seluas semasa melewati kebun kelapa sawit tadi, tapi aku kira cukup muatlaa sekiranya bertembung dua buah kenderaan.

Spotlight readyyy..!

Spotlight di atas bumbung trak mula dipasang menerangi jalan tanah merah yang semakin dasyat di hadapan sana. Duan berkali kali berpesan kepadaku agar memintanya berhenti sekiranya hendak muntah. Tapi syukur kerana malam tu, rasa nak muntah tuu tidak hadir. Tak lama kemudian, kami tiba di suatu selekoh lapang dan berhenti rehat di situ.. Rupanya, itulah R&R di tengah hutan belantara tuu...

Menurut Lan, sampai di situ bermakna baru suku perjalanan. Belum sampai Penontomon, apatah lagi Layon. Aku melepaskan keluhan berat sambil meneguk 100 plus yang aku beli di Hiap Lee tadi. Sangkaku, mungkin tidak lama lagi kami akan sampai dahh.. ruapanya, jauhhh lagiii.. aduhaii.. tabahlahhh duhai hati.. Perjalanan diteruskan membelah pekat gelap malam di tengah2 belantara sabah. Mujurlah kami berlima malam tu, kalau berdua atau seorang diri, haihhh, susah digambarkan apa akan terjadi... kalau aku seorang? hmmm... pakai dakkk laa nak masuk hutan tengah2 malam macam tuu...

Barangan kami yang dibungkus plastik hitam, sudah dipenuhi
debu tanah merah,baru suku perjalanan..!!

Sesekali berselisih dengan kenderaan 4wheel lain, Duan membunyikan hon tanda hormat. Jalan semakin gila. Makin kerap aku terhantuk cermin dan bumbung 4wheel. Ada ketikanya, 4wheel perlu melalui kawasan berselut dan berlopak air. Puas jugakklaa aku berpaut pada pemegang tuuu.. tinggal tak tercabut jaa benda tuu.. haha.. Tak lama kemudian, Triton Duan melewati sebuah kawasan seakan perkampungan.. rupanya itulah Kg Penontomon, tempat terletaknya SK Penontomon yang juga merupakan sebuah sekolah p3. Kalau tak silap, member yang bernama Izzat Emir ditempatkan di sekolah ni.. aku pun kenal2 macam tuu jee masa naik van sekali dari KK ke PPD Nabawan aritu..

Triton meneruskan perjalanan melewati jalan tanah merah yang semakin kerap naik turun bukitnya.. jalannya pula kerass dan berhabuk sakan kerana sekarang adalah musim panas di daerah ini. Menurut Lan, jika musim hujan, puass menangisslahh kalau nak lalu jalan tanah merah nii.. hahaa..

Berehat sebentar di RnR tengah2 belantara Borneo yang sunyi sepi

Lebih kurang sejam selepas melewati Penontomon, kami tiba di suatu persimpangan yang ditandakan dengan sebiji tayar buruk pada sebatang kayu. Rupanya itulah simpang ke SK Layon. Menurut Lan yang duduk di tepiku di seat belakang Triton, sekolah kami iaitu SK Pengaraan terletak lebih kurang sejam perjalanan dari sini, SK Layon ini.

Aku menarik nafas lega kerana sudah perjalanan ini sudah hampir tiba ke penamatnya.. Tapi kelegaanku tidak lama apabila tiba2 Triton dibrek mendadak dan dua spotlight tambahan di kiri dan kanan trak dipasang oleh Duan. cermin pemandu diturunkan dan Duan menjengukkan kepalanya keluar seolah olah mengintai sesuatu.. aku mulai cuak dan gelabah. Apakah kami telah terlanggar sesuatu ?? Rupanya, kami akan melintasi sebuah jambatan sempit yang dibina sendiri oleh penduduk kampung menggunakan batang pokok. Jambatan ini, kelebarannya memang betul2 muat sebuah 4wheel saja.. ngam2..! Kalau tersilap pusing stereng sikit jaa, memang ke dalam sungai lahh jawabnyaa..! 

Jauhhh lagii perjalanan iniii....

Melepasi persimpangan dan titian sempit SK Layon. jalan tanah merah semakin sadis keadaannya dan semakin sempit pula.. Hutan lalang di kiri dan kanan semakin meninggi dan seakan mahu “mencekup” kenderaan yang kami naiki. kalau dilihat secara kasarnya, memang jalan cukup2 muat untuk dilalui sebuah 4wheel saja.. aku pun tak tahu apa yang terjadi jika ada sebuah lagi 4wheel yang datang dari arah bertentangan.. lopak dan lubang semakin kasar dan dalam. Jalan seakan terbiar, seolah olah sudah tidak dilalui kenderaan selama bertahun tahun.

Spotlight di kiri dan kanan Triton dipasang sepanjang jalan ini, menyuluh hutan lalang yang sangat tebal di kiri dan kanan jalan, yang menghimpit hingga ke pintu 4wheel. Sukar sekali melihat trek/kesan laluan tayar kenderaan kerana jalan dari Layon ke Pengaraan (pada waktu ini) sangatlah teruk dan buruk. Memang hardcore punya jalan tanah merah. Bukan setakat kereta biasa, kalau 4wheel tanpa kuasa turbo pun mungkin tak lepas untuk melalui jalan ni... silap haribulan, bermalam laa di tengah hutan belantara.. nauzubillah..!

Saat 4wheel meredah anak sungai
Untuk sampai ke Pengaraan, kami perlu melintasi dua anak sungai tanpa jambatan. Ini juga adalah sesuatu yang sangat mengujakan bagiku. Setiap kali mahu menuruni curaman tebing sungai itu, 4wheel akan dipacu laju supaya mudak untuk mendaki tebing curam yang sebelah sana. Katanya, jika musim air bah, air boleh sampai ke paras hood depan.. ohhoii, entah bila lahh aku akan merasa pengalaman sebegitu..


Melepasi sungai yang kedua, iaitu Sungai Sina Pari, menandakan kami semakin menghampiri perkampungan Pengaraan.. 30 minit setelah “terjun” Sungai SinaPari, kenderaan kami pun tiba di depan pintu pagar sekolah... fffuuuu~ what an adventurous journey..!! Keluar saja dari Triton, aku menggeliat kepuasan sambil melepas keluhan penuh kelegaan... Macam tak percaya, aku boleh sampai ke sini.. ke sebuah sekolah bertaraf P3 yang terletak beratus kilometer ke dalam perut belantara borneo... syukuurrr J

Alhamdulilllah..selamt tiba ke SK Pengaraan buat pertama kalinya...!!

29 JUN 2015 

Hari pertamaku menjalankan tugas sebagai seorang guru baru di SK Pengaraan... Dengan keadaanku yang masih belum biasa dengan perubahan waktu dan suasana alam di Sabah, pagi tu, lebih kurang jam 7:00 pagi, aku turun ke bangunan sekolah yang menempatkan bilik guru untuk mengisi nama dalam buku kehadiran sekolah buat pertama kalinya.. Di hadapan blok bangunan sekolah yang dibina daripada kayu itu, sudah berdiri murid2 SK Pengaraan yang serama 61 orang kerana pagi itu akan diadakan perhimpunan rasmi sekolah.

Biasalah, sebagai seorang guru baru di situ, setiap langkahku diperhatikan penuh tajam, penuh minat oleh setiap murid. Terkenang pesan Lan dan Duan semalam, jangan senyum2 sangat.. buat muka garanggg sikit.. nanti kalau senyum2 sangat kat budak2 ni, depa naik pala.. haha.. biasalah tu.. first impression.. biar nampak garang, bengis takpa.. senang nak control budak nanti..

Seperti sekolah sekolah lainnya di semenanjung, terdapat seorang murid yang akan menjadi MC Perhimpunan Pagi setiap Isnin. Kemudian, ada nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri Sabah dan juga ditutupi dengan nyanyian lagu SK Pengaraan. Sebagai orang baru di Sabah, mustahillah aku dapat menyanyikan lagu2 ini (kecuali Negaraku), yang kedengaran asing lagi di telingaku.. lama2 nanti okeylahhh.. haha.. belajaq2 orang kata J

Perhimpunan pagi pertamaku di SK Pengaraan, Nabawan, Sabah

Tiba sesi ucapan GB iaitu Mr Andreas, beliau mengumumkan kehadiranku sebagai guru baru di situ, disambut oleh tepukan murid2.. Aku diminta berucap ringkas, memperkenalkan diri dan juga ucapan alu-aluan. Habis saja ucapanku, MC kembali mengambil alih dan tak lama kemudian, majlis perhimpunan pagi pertamaku di SK Pengaraan itu pun ditamatkan... And its started with an allright scene.. syukur Alhamdulillah...

Seperti yang dijangka, jadualku belum tersedia dan untuk sementara waktu, aku perlu memasuki mana2 kelas yang tiada guru mengajar. Antara kelas yang terawal kumasuki ialah kelas tahun satu yang mempunyai seramai 13 orang murid, termasuklah dua orang murid beragama Islam. Rupanya, murid2 di sini kurang faham jika guru bercakap menggunakan bahasa baku, sebaliknya, guru perlu bijak membuat percakapan supaya bunyi macam pelat Sabah agar mudah difahami murid murid. Apa yang melucukan, aku kerapkali tersasul menggunakan loghat utara (Kedah) dan bila ini terjadi, murid akan terkebil kebil memandangku kerana mereka tidak faham apa yang aku tuturkan kepada mereka...

Lagu Sabah Tanah Airku yang belum kuhafal dengan baikk


Itulah serba sedikit kenangan / pengalaman awal ketika aku dipostingkan ke pedalaman Nabawan, Sabah baru2 nii.. Sebenarnya, banyak lagi untuk ditulis, tapi memandangkan jam sudah menunjukkan angka 12:00 am ketika ini, dan aku perlu berehat kerana esok akan terbang ke Kuala Lumpur dari Langkawi seterusnya terbang ke KK pada lusa, mungkin lain kali aku akan menyambung lagi catatan “Diari Pengaraan” ini dari semasa ke semasa.. stay tuned..!  

Diari Pengaraan Episod 01

190715 (23:49) - Langkawi


Saturday, October 26, 2013

Memoir dari Cameron Highlands

Lama sudah rasanya tidak menulis tentang pengembaraan di sini. Kali ini, sedikit nukilan dari tanah tinggi Cameron yang terletak di Negeri Pahang, Malaysia. Aaahhh, tak perlu diperkenalkan lagi destinasi pelancongan bertaraf dunia ini. Untuk makluman, aku dan rakan sekelas sebanyak 20 orang (termasuk seorang lecturer) telah selamat menjejakkan kaki di sini selama 3 hari 2 malam pada 26 September 2013 yang lepas, menggunakan tiket “tugasan projek” bagi semester enam nihh.. hmmm,biarlah aku rakamkan serba ringkas apa yang telah berlaku di sana… mana la tau kalau 10 tahun lagi, aku boleh tersenyum membaca post nihh..hehehh..  sesungguhnya, ini adalah antara momen terindah antara kami dan mungkin juga “our last trip” sebelum masing-masing menjejak haluan sendiri penghujung 2014 nanti… uhukk, tamau sedih2 kayy.. jom naik Cameron dulu..!

HARI PERTAMA (26 SEPTEMBER 2013) - KHAMIS

Menggunakan dua buah van yang disewa dari Kuala Perlis, iaitu Nissan Urvan 3.0di dan Era Commuter 2.5di, dengan kos RM 250 sebuah untuk 24 jam, dari kampus IPG Perlis, kami bertolak ke Cameron Highlands pada jam 12:00 tengah hari. Pemandu berkelayakan SPM, Amett memandu van Nissan yang membawa para jejaka termasuk aku sendiri yang bertindak sebagai pramugara idaman yang duduk di depan sekali…kata orang, duduk depan untung sebab sampai dulu..! Hahahaa.. ya lah tuu.. Van Era Commuter yang besaq gedabak tu dipandu oleh Aajoy yang juga berkelayakan SPM sambil dipantau oleh pensyarah pembimbing yang duduk di hadapan sekali.. Hmm..pantau lah sangat kann..ZZzzzz… Setelah singgah berdekatan tol Aloq Staq Selatan untuk mengambil dua lagi penumpang tambahan iaitu Mat Zaid dan Sohibuna Taufiq, van terus menuju ke R&R Gurun… makan dan solat duluu.. beli jajan sikit..kata orang buat hilang mengantuk..tapi aku tak rasa apa ponn..steady jerr..maklumlah pramugara idaman :p

kedua duanya punya masa depan yang cerah dalam bidang pandu memandu
Lepas Zohor

Setelah selesai urusan di R&R Gurun, kedua dua van berkonvoi straight ke Simpang Pulai sebab kami akan mendaki Cameron Haighlands melalui jalan tersebut. Dari Gurun, tanpa berhenti di mana-mana, van terus menuju ke Simpang Pulai (bak kata Titanic : menuju dengan kelajuan penuh) dan tiba di sana lebih kurang jam 5 petang. Berhenti sebentar di Petronas Simpang Pulai, kemudiannya, kami berkonvoi menyusuri jalan naik ke Cameron yang penuh thrill itu..sadisnya, van yang dipandu Aajoy tertinggal jauh ke belakang memaksa kami untuk berhenti di papan tanda “Selamat Datang ke Cameron Highlands” tuu yang terletak di pertengahan jalan.. sempat laa snap sekeping dua..

di sini juaaa..memori terciptaa..walau seketika..

Perjalanan diteruskan lagi, tapi kali ini driver van bertukar… Mat Zaid yang berkelayakan SPM juga, tetapi mengambil matapelajaran khas iaitu subjek pemanduan berbukit dan khabarnya lulus cemerlang..haha.. pendakian diteruskan.. hawa dingin mula terasa sebaik jendela van dibuka seluasnya.. pejamkan mata dan hiruplah udara segar yang dihiasi manik-manik kabus dingin lembab itu sepuasnya.. tika ini, kami sedang melewati perkampungan orang asli Cameron yang ditandakan dengan kewujudan gerai-gerai jualan mereka di kiri dan kanan jalan. Hawa semakin dingin saat kami sampai di pekan yang pertama selepas melewati hutan tebal itu.. Aku tidak ingat namanya, tetapi apa yang aku ingat, van menjadi gamat sebentar dengan suara ketawa kerana betul-betul di depan kami, ada sebuah motosikal penjual aiskrim..  

ini baru betul2 kool..1
Aaahhh, tak sangka ya, dalam dingin macam ni ponn ada aiskrim..Aku yang belum sesaat pun melelapkan mata sejak dari Perlis lagi, mula dihambat keletihan. Pandangan di hadapan terasa kabur dan hawa sejuk yang seakan mengelus manja itu, akhirnya menarik kelopak mata hingga tertutup rapat.. maaf yee, giliran saya pulak..!

Amett..seorang lagi driver lulusan SPM..

Belum puas melelapkan mata, aku diganggu oleh member yang duduk di belakang.. Ada saja ulah mereka..   Amett tak henti-henti menyakat..katanya aku pejam mata sebab takut naik bukit.. Haihh, ingin saja aku “punggai” kepalanya dengan botol minyak capak tuu..biar aman sikit dunia.. haha.. sedar tak sedar, van dah menuju ke perkarangan Desa Anthurium iaitu tempat penginapan kami yang diuruskan oleh Akhina Izzat iaitu selaku pengarah program lawatan ini.

Apatment Desa Anthurium...berbaloi-baloi..

Dengan kos RM 200 semalam, aku rasakan apartment 3 bilik, dan 2 bilik air lengkap dengan dapur, ruang makan, ruang tamu dan balkoni ini amat-amat berbaloi. Ohh, TV plasma lengkap dengan astro juga disediakan..! Pada kasarnya, sangat selesa memuatkan 10 orang lelaki dewasa…itupun, belum dikira dengan 3 buah sofa yang boleh juga dijadikan tempat tidur.. Kipas atau Aircond?? Tak Perlu sama sekali… itu pon puas bergaduh sebab berebut selimut dan comforter.. Kesudahannya, habis segala cadar yang disediakan tuan apartment pon jadi selimut.. Sejukkk cekk ooii.. Kalau ada yang cakap Cameron dah tak sejuk, itu bohongg..! Nak sentuh air pon takut…kebass..!


Riang Ria dari Cameron Highlands

Sukar sungguh rasanya menghalau rasa mengantuk yang menjelma.. apatah lagi dalam suasana yang dingin dan selesa macam tu.. Tapi ada saja suara-suara sumbang yang mengganggu “ wooiii..kalau nak tido, baik duduk hostel.. x payah la mai Cameron” Haaiishhh..kacau betoll..! Kalau boleh, aku nak tidoq ja.. tak mau pi mana dahh..! Tapi..rasa macam lapaq la pulakk.. Selesai ja solat Magrib & Isya’ berjemaah, kami bersiap ala kadar dan menuju ke medan selera yang terletak tak jauh dari apartment..lebih kurang uptown jugak la situ.. ada foodcourt, kedai mamak, pasaraya, bank, dan macam-macam lagi.. ala-ala pekan kuala perlis la jugak.. Macam biasa, aku duduk semeja dengan Sohibuna Taufiq dan Zamiluna Munir..ahhahaa..macam-macam pangkat bebudak kelas aku nihh.. Sepinggan nasi goreng daging merah dan milo panas selamat bersemadi dalam usus.


Sekadar gambar hiasan..tak ada kena mengena.


Senggang masa selepas makan digunakan untuk meneroka pekan kecil itu. Tidak ada apa yang istimewa.. Kami membeli bekalan Maggie dan air kosong…kononnya untuk supper larut malam di balkoni apartment tu nanti.. Hampir jam 11:00 malam, masing-masing mula mengambil seat di dalam van dan kami bergerak pulang ke apartment Desa Anthurium.. Tilam dan bantal terasa menggamit-gamit di ruangan mata.. Entah berapa gelen airmata dah menitis sebab menguap.. Dan malam itu, segala Maggie dan biskut tersadai sendirian di atas meja makan, manakala tuan masing-masing dah hanyut di pembaringan..


Pintu gerbang ladang teh Cameron Valley



HARI KEDUA (27 SEPTEMBER 2013) – JUMAAT


Inilah harinya…hari yang ditunggu-tunggu.. hari ni memang all-out.. hari pengembaraan dan penerokaan. Selesai ja Solat Subuh, masing-masing dah mengaduh kelaparan.. biasalah orang lelaki, habes segala biskut yang ada disental, Maggie beli semalam tak sempat nak masak pon jadi mangsa.. Mujurlah member muslimah yang duduk berjiran tuu mai hulur sebekas nugget siap goreng beserta ayaq melo panas berasap..pfffuuu..lega la sat budak-budak laki nii.. Selepas cabaran mandi pagi tanpa heater, masing masing bersiap sungguh-sungguh (maklumlah..nak pi berjalan sakan arini) pakat dressring laa nak bergambaq sat lagi. Bila semua dah selamat naik van, destinasi pertama arini: cari kedai untuk breakfast..! Aikk, tadi dah makan? Tadi tuu alas2 jerr.. ni baru nak pi makan haa.. jom bedal..destinasinya dekat pekan semalam jugak, cuma kedainya di tempat lain.. Puas jugak la tokey kedai dengan pekerjanya yang berbangsa Indon tu melayan karenah orang-orang utagha yang kuat makan nii.. Roti Canai sana RM 1.00 woo.. tp syukurr sebab lecturer belanja kami yang join semeja dengan dia..ahakzz..

Relax2 di anjung kafe Cameron Valley
Puas dah melayan hak perut di pagi hari, perjalanan diteruskan ke Ladang Teh Cameron Valley (Bharat Plantations)… dekat pukul 10:00 pagi jugaklaa sampai sana. Ketibaan kami disambut dengan..jeng..jeng.jenggg.. hujan lebattt wooii..! Masing-masing dok membeku dalam van.. dahla pagi, sejuk, hujan lebat pulak tuu..huhh..perfect..! Kat tempat parking tu, kami menunggu dalam van sambil berdoa moga-moga hujan berhenti agar dapat kami turun menziarahi keindahan ladang teh nii.. Alhamdulillah, hujan semakin beransur pergi dan kami melangkah masuk ke restoran Cameron Valley tuu..alaa, tempat yang shoot ombak rindu tuu..!

Hujan baru berhenti di ladang teh
Subhanallah..! Dari puncak, kami memerhatikan pemandangan ladang teh yang hijau segar sambil di atasnya dibaluti dengan kabus tebal yang ditinggalkan hujan lebat tadi.. Memang real punya segar dan nyaman, kalah Colgate perisa pudina tauu..! Sambil mendongak dan pejamkan mata, lantas menghirup semahunya udara nyaman dan dingin itu..terasa lapang dada nii…otak yang sempit dan sesak terasa luas dan tenang..! Itulah kuasa tuhan yang Maha Pencipta..! “Hoiii…cangak apa lagii..! Jom turun..!” Haaihh, depa ni laa pon, orang baru nak feel.

Teruja sungguh laa~ 
Di penjuru restoran tu, ada suatu laluan bersimen menuju ke ladang teh.. banyak jugak la anak tangga nak kena pijak sebelum boleh pegang pokok-pokok teh kat ladang tuu..tp tak rasa penat ponn sebab masing-masing dah excited nak bergambar..! Belum jejak tanah ladang teh lagi dah berpuluh keping snap.. kat tangga tu pon jadi kerja..hahahaa.. Jom layan gambar2 dari ladang teh Cameron Valley nii..

Subhanallah...indahnya 'alam
Punyala ghairah bergambaq sampai dah tak peduli seluaq belemoih sebab kena tanah merah kat ladang teh tuu..bukan senang wooiii..! Perlis mana ada ladang-ladang teh nii..! Apa salahnya bergambaq puas-puas kan..!

Dekat sejam jugaklaa dok berposing sakan dalam ladang teh tuu sebelum naik balik kat restoran dan..snap lagi.. Aku, Aajoy & Amett sempat jalan-jalan kat souvenir shop tepi restoran tuu sebelum ternampak sesuatu..tuddiyaa..! Peti aiskrim Walls..pakat sambaq Cornetto Strawberi Vanilla sorang satu..kononnya nak test macamana rasa makan aiskrim kat Cameron yang sedia sejukk ni haa.. Ohh, ya, ada juga aiskrim Cameron yang bentuknya macam aiskrim Malaysia, tapi perisa strawberry dengan warna merah pekat dan ada potongan strawberry di dalamnya..rasanya masam-masam manis..dan tentunya aiskrim macam tu hanya ada di Cameron jerr..! Hmm..dah puas makan eskrim, kepala otak tu mulalahh dapat idea nak bergambaq…kali ini versi troll gaya orang pompuan..! Hahaaa..apa lagi, naik angin laa depa..tu la, len kali buat lagi gaya maciam-maciam..kami sedia menirunya..! ahakzz..

naik syehh lepas kena cornetto :p
Dah puas “merendang” di ladang Teh, destinasi seterusnya ialah Taman Pertanian Fama..khabarnya ada macam-macam pokok bunga di sana. Kami sampai di situ ketika jam menunjukkan angka 11:00 pagi.. cuaca sangat baik seakan memahami J Dengan tiket masuk yang sangat murah iaitu RM 5 seorang, kami menjelajah taman itu pula dengan harapan akan menemui sesuatu yang menarik untuk diabadikan dengan lensa DSLR.

Here we comes...Taman Agro
Tidak mengecewakan kerana banyak juga tempat untuk berposing seperti di “laman bunga”. Sesuai dengan namanya, laman bunga ini penuh warna-warni dengan pelbagai speies bunga-bungaan yang jarang dilihat di tempat lain selain Cameron. Yang penting, ini bukan bunga plastik, tapi bunga hidup..bunga real.. Istimewanya, masing-masing ada bau yang tersendiri.. Nyaman jerr dok di laman bunga nii.. Tak melepaskan peluang, buaian mini dan cottage kecil jadi mangsa tempat kami bergambar kenang-kenangan tanda kami pernah ke sini..!

berposing di taman agro

Dalam taman pertanian Fama ni juga ada kedai menjual cenderamata dan makanan ringan.. Juga terdapat sangkar arnab dan paling menarik ialah, sarang lebah madu sebenar yang terdapat di banir-banir pokok-pokok besar di situ.. Pengunjung boleh melihat sendiri proses lebah menghasilkan madu di depan mata.. wahh, selama nii dok tonton dalam national geographic jaa..! Dalam perjalanan menuju pintu gerbang keluar dari Taman Fama nii, sempat juga aku menyambar sebotol soya perisa strawberi dan beberapa batang aiskrim Cameron buat penghilang bosan..terima kasih juga Cik Nabila yang memberikan marshmallow sebagai jajan buat kami..

bunga ala2 filem Avatar menarik perhatian
Sebelum balik tu, sempat jugak laa snap sekeping dua sampailah drebar van hon berkali-kali kerana kelekaan kami.. hahaa.. Plan nak balik apartment, tapi “tersangkut” pulak kat tengah jalan sebab singgah beli Eskrim Cameron…sempat jugak mengintai orang tengah shoot filem di situ.. Tilam empuk dan bantal apartment redha menyambut kepulangan kami tengah hari tuu.. disebabkan tak payah solat jumaat, so, masing-masing mengambil peluang untuk… tengah hari, walaupun ada cahaya matahari, tetapi selimut tetap tak lekang dari badan.. pffuu.. apa punya sejuk daa~

Taman Agro penuh warna warni
Tengah sedap jaa melayan mimpi, sayup2 terdengar suara Sohibuna Taufiq yang ajak kami melakukan upacara masak memasak Maggie. Hmm..nice idea..! Macam budak-budak la pulak..tak pernah ada waktu yang kenyang..laapaq ja sediakala..! Akhirnya, tersajilah Maggie kari berasap yang sungguh-sungguh punya bujang..basic spec…tak da aksesori tambahan macam telur..bawang..sos dan sebagainya.. Mulalah mai balik perangai budak hostel tuu.. Tak cukup pinggan mangkuk, bedal dalam kuali kecik pon jadiilahh..senduk kari besaq gedabak boleh buat camca..hahahaa..survival tahap apa entah..!

ko perhati yang pakai baju merah tu..mukanya rakuss sangat.. !

Lebih kurang jam 4:00 petang, baru ja baring-baring lepas kenyang makan Maggie, terdengar pulak dahh suara Sang lecturer bising-bising minta kami bersiap…dia mengamuk sebab lapar kut.. Yang si Aajoy pulak, asyik mengulang ayat “cik..singkat sangat tuu..labuh sikit tak bulih kaa?” Entah apa yang dia cakap..tapi berkisar tentang singkat dan labuh jaa..aku pun tak tahu apa kena dengan driver kami.. kena sampuk kat ladang teh tu kott.. ahahaaa..



Selesai solat Jama’ Ta’akhir Zohor + Asar, kami mengarah ke medan selera.. aku tak pasti nak panggil tempat apa, tapi di sekitar tanah rata lah. Dekat-dekat situ ada KFC, restoran mamak, dan juga warung-warung foodcourt kecil.. Aku nak mengamuk sikit nii. Kami duduk untuk makan di sebuah kedai yang terletak agak hujung kawasan foodcourt tu.. Aku order nasi goreng ayam kunyit dan Amett order nasi goreng pattaya dari kedai yang sama.. Malas nak mencarut, rasanya terlalu teruk, dan servisnya terlalu lambat.. dan, nasi goreng pattaya tu tak da rupa langsung.. dah la takda rupa, tak da rasa pulak..! Jus oren dari kedai yang sama, terlalu masam hingga terpaksa minta tambah gula..! Apa punya kedai…mahal jangan cakaplah..! Memetik lirik lagu “Rembau Most Wanted” – Baik Poie Mampuihh..!  


Selesai makan, walaupun tak kenyang, tapi sebab hilang dah mood petang tu, terpaksa la buat muka kenyang.. Van terus berkonvoi ke salah satu strawberi farm yang aku tak sempat ingat namanya. Kami turunkan member-member lain manakala aku, Amett, Taufiq dan Munir balik ke apartment sebab ada benda tinggal.. masa jalan nak masuk apartment tuu, nampak sorang “auntie ngeri” yang meng-usyar kami lain macam…haishh..dahla lewat petang dah nii.. nak ke atm sama sebab poket makin nipis..hehehh.. Masa otw nak pi ambik balik member2 yang “dibuang” di strawberi farm tu, kami berempat sempat la singgah kat beberapa restoran yang kelihatan ekslusif di sekitar tanah rata tu.. Nak survey untuk buat dinner kelas malam nii. Kebanyakannya menyediakan pakej steamboat dan kami rasakan itu kurang menarik.. Kalau nak makan steamboat, tepi kampus IPG Perlis pon ada..! Hahahaaa.. 


aku lampirkan jugak gambaq kedai tu dengan harapan cepat2lah bankrap..!
Seterusnya, bila dah pick up balik bebudak yang terbuang kat Strawberi farm tu, kami menuju pula ke taman serangga apa entah namanya. Nak masuk kena tiket.. Last-last tak masuk pun. Van seterusnya dipandu menuju ke satu lagi Strawberry Farm yang letaknya berdekatan simpang masuk ke Equitorial Hotel. Katanya boleh petik strawberry fresh kat sini..! Sampai di situ, orang takda langsung..! Hanya ada kami.. mungkin sebab dah lewat petang kut. Rupa-rupanya, ada syarat la pulak nak petik strawberry tuu.. Mesti sekurang-kurangnya setengah kilo iaitu RM 25.. Makk aii, aku taklah suka makan sangat buah tuu..kalau durian on jaa.. Akhirnya, takda sorang pon masuk petik. Waktu nak balik tu, gerai jualan pun dah tutup.. maklumlahh, dah lewat petang.. Sempat jugak abadikan sekeping  dua potret di sini..

dari strawberi beri farm
Aku masih ingat lagi, waktu nak balik tu, berlaku satu kejadian aneh.. hahaha.. Van Era Commuter yang dipandu Mat Zaid gagal untuk keluar dari parking yang curam tu.. puas jugakla dia mengundur empat lima kali, tapi van tu asyik “putus nyawa” jerk.. Alamakk..habesslaa.. Akhirnya, semua penumpang “dihalau” keluar dan Alhamdulillah, van itu dapat dikeluarkan hingga ke atas jalan besar.

Seterusnya, destinasi yang agak menarik dan aku kategorikan sebagai “wajib lawat” ialah Pasar Malam di tanah rata tuu.. Punya laa susah nak cari parking.. Last-last van terpaksa “meragas” dan parking di lereng bukit tepi Petronas tuu.. Awal tu, aku berjalan-jalan dengan Taufiq, Aajoy, Munir, dan Duang.. Benda petama yang menangkap mata ialah “karipap gajah”  iaitu karipap besar ala-ala kat secret Recipe tuu tapi intinya taklah sedap sangat. Samosa yang dijual di tempat yang sama lebih sedap sebenarnya..! 

pasar malam Cameron (google image)
Whoaaa…aku begitu teruja melihat makanan-makanan bergoreng tepung yang dijual..dari segala variasi sayur-sayuran Cameron, hinggalah kepada makanan laut seperti udang, ketam, dan sotong. Sangat menyelerakan tetapi harganya…hmm..boleh tahanlaa~  Munir membeli beberapa bekas sayuran goreng tepung untuk dibuat kenduri katanya... Kami juga tak melepaskan peluang mencuba makanan signature Cameron, iaitu strawberi coklat.. Hmmm..marvellous..! Air kelapa laut afrika yang berharga RM 3 segelas terasa segar melewati kerongkong.

pasar malam Cameron (google image)
Aku juga sangat tertarik dengan pakaian-pakaian aneh yang dijual di sini, terutamanya snowcap kepala haiwan yang sangat comel tuu.. Kalau topi macam tu boleh buat helmet, dah lama aku aku beli..! Murabbina Ridzuan sempat membeli kacamata Ray Ban celup yang dijual di situ. Mungkin ingin menutup matanya dari melihat wanita-wanita yang mendedahkan aurat di sana sini dalam pasar malam tersebut. Aku dan taufiq juga tak pernah miss untuk masuk ke dalam setiap gerai yang menjual cenderamata.. sekadar menjamu mata, tapi apa pon kami tak beli.. ahahahaa..

pasar malam Cameron (google image)
Waktu berjalan keluar menuju ke van, sempat lagi sekali kami menyambar beberapa biji samosa dari gerai “Karipap Gajah” dan aku, Munir, Taufiq, dan Syababuna Fitri duduk-duduk melepak di tempat parking sementara menunggu yang lain. Haisshhh…sakan depa nii.. borong apa laaa~  Sempat juga aku menjamu mata dengan melihat sekumpulan besar geng2 superbike yang kebanyakannya menunggang superbike 1000cc ke atass.. hmm.. sabaq jap, tunggu la suatu hari nanti..!

cenderamata unik dan menarik
Destinasi seterusnya ialah Kedai Nasi Arab yang telah dipilih untuk dijadikan lokasi untuk “Mega Dinner” sekelas bagi semester 6 nihh.. Terletak berdekatan BSN, iaitu jalan yang sama menuju ke apartment, suasananya cukup aman dan tenteram.. cukup privasi.. Sesampainya kami di sana, lebih kurang jam 9:00 malam, kami disambut mesra oleh tuan restoran itu sendiri.. Memang tak ada sesiapa yang makan kat situ dan aku lebih suka begini sebenarnya..tenang..!

family set...tapi dapat kat kami jadi couple set jerr :p
5 set hidangan family menjadi menu dinner malam tu. Nasi arab berwarna warni, berlaukkan ayam panggang, ayam kukus, dan kambing kukus ternyata menambat selera.. Apatah lagi dihidangkan panas-panas berasap gituu.. Disebabkan tiada orang lain di situ, tuan kedai dapat memberikan layanan 1st class kepada kami.. memang berpuas hati.. terima kasih banyak2 yee..

inilah air soda gembira teww..sedarpnyewww..

Minuman yang dihidangkan tak kurang menariknya juga.. Air “Soda Gembira” iaitu sirap bandung yang dicampur air soda bergas dan serasanya, itulah kali pertama aku minum minuman sebegitu..  Teh O Ais dan minuman tradisi arab iaitu Teh Herba Pudina menjadi pelengkap Mega Dinner pada malam tu.. Alhamdulillah.. Tuan Restoran berkali kali mengucapkan terima kasih saat van kami mengundur untuk pulang pada malam yang sunyi sepi tu… Aku rasa, kalau kami tak singgah restoran dia malam tu, mungkin segala menunya tak habis dijual sebab nampak kawasan tu macam kurang sambutan.. 

ni driver kategori bukit...founder laman an-nur..sekali dia buat muka blurr..

Seterusnya, punyalaa kenyang sampai tak boleh duduk dalam van tu.. rasa macam ada kambing dok menendang-nendang jaa dalam perut nii.. driver van iaitu Mat Zaid yang memandu Van Era Commuter telah membawa kami pusing-pusing makan angin di sekitar tanah rata tuu.. disebabkan van yang dipandunya di depan mengetuai perjalanan, jadi, mahu tak mahu, van kami yang dipandu Amett terpaksa mengikut dari belakang dengan patuh.. Siapa berani bangkang kalau Mat Zaid bukak tingkap vannya dan memandang kami dengan “muka blur” ??? Hahahaaa.. Dalam keadaan tak selesa sebab terlebih makan, kami menuju juga jalan berliku dan naik turun bukit hingga tersesat ke Hospital Besar Tanah Rata tuu..dan hampir jam 12:00 tengah malam, van menuju ke apartment kerana masing-masing dah tak tahannn nakk terr..ter…terrrr….. ~

orang menjual kat Kea Farm ni mesti kata...tudiaaa..duit mai dahh..! (google image)

LAST DAY (27 SEPTEMBER 2013) – SABTU

Hari terakhir..pagi terakhir di Cameron Highlands.. semua orang seakan berat untuk bangun meninggalkan katil masing-masing.. masih berat untuk berpisah dengan hawa dingin sejuk dan nyaman tanah tinggi ini… Masing-masing berasa belum puas melelapkan mata dalam suasana yang aman damai sebegini.. Tapi inilah hakikat kehidupan, setiap pertemuan..pasti ada perpisahan..!

jagung madu di Kea Farm (google image)

Selepas selesai menunaikan fardhu Subuh berjemaah, kami semua perlu bersiap lebih awal supaya tidak “clash” dengan jadual yang dirancang.. Selewat-lewatnya, jam 12:00 tengah hari, kami mesti turun dari tanah tinggi Cameron dan memecut dengan kelajuan penuh ke Perlis tercinta.. almaklumlah, van sewa kena hantar balik tepat pada masa.. harta benda orang.. janganlah kita buat perangai “tak bagi mengata, bagi buat harta” pulak.. ye dokk?? Van mesti dipulangkan pada jam 6:00 petang..

mai..mai..mai.. maciam maciam adaa.. (google image)
Hmm..tak banyak untuk diceritakan pada hari last nii.. tapi harini jugak ada agenda paling menarik dalam sejarah..iaitu..jeng..jeng..jenggg.. agenda membeli belah di Kea Farm, iaitu satu pusat jualan barangan pertanian dan produk produk lain yang dihasilkan di Cameron Highlands.. Hmmm..tapi sebelum tu, macam biasa,  pepagi ni kena sarapan dulu.. Destinasinya ialah berdekatan kedai tak sedap semalam tu.. Masing-masing melahap engan bersungguh-sungguh kerana bakal menempuhi perjalanan jauh sekali lagi nanti..

kesesakan luar biasa di Kea Farm..jangan salah parking, nanti kena saman..
Jam 10:00 pagi, van selamat mendarat di Kea Farm.. Alamakkk~ ramainya umat..! Jenuh jugak laa pusing pi mai pi mai ok cari tempat nak parking.. Akhirnya, tepi jalan yang sebokk tu lahh jadi mangsa.. Belum sempat tarik handbrake klasik tuu, masing-masing dah melompat turun tanpa sempat dilarang pramugara bertugas.. Dan bermulalah acara pada pagi tuu..

Punyalaa ghairah bershopping sampai sekeping gambaq pon tak dan nak snap.. Hmm, setelah bertahun tak jejak kaki kat sini, sekali sekala mai.. haa.. tudiaa.. selambakk..! Menarik jugak laa Kea Farm ni sebab ada jual macam macam benda yang “rare”.. contohnya madu lebah ori yang diletakkan sekali dengan sarang lebah dalam botol madu tu.. Sayur-sayuran pula tak macam yang jual kat Pasaq Tani Kangaq tuu.. dari sekecil-kecil kincam, hinggalah lobak putih yang sebesar paha orang dewasa pon ada baq hang..! Harganya variasi, tetapi murah laa orang cakap..


strawberi kering...wajib beli.. setengah kilo RM 18
Hmm..van yang asalnya kosong dan sepi, kini bertukar jadi “lori sayur”… punyalaa banyak bebudak jantan ni beli barang, mengalahkan orang pompuan.. bawah seat van tu, takda tempat yang kosong.. Mujurlah ada seat lebih yang boleh dijadikan “para” meletak segala khazanah alam yang diangkut dari Cameron tuu..haihh.. Orang beli jagung, dia beli jagung, orang beli stroberi, dia beli stroberi.. orang angkut sayoq, dia pon angkut sayoq.. last-last ketat van..!

Sayo..sayo..!
Hampir ke pukul 12:00, van para jejaka masih belum bergerak manakala van para para sakura telah meninggalkan Kea Farm.. tudia nak habaq sakan tak sakan orang laki ni bershopping..! Setelah berkali kali lawan telefon, akhirnya Van Era Commuter yang dinaiki para jejaka mula mengatur langkah menuruni lereng tanah tinggi Cameron.. Mat Zaid, iaitu driver berkelayakan SPM dengan mendapat  “A Kangkang” dalam subjek pemanduan berbukit, dipertanggungjawabkan menurunkan van dari Cameron Highlands ke Simpang Pulai.. Puas mengucap jugaklaa time turun bukit tuu.. sempat jugak singgah ke satu gerai orang asli kerana driver berhajat membeli petai dan rebung.. “Orang Asli ni pemalaihh..!” ujar Mat Zaid penuh bertenaga.. 

cubaan mendekati orang asli...speaking key yell baq hangg..!
Van dipecut lagi melewati selekoh-selekoh tajam dan setiap kali itulah terdengar jerit pekik berhamburan dari segenap ruang van memarahi pemandu yang kelihatan (lupa diri – Wan Zaini : 2012).. hingga satu ketika, van terpaksa membuat “pendaratan cemas” di tepi jalan kerana terdapat bau hangit yang menusuk kalbu.. Aku sebagai pramugara yang duduk di depan sekali, pada awalnya bertindak untuk melemparkan pelampung, namun setelah bau itu beransur pergi, niat mulia itu terpaksa dilupakan.. mulalahh nak merapu nii..

ibu..ibuuuuu..engkaulah ratu hatiku >_<
Setelah sampai di Petronas Simpang Pulai dan mengisi minyak dan membeli jajan, ada orang tu muntahh.. wekkkkk..! Pemandu pon bertukar lagi.. Giliran Aajoy kali ini membawa van teruuuusss ke Perlis.. masing-masing mula rebah ditindas keletihan dan hanya tinggal kami berdua di depan sekali yang seolah olah tiada perasaan.. Tiba-tiba Aajoy mencabut CD qasidah dari Cd Player dan membuka channel Era Rentak Muzik Terkini.. “kita perlukan kepelbagaian”- ujarnya penuh perasaan..! Van kemudiannya diarahkan ke R&R Sungai Perak.. sempat jugak laa pekena hidangan istimewa kat sini iaitu Ikan Patin masak lemak..hmm, tak rugi.. sedap beb..! Awal tuu ingatkan isi ikan ni jenis hanyiaq, rupanya rasanya hampir sama dengan isi ikan siakap tuu..hmm..no wonder.. harganya RM 4 seketoi.. 

hidangan spesial RnR Sungai Perak
Selesai solat zohor + asar di surau R&R, hujan turun dengan lebatnya mencurah-curah ke ladang gandum…ehhh, silap..! Hmm, apa boleh buat.. payung tak da, van pulak agak jauh parkingnya.. So, ambil kesempatan untuk test kerusi urut dulu seround dua.. Hmm, nikmatnya tak payah cakaplahhh.. macam nak usung bawa balik hostel ja kerusi urut tuu..! Akhirnya, suka tak suka, terpaksa jugakla redah hujan lebat tu untuk masuk ke dalam van.. dahtu, dia boleh lock pulakk pintu depan tuu.. loqlaq sungguh..! Basah habess uniform pramugara aku..!

inilah dia namanya pramugara...ahakzz >_<
Dalam hujan lebat, van menuju terus ke Perlis.. tapi..tapi..jalan kebenaran..yang tidak selalunya sunyiii.. ada ujian yang datang melanda..ada perangkap menunggu mangsa..- nasyid dulu seround..!  Hmm..kami “dikepung” oleh mat-mat rempit yang mempamerkan aksi percuma sepanjang jalan dari SP hinggalah ke Exit Gurun.. apa punya manusia.. kau ingat nyawa boleh eja dengan cheatcode macam dalam GTA??!! Ingin saja aku jerut bontot mereka yang menonggeng di atas motor tuu dengan tali pelampung keselamatan, biar mereka tahu erti penyesalan..! 

sebahagian jejaka PA A....salah satunya berhati mulia :p Pagi last di CH

Setelah menurunkan Zamiluna Munir di tol Pendang, van bergerak ke perhentian seterusnya iaitu Tol Alor Star Selatan untuk menurunkan Mudiruna Zahid dan Sohibuna Taufiq.. malang tidak berbau apabila pemandu pelatih yang sedang menjalani praktikum, iaitu Akhina Izzat telah melakukan set induksi yang menarik sekali dengan melanggar iceberg semasa membuat U-Turn berdekatan tol Pendang tuu.. apalagi, bergoncang seisi van dan bergoleklah jagung-jagung keluar dari persembunyian masing-masing.. Masing-masing spontan melafazkan syahadatain sambil mengurut-urut dada (ahh..klise drama melayu), dan aku sempat menjeling pemandu kereta di belakang yang terlopong mulutnya.. mungkin dia takut van gemuk ni hempap kereta dia kott..hahahaaa..

jalan pulang yang penuh thrill

Dari Tol Aloq Staq Selatan, penumpang semakin berkurang dan hanya tinggal aku, Izzat, Waliyuna Azrul, Sodiqina Hasbi dan juga Syababuna Fitri dalam van yang sepatutnya memuatkan 14 orang itu.. pffuu..terasa luas seketika dunia nii.. Sampai ja di kampus, masing-masing pakat lawan bertolak tak mau pi hantaq van di rumah tuannya.. Hmm, akhirnya figura suka berkorban, iaitu Habibina Sameer dan aku sendiri beserta pemandu import, Si Maza memandu juga ke Kuala Perlis dalam keletihan yang teramat.. Ciann Amett..dahla jadi solo driver dari Cameron lagi..uhukkkss..rasa nak teriakklahh =.=” 

supper dari Cameron
Malam tu, hidangan istimewa dari Cameron iaitu teh panas berperisa stroberri beserta strawberry coklat dan jagung bakar menemani supper di meja makan… Tak sia-sia aku peram coklat cadburry Langkawi dalam freeze di rumah tok.

TM: Terima kasih kepada sesiapa saja yang sudi membaca coretan ini… Tentang Cameron tu, sejujurnya aku taklah kisah sangat.. Bila-bila rasa nak pi, sedia duit jaa.. Tapi yang lebih penting, keseronokan sekali sekala hang out dengan member-member sekelas.. yang belajar dalam kelas yang sama, tak pernah terpisah selama 5 tahun setengah.. lama tuu.. dulu di sekolah pon, tiap-tiap tahun bertukar classmate.. Hmm, bukan senang woo nak boleh jalan-jalan sekali macam nii..! Dan siapa tahu, Memoir Dari Cameron ini adalah trip terakhir kami..

Terima kasih.. Sohibuna Taufiq, Akhina Izzat, Habibina Syameer, Waliyuna Azrul, Murabbina Ridhuan, Sodiqina Hasbi, Zamiluna Munir, Mudiruna Zahid, dan Syababuna Fitri kerana menjadi sebahagian citra warna hidup ini..

Terima kasih segalanya buat teman2 muslimah yang aku tak paparkan namanya di sini atas dasar privasi…

# Maaf atas bahasa utara yang keterlaluan…hingga jumpa lagi.. Assalamualaikum J