Showing posts with label My Games. Show all posts
Showing posts with label My Games. Show all posts

Sunday, August 25, 2013

Far Cry 3 : Bersedia untuk Tak Tidur Malam

Salam semua..lama sungguh tak menconteng di sini…dan rasanya inilah entri versi comeback untuk tahun 2013..makk aaii, da setengah tahun lebih aku tinggalkan TintaMalam nii..takpalahh, dah sibuk kan..nak buat camna..

Oklah, sebenarnya, benda ni dah lama dikarang, cuma tak upload dalam blog jerr.. Review tentang PC Game la apa lagii.. Memperkenalkan, ceyy..macam award plak.. inilah dia, PC Game terbaik untuk 2012 pilihan Tintamalam, iaitu Far Cry 3 developed by Ubisoft... Far Cry 3 ni telah merangkul banyak anugerah dan seringkali tersenarai sebagai Top 5 game terbaik 2012 bagi laman-laman games antarabangsa di luar sana..

INTRO
Untuk pengenalan, Far Cry 3 adalah game “first-person shooter” dan boleh juga dikategorikan sebagai genre “action-adventure”.. Bila sebut genre macam ni, tembak-menembak, bunuh membunuh, balas dendam, dan berperilaku kejam adalah rencah-rencah wajib yang menjadi perasa utama dalam perjalanan ceritanya. Tidak keterlaluan kalau TM katakan Far Cry 3 adalah sebuah “pengembaraan yang membuatkan anda tak tidur malam!” kalau tak percaya, silakan mencuba..!

Map Far Cry 3 : nampak kecil tapi rasailah sendiri keletihannya nanti..!

Baiklah, secara ringkasnya, permainan Far Cry 3 dimulakan dengan intro video yang memaparkan beberapa watak utama termasuklah hero iaitu diri player (Jason) sedang berseronok di tepi pantai sebuah pulau. Video itu juga memaparkan kegembiraan Jason dan rakan-rakannya bagi meraikan Riley (adik Jason) yang baru mendapat lessen pilot. Tetapi rupanya, video intro ini dimainkan dari phone Jason yang dirampas oleh Ketua Pirates iaitu Vaas.. kembali ke alam reality kini, Jason bersama abangnya, Grant rupa-rupanya sedang berada dalam kurungan di sebuah kem(outpost) Geng Pirates (penjahat berbaju merah).


Jason yang dikurung dan kelihatan ketua Pirates iaitu Vaas sedang memprovok 

Grant berjaya mencari helah melepaskan diri dari kurungan dan bersama Jason mencari jalan keluar dari kem tersebut. Hampir berjaya, namun di suatu ketika, sedang Grant dan Jason meneliti peta, banggg…!! Grant terkulai kerana ditembak secara tiba-tiba oleh Ketua Pirates iaitu Vaas. Jason tanpa berlengah terus berlari melepaskan diri jauh ke dalam hutan dan ketika diserang bertubi tubi hinggalah terjatuh ke dalam sungai dan diselamatkan oleh Dennis, maka episode balas dendam terhadap kematian Grant pun bermula..


Demi sahabat tercinta, Jason bertarung nyawa..!

Jason juga memulakan misi mencari rakan-rakannya yang diculik Geng Pirates, iaitu Liza dan Riley pun bermula..disebabkan player (Jason) adalah seorang yang noob pada awalnya, jadi Dennis adalah orang yang banyak membantunya mendalami ilmu-ilmu dan kemahiran (skill) untuk menjadikan Jason lebih bersedia dari semasa ke semasa bagi menghadapi kekejaman Pirates. Oleh itu, sistem “Skill” dan menu “Crafting” disediakan sebagai petanda progress player dalam Far Cry 3 ni.



Untuk lebih faham dan mendapatkan gambaran sebenar, streamlah video pendek ini…


APA YANG BEST ????

Disebabkan inilah kali pertama bermain games jenis “first-person shooter” ni, maka banyaklah benda yang membuatkan aku terharu teruja..hehee..layann je laa…



Harvest Jungle

Seriously, aku lebih teruja dengan benda-benda sampingan dalam Far Cry 3 ni berbanding dengan main storylinenya atau mission2 utamanya. Contohnya, harvest the jungle. Far Cry 3 memberikan anda kebebasan sepenuhnya dan seluasnya untuk mengembara dalam hutan dan mengumpul hasil-hasil hutannya. Fokus utamanya tentulah memburu binatang..sungguh menakjubkan, terdapat pelbagai variasi haiwan darat, laut, dan sungai untuk diburu dan sebahagiannya amat berguna untuk dijadikan material untuk “crafting”. 


Boar Hide diperlukan untuk crafting larger Rootsack 

Memburu binatang bukan saja menyeronokkan, mendebarkan, dan mengujakan (kerana belum pernah ada game buru2 binatang nihh), tapi juga penting sebagai persediaan untuk “berperang”. Pada asasnya, anda hanya punya kelengkapan basic seperti hanya mampu membawa 1 senjata saja pada satu2 masa, namun, setelah memperoleh kulit binatang tertentu, weapon holster boleh diupgrade untuk bawa lebih banyak senjata pada satu2 masa. Banyak lagi benda yang boleh di-upgrade pada menu crafting dan benda2 yang telah di-upgrade ini tentulah akan menjadikannya lebih baik..! Justeru, tips penting jika nak menang dalam berperang ialah “harvest the jungle” !!

Radio Tower; bentuknya hampir sama, tapi cabarannya berbeza..!
Activate Radio Tower
Radio Tower atau menara yang terbiar yang menyeramkan, kebanyakannya terdapat di atas-atas bukit sekitar North Island, iaitu nama tempat latar game Far Cry 3 nih. Pada puncak menara “besi buruk” terbiar ini. terdapatnya kotak suis yang perlu dihidupkan oleh player (Jason). So, apa lagi, kena panjatlah tiap2 menara ni dan “on” kan suis tersebut. Ada 13 menara kesemuanya. 

Kotak suis yang perlu diaktifkan di puncak Radio Tower
Pentingnya menghidupkan suis pada puncak Radio Tower ini ialah dapat membuka Map dengan lebih luas dan memudahkan player untuk melihat dan pergi ke sesuatu destinasi dalam map. Setiap Radio Tower yang telah diaktifkan, akan diberi (unlock) percuma beberapa jenis weapon dari store. So, tak payah letih2 kumpul duit beli weapon. Activate ja Radio Tower, makin banyaklah koleksi weapon yang sedia untuk digunakan..! Oh ya, jangan tengok bawah yea waktu panjat menara tu..tambah2 bagi yang jenis gayat terlebih..!

Outpost geng Pirates ditandakan dengan bendera merah dan asap hitam
Liberate Outpost
Liberate Outpost ataupun menawan/menjajah/membebaskan outpost. Untuk pengetahuan, di sekitar North Island, terdapatnya markas2 geng Pirates dan di sekitar South Island pula dikuasai geng Hoyt Privateers (fasa ke 2 game). Markas2 ini ditandakan dengan kepulan asap hitam yang boleh dilihat dari jauh. Strategi dan kemahiran pertempuran, samada senyap ala2 ninja ataupun kaedah kamikaze, amat diperlukan bagi menawan markas ini. 

Panji Biru Rakyat dinaikkan menandakan outpost berjaya ditawan
Setelah markas berjaya ditawan, iaitu setelah panji Rakyat (berwarna biru) dinaikkan, maka secara rasminya tempat tersebut menjadi milik Geng Rakyat dan player boleh menjadikan tempat ini sebagai “fast travel location” untuk manual save atau untuk setting weapon. Juga terdapat side mission pada tiap2 markas ini seperti memburu haiwan eksotik atau membunuh orang tertentu. Semakin banyak markas penjahat ditawan, semakin mudahlah player untuk menyelesaikan mission2 utama.

Variasi pilihan weapon untuk player beraksi sepuaassnya
Variasi Weapon
Dah nama pon game shooter, aksesori utamanya tentulah weapon. Variasi weapon yang tersedia dalam Far Cry 3 sungguh mengujakan dan terrbaaeekk..! Dari jenis silent hinggalah kepada mounted gun pada kenderaan 4X4 yang bunyinya memekakkan telinga ada tersedia untuk anda. 
Scope weapon yang telah di-upgrade dapat meningkatkan accuracy
Semakin lama bermain, semakin banyak pilihan weapon tersedia dan ada sebahagiannya boleh di-upgrade dengan menambah kelengkapan seperti “silencer” dan “scope” bertujuan meningkatkan lagi mutu sesuatu weapon itu yang ditandakan dengan bilangan bintang. Weapon pilihan aku ialah Recurve Bow dan tentulah mounted gun pada kenderaan yang pelurunya infiniti..!

YANG TAK BEST PULAK ???

Lain orang lain citarasa, begitu jualah aku.. Walaupun banyak benda yang perfect dalam Far Cry 3 ni, ada jugalah 2 3 perkara yang aku kurengg suka. Antaranya ialah unsur-unsur mistik dan fantasi yang terdapat atau muncul sekali sekala ketika menyelesaikan mission utama. Antaranya scene ketika mencari cendawan berubat seperti diminta Dr Earnheart dan scene bertempur dengan raksasa apa ntah di kuil Citra. Bagiku, elok-elok dah Far Cry 3 ni punyalah real bagai, tetiba ada pulak scene mistikal fantasi ni yang sedikit sebanyak mencacatkan Far Cry 3..


Contoh scene fantasi dalam FC3 yang x berapa best
Perkara lain yang tak berapa best ialah berkenaan Radio Tower yang sesetengahnya punyalah susah untuk dipanjat. Aduuhaaii, kekadang tu rasa fed-up gilerr. Bapak punya ekstrem sampai tak larat jatuh daa! Apapun, untuk kali pertama bermain, aku berjaya juga aktifkan kesemua 13 Radio Tower tu..

KESAN GRAFIK

Selain kepermainan Far Cry 3 yang super-duper awesome, apa yang menjadi tarikan utama ataupun pelengkap bagi game Far Cry 3 ini ialah berkenaan grafiknya.. Fuhh, tak terkata..! Jika anda punya spec gaming PC, setlah video quality kepada “ultra”, dan anda akan terpegun melihat indahnya alam semulajadi dalam Far Cry 3. Sebagai orang Asia, latar tempat Far Cry 3 yang menggunakan kepulauan di Asia sebagai latarnya dan hutan hijau tropika yang “deep”, tentulah mudah untuk mesra dengan suasana sebegitu. 
Pemandangan yang tentunya memukau mata
Segalanya tampak real dan hidup. Kalau tembak orang, akan terasa ngeri dan geli bila mangsa menggeletik kehilangan nyawa. Begitu juga dengan variasi binatang yang wujud, dari sekecil pepatung dan kumbang yang beterbangan, hinggalah sebesar beruang asia yang bersembunyi dalam gua batu ataupun sang jerung yang berenang di lautan, semuanya realistic dan sukar mencari kecacatannya..! Begitu juga dengan kesan karat pada Radio Tower dan kapal yang tersadai di tepi pantai atau kesan lumut hijau yang mengotori dinding-dinding pondok terbiar di sekitar hutan.
Tak puas hati lagi nih nak komen sal grafik..seperkara lagi yang harus diberi pujian ialah keupayaan Ubisoft menggambarkan suasana pedalaman hutan hijau khatulistiwa dengan begitu detail yang amat. Dari segi tekstur tanah, batu, flora dan fauna, dan juga kawasan berair sepertio laut dan sungai, semuanya perfect..! Dengan setting grafik tahap ultra, tanpa perlu meneliti, anda akan Nampak sejelasnya percikan wap air pada kawasan air terjun dan bilah-bilah cahaya yang menembusi dedaunan pohon rendang dalam hutan yang tebal itu. Grafik yang awesome ini membuatkan anda berasa gayat bila berada di tempat tinggi, berasa geli dan jijik pada bangkai dan darah, dan seakan “lemas” tika berada lama di dalam air. Terima kasih Ubisoft yang membawakan pengalaman yang super realistic buat orang-orang yang malas melibatkan diri dalam aktiviti outdoor macam aku nih..!
Malam yang penuh debaran dalam FC3
Putaran waktu seakan reality juga memainkan peranan penting dan suasana serta pemandangan hutan juga turut berubah seiring dengan waktu pada ketika itu. Suasana pagi, malam dan tentunya paling bening dan sunyi ialah waktu senja..Meremang bulu roma kalau berjalan-jalan dalam hutan tu sorang-sorang…! Sejujurnya, tidak padanlah grafik yang awesome dalam Far Cry 3 itu digambarkan dengan tulisan aku ni.. pendek kata, anda perlu mencuba sendiri…ceburkan diri anda ke dalam dunia pengembaraan hutan yang sungguh mendalam itu..!

Kesan Bunyi yang Superrrbb
KESAN BUNYI
Game yang mempunyai kesan grafik yang hebat tentulah diiringi oleh kesan bunyi yang hebat juga..! Beginilah, cuba bayangkan anda berseorangan di rumah pada waktu malam dan sedang bermain Far Cry 3 sampai terleka, nanti akan terasa diri seperti sedang diperhatikan..heheheeee.. Bunyian berunsurkan saspen dan thrill amatlah bersesuaian dengan suasana hutan yang sunyi dan hening terutamanya waktu malam. Sedang anda berjalan terhendap hendap di dalam semak samun setinggi dada, tiba-tiba harimau datang menyerang aauummm!!! atau musuh menyedari kehadiran anda dan apa lagi, bang! bang! bang!! berperanglah..! Kesan bunyi juga akan berubah secara automatik bersesuaian dengan suasana semasa..contohnya, ketika anda sedang berjalan, muziknya biasa saja, tapi jika tiba-tiba musuh membuat sekatan jalan di hadapan, muzik bertukar rancak tanda akan berlakunya pergelutan..


RUMUSAN
Lost Word..! Apa yang boleh diperkatakan ialah totally awesome. Sebelum ni aku menganggap kalau game tembak-menembak ni, GTA lah paling best, rupanya Far Cry 3 lebih awesome..! Far Cry 3 adalah game yang membuatkan anda tak tidur malam..game yang mendatangkan nightmares dalam mimpi-mimpi anda dan game yang membuatkan anda terus mahu “lekat” di depan monitor PC..! Realistiknya membuatkan anda terasa dibawa ke suatu tempat asing di dalam hutan khatulistiwa (Thailand) rasanya, dan bukan lagi berada di dalam rumah sendiri. Bersedialah untuk dihantui kegelisahan dan keseraman dan debaran yang tak berkesudahan..!

PC REQUIREMENT

Hmm..sebelum berpisah, kalau ada yang belum mencuba Far Cry 3 yang penuh berperisa ini, saya sangat2 syorkan untuk mencuba..tapi apapun, pastikan PC atau laptop kalian mencapai sekurang-kurangnya minimum requirement untuk dimasukkan Far Cry 3 ni yea..kalu tak matching, beli PC baru..sekian..
PC Requirements untuk FC3

TM : Puas melepas geram lama tak menulis.. Far Cry 3, PC game terbaik 2012..! Really-really love it and want to play again and again..! Two thumbs up without compromise..!

#gambar hiasan ialah dari google image, namun gua approved ianya adalah capture sebenar dari Far Cry 3, bukan reka2 dengan photoshop ehh.. malas nak screenshot sendiri..





Sunday, December 16, 2012

Need For Speed : The Run

Salam and very good morning kepada semua visitor TM..

"Entri khas untuk player Need For Speed tegar di luar sana.. Seorang racer harus mencintai budaya membaca.. Budaya membaca budaya kita.. "

Seperti yang pernah dijanjikan suatu ketika dulu, aku akan membuat ulasan/review tentang permainan video (ehh..apehal tetiba skema pulakkk..!) PC Games iaitu Need For Speed : The Run. Jika sebelum ni beberapa keping screen capture awal telah dilampirkan dalam post Appetizer, malam ni kita melihat pula secara ringkas review games ni.. Best kerr??

Disebabkan post Appetizer dari NFS The Run sebelum ni mendapat view yang not bad, so malam ni aku terdorong menulis review tentangnya. Need For Speed : The Run adalah spesies Need For Speed yang terbaru, maksudnya jalan permainannya adalah percubaan baru dari EA Games dan berlainan dengan jalan permainan siri Need For Speed sebelum ini. Apa yang baru? Nanti kita cerita... NFS The Run dikeluarkan pada penghujung 2012 membabitkan kerjasama EA dan BlackBox, jenama yang tidak asing lagi dalam dunia gaming.

Perbezaan paling ketara yang terdapat dalam The Run ialah EA cuba untuk mengadakan sesuatu yang baru, iaitu memberikan anda suatu watak, iaitu Jack, seorang pelumba kereta haram dan watak ini boleh dikawal..! Berlainan dengan siri NFS sebelum ni yang anda hanya boleh mengawal kereta semata-mata. Sedikit berbeza dalam The Run kerana anda akan mengawal manusia pula dalam situasi-situasi tertentu (menggunakan key2 tertentu pada keyboard). Kedengarannya agak menarik, tapi aku amat menyampah dengan ini kerana ia sungguh mendebarkan dan ia sedikit sebanyak menghilangkan identity asal NFS sebagai game perlumbaan kereta semata-mata.

Paparan utama The Run
KEPERMAINAN
NFS The Run bagi aku adalah siri Need For Speed yang sangat pendek..! Maksudnya di sini, kalau anda bermain dengan bersungguh-sungguh, dalam masa sehari saja sudah boleh habiskan “mode career”nya yang disebut sebagai mode “The Run”. Ada dua kategori utama dalam single player (aku tak main online/multiplayer) iaitu The Run dan Challenge Series. Semestinya anda perlu menyelesaikan mode utama iaitu The Run terlebih dahulu kerana mode sampingan iaitu Challenge Series hanya boleh di-unlock apabila anda berjaya mengharungi The Run dari semasa ke semasa. Challenge Series ialah seakan mode Quick Race dalam siri NFS yang sebelum2 ini. 

"Teman setia" racer dalam The Run
Apabila memulakan The Run (boleh pilih tahap difficulty), anda akan bermula dari Coastel Rush, sebuah kota yang agak aman dengan jalanraya yang luas dan lebar serta opponent yang biasa2 sahaja. Anda bermula dengan kedudukan 205 (ranking) kalau tak silap, dan akan merentas dari satu tempat ke satu tempat yang lain hinggalah sampai ke metropolis New York dan akan merebut kedudukan nombor satu atau johan. Ya, dari ranking ke 205 anda akan menjadi Johan, dan tamatlah epidod The Run.

Stage yang terdapat dalam The Run.. 10 Stage kesemuanya..
Kedengarannya begitu mudah, simple, dan ringkas.. tapi macam biasa, ada cabaran yang terselindung dan hanya mereka yang dah merasa akan mengetahuinya. Untuk makluman, dalam mode The Run, anda akan merentas 10 tempat yang berbeza, dan setiap tempat ada 3-4 jenis perlumbaan berbeza, seperti pecut (sprint) bagi merebut kedudukan teratas, quick time (rush), elimination dan di sesetengah tempat adanya “abang long / kak long kawasan” dan anda perlu menewaskannya, sebagai ganjaran, jentera mereka adalah hakmilik anda selepas itu.

Evo X beraksi di dalam gua.. ala-ala Fast and Furious 4 gituu..
Untuk mode Challenge Series, ianya seakan mode quick race, cumanya agak “terikat” dalam soal kebebasan menentukan dan memilih seperti mode quick race. Track dalam challenge mode adalah laluan dari tempat-tempat yang pernah “dikunjungi” dalam mode The Run sebelum ini. Ianya akan di-unlock berdasarkan progress anda dalam mode The Run. Contohnya jika berjaya menyelesaikan/ melepasi halangan di tempat bernama Winter Blast dalam mode The Run, maka dalam mode Challenge Series, tempat itu akan di-unlock untuk anda.

Menu pemilihan Stage dalam Mode Challenge Series
Tentang bagaimana untuk unlock kereta pula untuk digunakan dalam perlumbaan, The Run menggunakan sistem leveling. Pada hari pertama anda mula bermain pada level 1, bar level di bahagian kiri bawah skrin akan sentiasa terpampang dan apabila bar penuh, maka level akan meningkat sehinggalah anda mencapai level tertinggi iaitu Level 30. Level akan meningkat dengan mengumpulkan experience (XP) yang diperoleh semasa perlumbaan, samada mode The Run atau Challenge Series. Lebih tinggi level, lebih banyak kereta yang akan di-unlock dan lebih tinggilah spec kereta itu dan tentunya lebih eksotik.
Mengejar kedudukan...dari 205 ke no. 1..
APA YANG BEST?
Perkara menarik dalam Need For Speed tentunya berkenaan jentera yang ditawarkan. Buat peminat bidang automotif seperti aku, tentu ternanti-nanti apakah jentera terbaru yang ada dalam setiap kemunculan siri baru Need For Speed ini. Begitu juga dengan The Run, jentera yang ditawarkan adalah sangat pelbagai dan mengujakan sesiapa sahaja. Dari kategori retro, hinggalah yang terlatest seperti Lamborghini Sesto Elemento dan Pagani Huayra. 

Pagani Huayra, alternatif kepada Bugatti Veyron buat yang berani mencuba
Menarik juga kerana kereta retro berprestasi tinggi yang terkenal seperti Nissan Skyline GTR 32, Toyota Supra, dan Volkswagen Golf lama turut terhidang buat anda. Teringat kembali zaman bermain NFS Underground 2 dulu pada zaman monitornya besar macam oven dan berwarna putih itu. Apa yang bagusnya, semua kereta yang ditawarkan telah dilabelkan aras kesukaran pengendaliannya (handling) seperti easy, challenging, difficult, dan expert. Ini banyak membantu kita untuk memilih jentera yang sesuai dengan tahap skill pemanduan player. Tapi tak salah kalau nak test semua pun dan player yang bagus sememangnya akan buat macam tu..! 

Antara kereta retro pujaan ramai : Nissan Skyline GTR 32
Seperkara lagi yang menarik perhatian, yang tidak ada pada pada NFS Hot Pursuit sebelum ini ialah anda boleh melakukan modifikasi pada kereta yang akan digunakan untuk perlumbaan, iaitu menambah bodykit set dan menukar warnanya. Well, option yang agak bagus walaupun agak ketat dan terhad, tidak seperti modifikasi zaman NFS Underground 2 walaupun keduanya datang dari EA Black Box juga. Namun, rekabentuk kereta harus dipuji kerana sangat awesome..!
Lamborghini Sesto Elemento setelah ditambah bodykit dan tukar warna
Tempat-tempat yang anda lewati sebagai gelanggang perlumbaan juga tak kurang menariknya dan perlu diberikan perhatian. Dengan 10 bentuk muka bumi dan suasana yang berbeza-beza, berlumba dalam The Run adalah sesuatu yang sangat mengujakan dan mendatangkan pengalaman yang luar biasa. Antara track yang menarik ialah permukaan bersalji yang sungguh extreme di mana terdapatnya runtuhan-runtuhan gunung yang berlaku secara tiba-tiba dan anda perlu mengelaknya dengan agresif atau... crashed..! (sori tak capture sebab malas nak repeat game). Track menarik yang lain ialah seperti di kawasan perbukitan dan hutan, kawasan kampung yang jalannya berlopak, kawasan ladang, dan kawasan kilang yang selekohnya kebanyakan 90 degree..! 

Perlumbaan di kawasan pergunungan salji (Winter Blast)
Oh ya, sebelum terlupa, perkara baru yang lain, yang tidak ada dalam dalam NFS sebelum2 ini, ialah terdapatnya Petrol Station Shell, bukan untuk refill minyak, tapi fungsinya seakan safe house bagi siri NFS sebelum ni. Dalam perlumbaan yang panjang, jika anda rasa tidak boleh cope dengan jentera yang sedang digunakan, anda boleh singgah di Shell untuk menukar jentera dari jenis lain. Tapi, shell ini tidak selalu muncul dan boleh diakses sesuka hati.. sekali terlepas, terpaksa menanti dengan sabar atau replay saja dari awal...!

Race di lereng bukit
GRAFIK DAN SOUND
Ya.. semestinya apabila mengulas mengenai PC Video Game pada akhir zaman ini, perkara yang wajib disentuh ialah berkenaan grafik dan sound. Game Engineer atau publisher yang baik dapat dilihat pada mutu karya seninya dalam game, iaitu pada kedua aspek ini. Begitu juga dengan EA Black Box ini. Bak kata orang “no doubt”...! Memang sejak zaman berzaman siri NFS sudah mendapat tempat di hati peminatnya dari seantero dunia. Dari semasa ke semasa, mutu grafik dan sound pada NFS ini semakin baik dan mencapai taraf “awesome” sepertimana dalam NFS The Run ini. Lihat saja pada screen capture yang dilampirkan. Betapa detailnya grafik sesebuah kereta sehinggakan sudah nampak seperti kereta sebenar di kaca TV.  

Kesan grafik yang terrrrbaaaekkkk
Bukan itu saja, grafik pada alam sekeliling juga sangat hebat dan menakjubkan buat orang yang tahu menilainya. Ya, anda tidak akan sempat untuk berhenti sejenak di tepi jalan dan melihat pemandangannya, kerana NFS adalah sebuah game bergenre perlumbaan, segalanya harus pantas dan tangkas, dan apa yang penting hanyalah kereta..kereta..dan kereta...! Yang lain tak ada pun takpa. Tapi aku bukan jenis tu, apabila habis saja mode career, aku akan bersiar-siar untuk melihat pemandangan yang begitu berseni itu.. Ohh, betapa bangganya kalau akulah yang menjadi jururekanya..! Betapa realnya grafik ini sehinggakan anda boleh rasa “gayat” dan berdebar malah adakalanya badan mengikut pergerakan kereta tanpa sedar..! 

Grafik yang detail bukan pada jentera semata-mata, tapi environment juga
Tentang sound atau bunyi, masih lagi awesome walaupun aku rasakan ianya tidak setanding dan se-detail NFS Hot Pursuit yang di-review sebelum ni. Setiap jentera punya ngauman enjin yang berbeza-beza, dan bunyi yang berbeza pula pada kelajuan yang berlainan..! Bunyi efek hentaman pelanggaran (crash), tayar berdecit nyaring saat melakukan drift yang tak berapa menjadi dan bunyi kaca pecah berselerakan juga sangat real..! Kalau tak percaya, anda boleh melayan video-video The Run yang di-upload oleh gamers di luar sana.

Lamborghini Sesto Elemento, antara jentera terbaik yang beraksi dalam The Run
KONTRA
Setiap sesuatu pasti ada kekurangan dan kelemahannya. Pada pandangan peribadi sebagai gamers NFS tegar, ada beberapa perkara yang kurang disukai dalam NFS The Run ini. Antaranya ialah pengawalan kereta yang tidak semudah Hot Pursuit, contohnya ketika melakukan aksi drift yang agak sukar untuk menjadi. Adalah malu bagi orang Asia kalau tak tahu drift at least dalam game seperti Need For Speed...! Perkara lain yang terasa kekurangan ialah berkenaan kebebasan. Ya, ianya agak terikat terutama dalam Challenge Mode iaitu aspek penentuan criteria perlumbaan dan jenis jentera. 
Drift from Asia tapi sayangnya terkunci dalam garaj
Seperkara laagi ialah masih banyak jentera yang tersadai dan terkunci kerana hanya boleh unlock apabila bermain multiplayer sahaja. Ohh, nafsu siapa yang tidak tergoda melihat supercar yang hanya jadi pameran dan tak boleh digunakan..! Efek kecacatan jentera akibat kemalangan (crashed) juga agak kureng sedikit jika dibanding dengan edisi sebelum ini, iaitu NFS Hot Pursuit. Namun overall, NFS The Run masih suatu game perlumbaan yang sangat baik dan mengujakan, dan tentunya bagi aku, yang terbaik dalam kelasnya..! 

Ohh ya, sebelum berpisah, buat yang berhajat nak "pasang" The Run pada komputer anda, sila teliti requirement kat bawah ni. At least kena matching dengan minimum requirement tu.. Kang tak pasal-pasal PC korang kena senggugut pulak nanti..! Kalau dapat taraf recommended lagi bagus la.. Bley setting grafik paling tinggi..baru ada ummmphh..!



TM : Awalnya ingat nak tulis simple ja..tapi itulah, kerana minat, sampai tak sedar dah melalut sampai sini...ciao...  Selamat berlumba..tapi dalam Need For Speed saja tau..! Buat racers dan gamers di luar sana nantikan Appetizer Need For Speed terbaru dari TM, iaitu NFS Most Wanted 2012 yang masih panas-panas lagi.. In The Making..! Promises ^___^ 

Thursday, December 15, 2011

Appetizer dari Need For Speed The Run


Hari yang awesome! Petang tadi aku selamat meng-install Need For Speed The Run, iaitu siri terbaru dari  game Need For Speed, PC game yang bergenre racing. Need For Speed The Run yang bergenre kacukan action dan racing, membangkitkan kenangan kepada NFS Undercover dan Most Wanted yang dikeluarkan beberapa tahun dahulu.  Ahh, tak perlu aku memperkenalkan lagi Need For Speed yang memang sedia terkenal ni. Need For Speed The Run ni di-launch pada bulan lepas iaitu November 2011, orang kata “dok hangat lagi” hahaha. Justeru itu, aku amat berbangga kerana desktop kesayangan aku, Sang Panamera merupakan antara desktop terawal di Malaysia ni yang disumbat dengan NFS The Run ni..! Hahaha... aku bukan nak review pasal game ni sebab aku pun baru ja mula nak main. Tapi keterujaan aku sebaik start game ni membuatkan aku bermurah hati untuk menghidangkan appetizer atau pembuka selera dari NFS The Run ni untuk dikongsi bersama..!

Wordless! Tidak terkata apa2, hanya tersenyum keterujaan sebaik sahaja monitor menayangkan main menu dari game ni. Smooth! Bermula dengan drama aksi melibatkan model Porsche Carrera dan Audi RS4, yang tentunya berlainan langsung dengan siri Need For Speed sebelum ni, dan hinggalah ke suatu tahap, sudah terhidang beberapa buah supercar untuk dipilih bagi memulakan karier dalam The Run. Sukar untuk membuat pilihan, dan akhirnya, BMW M3 GTS hitam menjadi pilihan bagi aku meneruskan karier! Kena pulun game ni sampai boleh drive sportcar termahal di dunia, yang telah merampas mahkota Bugatti Veyron, iaitu Lamborghini Sesto Elemento yang membuat kemunculan pertama dalam game racing..! Vr00oooomm!

NOTE : ScreenShot adalah original dari PC aku sendiri, bukan google image k..untuk lebih feel, klik gambar okay..!
Player memegang watak sebagai Jack dalam The Run
Babak awal : Jack dikurung dalam Porsche yang dijatuhkan ke dalam compress machine dan tangannya diikat pada stereng.
Jack bertungkus-lumus untuk keluar dari porsche yang mula dimampat oleh compress machine
Sebuah Audi RS4 digunakan untuk melarikan diri sambil dilanyak oleh beberapa buah Cayenne milik penjahat

Thrill : Audi RS4 hampir dilanggar keretapi waktu melintas landasan keretapi
Ehh..orang jual itik pon ada dalam NFS The Run!
Yeahh..garaj sudah dibuka..! Plih yang mana berkenan!
M3 GTS, handling is very easy, perfomance not bad
Maka, bermulalah karier di The Run, dengan sebuah M3 GTS
M3 GTS..ada rupa, ada kelajuan..!
Sesto Elemento...I'll come to you some day..yeahhh!


Tuesday, December 6, 2011

My Games : Truck Simulator 2


AMARAN: Banyak istilah berkaitan teknologi dikekalkan dalam English bagi memelihara “feeling” penulis  untuk
berbohong  bercerita J. Mungkin tidak sesuai bagi bayi yang baru lahir. (note: klik gambar untuk paparan lebih jelas)  

Kalau dah nama manusia, memanglah akan punya keinginan terhadap sesuatu. Kalaupun tak dapat memiliki, cukuplah sekadar meminati. Fuh baeekk punya intro, macam drama petang-petang pulak...! Ahaks.! Ceritanya begini, masa aku jalan-jalan kat Padang matsirat petang tadi, terserempak la seekor “transformers” ala-ala Optimus Prime gitu, treler berapa puluh tan pun aku tak tau lah..! Benda-benda macam tu memang suka berkeliaran di pulau ni musim2 LIMA macam ni. Seriously, aku memang teringin sangat nak rasa macam mana nak mengendalikan jentera2 gergasi seperti ini. Dan keinginan itulah yang mendorong aku meng-install game ni, Truck Simulator 2, sebuah game simulasi pengendalian trak-trak gergasi seperti treler panjang yang budak2 panggil “lori besaq” keluaran Valusoft, anak syarikat kepada company THQ yang boleh tahan famousnya..
Kalau dah namanya simulator, tentulah game ni berbentuk simulasi, iaitu direka menyerupai keadaan sebenar. Pelbagai trak yang disediakan untuk dipandu dalam game ni, daripada yang pendek kemetot sehinggalah yang panjang seperti keretapi. Ruangan dalaman atau cockpit atau kabin trak2 dalam game ni sangat teliti dan inilah serasanya tarikan utama dalam game ni. Setiap trak yang berlainan mempunyai ruang dalaman yang berlainan juga, dan ruang dalaman ini berfungsi seperti sebuah kabin sebenar. Inilah simulasi! Seawal enjin dihidupkan, lampu2 simbol pada panel metel menyala dan pelbagai analog meter seperti temperature,oil,berat muatan dan sebagainya mula bergerak menunjukkan keadaan semasa. Apabila parking brek digunakan iaitu menekan button “space” pada keyboard komputer anda, pada masa yang sama tombol parking brek yang terletak di tepi stereng akan naik atau turun ke bawah.
 Begitu juga apabila penggunaan lampu atau signal atau beacon light dihidupkan dengan menekan button tertentu pada keyboard, pada masa itu juga akan menyala lampu-lampu tertentu pada dashboard trak yang sedang dipandu. Kalau hujan atau ribut salji melanda, tidak perlu gelabah. Hanya tekan “P” pada keyboard dan wiper pun mula mengelap cermin trak. Kalau bosan atau ingin melihat luar dari cabin trak, tersedia juga camera mode yang berbeza, banyak membantu ketika hendak parking atau membuat U-turn. Bukan senang tau! Ini treler panjang, bukan kancil kemetot. Silap pusing, habis berterabur barang kat belakang.
Untuk aspek kepermainan, grafik, dan bunyi, aku tak nak review panjang macam GTA dan Need For Speed sebab game Truck Simulator 2 ni tergolong dalam game yang ringan, iaitu bersaiz bawah 1gb. Boleh diinstal kat gajet mini seperti netbook atau pda tanpa rasa curiga. Jangan install dalam kalkulator saintifik sudah lerr..! Untuk kepermainan, seriously, agak membosankan. Hantaq barang-à ambik barang, dapat duit. That’s all. Nak beli apa pun aku tak tau. Hal ini memaksa aku mencipta gaya permainan sendiri yang lebih kreatif, seperti memandu treler sehabis laju yang boleh, melanggar kenderaan lain, terjun ke dalam lubang di jalan bersalji atau terjun ke dalam gaung.  Terdapat tiga bentuk muka bumi yang disediakan dalam game ni, iaitu jalan salji, jalan gurun, dan jalan bergunung macam di Cameron Highlands tu. Berbelit, sempit dan berliku macam ulaq..! 
Pemandangan atau grafik tidaklah mengecewakan dan bolehlah dikatakan sebagai 3D la jugak. Untuk bunyi pula, apa yang didengar hanyalah bunyi enjin  yang rasanya seakan sama bagi semua jenis trak, disamping bunyi kenderaan lain serta bunyi hon yang membingitkan. Tiada radio dan suara manusia seperti dalam GTA dan ini akan cepat membosankan anda.

TM : Walaupun game ni agak membosankan, tapi bolehlah mengambil “feeling” bagaimana rasanya mengendalikan kenderaan berat dan panjang macam Optimus Prime tu. Perkara yang bestnya dalam Truck Simulator ni ialah rekabentuk cabin yang real dan pengendalian trak yang real, memang berbeza dari rasa memandu sebuah kereta..! Overall, aku bagi 5/10 bintang untuk Truck Simulator 2..