Showing posts with label My Novel. Show all posts
Showing posts with label My Novel. Show all posts

Tuesday, August 13, 2019

Review Novel Anding Ayangan (Karya RAM)

BACAAN KALI KEDUA 


BELI : 2017
MULA : 9.08.19
TAMAT : 12.08.19


Anding Ayangan diberi judul. Merupakan Novel Ramlee Awang Murshid yang ke 27. Novel ini Setebal 502 ms dan dicetak kali pertama pada tahun 2017. TM telah membeli novel ini secara pratempah online dari website KarangKraf Mall yang biasanya memberikan diskaun yang agak tinggi apabila membeli secara pratempah.

Mengisahkan tentang konflik dan peperangan antara dua kerajaan, iaitu Kerajaan Anding dan Kerajaan Ayangan. Babak babak peperangan dan perlawanan digambarkan begitu baik sekali menyebabkan pembaca mudah hanyut dengan plot plot dalam novel ini.

Memerlukan tumpuan dan ingatan pembaca yang baik kerana RAM telah mengaplikasikan konsep dua cerita pada masa berbeza dalam novel ini, ataupun konsep cerita dalam cerita. 

Cerita di alam nyata ditunjangi oleh watak Nyian, iaitu seorang nelayan di Papar, Sabah, kawannya Damit dan Buntak. Manakala cerita di alam dongeng yang kononnya berlaku bertahun lampau ditunjangi oleh watak Raja Tabakbauta’, Jabing, Betatar, Setabak, dan  Yungku Kelangar yang mewakili watak antagonis Kerajaan Ayangan manakala Kerajaan Anding pula diwakili oleh watak protagonis yang terdiri daripada Penghulu Sunni, Chahaya, Saruji, dan Alieusin.

Watak-watak lain yang tidak kurang penting ialah Raja Suir iaitu makhluk aneh digambarkan seperti raksasa dalam cerita Ultraman yang menguasai Laut Selatan berdekatan Anding. Pembaca juga diperkenalkan dengan watak protagonis Pangeran Haji Durrahman dan Pangeran Haji Bolhassan di awal pembacaan. 



Antara kejutan menarik yang disajikan dalam Novel Anding Ayangan ini ialah pembelotan sang munafik Saruji dan Alieusin ke atas Penghulu Sunni lantas memusnahkan kerajaan Ganding yang diasaskan oleh Pangeran dua bersaudara. 

Kejutan lain ialah situasi sebenar yang berlaku di kubah suci kerajaan Ayangan di mana wujudnya makhluk hitam ngeri yang menyarungi jasad manusia iaitu Raja Tabakbauta’ dan jasad Jabing. Makhluk hitam bernama Sang Ekong ini adalah kembar kepada Raja Suir. Apa yang berlaku kepada Sang Ekong setelah melarikan diri dari Furqan Ayyubi kekal menjadi tanda tanya hingga ke akhir cerita. 

Di penghujung cerita, muncul watak Datuk Johar, seorang ahli politik jahat yang berselindung di sebalik kegiatan politik dan nama baik. Pembunuhan Datuk Johar ke atas setiausaha dan pembantunya merupakan elemen kejutan yang tidak disangka sangka.

Pada akhir cerita, telah berlaku kemalangan menyebabkan Nyian dan Damit telah termasuk ke dunia dongeng manakala Furqan Ayyubi pula menjelma di alam nyata. Pembaca dibiarkan tertanya tanya apakah kaitan Datuk Johar dengan Furqan Ayyubi ketika dua watak itu dipertemukan.

Seperti novel novel RAM yang sebelum ini, pertukaran dua cerita dari semasa ke semasa dilakukan dengan kemas dan tersusun cantik. Untuk first timer, mungkin akan terasa sedikit keliru, namun bagi yang sudah biasa tentu saja memahami bahawa ini memang gaya naratif RAM. 

TM : Jika anda seorang yang serius, yang selalu memikirkan tentang logik akal dan seumpamanya, novel sebegini tidak sesuai untuk anda.

Thursday, May 31, 2012

Bumi Cinta - Habiburrahman el Shirazy


Karya-karya Habiburrahman el Shirazy sememangnya tak pernah mengecewakan. Setiap kali beliau mengeluarkan karya-karyanya yang terbaru, ia umpama peledak yang memberikan impak hebat kepada sekelilingnya..! Sebut saja karya-karya agung seperti Ayat-ayat Cinta, Ketika Cinta Bertasbih, dan Dalam Mihrab Cinta..pasti peminat dunia penulisan akan mudah mengecamnya. Kehebatan karya Habiburrahman el Shirazy ini terserlah apabila hampir kesemua karya penulisannya difilemkan serta dialih bahasa. Bagi aku, Habiburrahman el Shirazy merupakan tokoh dalam bidang penulisan karya-karya bernada Islamik dan berunsurkan pembangunan jiwa yang patut dibanggakan.
Novel terbaru beliau ini, Bumi Cinta (walaupun taklah baru sangat) telah dua kali aku khatamkan. Kali pertama meminjam dari seorang rakan beberapa tahun lepas, dan aku sanggup memilikinya sendiri baru-baru ini menggunakan baucar buku 1 Malaysia. Hehe.. Menceritakan seorang pemuda muslim bernama Ayyas, yang bermusafir ke Kota Moskow, Russia kerana menyelesaikan tugasan dalam bidang akademiknya di sana. Apa yang cuba ditekankan dalam Bumi Cinta ini ialah, bagaimana seorang anak muda muslim menghadapi cabaran dalam menuntut ilmu. Cabaran yang dimaksudkan di sini ialah suasana yang dihadapi apabila menuntut ilmu di sebuah tempat yang menjunjung tinggi sosial dan kebebasan iaitu Rusia.
                Awal-awal lagi Ayyas telah diuji apabila terpaksa berkongsi apartment dengan dua gadis jelita Rusia yang juga watak-watak utama novel ini iaitu Yelena dan Linor. Tinggal serumah dan berkongsi ruang seperti ruang tamu dengan wanita asing tentulah sesuatu yang bukan mudah dan menjengkelkan bagi orang yang belum pernah mengalaminya seperti Ayyas. Penceritaan tambah menarik apabila Ayyas telah dipertemukan dengan pembimbingnya iaitu Anastasia Palazzo, seorang professor muda jelita yang bagi aku cukup pakejnya.. Terfikir juga di benakku kalaulah aku di tempat Ayyas, sudah tentu aku akan bersungguh-sungguh mendekati Anastasia untuk dijadikan isteri. Apatah lagi dalam cerita ini, Anastasia digambarkan turut menaruh hati kepada Ayyas dalam diam-diam.
            Jalan cerita yang baik harus mempunyai konflik-konflik yang dapat mengheret minat pembaca untuk meneruskan pembacaan. Begitu juga dengan Bumi Cinta ini. Aku lebih berminat dengan konflik berkenaan watak Linor yang sebenarnya seorang agen Mossad yang berselindung di sebalik kerjaya pemain biola. Linor juga hampir menghumbankan Ayyas ke dalam penjara apabila merancang pengeboman di sebuah hotel dan Ayyas disasarkan sebagai pengebomnya. Namun, kuasa Allah telah menafikan hal itu dari menimpa hambanya yang dikasihi (Ayyas). Hal ini juga memberi gambaran kejahatan Yahudi yang selalu mereka-reka agenda demi menjuruskan perhatian dunia agar memendang orang Islam sebagai terrorist.
            Konflik lain yang tak kurang menariknya ialah konflik Yelena dan kumpulan Mafia Moskow di mana Yelena hampir dibunuh namun telah diselamatkan oleh Ayyas. Unsur-unsur romantic dan cinta yang tidak keterlaluan juga menjadi pelengkap novel hebat ini. Kesudahan jalan cerita juga menarik di mana kedua-dua wanita iaitu Yelena pada asalnya seorang atheist dan Linor-seorang Yahudi tegar akhirnya memeluk Islam setelah terjadi beberapa peristiwa dalam hidup mereka. Kehadiran Ayyas dalam hidup mereka dianggap membawa rahmat walaupun pada awalnya dibimbangi Ayyas yang akan hanyut dibawa arus “kebebasan” kota Moskow.

TM : Antara perkara yang boleh dipertingkatkan ialah penceritaan tentang watak Anastasia yang kelihatan hilang sama sekali di penghujung cerita, di mana watak ini mendominasi pada awal jalan cerita. Begitu juga dengan penutup yang seolah tergantung..mungkin ada sambungan lepas ni.. siapa tahu?! 

Monday, April 30, 2012

Isabella - Muhammad Saeed Dehlvi


Isabella- sebuah novel kisah benar teologi khilafah Islam atau sebuah kisah sejarah yang dinovelkan. Aku mula mencari-cari novel ni di pasaran selepas lecturer aku pernah menceritakan tentangnya suatu ketika dulu. Akhirnya, pada suatu petang yang damai, aku bertemu dengan novel ni, satu-satunya yang masih tinggal di Kedai Buku Iqra’ yang terletak di Pasaraya Hafifah, Kangar. Awalnya, aku menyangkakan novel ni versi Bahasa Indonesia, so, aku minta seller tu koyakkan plastiknya untuk kepastian. Alhamdulillah, novel hebat ni telah dialih ke Bahasa Malaysia.
Novel ni agak nipis dan aku telah menghabiskannya dalam masa kurang dari seminggu. Tema utama novel ni ialah berkisarkan perbandingan agama antara Kristian dan Islam. Konsep sebegini jika dilihat sebenarnya sudah banyak buku-buku di pasaran yang mengetengahkannya. Namun, kebanyakannya adalah buku-buku yang padat dengan fakta dan dikategorikan sebagai “bacaan berat.” Jadi, novel Isabella adalah berbeza kerana mendukung tema yang serupa namun dalam bentuk penceritaan, apatah lagi ianya sebuah kisah benar klasik. Sebenarnya, tidak banyak novel Berbahasa Melayu yang mendokong tema sebegini dan aku mengharapkan kehadiran lebih banyak novel yang macam ni pada masa depan.
            Penulisnya iaitu Maulana Muhammad Saeed Dehlvi telah menulis novel ini dalam Bahasa Urdu, yang kemudiannya diterjemah ke dalam bahasa-bahasa lain, termasuklah edisi Bahasa Melayu ni. Mengisahkan anak ketua paderi di Cordova, Sepanyol yang bernama Isabella, yang pada mulanya seorang yang tekun mendalami Kristian, namun setelah bertemu dengan seorang ilmuan Islam bernama Umar Lahmi secara tidak sengaja, dan terdengar Umar Lahmi mengkritik ajaran Kristian yang menekankan konsep Triniti, terus mengheret Isabella untuk memikirkan hal ini. Pertemuan dan dialog yang diatur Isabella antara Umar Lahmi dengan pihak gereja bagi membicarakan persoalan keraguan Umar Lahmi terhadap konsep agama Kristian, telah membuka minda Isabella dan dia mulai meragui agama Kristian yang ditaatinya selama ini. Sinar hidayah yang mula memancar membuatkan Isabella beserta beberapa orang rakannya mula tertarik untuk mendalami Islam dan akhirnya mereka telah bersyahadah secara rela. Sebagai anak ketua paderi terkemuka, tentunya Isabella tidak terlepas dari menghadapi cabaran dan serangan yang dasyat dari pihak Kristian yang mengecam tindakannya memilih Islam sebagai jalan hidup. Namun segala rintangan ini bukan melemahkan, malah mengukuhkan kecintaan Isabella terhadap Islam hingga beliau terkenal sebagai srikandi Islam yang hebat di zamannya.
          Seperkara lagi yang menarik, ialah novel ini sebenarnya mendedahkan jawapan-jawapan kepada keraguan yang seringkali ditimbulkan paderi Kristian terhadap Islam dan sebagai seorang Islam, kita seharusnya mengetahui perkara-perkara asas ini. Bayangkanlah jika kita disoal dengan soalan-soalan provokasi tentang Islam ini dengan tiba-tiba oleh seorang kafir?..takkan hendak diam saja? Sekurang-kurangnya kita perlu sediakan jawapan asas bagi mempertahankan Islam..

TM : Hati itu ALLAH yang pegang. Berusahalah mencari hidayah-NYA. Kisah yang hebat dan bermotivasi. Kalau ada masa, tak rugi baca. 

Sunday, April 22, 2012

Pelangi - Jemari Seni

Assalamualaikum.. Whazzup guys? Huhu.. baru ja menghabiskan err.. what we called.. ianya bukan novel.. tapi 3 cerita pendek dalam sebuah buku..hmm, lets call this Antalogi Pelangi.. 3 Ceritera dalam sebuah.. Pelangi. Publishernya ialah Jemari Seni (JS). Awalnya, aku meminjam antalogi ni dari Helmi hanya untuk membaca ceritera tulisan Hlovate yang bertajuk Ked’s Story, di mana ceritera nih ada kena mengena dengan Novel Versus yang telah di review sebelum ni. Tapi last2, aku baca juga dua ceritera lain yang ada dalam Pelangi nih.. Jika Versus lebih menumpukan cerita cinta AO dan Minn, tapi Ked’s Story pula memfokuskan perjalanan kisah cinta antara Ked’s dan Nawal. Perhubungan yang bermula secara tak sengaja, penuh kepahitan dan kebencian, akhirnya berakhir dengan kemanisan..

         Dua lagi ceritera yang terdapat dalam Pelangi ialah Pelangi tulisan Syud dan Rumah Kecil di Ujung Padang tulisan Noor Suraya. Cerita Pelangi yang juga menjadi tajuk buku nih berkisarkan kisah perkahwinan bukan atas dasar cinta antara Usamah dan Iman. Kisah ini menceritakan pergolakan rumah tangga Iman dan Usamah yang akhirnya membawa sinar bahagia di penghujungnya.

          Seterusnya, ceritera Rumah Kecil di Ujung Padang tulisan Noor Suraya. Bagi aku, ni ceritera paling best dalam Pelangi. Tampil sedikit berbeza kerana disaluti “warna” Indonesia dalam bahasa dan latar cerita. Bertemakan cinta bersegi-segi yang dilalui oleh Durrah dengan abang-abang angkatnya yang membesar bersama sejak kecil lagi. Dek kerana putus tunang dengan salah seorang abang angkatnya iaitu Mubin, Durrah membawa diri ke Bandung, Indonesia bagi mencari bapa kandungnya di samping mengubati kelukaan hati kerana penghinaan yang diterima. Bertemu dengan seorang doktor yang seakan memberi sinar cinta baru buat Durrah, namun saat hati mahu diserahkan, rupanya tersalah percaturan...! Durrah kembali ke tanah air, dalam dilemma cinta seorang yang selama ini dianggap seperti abang sendiri. Susah mempercaya dan menerima, tapi itulah jodohnya... serius best cerita ni, penuh konflik dan warna-warni.. Sayangnya, ia cuma sebuah cerita pendek..

TM : Akukah kunang-kunang yang dilupai orang tika mentari menyingsing?

Saturday, April 7, 2012

Versus - Hlovate


Hmm.. baru menyelesaikan novel Hlovate yang ke-3.. Versus.. Asyik review novel Hlovate ja aku nih.. Dah takda novel orang lainkah? Sebenarnya begini.. Semua novel Hlovate yg aku baca adalah free.. Maksudnya "ditaja" oleh member2 sekampus..So, bila pinjam yang orang, lepas baca cepat2lah kna pulangkan..review pun kna cepat2 la tulis sebelum masuk novel baru.. Kali ni bertuah cket sebab aku bertemu dengan hardcore fans Hlovate..lelaki tuu..jangan terkejut...! Hilmy BM.. Memiliki kesemua karya Hlovate dan syok sembang2 ngan beliau sal Hlovate..hehe.. Banyak lagi novel Hlovate beliau yang nak kena "lanyak" ngan aku pasni..tunggu je laa.
Berbicara tentang Versus, dari sudut pandang seorang naif seperti aku, inilah novel Hlovate paling romantik yang aku pernah baca (setakat ni la).. Bila baca novel ni, teringat kata orang tua2.. Kalau kita selalu gaduh atau mengata kat orang tu, nanti besaq kita akan kawen dengan orang tu..kata2 ini sesuai dengan perjalanan cerita AO dan Minn yang pada asalnya memang tak ngam langsung antara satu sama lain, but in the end, diorang bersatu sebagai suami isteri yang sangat bahagia..ohh, sweeettt...! Memetik kata2 di kulit belakang novel Versus nih "susuri bagaimana Hlovate membawa watak2 dalam Versus mengubah haluan hidup dengan pusingan arah 180 darjah. Bacalah jika anda juga ingin berubah menjadi lebih baik" novel ni juga menyedarkan aku bahawa tak semestinya alam keliling kita yang dipenuhi saudara seagama dan sebangsa dengan kita dapat mengubah kita menjadi manusia yang lebih baik.. Inilah yang diterjemah melalui watak AO yang "menemui hidayah" di bumi Australia dan tidak di tanah air sendiri.
          Novel ni jugak membawa persoalan batasan pergaulan antara wanita dan lelaki bukan muhrim. Benar, rasa cinta sesama manusia boleh menjadikan seseorang itu gila dan hilang pertimbangan akalnya. Inilah yang disebutkan melalui petikan buku karangan Harun Yahya yang diselitkan dalam novel ni..lihatlah pada zaman jahiliah AO yang melakukan sesuatu yang gila kerana rasa cintanya terhadap Minn mula berputik.. Dan lihat pula perbezaan bagaimana AO melahirkan rasa cintanya kepada Minn setelah memperoleh hidayah di bumi Australia. Apa yang cuba disampaikan di sini ialah beza antara cinta nafsu dan cinta yang dipandu keimanan.
          Novel ni juga menyedarkan pembaca bahawa hubungan antara seseorang lelaki dan wanita, tidak elok jika terlalu lama tanpa sebarang ikatan sah iaitu perkahwinan bagi memelihara ikhtilat dan menghalang dari melakukan diri dari melakukan dosa tanpa sedar. Perkahwinan AO dan Minn pada usia muda dan kisah mereka selepas kahwin memberi suntikan semangat kepada aku bahawa perkahwinan adalah suatu perkara yang akan membawa dimensi baru dalam kehidupan..hahaha..single mana yang tak senyum kalau cerita bab kahwin? Heheww..
          Overall, aku memang satisfied dengan novel Versus ni..cerita cintan cintun Islamik yang sempoi dan memang kenalah dengan taste aku..Unsur kekeluargaan juga tak dilupakan. Lihat saja bagaimana mesranya hubungan Adik beradik Minn, Ked dan Che'e yang bersepakat membantu Minn dalam kisah cintanya dengan AO hingga berakhir di jinjang pelamin..

TM : Memetik tulisan Harun Yahya yang diselitkan dalam novel Versus "There is a subtle danger that leads people away from religion, prevents them from submitting to God as their Lord, and ultimately, brings numerous other forms of trouble and distress upon them. This danger is ROMANTICISM, which leads people to live, not according to their reason,, but according to their emotions; that is, according to their desires, hatreds, their susceptibility to temptations and their whims. (Harun Yahya : Romanticism : A Weapon of Satan...
          So, kepada yang memilih untuk bercouple sebelum nikah di luar sana..hati2 lah.. Bila2 masa saja, romantik yang anda tunjukkan, concern yang anda persembahkan..akan menjadi lorong2 ke neraka.. Bawah, atas, kiri, kanan, depan, belakang, ada sang syaitan yang sedia membimbing anda mengikut mereka..! Nauzubillah...

Sunday, March 4, 2012

Rooftop Rant - Hlovate


Karya kedua Hlovate yang direview di TintaMalam. Disebabkan novel ni tajaan classmate aku, so, kena review cepat2 sebab baru habis baca. Nanti lama2 lupa cerita dia. Thanks Anabelle for this Rooftop Rant..! Kali ni Hlovate membawa tema kekeluargaan dan persahabatan. Bagi aku, Rooftop Rant biasa2 ja. In the middle sebab bagi aku Contengan Jalanan lagi awesome..! Dua tonggak utama, iaitu jade dan Trisy yang “bertemu jodoh” di Rooftop Wisma Topaz. Berkongsi masalah yang hampir sama membuatkan mereka saling memahami. Apa yang cuba disampaikan ialah hanya orang yang pernah mengalami sesuatu peristiwa akan memahami rasa orang lain yang mengalami peristiwa serupa dan aku sangat bersetuju dalam hal ni. Siapa saja boleh menasihatkan dan mencemuh kita itu dan ini ketika ditimpa masalah, tapi hanya orang yang pernah mengalami perkara yang sama saja akan dapat memberi nasihat yang paling berguna..! Persoalan lain yang dibangkitkan ialah kepentingan institusi kekeluargaan yang sempurna. Trisy yang merupakan anak orang berada menjadi liar kerana terabai manakala keluarga Jade pula kucar kacir kerana masalah kewangan. Apa yang cuba disampaikan ialah keseimbangan antara faktor kewangan dan kasih sayang adalah formula penting dalam penzahiran sebuah keluarga bahagia. Konsep siapa saja boleh berubah atau hidayah Allah tak mengira siapa sekali lagi diterjemah melalui dua watak utama dalam Rooftop Rant ni, tapi yang lebih menyerlah tentulah watak Trisy yang asalnya seorang remaja yang kehilangan identity diri dan berpewatakan ala “punk” akhirnya menjadi muslimah genius yang melanjutkan pelajaran ke Aberdeen walaupun penceritaan tentang suasana Aberdeen itu tidaklah detail sangat. Satu lagi yang menarik bagi aku ialah penceritaan tentang dunia “kartunis” yang bagi aku adalah suatu sisi kehidupan yang kurang menyerlah di mata masyarakat kita. Diterjemahkan melalui watak Jade yang membuktikan rezeki ada di mana2 asalkan kita berusaha, satu pegangan penting yang patut ada sebagai seorang muslim..! Kesudahannya agak biasa dan sudah dijangka, iaitu Trisy menjadi suri hidup Jade.. Okies, tanak review panjang2.. cukuplah aku mengatakan Rooftop Rant juga adalah novel dakwah yang sempoi dari Hlovate, dan tak rugi anda membacanya..!

TM : Best tagline novel nih.. Lontarkan,kalau tidak ia meracun.. kongsikan, walau hanya pada awan2.. maksudnya, segala masalah dalam diri jangan dipendam sorang2 sebab ia boleh menjadi “racun” pada diri sendiri.. luahkanlah, walaupun pada awan2 atau alam, kalau dah tader sapa2 yang sudi dengar masalah kita tu..! Thanks Hlovate & AnaBelle ;)

Saturday, March 3, 2012

Pei Pan - RAM


Dah lama tulis benda ni..cuma tader masa nak publish sebab tak cukup masa.. Eeeuuww..macam la ada bisnes jutajuta.. Nama Ramlee Awang Murshid tak perlu diperkenalkan lagi dalam arena novel atau seni penulisan tanah air. Mendapat jolokan “ Novelis Thriller No. 1 malaysia”, karya2 beliau yang bertemakan thriller sering saja menduduki carta best-seller di gedung2 buku terkemuka sebaik saja keluar di pasaran. Inilah kehebatan Ramlee Awang Murshid (RAM) dalam berkarya. Tak perlu “promosi” besar-besaran seperti novelnya difilemkan atau dijadikan drama, tapi seringkali  karya2 RAM dapat menduduki top 5 carta jualan novel di gedung2 buku dan bersaing dengan novel2 yang yang kebanyakannya telah berada di layar perak yang melonjakkan popularity novel tersebut. Salah seorang penulis hebat yang aku telah baca kebanyakan dari karya2nya. Sebagai review pertama novel dari RAM, aku memilih antara novel terawal beliau, iaitu sebelum beliau bersama Alaf 21, iaitu novel Pei Pan keluaran Utusan Publication kalau tak silap.
Novel Pei Pan ni bagi aku merupakan antara karya RAM yang terbaik walaupun telah lama dikeluarkan. Rekod juga bagi diri sendiri kerana menghabiskan novel ni dalam masa 2 hari sahaja.! Best woo..! dari awal sampai habis memang berdebar habis...thriller tak sudah. And, at the end, kesudahan yang kita tak jangka..! Mengisahkan ahli korporat yang dikhianati sahabat baiknya yang dikenali sejak kecil. Sahabat yang menjadi orang kepercayaannya..! Kerana terlalu percaya, bukan saja hancur sebuah bisnes, tapi juga musnah sebuah keluarga..! Serius, novel ni memang best dan menyentuh emosi pembaca..! Berlatarbelakangkan kehidupan korporat yang berjaya tetapi tersungkur akhirnya kerana dikhianati. Novel ini juga membawa tema persahabatan yang sangat feeling..!
         Sinopsis belakang buku : KHIANAT. Bukan kerja orang jauh. Bukan niat busuk orang asing. Jauh sekali aniaya musuh. Kerja jiwa yang ditunggang nafsu, dipacu iri berasa dikalahi. Melalui perjalanan masa yang panjan, tenang, terselindung baik, tanpa kocak dan prasangka, baru khianat menampakkan wajah yang sebenar.Pei Pan cerita tentang kepercayaan, perjuangan, persaingan.Pei Pan cerita tentang perselingkuhan, pembunuhan, perkomplotan. Pei Pan kisah dunia korporat, penuh warna kehidupan sebu oleh debar meruntun.

TM : Bak kata Donal Trump, You can hire the best person, but you can’t trust them..! Nanti review lain karya2 RAM yang bakal menyusul di TintaMalam..ciao..!

Saturday, December 31, 2011

Contengan Jalanan - Hlovate


Alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan untuk merasa indahnya dunia milik Maha Pencipta. Novel pertama dalam ruangan myNovel yang aku akan review ialah Contengan Jalanan karya Hlovate. Arigato Gozaimas kepada classmate yang juga rakan blogger, De Dani yang bermurah hati meminjamkan novel ni selama sebulan lebih.. Kalau library aku rasa dah lama kena kompaun sebab lama sangat pinjam. Haha.. Bagi aku, Hlovate adalah novelis misteri dan mungkin juga sangat humble. Misteri kerana sampai ke hari ni aku tak tahu siapa beliau sebenarnya dan humble kerana walaupun karyanya telah dibaca oleh puluhan ribu manusia, namun beliau masih belum memunculkan diri di khalayak ramai dan mengumumkan bahawa; akulah Hlovate. 
        Bagi aku, perkataan yang sesuai dengan karya2 Hlovate ialah “unik”. Begitu juga dengan novel yang aku baca ni ; Contengan Jalanan. Dari kulit luar pun sudah nampak keunikannya. Tunggang terbalik..! Mana satu atas, mana satu bawah? Mana satu depan, mana satu belakang? Inilah seni yang Hlovate selalu tekankan dalam karya2nya. Ohh, ada dua kisah rupanya. I-Fend dan II-K² .. Lucunya, pada awalnya aku pun konfius gak. Ish, nak mula baca dari mana ni?! Tak perasan nombor I dan II tu..
         Menelusuri jalan cerita dalam novel ni memang mengasyikkan. Cumanya ada part2 berkaitan muzik yang terlalu mendalam penerangannya membuatkan aku skip sikit2. Tu dah memang style HLovate dalam novel2nya yang penuh dengan “irama muzik”. Dalam novel ni, pembaca dibawa mengembara ke beberapa tempat, dari Kuala Perlis hinggalah ke Sydney dan Blue Mountains di Australia serta Jakarta dan Bandung di Indonesia. Aku paling suka part cerita tentang K² yang “mencari sesuatu” di Jakarta dan Bandung. Keadaan atau suasana bandar utama di Indonesia tu diperincikan dengan baik, seolah-olah anda bukan membaca sebuah novel, tetapi sedang menonton tayangan video di depan mata. Aku suka membaca novel yang mempunyai latar tempat yang pelbagai seperti Contengan Jalanan ni. Dan satu lagi yang aku bangga, ialah Kuala Perlis yang menjadi latar tempat yang tak kurang pentingnya dalam novel ni...tempat kelahiran aku tu beb..! Kisah bagaimana seorang remaja biasa yang berubah selepas menemui hidayah dalam pengembaraan, benar2 menyentuh hati. Pelbagai rentas masa berbeza yang mewarnai kehidupan watak2 utama seperti Fend, Chad, dan K² disajikan dalam Contengan Jalanan ni ; kenangan silam zaman kanak-kanak yang riang dan nakal, zaman muda remaja yang santai, dan ketika  menikmati ramadhan di perantauan ditutupi dengan kesan dan peristiwa sesudah mereka memperoleh hidayah.
          Seriously,ini bukan novel kosong, ini novel yang sarat dengan mesej berguna. Plot cerita yang dijalin kemas dan disulami dengan terjemahan ayat al-quran menunjukkan setiap sesuatu yang berlaku itu telah ditakdirkan dengan sebaiknya untuk kita. Kalau ada masa, tak rugi baca..!

TM : Contengan Jalanan- Hlovate. Novel dakwah yg sempoi..! Kisah hamba mencari tuhannya, kisah hidayah Allah itu luas..tak kira siapa dan di mana.. Inilah contoh membaca novel tak mmbuang masa dan sia-sia. Perjalanan penuh warna warni, dari Kuala Perlis hingga ke Jakarta dan Australia, disulam dengan terjemahan ayat2 al-quran yg indah.. “The Eleventh Hour – The man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th.” Tak perlu bertangguh kalau nak beramal... 

Wednesday, November 23, 2011

My Novel : Bila Lelaki Baca Novel


Alhamdulillah, satu lagi kategori baru yang aku ilhamkan dalam Tinta Malam ni. Kategori yang wujud kerana minatku terhadap kesusasteraan, especially novel. “MyNovel”, adalah ruang untuk aku mencoretkan apa-apa berkenaan novel, dan plan aku ialah untuk review tentang novel-novel yang aku pernah baca sebelum ni. Aku lelaki, dan aku suka baca novel. Kadang-kadang aku hairan, mengapa orang akan rasa atau pandang pelik kalau lelaki baca novel..pelikkah?! Mengapa perlu ada diskriminasi dalam perkara ni? Kadang-kadang, aku rimas juga bila ada mata-mata yang memandang sinis saat aku bershopping di bookstore untuk membeli novel atau melewati rak-rak novel di perpustakaan awam. Entahlah, kalau mereka hairan dengan aku atau orang lelaki yang suka baca novel, aku 10 kali lebih hairan dengan perangai mereka tu. Mungkin bagi mereka, eksotik sangat kot kalau seseorang lelaki baca novel. Haihh, aku pun tak paham..! Sekarang aku nak share tips2 aku sendiri, untuk pilih atau beli sesebuah novel. Aku tak pandai bahasa omputih, so, aku baca novel melayu ja. Tapi bagi aku, novel2 melayu pun tak kurang hebatnya, Malaysia Boleh...!! So sebagai mukadimah kategori baru ni, aku nak share sikit apa benda yang kena dinilai dan dilihat sebelum beli/pilih novel? Jom...
Sinopsis
The main factor yang akan membuatkan aku tertarik untuk beli sesebuah novel, tentu sahajalah jalan ceritanya atau sinopsis. Kalau kena dengan selera, terus grab la satu..! Kadang-kadang lepas tengok sinopsis, aku akan teliti pulak aspek-aspek lain seperti kat bawah ni.
Best-Seller
Mostly, kalau aku nak beli novel kat bookstore macam Popular atau Union, aku akan cari novel-novel yang best-seller dan teliti sinopsis dia. Kalau best, angkat jaa..
Novelis/Writer
Selalunya aku akan utamakan novel yang ditulis oleh novelis kegemaran aku, yang memang kebanyakannya aku dah baca karya mereka. Antara novelis favorite aku ialah Ramlee Awang Murshid bagi genre thriller, dan itulah satu-satunya novelis thriller melayu yang aku paling suka novel dia. Bagi genre lain seperti percintaan/romantic, antara novelis pilihan ialah Sharifah Abu Salem (juga penulis skrip bagi drama2 tv3, seperti Cinta Elysa), Aina Emir, Hlovate,  Siti Hasmizah, Norhayati Berahim, Habiburrahman el Shirazy dan beberapa nama lagi yang aku tak berapa ingat. Sasterawan negara pun aku minat jugak. Antaranya ialah Abdullah Hussain, Shahnon Ahmad, dan A.Samad Said yang memang aku suka dia punya puisi. Penulis/novelis baru pula akan dikenali apabila novel mereka menjadi best seller, dan jika karya mereka “ngam” dengan taste aku, aku akan tambah mereka sebagai novelis favourite aku..!
Publisher/Penerbit
Tidak dinafikan, nama publisher adalah antara elemen yang menjadi perkiraan aku kalau nak pilih/beli sesebuah novel. Selalunya, aku akan menilik novel keluaran alaf21 dulu sebelum beralih kepada publisher yang lain. Mutu karya keluaran alaf21 memang terbaik dan mantap sejak dulu lagi. Namun, baru-baru ni, aku berkunjung ke Popular bookstore Alor Star, dah banyak publisher baru yang terbitkan novel dan aku rasa ini mencabar kedudukan alaf21 yang sejak sekian lama mendominasi pasaran novel melayu. Bagus juga, kita sebagai pengguna punya banyak pilihan..!
Sequence
Sequence atau turutan atau sambungan merupakan “perangkap” bijak seseorang novelis untuk melariskan novelnya dan formula inilah yang kerapkali digunakan oleh Ramlee Awang Murshid dalam jalan cerita novelnya. Apabila sesuatu novel itu ada sambungannya, tidak dapat tidak, mesti kena beli sambungan novel tersebut, kadang-kadang sampai 3 buah novel (trilogy) hanya untuk satu cerita/kisah yang berkait. Selalunya novel sebegini jalan ceritanya memang sangat best dan pembaca tak sabar-sabar untuk menanti sambungan novel yang sudah habis dibaca itu.
Recommended / Pengaruh
Faktor recommended dari kawan atau media tidak kurang besar pengaruhnya untuk aku beli sesebuah novel. Kadang-kadang bila main fb, then ada kawan menyapa dan tanya hang dah baca novel tu, novel ni. Best la, apa la diorang cakap. So, aku cepat teruja dan terpengaruh kalau kena recommended macam tu. Satu lagi, trend harini, novel di-dramakan/ difilemkan, drama/filem di-novelkan. Benda macam ni pun besar pengaruhnya, terutama jika sesebuah novel tu difilemkan/didramakan. Memang sekelip mata novel tu akan jadi best-seller sana sini sampailah sold out. Contoh baru-baru ni, drama Nora Elena (Tv3) yang diadaptasi dari novel Kasih Yang Suci karya Meen Zulaikha dan filem yang akan datang, Ombak Rindu, yang juga adaptasi dari novel keluaran alaf21.
Ulang Cetak
Selain faktor-faktor di atas, aku juga akan melihat ulangcetak bagi sesebuah novel sebelum membacanya. Jika banyak diulangcetak, maknanya novel tu bestlah sebab ramai orang baca dan beli. Contohnya novel Kasih Yang Suci (Nora Elena) yang diulangcetak sebanyak 10 kali.
Mukasurat vs Harga
Aku memang sedikit kedekut, dan dalam hal nak beli novel pun, mesti ada bajet dan had. Bilangan mukasurat dengan harga biarlah sepadan. Selalunya, aku akan beli novel yang harganya RM19.90 dan ada 500-600 mukasurat (standard alaf21).
Rekabentuk Kulit
Tak dinafikan, ke-kreatifan merekabentuk sesebuah kulit novel juga memainkan pengaruh kepada pembeli. Kadang-kadang, aku akan mengambil sesebuah novel untuk diteliti sinopsisnya apabila melihat kulit yang cantik dan kreatif serta lain dari yang lain.

TM :Itulah dia serba sedikit tips yang aku nak kongsi berkaitan dengan faktor yang menyebabkan aku memilih/membeli/membaca sesebuah novel melayu. Sekali lagi aku tegaskan, tidak ada yang peliknya lelaki membaca novel dan di kampus aku pun, ramai lelaki yang suka baca novel. Sasterawan negara pun ramai dari golongan lelaki. So, takda apa nak dipelik atau dihairankan. InsyaAllah, aku akan review novel-novel yang berlambak dalam rak buku bilik aku nih nanti..!