Showing posts with label Tazkirah Ringkas. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah Ringkas. Show all posts

Friday, December 7, 2012

Berpada-padalah Wahai Saudaraku



Kita selalu update status kita sedang makan apa, makan di mana, makanan pula nampak sedap belaka. Murah atau mahal, kita terlupa yang mungkin ada kawan kita yang sedang mengikat perut, dan hanya mampu tengok saja gambar makanan kita tu.

Macam tu juga, kita selalu upload status kita bercuti ke mana, berjalan ke mana, beli apa, dan upload pula gambar2nya. Kita terlupa, mungkin ada kawan2 kita yang tidak mampu pergi bercuti atau membeli apa yang mereka mahu kerana tanggungjawab dan desakan hidup yang hanya Allah dan mereka saja yang tahu...

TM : Bukan tak boleh kita nak kongsi kegembiraan dan nikmat yang kita kecapi dengan orang lain...boleh..tapi berpada-padalah..kalau dah sangat-sangat jadi menunjuk-nunjuk la pulak kan..lama-lama orang pun naik menyampah..! 

*dikutip dari fb

Sunday, June 24, 2012

Dua Rakaat Sebelum Fajar


Sembahyang sunat ini dilakukan selepas azan Subuh, sebelum dilakukan sembahyang fardhu Subuh. Antara hadis yang menerangkan kelebihan dan keutamaan solat sunat dua rakaat sebelum fajar ini ialah :


Dari Aisyah dari Nabi s.a.w sabdanya “ Dua rakaat sebelum subuh lebih baik daripada dunia dan seisinya .” (HR Muslim ) Dan pada suatu lafaz “ Kedua rakaat tersebut lebih aku cintai daripada dunia ini seluruhnya .”

Dan pada riwayat lain disebutkan : Nabi tidak pernah begitu kuat ketekunannya dalam mengerjakan solat-solat sunat rawatib melebihi dua rakaat sebelum subuh .(HR Muslim & Bukhari)

Betapa hebatnya solat sunat dua rakaat sebelum fajar ini kerana ia merupakan satu-satunya solat sunat yang boleh di-qadha :

Qadha (ganti) Sembahyang Sunat Subuh

Bagi orang yang tidak sempat mengerjakan solah rawatib dua rakaat sebelum Subuh, mereka boleh mengerjakannya samada sejurus selepas selesai solah Subuh (mazhab Syafie) atau setelah matahari terbit (3 mazhab yang lain).

Dari Abu Hurairah r.a.: Rasulullah s.a.w. bersabda:“Sesiapa yang tidak sempat mengerjakan solat rawatib dua rakaat sebelum Subuh, maka hendaklah dia mengerjakannya setelah matahari terbit.” (Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi)

Dari Qais bin Qahd r.a., bahawasanya dia pernah mengerjakan solat Subuh bersama Rasulullah s.a.w., sedangkan dia belum mengerjakan solat rawatib dua rakaat sebelumnya. Setelah beliau mengucapkan salam, dia pun mengucapkan salam bersama beliau s.a.w.. Selanjutnya, dia mengerjakan solat rawatib Subuh dua rakaat, sedang Rasulullah s.a.w. melihatnya, tetapi beliau s.a.w. tidak melarang-nya dari melakukan hal tersebut.” (Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan Ibnu Hibban)

TM : Pertama kali menulis entri seusai solat fardhu subuh. Cubalah biasakan diri menunaikan solat sunat sebelum subuh ni.. lama-kelamaan akan hadir suatu rasa dalam diri yang menyebabkan anda rasa sayang untuk missed solat sunat sebelum subuh ini walaupun sekali..! Ya..suatu rasa kenikmatan yang tak terungkap dengan kata-kata..


Sumber asal artikel : Nasbun Nurain



Friday, May 18, 2012

The Teacher of teachers

We once had a Teacher
The Teacher of teachers,
He changed the world for the better
And made us better creatures,
Oh Allah we’ve shamed ourselves
We’ve strayed from Al-Mu'allim,
Surely we’ve wronged ourselves
What will we say in front him?
He was MUHAMMAD salla Allahu 'alayhi wa sallam...


TM : (Sempena Hari Guru) Guru yang paling utama dan paling mulia...yang seringkali kita lupakan kerana sibuk dengan duniawi..selawat dan salam ke atas baginda, Allahumma Solli ‘Ala Saiyidina Muhammad... 


Monday, April 30, 2012

Hadiah Allah di Dunia Untuk Orang Bertakwa

Kehidupan orang-orang yang bertakwa sangat indah dan penuh keberuntungan. Di dunia lagi Allah telah janjikan pelbagai ‘hadiah’, sebagaimana digambarkanNya di dalam Alquran:



  • Sentiasa mendapat petunjuk :  “mereka itulah ( orang-orang yang bertakwa ) yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang beruntung” ( Al-Baqarah: 5 )
  • Diberi penyelesaian daripada masalah : “dan sesisapa yang bertakwa kepada Allah nescaya akan diberi kepadanya jalan keluar”. ( At-Thalaq: 2 )
  • Dipermudah segala urusan : “dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah  nescaya Allah akan memudahkan beginya segala urusannya”. ( At-Thalaq : 4 )
  • Mendapat rezeki dari sumber yang tidak terduga :  “ dan memberinya ( orang bertakwa ) rezeki dari sumber yang tidak terduga” ( At-Thalaq : 3 )
  • Dikasihi Allah ( dengan itu akan dikasihi malaikat dan manusia  ) : “ sesungguhnya Allah  mengasihi orang-orang yang bertakwa”. ( Ali Imran : 76 )
  • Mendapat keberkatan dari langit dan bumi: “jika seluruh penduduk sesebuah negeri itu beriman dan bertakwa, nescaya Kami akan melimpahkan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi”. ( Al A`raf : 96 )
  • Mendapat keselamatan dan perlindungan dari Allah : ‘dan kami selamatkan orang orang yang beriman dan mereka adalah orang-orang yang bertakwa”. ( Al Fussilat : 18 ) “….dan bertakwalah kepadaAllah dan ketahuilah Allah bersama ( menolong dan melindungi ) orang-orang yang bertakwa” . ( Al-Baqarah : 194 )
  • Mendapat kemenangan. “sesungguhnya orang-orang bertakwa mendapat kemenangan”. ( An Naba` : 120 )
  • Diberikan Furqan ( petunjuk untuk membezakan yang haq dan yang batil ) : jika kamu bertakwa kepada Allah nescaya dia akan memberikan kepada kamu Furqan”. ( Al Anfal : 29 ) 
TM : Menurut Syara', Takwa ialah Menjaga dan memelihara diri dari siksa dan murka Allah Ta'ala dengan jalan melaksanakan perintah-perintahNya, taat kepadaNya dan menjauhi larangan-laranganNya serta menjauhi perbuatan maksiat.

Saturday, March 17, 2012

10 Jenis Mayat Yang Tidak Akan Reput Di Dalam Kubur


Disebutkan oleh hadis Rasulullah SAW bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam keadaan tubuh asal pada hari Qiamat :

1-Para Nabi-Nabi

2-Para Ahli Jihad Fisabilillah

3-Para Alim Ulama Menegakkan Kalimah Allah.

4-Para Syuhada sentiasa memperjuangkan Islam.

5-Para Penghafal Al Quran dan Beramal dengan Al-Quran.

6-Imam atau Pemimpin yang Adil dalam menegak Syariat Allah.

7-Tukang Azan yang tidak meminta habuan.

8-Wanita yang mati semasa melahirkan anak serta sentiasa TAAT pada perintah Allah.

9-Orang mati dibunuh atau dianiaya kerana mempertahan Maruah dan Agama.

10-Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman yang sentiasa menjaga hukum agama semasa hidup di atas dunia.

Sunday, March 4, 2012

Wahai Purnama (Ya Badrotim)




TM : Qasidah yang sangat syahdu, membangkitkan kerinduan kita terhadap baginda Rasulullah S.AW.. sedap sangat suara kanak2 yang mengalunkan Qasidah bertajuk Wahai Purnama ni. Sambil play qasidah ni, hayatilah puisi yang menggambarkan keagungan kekasih Allah iaitu Nabi Muhammad S.A.W..Allahumma Solli ‘Ala Muhammad.. kami rindu padamu Ya Rasulullah..  

Thursday, November 24, 2011

Tazkirah Ringkas : Ikhlas


Setiap umat Islam wajib meyakini dan menyembah hanya kepada Allah s.w.t. Kita sememangnya tahu akan ibadah yang difardhukan ke atas umat Islam yang telah akil baligh dan cukup syaratnya. Namun begitu, ramai dalam kalangan umat Islam yang kurang menitik beratkan aspek ikhlas dalam ibadah kepada Allah s.w.t. Ikhlas bermaksud setiap kata-kata, perbuatan, dan amalan adalah kerana Allah s.w.t, lillahi taala.

Ikhlas juga beerti setiap apa yang kita lakukan itu tidak mengharapkan apa-apa faedah, gelaran, pujian, kemuliaan dan pangkat dari sesiapa melainkan Allah s.w.t semata-mata. Islam mewajibkan setiap umatNya melakukan setiap amalan dengan ikhlas kerana ia merupakan inti pati dan penentu penerimaan amalan. Firman Allah s.w.t :

"Padahal mereka tidak diperintahkan, melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadah kepadaNya dalam (menjalankan) agama dengan lurus, dan supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat, dan yang demikian itulah agama yang benar" (al-Bayyinah:5)


*dipetik dari iluvislam.com

TM : Ikhlas itu umpama semut hitam yang berjalan di atas batu yang hitam pada malam yang gelap.. =)

Thursday, October 27, 2011

Tazkirah Ringkas : Ajarkanlah Kebaikan



Sabda Rasulullah S.A.W : Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya, juga para penghuni langit dan bumi, sampaikan semut yang ada di dalam liangnya, bahkan sampaikan ikan yu, nescayalah semua itu menyampaikan kerahmatan kepada orang-orang yang mengajarkan kebaikan kepada para manusia.
                                                        [riwayat Imam Tarmizi]

Tuesday, May 17, 2011

Tazkirah Ringkas : 5 Jenis Racun dan 5 Penawarnya



Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya.

Harta itu racun, zakat itu ubatnya.

Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya.




Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya.

Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya.