Friday, October 22, 2010

Seni dan Sastera : Ego Dan Lelaki



Walau jalan tunduk ke bumi,

Walau pijak semut tak mati,

Ego tetap ada,

Kerna aku seorang lelaki…

Walau santun lembut bicara,

Walau tertib tutur kata,

Ego tetap ada,

Kerna aku seorang lelaki…

Walau mudah bertolak ansur,

Walau senang berbuat kira,

Ego tetap ada,

Kerna aku seorang lelaki….

Jangan terlalu mendesak,

Jangan tegar memaksa,

Harus diingat aku lelaki,

Lelaki yang punya ego dalam diri…

Ego tetap ada,

Kawal dengan minda,

Latih dengan agama,

Itulah lelaki perkasa,

Itulah pemuda harapan bangsa….

My Experience : Teringin vs Malas...


Malasnyer...Tidak dinafikan penyakit malas ini merupakan suatu penyakit yang kebanyakan dari kita menghidapinya. Susah untuk berkata tidak. Selantang manapun kita menjerit tidak atau tak nak kepadanya, malas tetap juga datang stelah menghindar seberapa ketika. Setakat ini, belum ada ubat atau tok bomoh mahupun doktor yang dapat memberikan penawar bagi penyakit ini. Bagiku, ubat terbaik hanyalah pada diri sendiri, pada minda si penghidap penyakit ini.
Berbalik kepada tajuk, aku memang teringin dan mengimpikan sebuah blog peribadi yang hebat, yang unggul, yang punya macam-macam, yang boleh memberi faedah kepada khalayak... tapi tika itulah hadir batu penghalang yang amat berat.Yang kadangkala tak mampu untuk dialih. Itulah malas. Entahlah, setelah 3 bulan menyepi, kini kembali lagi. Mungkin 3 bulan lagi akan keluar entry terbaru..begitulah seterusnya...selagi malas masih dalam diri, bersahabat dengan masa yang sempit menghimpit...hehehe...

Thursday, June 24, 2010

My Experience : "Dunia Game"

Alamak...dah sebulan blog x update...kosong...ahh, malunyerr.. hehehe... "Dunia Game"...begitulah tajuk entry hari ni... disebabkan aku ni remaja...so, game ni memang dah jadi rutin harian aku laa.. sebab tu la blog ni pun x update lama dah...boleh dikatakan 65% hard disk laptop aku dipenuhi oleh folder game..adakah aku ini jenis yang dikatakan "gila game"? ntahlah...
Kebelakangan ni, semenjak 2 atau 3 bulan ni laa aku dah kurang ckit bermain game...oops...game yang berat2 laa...yang aku install dalam laptop tuh..contohnya macam GTA dan Need For Speed.. bukan apa...aku mula bergiat aktif dengan game online plak... trend masa kini la katakan...hehehe... Apepun, ke dua-dua jenis game ni ada kelebihan yg tsendiri.... nak tahu yang seterusnya? tggu follow up enrty ini...hehehe...

p/s: main game jgn sampai lalai urusan ukhrawi dan duniawi lain...yang lebih utama.... ;-D

Seni dan Sastera : A Friend Who Cares




Let me be the rock to lean on,
Hands to help you walk the path,
Remove traces of confusion,
You are in my heart.

When the morning sun rises,
I will be your humming bird,
To eliminate your distress,
You are in my mind.


Your sad eyes filled with tears,
Let me wipe it with caring stares,
And we'll look on the sunset together,
You don't need to go farther.


When you feel everything is falling,
let me raise you with my spirit,
When pain resides in your heart,
I will kiss it away with love.


When everyone is against you,
I will stay and be your shield,
Lift you up, be with you,
I am your friend.

You are born in my heart,
I will not disgrace your trust,
Let me warm you with my love,
Truly a friend, one who cares.

Friday, May 21, 2010

My Experience : Sekapur Sireh Seulas Pinang...

Assalamualaikum... Alhamdulillah..setelah bertahun-tahun memendam hajat untuk memiliki page atau blog sendiri..akhirnya pada tarikh bersejarah, 21 Mei 2010 jam 2.45 pagi, lahirlah blog sulung dariku yang bernama Tinta Malam.. masih memikirkan kandungan Tinta Malam, tapi biarlah ditambah sedikit demi sedikit, dari semasa ke semasa.. Banyak lagi yang perlu dipelajari...
Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
kalau salah tolong tunjukkan...