Monday, June 1, 2015

Mini Reunion @ Wedding Jat & Husna


                                       29 MEI 2015
 
Bila tengok tarikh walimah sebelah lelaki, iaitu 4 Jun 2015, hmmm..., aduhaaii rugiinyaa tak dapatlahh nak pi tarikh tu, ada hal.  Rasa macam serba tak kena kalau tak pi sebab pengantinnya ialah classmate & roommate aku... 5 tahun pulakk tuu.. kawan rapat jugakklahh kami ni, dah macam adik beradik.. sebab tu lahh aku rasa macam serba salah sangat kalau tak attend wedding Jat nii...

Kad Kawen kee paper exam nii??

Tapi, last minit daa... tetiba si Amett ajak aku pegi teman Jat akad nikah di Kuala Kangsar sekali dengan walimah sebelah wife Jat di Kuala Kangsar, Perak. Uishh, peluang keemasan nii.. Kalo takda geng, memang aku tak pegi dahh sensorang.. Tak cakap banyak, aku pun terus say “yes” jerr...


men game COC jee kejenyee...
Maka petang tu, lebih kurang jam 7.00 p.m, Jumaat, 29 Mei 2015, Amett mai amek aku yang baru sampai dari Langkawi kat Masjid Terapung. Maka kitorang berlima (Aku, Amett, MatBee, Syafiq Saad & Izzudin Photographer) bertolaklaa ke rumah si Amett nii untuk menukar kereta. Kesiann jugakklaa bebudak 3 orang kat belakang tuu sebab berimpit dalam MyVi RJ tuu. Bila dapat Preve, selesa laa sikit rasa.. Ni lahh 1st time aku nek keta besar2 macam Preve nii.. Alhamdulillah syukuuurrr, Malaysia masih aman..!


Dalam kereta tuu punyalaa bisingg sebab masing2 dah lama tak berjumpa... ada la kot 6 bulan lebih daa tak bersua muka..! Yang pastinya, MatBee lahh selalu menjadi mangsa kena bahann dengan aku & Amett..hehehee. Lepas singgah Petronas Mergong tuu untuk refill & shooping cekedis, kitorang ponn bertolak laa ke Kola Kangsar dengan penuh bergaya...hahahh 
 

Singgah pekena Kari Ayam Vistana @ R&R Gurun
Sebelum meneruskan perjalanan, kitorang singgah dulu kat R&R Gurun untuk pekena kari ayam yang khabarnyaa sungguh “ummphh” kata si Amett nii.. Sesuai lahh dengan aku pun yang tengah mendidih kelaparan waktu tuu.. Hmm, ok lahh, sedap jugaklaa lauk2 kat kedai tuu (Kedai Vistana).. Lepas Jama’ Ta’khir Isya & Maghrib kat surau R&R Gurun tu, Proton Preve dipecut laju menuju ke Bandar Diraja Kuala Kangsar... Destinasi kami, Ezy Inn Hotel yang terletak berdekatan dengan masjid yang akan menjadi venue pernikahan Jat esok pagi...


Check In jaa dalam bilik hotel tu, apalagii, bergelak sakan laa bila berjumpaa dengan sorang lagi classmate, Mat Duang yang tiba lebih awal bersama zaujahnya. Lebih riuh rendah apabila yang ditunggu tunggu, Muhd Zackeyy tiba tak lama kemudiann dengan WsW kesayangannya setelah memandu solo dari Kajang City. Fuhhh...! Rase macam “.... like the olden days sangat” malam tuu.. Even 6 bulan tak jumpa, tapi rasaanyaa macam dahh 6 tahun daa~ itulah tanda akrabnya sebuah persahabatan....


Check In...!  Satuuuuuuuu ......

Pukul 1 lebihh daa tapi still tak mengantuk. So, geng single nii, aku, Zackeyy & Matbee turun lepak2 kat kedai mamak bawah hotel tuu.. uuii, lamanyaa tak lepak2 kedai mamak macam nii.. teringat balik zaman Taman Ira masa sem last kat IPG Perlis dulu... MatBee & Zackk keje menyakat aku apesal makin kuruss.. ahakzz..! Aku ni, jadi orang KL kejap laa bile jumpa dengan si Zack nii..hoho
 
6 Bulan jugakklaa tak jumpa... Sayangnya aku kpd dia hanya kerana Allah semata mata :)
Malam tu, dekat pukul 3 jugakklaa kami tido.. puasss menyembangg macam-macam... “qadha” 6 bulan punye sembanggg.. hahaa.. zackk nii walaupun letih drive sorang2, tapi die layannn jee aku dok merapu ape ntahh.. si amett, syafiq saad & izzudin photographer dah lama hanyut ke alam mimpi sambil dibuai dinginnya ekon dalam bilik hotel tuu.. 

Geng Single.. hehe >_<
30 MEI 2015 

Hari yang ditunggu-tunggu... Hari yang bersejarah terutama buat Ijat dan pasangannya Husna yang akan dinikahkan jam 10.00 pagi nanti.

Pagi tuu kat hotel, masing2 bangun awal dan get ready untuk check out dan bergerak ke Masjid iaitu venue pernikahan Jat dengan Husna. Bila tengok member2 aku nii bersiap, uishh tak kalah jugak orang laki nii dalam bab bersiap nii.. especially si Amett & Matbee... siap iron duatiga helai bajuu lagi untuk dipakai ari tuu... tapi, sudahnya tak pakai ponnn.. Aku & Zackk jugak yang paling simple.. sesuai lahh pun kami dua jadi roommate masa sem last dulu..!

Bila dah sampai awal dari pengantin... buat apa lagii.. bergosip laaa.. haha

Abes jaa breakfast & shoot dua tiga das kat kaki lima hotel tu, kami pun berkonvoi ke masjid. Makkk aaii, terlebih awal pulakkk. Pengantin, tok kadi semua tak sampai lagi. Masjid pon lengang lagi. Takpalah, kami pusing2 dulu mencari rumah pengantin perempuan iaitu lokasi walimah tengah hari nanti. Helmi, seorang lagi member yang memandu solo dari Kedah, tiba pagi tu. Asalnya Helmi ni nak gerak sekali dengan kami semalam, tapi terpaksa cancel sebab flight delay katanya. Then, kembali semula ke masjid, kami bertemu Tok Siak yang tidak keberatan untuk menurunkan ilmu membuka mic,  kipas dan suis2 yang ada di masjid itu..hahahaa

 
Panorama Majlis Pernikahan
Lebih kurang jam 9 pagi, mula kelihatan kenderaan family pengantin dari kedua-dua belah pihak membanjiri perkarangan masjid. Ouhh patutlaa ramai, rupanya terdapat dua pasangan yang akan bernikah pagi ni di masjid ni. Geng kami yang terawal tiba, secara tak rasmi dah macam orang penting pulak kat masjid tu bila ramai2 pakat mai salam dengan kami. Solan cliché bila melihat geng orang muda macam kami ni, dah kawen ke belomm?? Hmm.. depa nii semua pakat dok pekena aku, katanya aku nii dah kawen dahh.. siell luuu..!

Detik detik bersejarah seorang Izzat

Tak lama lepas tuu, jat pun sampai dengan angkatan familinya yang boleh tahan ramai.. Nampak jaa kami, dia tersenyum keterujaaan.. hahahh.. tak sangka, roommate aku yang dulunya gila-gila sikit perangainya, hari nii dah nak jadi laki orang.. rasa macam gembira, bangga dan terharu pon ada.. hahahhh.. kawan rapatt jee yang boleh rasa macam tuu..


 
Menikahh jugakkk ex-roommate aku nii...hahaaa
Tepat jam 10 pagi, upcara pernikahan pun dimulakan oleh Tok Kadi bertugas. Kami, member2 Jat yang hadir nii pakat berhimpun rapat kat belakang Jat.. konon macam bagi semangatt laa kat member.. ahhahaa.. Jat dinikahkan sendiri oleh bapa mentuanya dengan sekali lafaz sahaja.. Alhamdulillah, tahniah Jat.. hang memang hero..! Terrbaikk..! Hahaa.. selesai sahaja doa diaminkan, maka bertukarlah status Jat dari seorang single kepada seorang husband kepada Husna... kernyehhh sampai ke telinga diaaa... kakakaa

Posing lepaihh menikah
Lepas upcara nikah, sarung cincin semua.. ada sesi fotografi sikit kat dalam masjid tu.. then, kitorang pon berkonvoi laa ke homestay tempat Jat & family dia berkumpul.. Minum pagi dan rehat2 jap sebelum belarak ke rumah pengantin perempuan pulul 12:00 tengah hari nanti. Aku sangatlah teruja untuk menulis pengalaman ni sebab ni lahh first time aku ikut orang pergi menikah dan escort pengantin nii.. sungguh..! 
 
Usik mengusik pengantin baru
Jam 12:00 tgh, kenderaan pihak lelaki mula bergerak ke rumah pengantin perempuan... berbelas biji jugaklaa kereta yang belarakk termasuklaa kami sekali.. ramai family Jat nii.. Sampai jaa kat umah pengantin perempuan, kami berjalan beramai ramai dan disambut bagaikan VIP oleh pihak tuan rumah. Yelahh, semua mai dari jauhhh nii.. hahaa.. sebuah khemah khas untuk rombongan pengantin Lelaki disediakan bersama lauk pauk yang banyak sekali..!
Segakkk aihhh.. dulu p kuliah xmo pakai cmni :p
Sesi yang ditunggu tunggu pon tiba, sesi fotografi bersama pengantin..! Segakk jugak Jat nii bila besiap macam tuu.. pakai tengkolok bagai...siap dengan sampin ikat bunga lagi tuu... aku pun x berapa kenai daa.. haha.. dulu comot jee zmn maktab dulu.. kah3..

Puass jugaklaa bergambaq sakan kami nii dengan pengantin... kesiannn, letihh pengantin melayan karenah kami yang bujang2 belaka nihh... macam2 gaya ada.. kalaulaaa anak2 murid tengok, mesti kena gelak sakann.. hahahaa

 Lepas azan Zohor dalam pukul 2: 00 pm camtu, kami memohon izin tuan rumah untuk pulang setelah memberikan sedikit cenderahati kenang-kenangan buat Jat & Husna... Kami bergerak ke Masjid Ubudiyyah untuk solah Jama’ Taqdim Zohor dengan Asar dan beriktikaf di sana sementara menanti petang hari yang planningnya nak diadakan sesi outdoor shooting Jat dengan Husna... 
 
Nek pelamin ramai2... jangan runtuh sudahh... dahlaa semua buas2..
Bagaimanapun, cuaca agak mendung dan langit gelap menyebabkan sesi outdoor petang tu terpaksa dibatalkan. Maka, kami mengambil keputusan untuk bergerak pulang ke Perlis memandangkan hari sudah petang. 


Perkarangan masjid Ubudiyyah menjadi saksi perpisahan kami petang tuu. Mat Duang dan zaujahnya akan ke Ipoh, Zackk akan pulang ke Kajang dan yang lain2 akan singgah ke rumah pengantin perempuan untuk wida’ dengan Jat dan mengambil Din Photographer yang berada di sana. Hujan yang membasahi bumi Kuala Kangsar dengan lebatnyaa mengiringi perpisahan kami... Ya Rabb, beratnyaa hati sebab masing2 belum puas bersembang dan bergurau seperti berada di zaman kampus dulu. Tapi mengenangkan manisnya ganjaran Allah di akhirat nanti,  terhadap dua sahabat yang bertemu dan berpisah kerana-NYA, masing2 tersenyum saat bersalaman dan berdakapan yang mengakhiri pertemuan singkat kami di daerah Kuala Kangsar ini :’(


Sempat lagii selit tazkirah sikittt  :)

Berehat sebentar di rumah pengantin perempuan, kami bertemu seorang lagi member iaitu Abuya al-Ashaari yang baru tiba dengan zaujahnya dari Subang. Sempat jugakklaa bergebang dan menjamu selera dengan moist coklat kek sementara menunggu hujan beransur reda..
 
Breakfast....

Hampir pukul 7 malam, kami pun wida’ dengan Jat dan Ashaari untuk pulang ke Perlis. Jat memelukku erat sambil tak berenti henti mengucapkan terima kasih dan terharunya sebab aku yang paling jauh datang ke weddingnya.. mai dari oversea kottt.. hahahaa... apepun, tahniah sekali lagi Jat sebab berjaya membuktikan ke-macho-an hang secepat ini..!  
 
tumpang aura pengantin baruuu...


Perjalanan diteruskan ke stesen bas Kola Kangsar untuk menghantar Izzudin Photographer yang mahu pulang ke kampungnya di Kelantan. Alhamdulillah, ada rezeki dia nak balik kampung malam tu walaupun bas lewat malam. Tinggallah aku & Amett dalam keta Preve tu manakala Helmi, MatBee dan Syafiq Saad menaiki kereta Helmi. 

Bersama Datuk Shahiful (Abg Jat)


Kitorang merayau-rayau dalam Pekan Kola Kangsar tu mencari restoran untuk makan malam, namun takda yang berkenan di hati. Perjalanan diteruskan ke Bertam untuk makan di sana saja. Aku kena dera ditugaskan memandu sebab si Amett ni dah kemarukk tak sangga dah nak main fb. Ketagih letteww... Nak soh orang lain pon takda sesapa dah.. Ada kami dua jaa dalam keta tuu..! 

Bertam Licious Cafe... not bad
Seusai solat Jama’ Isya & Maghrib di Petronas Bertam tu, kami berdua terus melabuhkan punggung di restoran Bertam Licious berdekatan Petronas tu. Sementara menunggu kereta Helmi sampai, kami pon melahap dulu lahh.. tak tahannn daa~ Thankss Hilmi sebab bermurah ati memayung kitorang semua yang penganggur belaka nii..hehe.. Sedap jugak makanan kat situ, cuma yang tak berapa syoknya, servis kurang memuaskan..! Ambik order lambat, masak pon lambat.. tapi takpa, boleh improve lagi... kipidappp..!!

Pn. Lily (lecturer) & Geng IPG Perlis yg attend walimah Jat& Husna.. 




Perut pon dah kenyang selesa, perjalanan diteruskan ke rumah Amett di Mergong, Kedah untuk mengambil kembali myvi RJ kesayanngannya itu. Kali ni Amett yang drive dari Bertam ke Kedah. Sempat jugaknyaa “bergurau senda” tengah2 malam dengan JPJ yang tiba2 jaa menjelma di simpang Jalan Putera, Mergong tuu... hahahahhh

Wedding Jat&Husna siap jadi viral dalam FB daaa~

Sampai jaa kat rumah Amett, mak dan abah dia dah ready menunggu kami dengan rotann..ehhh silap, dengan senyuman.. hahaa.. btw, thanks PakCik Jamil & MakCik Nolly yang pinjamkan Preve untuk kitorang guna untuk ke Kola Kangsar... Merasa jugakklaa saya nii nak naik keta Preve nii... hehee


Sekali lagi kitorang berimpit dalam myVi RJ untuk pulang ke Perlis.. Ohh, tak berimpit sangatlaa sebab izzudin photographer dan takde macam masa mula2 mai amek aku kat Masjid Terapung kemarin dulu...

Single vs Married

Jadi budak pondok pulakk aku nii malam tuu.. Mett dengan Matbee apalagi, sepanjang jalan laaa dok menyakat aku... Tak ketinggalan si Zackk dok usik2 dalam whatsapp bertanya aku nii panass ke tak dok tido Matin tuu.. hahaa.. hampa jangan maciamm2 naa~ 
Dulu kerap gak dtg sini ngan ZacK...tp tak penah laa bermalam....
Apapun, terima kasihh banyak buat Mudir Matin, Ust. Yussainie yang membenarkan aku bermalam di pondok Matin malam tu. Tak semapt ponn nak jumpa ustaz sebab kitorang sampai lewat dahh malam tu dan esok pagi tu pulak, masa aku nak balik, ustaz takde ponn kat bilik.. Tapi aku tauuu, Ust. Yus nii jenis ramah, jenis friendly... bulih masuk dengan budak2 muda nii..

hmmm...bila pulak yaa nk bleh jumpa mcm nii :)

See You Again
31 MEI 2015

Awal pagi lagi, aku dah bersiap siap2 untuk pulang ke Langkawi. MatBee akan mengantar aku ke Jeti. Kesiann jugakklaa dia kena dera even letih berjalan semalam tak hilang lagii.. hahahaa.. sempat jugak breakfast kat kedai hizbut tahrir ape tahh yang matbee ni bawa aku pagi tuu sebelum kitorang gerak ke Jeti Kuala Perlis. Thankss Bi blanja aku pagi tuu..haha..
 
Wida’ dengan matbee kat Jeti.. Syukur tak ramai sungguh lagi manusia yang berlumba-lumba nak ke Langkawi walaupun hari tu hari Ahad musim cuti sekolah... Dapat tiket pukul 10:00 a.m.. Tak sampai pun setengah jam menunggu sambil dok kaco Zackk kat wasap, penumpang feri pon dipanggil masuk..
Byee2 semua.. byee2 Perlis.. see youu againnnn~

 

TM : Dalam feri tuu aku tengok2 balik semua gambarr kat dalam fon... aduuhaii, terubat jugakk rindu kat sahabat2 walaupun hanya sekadar pertemuan yang sangat singkat... 

Syukran Ya Allah kerana menghadirkan insan2 seperti mereka ke dalam hidupku..!
Lagu dari earphone membawaku ke alam mimpi hinggalah badan feri bergoyang apabila merapati dermaga... 

Ouhhh Langkawi, aku pulanggg...!!  

Monday, May 11, 2015

Dahsyatnya



Lagu ini....
Liriknya...
Klip Videonya...
Membuatkan aku rindu...
Kepada seorang insan...
Bernama
Ibu..

TM : Dah call ibu anda hari ni?  Minggu nii?  Bulan nii??  Hmm...

*Kredit Mojo & Team atas penghasilan lagu dan klipvideo yang awesome ini... thumbss up..!!


Hukum dan Sejarah Sambutan Hari Ibu

1. Masyarakat Yunani menyambutnya bagi meraikan Dewi Kesuburan, Rhea, isteri kepada Cronus yang juga ibu kepada dewa-dewa lain dalam mitologi Yunani. Mereka meraikannya pada setiap tahun pada musim luruh. Ini sambutan Hari Ibu yang terawal dalam rekod sejarah.

2. Masyarakat Rom yang mengikuti Dewi Cybele ada sambutan pada setiap 15 Mac. Sambutannya terlalu meriah sehingga dikatakan, pengikut Dewi Cybele akan dibuang negeri atas sebab menimbulkan masalah dan mengganggu masyarakat.

3. Penganut Kristian pada awalnya menyambut Hari Ibu bagi memperingati Virgin Mary pada setiap Laetare Sunday. Saya belum menemui fakta yang menunjukkan ia adalah satu syariat dalam Kristian. Bahkan, ia kemungkinan besar adalah bi'dah hasanah dalam Kristian yang tidak bersumberkan ajaran asal Kristian.

4. Tarikh sambutannya berbeza di seluruh dunia. Setahu saya, tarikh 'rasmi' 10 Mei yang disambut sebagai Hari Ibu ini adalah usaha Anna Jarvis sempena memperingati ibunya yang kemudiannya mengasaskan Mother's Day International Association. Maka, menetapkan Hari Ibu sebagai 'Hari Mother of The Church', 'perayaan Kristian', 'melarikan akidah' adalah kurang sesuai.

5. Saya tidak ada masalah dengan sambutan Hari Ibu atau Hari Bapa. Keduanya tidak menafikan perayaan sebenar yang disyariatkan bagi umat Islam iaitu 'Idul Fitri dan 'Idul Adha. Renungan yang baik dalam Surah al-Isra' ayat 23-25. Saya melihat, Hari Ibu kini cuma perayaan yang menjadi adat kebiasaan yang sudah jauh daripada unsur agama dan tidak ada masalah menyambutnya. Ia tidak menimbulkan masalah akidah.


6. Asalkan bukan niat meniru perayaan keagamaan di atas, tidak menghadkan tarikh ini sahaja untuk meraikan ibu dan menganggap ia sebagai tambahan sahaja, maka tidak ada masalah menyambutnya. Ini sebagaimana pandangan Sheikh Faysal Mawlawi. Sheikh Yusuf al-Qaradhawi mengemukakan solusi yang baik dan keluar daripada khilaf ini. Katanya, lebih wajar meraikan ibu pada dua hari raya yang disyariatkan dalam Islam ('Idul Fitri dan 'Idul Adha) kalau mahu adakan sambutan untuk mereka. Namun, jika hanya meraikan ibu pada dua hari berkenaan sedangkan pada hari-hari lain dalam setahun, mereka seakan tidak dipedulikan, ia sangat tidak wajar.

7. Bagi yang hendak menyambutnya, silakan. Namun patuhi syarat-syarat yang dikemukakan di atas. Bagi yang tidak mahu menyambutnya, silakan. Tidak perlu mencemuh keterlaluan kerana saya lihat pada hari ini, hampir tidak ada hari yang tidak ada cemuhan sesama Muslim.

8. Cukuplah diulang-ulang isu sambutan ini. Masyarakat Muslim Malaysia perlu pergi jauh kehadapan daripada disibukkan dengan hal-hal kecil seperti ini. Ia hanya akan memecahbelahkan lagi perpaduan umat Islam. Hidup ini bukan hanya berputar sekitar hukum-hakam sahaja bahkan lebih jauh, kita sebenarnya kekeringan 'hikmah'.

9. Kisah menarik yang ingin saya kongsikan berkenaan Imam Malik dan ibunya. Semasa kecil, Imam Malik sentiasa dipesan oleh ibunya untuk mempelajari adab daripada gurunya sebelum diambil ilmu gurunya itu. Itulah pesanan ibunya setiap kali menghantarnya belajar. Imam Malik juga dipakaikan serban besar serta jubah labuh yang besar yang menjadi pakaian rasmi para ulama'. Tujuannya supayah Imam Malik lebih bersemangat untuk belajar sehingga mencontohi ulama' pada zamannya bukan sahaja dari segi akhlak bahkan pakaian. Lihat, betapa halusnya motivasi yang disematkan oleh ibu Imam Malik kepada anaknya hingga Imam Malik menjadi seorang ulama' mujthad mutlak yang hebat.

Hanya bermula dengan pakaian dan nasihat. Itulah kuasa seorang ibu.



TM : Dipetik sepenuhnya dari fb seorg sahabat,  Razif Fuad ( 10 Mei 2014)  


Thursday, April 16, 2015

Masalah Dakwat Printer Canon E-510

Pengenalan

Antara masalah yang sering menghantui golongan bergelar pelajar ialah masalah dakwat printer yang takmau keluaq / ada warna-warna tertentu tak keluaq / warna yang di print berbeza dengan warna dokumen di skrin computer...


Actually, (tiba-tiba speaking omputeh apehal..!), masalah dakwat tak keluaq ni (even dakwat belungguk lagi dalam tank), berpunca daripada saluran tiub dakwat yang haluih tu telah dimasuki udara menyebabkan terjadinya ruang kosong dalam saluran tiub dari tank dakwat di luar printer dengan katrij dakwat yang terletak di dalam perut printer... ampa paham dak?? tau dahhh, ampa x pahamm...xpa, jom kita tengok nak buat lagu mana cara.. 


“Printer aku boleh print hitam putih ja, dakwat kaler takmau keluaq, pasaipaa tak tau..!” “Ishhh...dakwat banyak lagi, tapi awat print tak keluaq dakwat...adoiii...!” Begitulah antara rungutan2 member2 student yang selalu kedengaran di cuping telinga abang...chewahh..!

Baiklah, disebabkan ada member2 dok useha wasap abang tengah2 malam dok tanya lagu mana nak buat kalu printer jadi lagu ni, so malam ni, abang nak buat tutorial sikitlah yaa macam mana nak troubleshoot kalau printer anda tiba2 takmau keluaq dakwat walaupun dakwat di luaq tank masih banyak...

Canon E-510 yang menggunakan external ink

Ohhh ya, tutorial ini dikhaskan untuk printer 3 in 1 yang menggunakan dakwat luar (external ink) yang dalam tank tuhh sahaja.. dalam tutorial ni jugak, abang menggunakan printer jenis Canon E-510.. printer2 lain tak pasti lah boleh join ke tak tutorial ni.. apapun, sebarang risiko dan kerosakan adalah tanggungjawab sendiri okeyhhh...

Abang bukan apa, cuma nak jimatkan duit ampa jaa.. kalau ampa dukung printer ampa pi kedai untuk repair benda ni jaa, dia akan cas RM 30 - RM 50.. tu belum masuk GST lagi tuu.. bulih jaa abang nak buat bisnes, tapi tak payahlaa.. kalau melayu tak tolong melayu, sapa lagi nak tolong, kann??!! hahaa..macam penah dengaq jaaa :p



LANGKAH 1

Bukak hood/ penutup ruang dakwat untuk check tiub saluran dakwat...jika keadannya macam dalam gambaq kat bawah ni, maka sahlah terkena buatan orang...hahahh.. betulkan saluran dakwat sekiranya terlipat atau berpintal...
teruskan ke langkah berikutnya...

BUKAK HOOD PON TAK RETI? CUNGKIL JEE SUDUT SEBELAH KIRI PENUTUP YANG ADA TULISAN CANON TU DENGAN JARI TELUNJUK.

JIKA ANDA DAPATI SALURAN DAKWAT MENJADI KOSONG MACAM NI, PROCEED KE LANGKAH SETERUSNYA.. SEBELUM TU, PASTIKAN SALURAN TIDAK BERLIPAT ATAU BERPINTAL YEA..!
LANGKAH 2

Di bahagian sebelah kanan printer terdapat satu ruang kecil berwarna putih. Di dalamnya terdapat satu suis kecil / sensor yang berfungsi mengesan sama ada hood ditutup atau dibuka. Tekan/sendal suis kecil di dalam ruang kecil putih bersegi empat itu menggunakan kunci/pemutar skru supaya katrij dakwat akan kembali ke posisi “printing”, iaitu katrij akan bergerak ke bahagian paling hujung sebelah kanan printer. Teruskan /hold suis kecil tadi, jangan lepaskan langsung walaupun sedetik sehingga diberitahu nanti...

SUIS SENSOR YANG TERLETAK DI SUDUT SEBELAH KANAN PRINTER


HOLD SUIS SENSOR DENGAN KUNCI (LEBIH BAIK MINTA MEMBER TOLONG HOLDKAN)


LANGKAH 3

Check paparan pada LCD printer, jika ia berkelip kelip dan memaparkan seakan angka “8”, tekan button “RESET” selama 4-5 saat sehingga LCD kembali normal dan memaparkan angka “1” tanpa berkelip. Suis sensor masih belum dilepaskan hingga ke saat ini.

JIKA LCD BERKELIP KELIP MEMAPARKAN TULISAN SEAKAN ANGKA "8", HOLD BUTTON STOP/RESET
SELAMA 4-5 SAAT SEHINGGA LCD MEMAPARKAN ANGKA "1" TANPA BERKELIP.
JANGAN LEPASKAN SUIS SENSOR YANG DITEKAN MENGGUNAKAN KUNCI TADI.

LANGKAH 4

Ketika paparan LCD kembali normal dengan memaparkan angka “1” tanpa berkelip, tekan button “REPAIR” (rujuk gambar) berulang kali sehingga LCD memaparkan huruf “y” (rujuk gambar).  Suis sensor masih belum dilepaskan hingga ke saat ini.

TEKAN BUTTOR "REPAIR" BERULANG KALI SEHINGGA LCD MEMAPARKAN HURUF "y"

LANGKAH 5

Ketika LCD masih memaparkan huruf “y”, tekan salah satu mana2  button, “BLACK” jika dakwat hitam yang bermasalah atau tekan button “COLOUR” jika dakwat warna yang bermasalah. Sebaik sahaja salah satu button tersebut ditekan, proses “deep cleaning” pun bermula.

Semasa proses ini berjalan, akan terpapar ikon “progress” di LCD iaitu berbentuk seperti bulatan yang berpusing. Suis sensor masih belum dilepaskan hingga ke saat ini.

Hold suis sensor sehinggalah proses deep cleaning ini selesai sepenuhnya. Kita boleh mengetahui proses telah selesai apabila LCD memaparkan angka “1” tanpa berkelip dan printer kembali senyap tanpa apa-apa bunyi. Ketika ini, suis sensor yang di-hold sejak awal tadi, bolehlah dilepaskan. 

TUNGGU SEHINGGA PROSES DEEP CLEANING SELESAI SEHINGGA LCD KEMBALI
MEMAPARKAN ANGKA "1" TANPA BERKELIP

LANGKAH 6

Cek semula tiub saluran dakwat dan kita akan mendapati dakwat akan memenuhi ruang udara yang kosong pada saluran dakwat tersebut. Jika ini berlaku, maka berjayalah proses “deep cleaning”. Tutup kembali  hood/ penutup ruang dakwat rapat2.


DAKWAT KEMBALI MENGISI RUANGAN KOSONG DALAM TIUB
SALURAN DAKWAT. BANDINGKAN DENGAN KEADAAN TIUB DI AWAL TADI. 


LANGKAH 7

Sekiranya paparan LCD berkelip kelip, tekan button RESET selama 4-5 saat sehingga paparan LCD kembali menunjukkan angka “1” tanpa berkelip. Lakukan testprinting untuk menguji keadaan dakwat. Jika printer anda kembali normal, tahniah..! Jika tidak, ulanglah langkah di atas dari awal hingga akhir....



TM : Kalo tak boleh repair jugak, senang jee.. belilah yang baruuu..! BB1M kan adoooo..! Gudluck guyzz..!

Tuesday, April 7, 2015

Honda CB650f Atau Yamaha MT-07 ...???

Sudah lama rasanya tak menulis tentang wishlist… hmm, kalau dah namanya lelaki, memang tak dapat dipisahkan dengan minat terhadap superbike… kalau kurang minat sekalipun, bila ada superbike melintas atau parking depan mata, mesti akan menoleh jugak sikit nak tengok kan?? kalau macam tu, tahniah, anda ada ciri2 kelelakian yang sebenar…hahahhh

Okeylah, kali ni nak bercerita sikit tentang dua superbike yang menarik perhatian aku semenjak dua menjak nii... adapun akan dia superbike itu namanya Honda CB650F  dan juga Yamaha MT-07… Macam mana rupanya? Jomm layan gambar kat bawah nii  :

HONDA  CB650F
YAMAHA  MT-07
Okeylah sedikit pengenalan… kedua dua superbike ni adalah dikategorikan sebagai middleweight superbike iaitu superbike kelas pertengahan yang kebiasaannya mempunyai kapasiti enjin lingkungan 600cc dan tidak melebihi 1000cc.. Kedua-duanya juga adalah superbike dari jenis “naked” bike iaitu superbike tanpa fairing penuh seperti sportbike.. 

Apa pula sportbike? Sportbike adalah superbike jenis berfairing penuh dan terdapat beberapa perkara lagi yang membezakan sportbike atau faired bike dengan naked bike… Antara faired bike / sportbike yang famous adalah seperti Kawasaki Ninja ZX10R, Honda CBR1000RR  dan juga Yamaha R1…

Kiri : SportBike,  Kanan : Naked Bike

Sebenarnya aku bukanlah orang berkelayakan untuk berbicara tentang dunia superbike ni sebab belum punya superbike pon.. tapi minat yang mendalam dan rasanya tak salah untuk berkongsi apa yang aku baca dan tonton berkenaan superbike di serata website seluruh dunia… Sharing is Caring right?? Don’t like?? I Don’t Care…hahahh

Okeylah, mengapa memilih naked biked dan bukannya superbike berfairing penuh??


Melalui pembacaan dan video2 di internet, factor utama memilih Naked Bike ialah kerana ianya lebih mudah ditunggang especially untuk beginner rider macam aku nihh.. orang baru nak belajaq2 laa katakan…! Mudah ditunggang mungkin disebabkan factor beratnya yang kebiasaannya lebih ringan berbanding sportbike dan juga handle motor yang berpusing sekali dengan lampu depan dan keadaannya sama seperti menunggang motor kapcai biasa… 

HONDA CB650F & CBR650F... Kembar Sama Tapi Tak Serupa

Selain itu, perbezaan posisi tunggangan naked bike juga agak berbeza dengan sportbike. Posisi tunggangan naked bike lebih tegak manakala untuk posisi tunggangan sportbike pula adalah penunggang perlu membongkok sedikit ke hadapan. Faktor lain yang menyebabkan aku lebih berminat dengan superbike jenis naked ini ialah kerana rupanya yang kelihatan lebih garang dan maskulin… entahlah, bab pandangan ni subjektif.. duit masing2..minat masing2.. Seperkara lagi, naked bike ini sesuai dijadikan untuk kegunaan harian dan juga kegunaan dalam bandar berbanding sportbike yang jarang digunakan sebagai kenderaan harian.

Okeylah, mengulas mengenai kedua dua jenis superbike yang mencuri hatiku ini, iaitu Honda CB 650F dan juga Yamaha MT-07, yang sudahpun memasuki pasaran Malaysia pada penggal kedua tahun 2014 yang lalu. Sejujurnya, aku lebih berminat dengan Honda CB 650F ini berbanding Yamaha MT-07.  Sebabnya aku lebih berminat dengan naked bike jenis “four-inline” ataupun 4 silinder… aku pun tak pandai sangat nak terang bab2 silinder ni, tapi apa yang aku tahu, bunyi enjin 4 silinder adalah lebih merdu, lebih padu berbanding enjin dua silinder.. 

**Stream sendiri video kat bawah ni untuk compare bunyi enjin 4-inline dengan enjin twin silinder.... 

Okeylah, sebelum kita bicara lebih jauh, jom study specsheet kedua dua buah superbike yang kian hangat di pasaran ini  :

Klik gambar untuk paparan lebih jelas
Jika diteliti dari segi spesifikasi atas kertas, ternyata Honda CB650F mempunyai banyak perkara yang lebih berbanding Yamaha MT-07… Oh yaa, satu lagi factor mengapa aku bandingkan kedua-dua superbike ini ialah factor harga yang lebih kurang sama…  Tapi bila kita memilih sesuatu barang untuk dibeli, jangan terlalu bergantung atau terpengaruh dengan spesifikasi atas kertas semata-mata. 

Begitu jua dengan kedua-dua superbike ini, walaupun Honda CB 650F mempunyai banyak benda yang lebih berbanding Yamaha MT-07, tapi melalui pembacaan dan video2 testride di youtube, kebanyakannya bersetuju menunggang Yamaha MT-07 lebih seronok, lebih thrill berbanding Honda CB 650F. Honda CB 650F ini pula sesuai untuk mereka yang sukakan tunggangan yang lebih relaks, santai, tapi dalam masa yang sama, ada “power”. Ini tidak bermakna Honda CB 650F ini tidak laju, kelajuan maksimum standard model Honda CB650F ini seperti yang direkodkan di youtube adalah 230km/j dan harus diingat, untuk sebuah superbike, kelajuan 130-150km/j adalah sudah cukup menggayatkan bagi mereka yang bergelar "beginner riders" …hahaa

Yamaha MT-07, Adik kepada Yamaha MT-09

Apa yang menyebabkan ramai menyukai Yamaha MT-07 ini adalah kerana kelincahannya dan kuasa tork-nya yang tinggi.. sesuai dengan namanya iaitu MT bermaksud “master of Torque”.  Kelebihan Tork yang tinggi ialah dapat memecut lebih dalam masa yang singkat.  Maksudnya, pulas sedikit saja throttlenya, dan motor akan meluncur ke depan dengan pantas walaupun dalam gear yang tinggi… Dalam hal pecutan ini, ternyata Yamaha MT-07 mengatasi Honda CB 650F... Ternyata, dalam kebanyakan video, ramai tester memuji kelincahan Yamaha MT-07 yang kata mereka lebih banyak element "fun".

Honda CB650F...ohhh, rupamu telah mencuri hatiku...ahakzz

Faktor lain mengapa aku lebih berminat dengan Honda CB 650F ini ialah kerana rekabentuknya. Rekabentuknya lebih menawan dan bagi aku lebih garang berbanding MT-07.  Selain itu, paip ekzos yang disusun kemas dan sengaja ditonjolkan untuk tontonan umum menyerlahkan lagi identiti superbike jenis 4-inline ini. Seat yang lebih tinggi serta tank yang lebih besar juga menjadi faktor mengapa aku lebih cenderung meminati Honda CB650F ini. 

Mungkin bagi sesetengah orang, mereka lebih sukakan superbike yang lebih ringan, lincah dan kurus seperti kebanyakan superbike jenama KTM, tapi bagiku, aku lebih meminati superbike yang besar, gemuk dan tough macam Honda CB650F ini. Sebenarnya, aku sangatlah meminati touring bike yang ada tong2 kat tepi tu seperti Kawasaki GTR 1400 dan juga Honda GoldWing 1800… insya Allah 15 taon lagi kot…hahaa

Fuhhh...not bad bila dah pasang segala kotak tepi macam ni...
bolehlaaa amek feeling Kawasaki Conquers  :p

Okeylah, disebabkan aku lebih berminat dengan Honda CB 650F, so kat sini aku nak cerita kenapa aku pilih Honda CB 650F berbanding Yamaha MT-07…

Dari segi saiz dan berat, ternyata Honda CB 650F lebih besar dan berat berbanding Yamaha MT-07 dan sebenarnya itulah yang aku mahukan. Pelik kan? Aku sukakan motor yang lebih besar dan berat…tak macam orang lain…hehe.. Teknologi moden yang ditawarkan pada Honda CB 650F ini ialah system H.I.S.S iaitu Honda Ignition Security System yang hanya membenarkan motosikal ini dihidupkan dengan kunci yang “sah” dan original sahaja. sebenarnya, di dalam kunci motor original tu, terdapat cip yang disesuaikan dengan motosikal tersebut dan sememangnya diprogramkan untuk motosikal itu semata-mata…canggih kan ?! Tenang sikitlah hati bila memikirkan tentang pencuri tapi kalau kunci hilang macam mana pulak yea?? Errkkkk…

Teknologi H.I.S.S Specially design for Honda Bike

Selain itu, rekaan lampu dengan teknologi LED ternyata up to date seiring dengan perkembangan terkini. Tapi agak mengecewakan kerana LED light ini hanyalah pada lampu utama belakang dan sedikit lampu kecil di bahagian penjuru atas lampu utama hadapan. Lampu signal tak pasti LED ke tak, tapi aku yakin nanti benda2 macam ni mesti banyak aftermarket punyierrr… tak risau yang tu..  


Tengok lampu belakang pun dah menitik ayaq lioqq....argghhh
Berkenaan panel meter pula, Honda CB 650F menggunakan meter jenis digital sepenuhnya. Tidak ada lagi meter analog konvensional untuk RPM, Kelajuan, mahupun Penunjuk Tahap Bahan Api. Dari satu segi, ianya memang berteknologi, tapi aku sebenarnya lebih sukakan meter analog untuk bahagian penunjuk tahap bahan api.. bukan apa, senang nak bajet..! Paparan meter bagiku agak cantik, mudah dibaca cuma, kekurangannya ialah ia tidak mempunyai penunjuk kedudukan gear dan perkara ini sebenarnya amatlah penting bagi seseorang beginner riders sepertiku. Kesilapan penggunaan gear bukan sahaja boleh merosakkan enjin dan membazir petrol, tetapi juga boleh menyebabkan kemalangan. 

Dashboard  Honda CB650F... kekurangannya kerana tak ada Gear Indicator

Dashboard Yamaha MT-07 lebih lengkap kerana mempunyai paparan Gear Indicator

Seperkara lagi yang menarik perhatianku tentang Honda CB 650F ini ialah berkenaan keselesaannya untuk tunggangan jauh mahupun dekat. Ini diakui ramai (boleh baca dalam internet & tonton review di youtube). Rekaan seat, posisi tunggangan, rekabentuk tank dan handle serta ketinggian motosikal menjadikan Honda CB 650F ini khabarnya lebih selesa ditunggang berbanding Yamaha MT-07. Apapun, factor keselesaan ini boleh jadi dipengaruhi oleh faktor ketinggian dan saiz rider itu sendiri.

Faktor Rekabentuk Pelana/Seat memainkan peranan penting bila berbicara soal keselesaan 

Perkara lain yang menarik perhatianku ialah berkenaan ciri-ciri tipikal jenama Honda ini, iaitu enjinnya yang tahan lasak (lihat best-selling cub : ex5), reakaan dan material yang digunakan berkualiti tinggi dan juga penjimatan minyak yang menakjubkan. Untuk superbike Honda CB 650F ini, dikatakan purata penggunaan minyak ialah sekitar 21km/liter. Apapun, ingin ditegaskan di sini, bila berbicara soal superbike, soal minyak dan maintenance bukanlah suatu keutamaan. Bila membuat keputusan untuk ber-superbike, usahlah difikirkan sangat soal maintenance dan fuel consumption ini.. just revving your engine and enjoy your ride…!

Apapun, ini hanyalah wishlist… hmmm, serious wishlist actually.  Moga2 bertemu jodoh dengan Honda CB 650F nanti…amen… tak larat merapu dah malam ni, apepon, jomm layannn gambar2 Honda CB 650F dengan Yamaha MT-07 hasil pemburuan aku di google images J  Review ?? Kalu ada rezeki nanti insyaAllah.. aku review bagi korang baca puas2 :p  


Susunan Paip Ekzos yang rapi dan menyerlah...antara tarikan utama Honda CB650F 

Siap pasang aftermarket windshield & Belly Pan... fuhhh, garanggggg

Mana satu pilihan hati?? Hahaaa

Brek Disc Berkembar & Besar serta Tayar Bersaiz Lebar, ciri tipikal sesebuah superbike

Swing Arm & Muffler  yang direka penuh kesenian
TM  :  Nak caghi kayuuu... nak caghi kayu... nak caghi kayuuuu... nak caghi kayu...                        ZZZZzzzzzZZZZZ